Posts

UNTUK YANG TAKSUB SANGAT DENGAN MIMPI USTAZ PASAL MH370

Image
Aku bukan nak mempertikaikan apa atau siapa tapi aku tengok ketaksuban manusia pada sesuatu tu semakin hari semakin menjadi jadi pulak. Nak2 lagi kalau datangnya dari orang yang ada title ustaz atau ustazah atau mana2 orang yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu agamanya. Sejak isu kehilangan pesawat MH370.. bukan setakat spekulasi yang menjadi ketaksuban manusia tapi jugak mimpi2 yang di kongsi oleh seorang yang bergelar ustaz. Sejak dua menjak ni cerita mimpi seorang ustaz berkaitan Mh370 menjadi popular pula kat laman sosial. Macam biasa.. aku baca apa jer berkaitan dengan MH370 tak kira la spekulasi atau berita2 dari sumber rasmi atau tak rasmi termasuk kisah mimpi seorang ustaz juga pengasas sebuah pusat rawatan Islam. Mula2 beliau share mimpi beliau berkaitan MH370.. yang katanya dalam mimpi tu mengambarkan pesawat di hijack kemudian semua sistem dalam kapal terbang tu di kawal oleh pihak lain dari jauh.. di lencongkan ke laut kemudian terhempas di lautan. Dalam mimpi tu seaka...

BOLEH SAWAN TENGOK BAJU BAJAN KAT NIGHT MARKET HATYAI

Image
Aku ni bukan orang kaya.. Nak berholiday kat oversea pun yang dekat2 je la. At least ok la tu.. Ada juga holiday untuk family kecik kami ni kan. Bersyukur.. ada orang tak merasa berjalan jauh apatah lagi nak rasa main salji kat luar negara. Kita jangan bandingkan diri dengan orang yang lebih senang dengan kita memang kita rasa kita macam susah sangat, bandingkan orang yang lebih susah dari kita nescaya kita akan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Amboi mukadimah.. kemain sekolahkan orang kau yer. Ok... ok.. aku just nak cerita pasal mini holiday aku yang cuma 2 hari 1 malam kat hatyai. Ni holiday tak ber planning ok. Lagipun masa tak banyak.. Bawak mak mertua jenjalan sana. Dia pun tak nak stay lelama sebab ada tanggungjawab lain kat sini kan. Kalau ikutkan nak tambah 1 malam kat sana tapi mertua daku taknak. Dia kata tunggu hujung tahun nanti, baru dia nak bercuti panjang kalau ada rezeki datang hatyai lagi. Pemergiaan kami ke hatyai.. Awal pagi Jumaat. Aku dalam mamai2 laki...

NAK TAHU KENAPA BOMOH BUBU MASIH AKTIF BUAT RITUAL PELIK UNTUK MH370?

Image
Bomoh bubu atau Raja Bomoh Datuk Ibrahim Mat zain datang lagi dengan permainan baru menyeru mayat timbul dari dalam laut... katanya. dua tiga hari ni tersebar video Pakcik Bomoh ni tengah membuat satu Ritual katanya menyeru mayat mangsa2 pesawat Mh370 timbul. Gigih dia bermandikan air laut dengan teropong buluh bagai... Biarpun dia bertegas menafikan ritual yang dia buat bertentangan dengan ajaran Islam & ada unsur syirik & khurafat tapi bagi kita yang tengok ni pun dapat menilai sejauh mana Islamiknya ritual2 yang dia buat. Satu benda yang aku rasa dia terus melakukan benda2 ni even di kritik atau di tegur adalah dari kita sendiri yang tak sudah2 bagi publisiti & perhatian kat dia di samping takde apa tindakkan di ambil. Cuma warning2 tanpa bertindak. Jadi Pakcik bomoh ni rasa.. apa de hal.. bisnes bomoh dia semakin di kenali. Kalau kita rasa tak layan benda2 macam ni.. Jangan sangka orang lain pun sama. Ramai lagi manusia yang masih menggunakan khidmat bomoh2 untuk...

