Posts

AL FATIHAH PELAKON PI MAI PI MAI TANG TU AHMAD BUSU MENINGGAL DUNIA

Image
Takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah Ahmad Busu yang telah pulang kerahmatullah selepas Maghrib tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Umur Allahyarham adalah sekitar 60-an. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi Ujian Allah & sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati. Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Sumber rujukan Beautifulnara ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

AKHIRNYA PAK GUARD YANG TEMBAK PEGAWAI BANK DI TANGKAP

Image
Sepandai2 Pak guard itu larikan diri selepas melakukan rompak & bunuh akhirnya di tangkap polis jugak. Sebagai rakyat yang memang rasa terkesan dengan apa yang berlaku & rasa meruap2 dalam dada bila tengok video pak guard durjana yang menembak arwah pegawai ambank tu membuatkan den rasa nak berucap sepatah dua kata jugak la bila tahu dia dah di tangkap polis. Yang pasti dia bakal di kenakan hukuman mati. Harap di kesempatan yang ada ni dia gunakan sebaik mungkin untuk bertaubat kepada Allah. KUALA LUMPUR – Kes tembak seorang pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya  pada 23 Oktober lalu  selesai berikutan tertangkapnya suspek utama kes tersebut pada jam 7.00 pagi tadi di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor. Dia dikehendaki dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank. Dan kepada warga asing yang datang menumpang cari rezeki disini jadikan iktibar. Kerja baik baik.. Insya...

GOSIP PRODUK SEBAMED TIDAK HALAL

Image
Pagi2 dah terbaca kat blog kak Lydia Miza pasal sebamed bar yang katanya ada gelatin dari sumber babi & tidak halal di gunakan untuk umat Islam?? Tapi sejauh mana kebenaran gosip ni?? Ada mana2 pihak berwajib yang keluarkan kenyataan pasal status kehalalan produk ni ke?? Semua pun tak pasti.. Yang pasti gosip ni dah pun tersebar. Maka den ni pun pengguna produk sebamed tapi bukan untuk diri den just untuk budak kecik lala jer.. Lala guna mandian & losyen badan sebamed jadi kalau ada satu produk keluaran sebamed di sahkan tak halal.. maka den pun tak yakin untuk gunakan barangan mereka yang lain. Tapi kita tak boleh terima gosip ni bulat2 ok! Kena siasat dulu. Hasil siasatan den dengan google maka den jumpa ni Sumber Rujukan islamgrid.gov.my Apapun bagi yang was was jadi haram.. So sapa2 yang was was nak gunakan.. jangan gunakan. Tapi janganlah terus share fitnah sebab kita sendiri pun tak tahu sejauh mana kebenarannya.. Jangan apa yang kita buat tu memakan diri...

TAHNIAH PENYANYI EZAD LAZIM SAH BERGELAR BAPA

Image
Kalau sebut ezad lazim ni maybe ada yang terpinga2 agaknya sapalah retis tu yer... Tapi kalau sebut ezad exist rasanya ramai yang kenal la kot tapi dia sebab dia bukan lagi ahli kumpulan exsit maka ezad tidak lagi guna nama exist la. Ezad & isteri Tadi ternampak gambar surat beranak anak ezad lazim kat FB.. Akhirnya ezad dah jadi bapak orang. Tahniah pada ezad & welcome to da club mak bapak orang yer.. Ops tak lupa juga tahniah pada blogger popular Bro Framestone yang juga berjaya bergelar bapak orang. Kalau ezad lazim dapat baby girl.. bro pun tak kalah.. baby girl jugak. Apapun semoga kedua2 isteri & anak mereka sihat2 saja. Selamat berpantang.. P/s : tahniah jugak pada cikgu Noi pemilik blog Good Morning Teacher yang pun sekarang tengah berpantang untuk kelahiran baby boy sulungnya.

PEGEMIS MUDA MINTA BUNGKUS SISA LAUK ORANG

Image
Muda2 lagi jadi pegemis. Aku memang kalau yang muda belia nampak ada kudrat untuk kerja tapi pilih nak minta sedekah.. memang agak kurang simpati la. Yelah.. kau nak kerja senang tadah tangan je abis orang yang sedekah kat kau tu ingat senang nak dapat walau seringgit kalau tak berpeluh ketiak?? Semalam.. masa makan satay kat Jalan Ipoh.. kat situ deretan gerai makan cina je tapi ada sorang akak melayu akan menumpang meniaga satay. Jadi semalam kita tumpang la makan kat situ even makan satay je bukan makan masakan dari gerai cina non halal tu. Sambil duduk2 makan tu datang seorang lelaki india muda lagi.. rasanya macam awal 30an.. atau maybe hujung 20an la kot. Datang dengan bertongkat.. tapi tak tau la kaki dia tu sakit apa. tengok.. macam takde kecederaan serius.. cara dia jalan pun takde azab sangat.. terjengkek2 sikit2 je. Kira takde la derita sangat keadaan dia tu. Ala2 orang jalan macam kaki terseliuh je. Datang tadah tangan dari meja ke meja termasuklah meja den & asben ...

PERANGAI PELIK PEGAWAI BANK YANG DI TEMBAK SEBELUM MENINGGAL

Image
Bila membaca kisah2 pasal Pegawai Bank yang di tembak mati dalam satu insiden rompakkan bank yang di lakukan pengawal keselamatan di situ sendiri.. Hati tersentuh. Rasa - rasanya ramai yang turut bersedih walau kita tak pernah kenal dengan arwah sekalipun. Semua orang rasa ini satu pembunuhan kejam.. sebab dari video yang tersebar kita boleh tengok arwah tidak langsung melawan atau bertindak yang boleh membahayakan suspek.. Tanpa sebab di tembak tanpa perikemanusiaan. Kalau kita yang tak pernah kenal arwah boleh tersentuh dengan kejadian ni.. apatah lagi ahli keluarga arwah. Mereka lebih merasai semua tu. Jadi untuk tak menambah luka di hati mereka.. hentikanlah penyebaran gambar ngeri arwah yang di tembak & video kejadian tu. Hormatilah mereka sebagai seorang manusia. Jangan hilang perikemanusiaan tu semata2 mengejar raking, rating & traffic di laman sosial. Dan ia salah di sisi undang2 jugak. Bila baca kat sinar harian tadi, panggilan terakhir arwah kepada suaminy...

GAMBAR PAK GUARD YANG MEMBUNUH PEGAWAI BANK DAN MEROMPAK

Image
Terkejut jugak la baca & tengok gambar seorang officer bank yang di tembak kat dahi & mati di tempat kejadian. Ya.. Allah orang2 sekarang memang dah tak takut dengan undang2 dunia mahupun akhirat gamaknya. Kebiasaannya mana2 premis mengharapkan security guard untuk jaga keselamatan tempat tersebut tapi bila kejadian pak guard tu sendiri yang membunuh & merompak tempat kerja dia kat sapa lagi la gamaknya boleh di percayai kalau orang yang di tugaskan menjaga keselamatan tu memberi ancaman. Gambar dari rakaman CCTV Semua ni sebab DUIT. Sebab duit manusia dah tak kenal dosa pahala. Lepas rompak kat mana agaknya dia lari. Kalau dalam Malaysia tak selamat la. Untuk apa merompak sampai sanggup membunuh kalau tak dapat nikmati hasil rompakkan tu dengan gembira & bahagia kan? Baik la berpeluh ketiak dengan gaji yang seciput at least dapat tidur lena & makan dengan tenang. Sumber Harian Metro Moga penjenayah kejam tu dapat di tangkap dengan kadar segera...