Posts

KERANDA TERBANG TERHEMPAS LAGI DI KEDAH

Image
Bagi yang tak tau apa tu keranda terbang jangan skip bacaan entri ni sampai ke noktah terakhir sebab korang akan tau sebentar saja lagi. Adakah keranda terbang tu berkait rapat dengan kejadian mistik & misteri yang melibatkan hantu, pontianak,jin, syaitan & iblis?? Bagi yang tahu.. tahu la. bagi yang tak tahu jom kita terus membaca. Alah.. istilah keranda terbang tu tak payah korang nak pelik sangat atau kaitkan dengan kejadian mistik.. Keranda terbang tu gelaran yang di beri kepada Helikopter Nuri yang bukan sekali dua dah terhempas rasanya banyak kali & banyak jugak nyawa terkorban. Tapi entah kenapa ia masih di gunakan.. Maybe orang2 tu berpendapat Ajal Maut Allah dah tentukan.. kalau terhempas & menyebabkan kematian pun sekadar alasan dia untuk mati jer.. Yelah.. apo nak di kato, den cuma somut meroh, ekau gajah kan?? Ajal memang kerja Tuhan tapi kecuaian kerja manusia Kejadian terbaru pesawat nuri terhempas di Pulau Perak, kedah pagi tadi. Menurut dari su...

FILEM PENANGAL HANYA SERAM PADA TAJUK

Image
Aku ni dah macam pemburu cerita seram la pulak sekarang walau sejak dari dulu aku memang penggemar cerita seram. Sapa yang pernah rapat dengan aku dulu maybe tau la kan.. betapa aku obses dengan cerita seram ni.. lepas tu slow sikit tapi aku memang kalau ada peluang tengok cerita seram samada kat drama tv atau movie memang aku akan tengok. Terbaru aku ada beli dvd 4 cerita seram.. pertama ghost ghost ghost!.. filem cina singapore kalau tak silap.. tapi cerita jenis cerita hantu pendek2.. agak bosan. Tak habis pun aku tengok. Kedua Mae Nak.. cerita thailand.. rasanya ramai yang tahu kisah Mae Nak ni.. Kisah lagenda seram thailand.. Kalau dulu ada filem yang mengisahkan hantu Nak ni tapi tajuk dia Nang Nak kalau tak silap.. Mae Nak ni kira versi baru. Boleh layan sampai habis walau tak berapa seram tapi jalan cerita dia tak membosankan. Nak seram kena tengok Nang Nak sebab Mae Nak tak berapa seram di bandingkan dengan filem Nang Nak. Yang ketiga filem seram aku tengok.. Long Weekend (T...

AJAL MEMANG KERJA TUHAN TAPI KECUAIAN KERJA MANUSIA

Image
Bila berlaku kematian yang melibatkan kecuaian manusia.. Ramai yang suka nak lepas diri dengan statement.. "memang dah sampai ajal dia... Tak boleh buat apa. Apa yang berlaku cuma penyebab untuk dia mati saja tapi sejak azali Ajal dia memang dah tertulis, bila & bagaimana?" Betul.. tak salah. Memang ajal kita dah tertulis sejak kita dari dalam kandungan ibu lagi.. Tapi dalam  kehidupan ni kita tak boleh manjang nak letakkan kesalahan pada takdir. Kalau macam tu senang je la hidup dalam dunia ni.. Semua dah di takdirkan. Tak perlu buat apa2.. goyang kaki, makan, tidur sampai masa mati. Macam tu jugak dengan kes kecuaian manusia yang menyebabkan musibah, bencana, kemalangan atau kematian orang lain. Kalau kita letak semua pada takdir rasanya tak perlu mahkamah dalam dunia ni untuk menjatuhkan hukuman atau memberi keadilan la.. Yelah.. semua dah di takdirkan. Kot mana pun jadi jugak. Ada perkara yang kita perlu tegakkan keadilan & kebenaran bukan semata2 terima ...

