Posts

KENYATAAN PROF IZZI DI FB BERHUBUNG ISU CABUL PELAJAR SEBENARNYA BUKAN DARI DIA

Image
Sebab aku pernah printscreen & post kenyataan yang aku ambil dari Fanpage Prof Izzi ni maka aku rasa bertanggungjawab untuk sebarkan balik benda ni. Kat bawah ni adalah kenyataan Prof Izzi tentang salah satu komen yang menyamar sebagai beliau.. Beliau dah  jelaskan komen tersebut bukan di muat turun oleh beliau. Statement yang di maksudkan Prof Izzi tu adalah komen ni yang den share semalam & menjadi sedikit kontroversi pasal isu ciplak.. Hahahah.. ala2 kes tudung preedah la pulak. Kiranya kesilapan ni adalah dari aku sendiri la sebab kurang teliti sebelum post. Mari kita lihat apa kesilapan aku tu untuk sama2 jadikan pengajaran. Statement yang di kotakkan dengan line merah tu maybe la statement yang di maksudkan prof Izzi pada status di atas. Ni kesilapan den yang patut semua jadikan pengajaran kalau ikutkan nama profile tu memang ejaan dia lain skit. Yang original prof tu takde doube F tapi yang fake ada double FF.. Dan ejaan dia yang banyak short tu pun aga...

PESANAN BUAT BLOGGER KALAU AMBIL GAMBAR ORANG JANGAN LETAK WATERMARK SENDIRI

Image
Walaupun benda ni remeh tapi kesan pada blog kecil kecilan macam I ni besar jugak. Yelah.. kita buat kerja.. alih2 orang lain dapat nama & hasilnya. I ni bukan la kedekut sangat.. Ambik je la apapun dari blog I. Tapi bagi la sedikit upah. Bukan kena bayar dengan duit.. Letak la backlink blog I ni.. Sama2 merasa la kan. Yang buat kerja merasa yang malas pun dapat. Alkisahnya... Bukan la nak memburukkan sapa2. Yelah.. bila terbaca satu entri kat satu blog ni.. eh.. eh.. ni tak silap gambar yang aku printscreen & attach dalam entri aku tadi. Hati senyum la bila tengok ada link credit untuk ke sumber asal. Bangga dengan hidung kembang kempis aku clik.. Ingat blog aku la kan... Rupa rupanya.. Blog yang agak pemes lain yang dapat backlink sebab blog yang aku baca tu ambil sumber dari blog tu bila aku clik blog tu amboi siap watermark blog dia lagi. Gambar ni di culik dari entri den yang ni >> Prof Izzi << den yakin la gambar tu den punya kalau den yang printscreen ...

LUAHAN HATI PROFF IZZI SELEPAS RAMAI PULAK YANG MENGAKU DI CABUL WALAU HANYA SEORANG MEMBUAT LAPORAN

Image
Aku ada baca jugak pasal tuduhan meraba student yang di dakwa di lakukan oleh seorang profesor & seorang pakar motivasi yang agak terkenal kat Malaysia yang suara dia dulu kita selalu dengar kat radio era kalau tak silap. Semua orang pun rasanya tahu siapa yang di maksudkan & apa kes yang sedang hangat di perkatakan. Laporan polis di buat oleh seorang pelajar perempuan yang mendakwa di cabul oleh prof tersebut. Macam2 la tohmahan si prof ni kena. Sampai sekarang dia masih tak bagi apa2 statement membela diri.. samada menyiakan atau menidakkan perbuatan tersebut. Aku bukan la nak cakap sapa betul sapa salah.. tapi aku suka tengok bila ada kes - kes tuduhan macam ni tersebar.. mesti datanglah cerita tak berbukti.. untuk mengiyakan tuduhan tu. Contoh macam ni.. Saya pun pernah dengar orang cakap sipolan tu memang perangai dia macam tu.. Ingat dah insaf rupanya tak taubat lagi... Saya pun student kat situ, ada boipren pada kawan kepada kawan kepada kawan saya cerita dia pun per...