BAGAI SATU DOSA MENJADI PILOT MH370

Image
Dimana letaknya hati bila takde langsung rasa simpati.. Adakah hati mereka di tapak kaki yang fungsi untuk di pijak2 je? Kalau hati dia letak di tapak kaki tak pelik la dia takde rasa.. Tapi tapak kaki pun ada rasa jugak.. rasa sakit kalau terpijak benda yang menyakitkan.. rasa geli bila terpijak benda mengelikan.. Gamaknya berkongsi hati dengan syaitan kot. Sebab makhluk Allah yang paling takde perasaan baik adalah syaitan jer.. Di akui aku bukan manusia baik sangat.. Tapi aku manusia yang masih ada perikemanusiaan pada manusia lain bila manusia lain itu di timpa musibah. Nak2 lagi dalam isu besar melibatkan nyawa & keselamatan orang lain. Di celah2 orang masih sedih dengan kehilangan pesawat Mh370 yang membawa beratus nyawa dan di katakan pula berakhir di lautan paling ganas, Lautan Hindi.. Masih ada yang nak ambil kesempatan melariskan penulisan mereka. Tersentap jugak hati Bila menjadi tajuk besar tentang masalah rumahtangga salah seorang yang terlibat dalam Mh370.. Yang di...

UNTUNGNYA MEREKA BERADA DI DALAM PESAWAT MH370 YANG HILANG TU

Image
Setiap hari entah siapa yang doakan kita. Kalaupun kita pergi... Berapa doa yang di kirim untuk kita disana. Namun bertuah bagi mereka yang berada di dalam pesawat MH370 yang sampai saat ini hanya boleh di klasifikasi sebagai HILANG sebab masih tiada bukti yang jelas, hanya teori & analisis dari pakar Britian sahaja yang mengesahkan ia berakhir di lautan hindi. Sumber Google Sungguh aku cemburu dengan kamu semua.. Kamu sangat bertuah. Sejak kehilangan kamu, berjuta manusia mendoakan. Bila kau di sahkan terkorban.. Banyak airmata tumpah & banyak jugak al fatihah di hadiahkan. Sesungguhnya kamu adalah insan2 terpilih. Andai benar kamu terkorban.. Maka syahid la bagi mu (bagi yang muslim) Pada waris2 mangsa... Hapuslah airmata. Mati itu pasti cuma kita tidak tahu dimana & bagaimana. Mereka akan jadi sejarah yang kekal dalam ingatan berjuta insan. Pada lautan hindi luas terbentang, Jika kau ingin menyimpan jasad mereka, cukuplah sekadar beri petanda yang nyata me...

MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI BUKAN KESIMPULAN NAMUN ITULAH JAWAPAN

Image
Semalam hampir seluruh dunia berhujan airmata.. Tapi bagi mereka2 yang ada rasa simpati & hati la sebab bukan semua manusia yang ada rasa sedih untuk trajedi ni. Masih ada yang rasa.. takde rasa apa2. Takpe.. hak masing2 la nak rasa apa - apapun tapi yang penting even kita takde rasa apa2 pun hormatilah perasaan orang lain. Semalam.. kenyataan DS Najib yang dengan sedihnya mengatakan...  Pesawat MH370 di sahkan berakhir di lautan hindi memang merentap jiwa2 kita apatah lagi jiwa2 ahli keluarga mangsa. Bagi aku yang pernah menghadapi kehilangan orang tersayang.. Sekurang kurangnya aku nampak.. dia pergi dengan tenang.. dia di mandikan, di sembahyang dan seterusnya di kebumikan.. Dan sehingga kini aku masih boleh melihat 2 nisan kaku sebagai tanda di situ bersemadinya dia yang ku sayangi.. Tapi mereka.. 17 hari menanti, dan berakhir dengan satu kenyataan.. semua bersemadi di lautan hindi.. mereka takdapat mandikan, sembahyangkan & semadikan.. apatah lagi dapat meletak tan...

MH370 BERSEMADI DI LAUTAN HINDI, SALAM TAKZIAH

Image
Akhirnya.. segala teka teki.. segala spekulasi.. segala andaian.. segala tuduhan terjawab malam ni. Ya Allah.. Kau lebih mengetahui segalanya.. Kau lebih mengasihi mereka.. Kau akhiri destinasi di lautan hindi.. Kau juga lebih tahu kenapa mengapa.. Salam takziah & Al fatihah buat semua mangsa. Ya Allah kurniakan kekuatan & ketabahan pada semua keluarga mangsa agar mereka dapat redha dengan ketentuanNya.. Ku bingkiskan kata dalam puisi Kerana tiada ayat lagi mampu ku bercerita Perit rasa hati Menerima suratan dari Nya 17 hari kami menanti penuh teka teki penuh spekulasi penuh andaian itu ini Masa telah tiba Rahsia Allah terbongkar juga Dengan izin Nya Kau khabarkan pada kami Dengan berita dukacita ini Namun tetap kami syukur Kau lebih mengasihi mereka Kasih yang tak mampu kami ukur Trajedi ini bukan satu malapetaka Tanda bencinya Allah pada manusia Tapi peringatan kepada kita yang adakala lalai dan leka Ya Allah terima kasih men...