SKANDAL ADI PUTRA, NORAIDA AKHIRNYA DI CERAI SUAMI

Image
Tak payah nak perkenalkan siapa Noraida.. Rasanya kes dia dengan adi putra tu semua orang tak sempat lagi lupa & isu tu pun masih hot di perkatakan biarpun kes dorang dah di tutup tapi isu Noraida menayang lurah dendam masa sidang akhbar & menyalahkan butang baju jaket dia yang tercabut tu rasanya belum di sejuk beku lagi dalam arkib. Dalam Isu tu masih hot & spicy tetiba keluar pulak cerita kat Harian Metro yang Noraida dah di ceraikan suaminya dua hari lepas. Nak panggil single mother tak sure Noraida ni ada anak ke tidak.. Terpaksa la letak title JANDA jugak walau tak berapa sedap nak dengar kan?? Dah menjanda.. tengah hot dengan kontroversi.. manatau ada producer @ pengarah nak tumpang publisiti dia .. angkut jadi artis pulak kan?? Almaklumlah... fenomena industri seni Malaysia sekarang memang tak kisah la orang tu dapat publisiti macam mana.. Janji popular, dah cukup syarat jadi retis. Bakat ke longkang sekalipun.. kalau popular, bakat tu syarat yang depa letak ba...

300 EKOR AYAM MENJADI MANGSA ROGOL SEORANG MANUSIA

Image
Bukan fenomena cuaca je semakin pelik sekarang ni, fenomena dengan perangai & nafsu manusia pun ber double pelik. Kalau bernafsu sesama jantina tu dah bersepah walau jelik tapi tak pelik sangat dah sebab bukan sesuatu yang baru & luar biasa lagi. Bernafsu kat haiwan pun sekarang dah dengar tak berapa pelik tapi bernafsu kepada haiwan bernama Ayam ni maybe akak pelik jugak sebab tak pernah dengar atau kalau yang pernah dengar pun jarang2 nak dengar. Pesanan buat ayam2 jangan seksi2.. hangpa pun berisiko kena rogol Tadi terbaca kat Mynewshub alkisah pasal sespesis manusia ni yang di dakwa kerana merogol seorang kanak - kanak sekaligus telah membongkarkan 1 rahsia yang mengejutkan semua orang bila dia mengaku dia memperkosa lebih dari 300 ayam sehingga mati. Mak Aih.. Ni nafsu jin mana pulak ni taste dengan ayam. Sumber Mynewshub Aduhai makin dunia berada kat hujung2.. Makin pelik pulak spesis2 manusia. Kat mana yang dia pandang ayam tu bernafsu sangat pun tak tau....

TURUN SALJI DI MESIR BUKAN TANDA KIAMAT

Image
Kiamat itu pasti.. Ya sememangnya dah banyak tanda kecil kiamat kita boleh tengok. Tak tau apa tanda2 kecil & besar kiamat boleh la google yer. Betul.. bumi semakin tua & kita sekarang hidup di era akhir zaman. Tapi baru2 ni kecoh orang dok share pasal turunnya salji kat mesir adalah salah satu tanda kiamat. Daku pun tak terlepas membaca sebaran pasal tu tapi setakat ni takde pulak berani nak share sebab tak berapa berilmu untuk mengatakan benda tu benar tercatat dalam hadis. Memang terfikir jugak nak cari maklumat pasal tu tapi tu lah bila dah sibuk dengan urusan harian.. terlupa la pulak. Umpama mengantuk di sorong bantal pulak... Tetiba terbaca status dari Dr Maza pasal isu tu. So bila dapat info.. Elok lah kita kongsi bersama.. ye dak?? Sumber FB DrMaza.com Jadi moral of the story.. Ini peringatan untuk diri sendiri jugak yang kadang2 terbabas share benda2 yang tak pasti. Yelah.. kita manusia kan. Buat silap tu perkara biasa.. yang luar biasa cuma orang yang buat ...

MINYAK MASAK 3 KALI GUNA TAK JADI RACUN PUN SEBENARNYA

Image
Baru2 ni ada jugak terbaca sebaran di laman FB katanya minyak masak yang 3 kali di guna semula akan jadi racun. Walaupun den bukan jenis suka sangat recycle minyak yang dah di gunakan kecuali dalam keadaan terdesak. Tetiba nak memasak atau goreng sesuatu.. tup2 tengok minyak dah nak abis atau tak cukup. Time tu je nak recycle yang dah guna sekali. Tu pun kalau minyak tu still jernih & cantik lagi. Hari ni baca kat mynewshub katanya tak jadi racun pun kalau minyak masak 3 kali guna tu. Tiada standard yang di tetapkan untuk berapa kali tempoh penggunaan minyak masak tu cuma bergantung kepada tekstur minyak tu selepas di guna. Jika warna minyak masak menjadi perang pekat, menjadi lebih likat atau pekat, berbau tengik dan banyak asap terhasil semasa minyak masak itu dipanaskan elok la di tukar kepada minyak yang baru. Rujukan Mynewshub Jadi pada orang2 dapur sekalian tak perlu risau sangat la nak recycle minyak yang dah guna tu. Selagi minyak tu masih nampak rupa minyak...