DESIGN TUDUNG SEKARANG LEBIH KURANG SAMA JER, TAK TIMBUL ISU CIPTA ATAU CIPLAK

Image
Bangun pagi bila online jer terpinga2 pasal isu ciplak tudung jenama terkenal & mahal. Nak saman pengeluar tudung ciplak jenama terkenal & mahal dia. Ramai rupanya.. rasa tindakkan pengeluar tudung jenama terkenal & mahal ni agak kejam. Katanya.. tudung semua dari asas bentuk yang sama.. tak timbul isu ciplak bagai. Lagipun dua2 bisnes tu dari orang melayu beragama Islam yang nak mengangkat & mengalakkan orang berpenampilan muslimah. Tu kata2 dari komen yang aku baca la... Tapi bagi aku isu cipta kemudian di ciplak ni macam isu yang takkan boleh di bendung pun. Apa juga barang.. apa juga jenama.. apa jugak fesyen.. apa juga design atau apa jer perkara kalau ada yang cipta.. dah pasti ada ciplak. Berblog pun sama.. ada yang mengarang ada yang copy paste jer tetap di panggil blogger even sorang bukan kerja perah otak sorang buat kerja ciplak. Manusia & hidupan dalam dunia ni ciptaan Allah pun ada orang ciplak hasil kejadian Allah ni.. buat klon ni klon tu.. Ni pulak...

10 PERKARA YANG ORANG TAK SUKA PADA PENIAGA ONLINE

Image
Ramai orang yang meniaga secara atas talian atau online ni masih tak tahu atau sesaja buat tak tahu apa yang boleh & apa yang tak boleh.. apa yang orang suka & apa yang orang tak suka mereka buat bila mereka mempromosikan barang/produk jualan mereka. Even benda ni dah biasa sangat orang merungut, mengeluh,marah,maki bagai tetap masih berlaku & rasanya akan terus berlaku sampai bila2. Tapi tetap den nak tulis jugak la untuk yang baru2 nak berjinak2 dalam perniagaan online tahu pasal ni. Benda2 korang tak harus buat adalah Gambar carian google Jangan suka2 hati tag orang produk/barang yang korang jual kecuali di minta berbuat demikian. Jangan suka2 nak post kat Timeline orang. Nak post apa apa kat wall sendiri sudah. Jangan tag/post produk/barang dengan pengedar/peniaga yang juga jual benda yang sama. Depa anggap hangpa nak potong line nanti. Kalau pasarkan barang/produk secara online pastikan ada masa nak jawab pelanggan secara online jugak. Jangan sekadar temp...

SAKINAH ISTERI KEDUA ASYRAFF MUSLIM DAH BERSALIN JANGAN HENTAM DIA ATAS KHABAR NI

Image
Ada terbaca tadi.. Katanya Wan Sakinah isteri kedua kepada pelakon Asyraff Muslim dah selamat melahirkan anak pukul 11.50 malam tadi. Alhamdulillah bayi perempuan menjadi anak sulung kepada pasangan tersebut & jugak anak sulung Asyraff muslim la. Berita pasal sakinah bersalin ni dah tersebar kat blog2 hiburan.. laman sosial bagai.. Hope takde la peminat peminut pembenci bagai nak hentam2 sakinah lepas ni. Kesian dia... Semua manusia buat silap. Jangan hanya satu kesilapan dia yang lalu kita hukum dia sepanjang hidup sedang Allah pun maha pengampun, kita manusia pulak lebih2. Kalau dia upload gambar baby dia ke tak payah la nak judge dia macam penjahat sangat. Kita dapat anak pun teruja bagai nak rak.. Macam tu la jugak dia kan even dia pegang title bini nombor dua pun tetapi dia pun manusia macam kita. Si comel sakinah & asyraff Sumber Rotikaya Moga Dayana juga bergembira dengan lahirnya puteri sulung zuriat suaminya. Insya Allah Dayana...  Satu hari mu...

BAYI 9 BULAN DI DAKWA RANCANG PEMBUNUHAN

Image
Berita ni tengahari tadi aku tengok kat buletin 1.30 tv3.rasa nak gelak pun ada,nak marah pun ye jugak.apa punya negara la bodoh sampai tahap tak boleh terima akal. budak 9 bulan pegang botol susu pun tak berapa betul macam mana la depa boleh rasa bahaya sampai mampu buat percubaan membunuh orang dewasa. yang aku dengar siang tadi katanya budak ni baling batu sehingga mencederakan sipolan yang tak sure siapa.kalau tak silap apa yang aku dengar la.baby ni di tuduh bersama bapak sedara dia. negara tu aku tak berapa ingat tapi negara yang ada tan tan jugak la kat belakang. inilah perkara paling gila aku pernah dengar.gamaknya kalau baby tu didapati bersalah kena penjara pegawai penjara pulak jadi satu hal nak jaga.yelah budak diaper pun tak free lagi apa dia tau buat nak urus diri. memang manusia semakin gila.