Posts

UNTUNGNYA MEREKA BERADA DI DALAM PESAWAT MH370 YANG HILANG TU

Image
Setiap hari entah siapa yang doakan kita. Kalaupun kita pergi... Berapa doa yang di kirim untuk kita disana. Namun bertuah bagi mereka yang berada di dalam pesawat MH370 yang sampai saat ini hanya boleh di klasifikasi sebagai HILANG sebab masih tiada bukti yang jelas, hanya teori & analisis dari pakar Britian sahaja yang mengesahkan ia berakhir di lautan hindi. Sumber Google Sungguh aku cemburu dengan kamu semua.. Kamu sangat bertuah. Sejak kehilangan kamu, berjuta manusia mendoakan. Bila kau di sahkan terkorban.. Banyak airmata tumpah & banyak jugak al fatihah di hadiahkan. Sesungguhnya kamu adalah insan2 terpilih. Andai benar kamu terkorban.. Maka syahid la bagi mu (bagi yang muslim) Pada waris2 mangsa... Hapuslah airmata. Mati itu pasti cuma kita tidak tahu dimana & bagaimana. Mereka akan jadi sejarah yang kekal dalam ingatan berjuta insan. Pada lautan hindi luas terbentang, Jika kau ingin menyimpan jasad mereka, cukuplah sekadar beri petanda yang nyata me...

MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI BUKAN KESIMPULAN NAMUN ITULAH JAWAPAN

Image
Semalam hampir seluruh dunia berhujan airmata.. Tapi bagi mereka2 yang ada rasa simpati & hati la sebab bukan semua manusia yang ada rasa sedih untuk trajedi ni. Masih ada yang rasa.. takde rasa apa2. Takpe.. hak masing2 la nak rasa apa - apapun tapi yang penting even kita takde rasa apa2 pun hormatilah perasaan orang lain. Semalam.. kenyataan DS Najib yang dengan sedihnya mengatakan...  Pesawat MH370 di sahkan berakhir di lautan hindi memang merentap jiwa2 kita apatah lagi jiwa2 ahli keluarga mangsa. Bagi aku yang pernah menghadapi kehilangan orang tersayang.. Sekurang kurangnya aku nampak.. dia pergi dengan tenang.. dia di mandikan, di sembahyang dan seterusnya di kebumikan.. Dan sehingga kini aku masih boleh melihat 2 nisan kaku sebagai tanda di situ bersemadinya dia yang ku sayangi.. Tapi mereka.. 17 hari menanti, dan berakhir dengan satu kenyataan.. semua bersemadi di lautan hindi.. mereka takdapat mandikan, sembahyangkan & semadikan.. apatah lagi dapat meletak tan...

MH370 BERSEMADI DI LAUTAN HINDI, SALAM TAKZIAH

Image
Akhirnya.. segala teka teki.. segala spekulasi.. segala andaian.. segala tuduhan terjawab malam ni. Ya Allah.. Kau lebih mengetahui segalanya.. Kau lebih mengasihi mereka.. Kau akhiri destinasi di lautan hindi.. Kau juga lebih tahu kenapa mengapa.. Salam takziah & Al fatihah buat semua mangsa. Ya Allah kurniakan kekuatan & ketabahan pada semua keluarga mangsa agar mereka dapat redha dengan ketentuanNya.. Ku bingkiskan kata dalam puisi Kerana tiada ayat lagi mampu ku bercerita Perit rasa hati Menerima suratan dari Nya 17 hari kami menanti penuh teka teki penuh spekulasi penuh andaian itu ini Masa telah tiba Rahsia Allah terbongkar juga Dengan izin Nya Kau khabarkan pada kami Dengan berita dukacita ini Namun tetap kami syukur Kau lebih mengasihi mereka Kasih yang tak mampu kami ukur Trajedi ini bukan satu malapetaka Tanda bencinya Allah pada manusia Tapi peringatan kepada kita yang adakala lalai dan leka Ya Allah terima kasih men...

YANG PERNAH TUDUH KAPTEN ZAHARIE ADA KAITAN DENGAN KEHILANGAN PESAWAT MH370 SILA SOROK MUKA DALAM SPENDER

Image
Masa mula2 aku membaca spekulasi yang mengaitkan kapten Zaharie (Pilot MAS MH370) dalam kehilangan pesawat MH370 memang aku rasa geram & sakit hati sangat. sakit hati & marah bukan pasal dia ahli PKR atau penyokong kuat PKR tapi sakit hati sewenangnya orang mengaitkan dia hanya sebab dia penyokong & ahli parti pembangkang. Sumber Google Dari awal, aku tak pernah rasa atau anggap apa yang berlaku ada kaitan dengan Kapten Zaharie yang kononnya ini adalah konspirasi DS Anwar Ibrahim untuk jatuhkan PM DS Najib Tun Razak menggunakan kapten Zaharie untuk membawa lari pesawat MH370. Waktu simulator Kapten Zaharie di rampas & di siasat lagi teruk la tuduhan keatas dia.. Macam2 di pertikaikan.. Kenapa dia bina simulasi kat rumah? Tak puas flight lagi ke? Dia bina simulasi sebab nak belajar landing tempat2 tersembunyi la.. Semuanya menjurus kepada tuduhan nak kaitkan dia sebagai seorang pesalah la.. Sedangkan siasatan masih di jalankan.  Sebahagian komen2 ...

PESAWAT MAS MH114 TERLIBAT DALAM KEMALANGAN DI NEW DELHI

Image
Dalam isu Mh370 yang masih menjadi misteri kehilangan tetiba sebuah lagi pesawat MAS yang terlibat dengan kemalangan. Pesawat yang membawa 180 penumpang dan anak kapal itu di katakan di rempuh oleh sekawan itik menyebabkan cermin pecah tapi Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan cuma mungkin trauma jugak la kot sebab yelah.. MH370 masih lagi hilang tetiba Mh114 pulak terlibat dalam kemalangan kecil macam ni.  -Sumber Sinar Harian - Apapun syukur la semua selamat mendarat. Teruskan doa yang masih hilang.. Moga Allah memberi kemudahan pada misi mencari & menyelamat Mh370. Sehingga hari ini Allah masih mahu mendengar rintihan doa kita.. Dan sebab itu dia masih belum memberi petunjuk di mana pesawat MH370 berada jadi terus berdoa.

80% RAKYAT MALAYSIA MEMANG SENSITIF ISU MH37O DIJADIKAN BAHAN GURAU

Image
Kecoh bila Chef Wan muat turun status berunsur gurauan pasal pesawat Mh370 yang masih sehingga kini belum di temui. (Boleh rujuk entri berkaitan tu kat SINI )Marah benar rakyat Malaysia dengan chef wan.. Bukan kata chef wan.. sebelum ni pun Zed Zaidi teruk kena hentam sebab jadikan isu Mh370 untuk bergurau. Bukan golongan retis jer kena hentam.. orang awam pun kalau dok up status yang bukan2 pasal MH370 pun tetap kena hentam. Jadi sapa2 jer tak terkecuali di hentam kalau tak sensitif dengan isu yang melibat nyawa & keselamatan orang lain ni. Mengikut survey yang aku baca kat astroawani 80% ++ rakyat malaysia nak chef wan buat permohonan maaf atas apa yang dia dah buat selebihnya lagi tak kisah. Nak2 lagi dia keluar kenyataan memang dia sengaja buat lawak camtu semata2 nak tengok reaksi rakyat Malaysia katanya.. sekarang dah tengok, kan?? hope jadikan pengajaran ler.  Even dia kata rakyat malaysia ni memang cepat melatah & suka mengutuk orang.. Rasanya dia pun tergolong d...

PERINGATAN BUAT CHEF WAN..KALAU TAKNAK KENA HENTAM JANGAN BUAT LAWAK ISU MH370

Image
Semua orang fokus pada isu kehilangan pesawat MH370 yang sehingga hari ini belum berjaya di temui walaupun ada petunjuk dari dua objek yang di kesan satelik pihak australia di lautan andaman. Apa saja yang cuba di jadikan lawak dengan menggunakan isu tu confirm kena kritik hingga ke urat saraf paling halus. Terbaru chef selebriti terkenal yang memang suka menghentam di hentam sebab buat lawak tak kena gaya. Siapa lagi kalau bukan DatoChef Wan..  Sumber Astroawani Aku taknak cakap panjang2.. Moral of the story apa jugak lawak berkenaan isu MH370 takkan jadi lawak jadi tak payah la nak berlawak sangat. Kang tak pasal2 kena hentam. Dalam situasi sekarang tiada lawak boleh melegakan perasaan keluarga mangsa yang menanti penuh debaran khabar tentang pesawat Mh370 apatah lagi lawak yang di kaitkan dengan Mh370. Apa yang di harap mereka doa berterusan.. Sama sama lah kita terus berdoa semoga hari ke 14 ini ada berita baik walau pahit tentang mereka yang hilang bersama pesawat...