Posts

SUAMI MENGANDUNG SEBAB BERPERWATAKKAN SONGSANG

Image
Orang baca tajuk entri pun pening nak paham. Aku nak buat tajuk entri tu pening jugak. Hahahahaha.. Yelah, apa ke maksud suami mengandung sebab berperwatakan songsang ni?? Takpe.. takpe.. jangan panik bagai dunia nak kiamat even tu salah satu tanda kiamat, kejab lagi aku jelaskan kat korang yer... Sumber google tengah malam semalam terbaca post dari page Harian Metro pasal 1 pasangan konon pelik tapi sebenarnya aku tak rasa pelik pun. Tak rasa unik atau Wow pun dengan kejadian tu. Rasa geli tu maybe ada jugak. hahahaha.. Sepasang suami isteri.. yang si suami mengandung anak hasil hubungan mereka. Suami mengandung?? Sebab caption dia Bapa tu yang buat orang pelik. Bapa adalah gelaran pada lelaki yang bakal atau dah ada anak.. Lelaki mana boleh mengandung. Dia takde fungsi @ organ yang membolehkan dia mengandung even dia tukar jantina sekalipun. Sumber Harian Metro Apa yang berlaku pada pasangan ni hanya kerana mereka berpewatakan songsang bukan mereka melakukan hubungan ...

PELAWAK VETERAN MAIDIN MENINGGAL DUNIA.

Image
Berita sedih ni aku baca kat Berita Harian Online yang mengesahkan Pak Maidin yang telah kembali kepangkuan penciptanya jam 2 petang tadi di rumah akibat serangan Jantung. Pak Maidin antara pelawak yang terkenal kat Malaysia.. Lawak dia sememangnya berjaya mencuit hati penonton. Kini hanya tinggal nama & kenangan. Doakan kesejahteraan rohnya disana. Moga beliau di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Antara filem lakonan beliau adalah mami jarum & banyak lagi. Berlakon dari zaman 80an kalau tak silap. Takziah untuk seluruh ahli keluarga Pak Maidin.. semoga tabah menghadapi Ujian dari Allah. Dan sedekahkah la Al Fatihah buat arwah..

INILAH DUA SAUDARA KEMBAR SULTAN MELAKA

Image
Mesti ramai yang terkejut kan? Tak sangka Seorang Insan yang tiba2 popular mengaku dirinya Sultan Melaka dimana negeri melaka dah lama tak bersultan ada kembar seiras. Bukan sorang tapi dua orang sedara kembar dia. Kembar tiga Uolls... Sumber google  Mesti yang nak tengok siapa kembar2 Sultan Melaka ni kan?? Jeng jeng jeng....   Abang Ensem : Seorang blogger & pakar bidang hartanah.. & popular jugak orangnya Abang Senyum : Dulu popular dengan video senyuman menggoda dia Sultan Melaka : Semua pun tahu siapa dia kan? Mereka kembar lain mak bapak. Hahahaha... dua dari Malaysia & lagi sorang dari Philiphina kalau tak salah info. Mungkin ni la yang orang cakap kita ada 7 orang dalam dunia ni yang muka nak sama.. Sultan Melaka, Abang Ensem & Abang Senyum dah jumpa dua.. kena cari lagi 5 lah. kekekekeke Hahahaha.. Jangan marah Uolls.. Hari Rabu kena buat entri santai santai even tak berapa wordless sangat. Blog melekit tak boleh nak wordless sang...

AWAS BAHAYA UPLOAD GAMBAR MAKAN DI MC DONALD

Image
Ni satu peringatan yang serius untuk semua yang baca blog melekat lekit ni. Bukan tajuk ni sesaja bagi gempak untuk buat korang baca entri tapi memang ia berkaitan dengan maruah & nama baik anda. Isu boikot sekarang ni bukan takat yang berkempen boikot yang luar sana je jadi ganas sampai ada yang pecahkan cermin kereta orang yang ada sticker Mc Donald drive thru tapi online pun ada jugak yang jenis extreme camtu untuk di malukan kalau tak boikot Mc D Entri sebelum ni aku pernah isukan pada Page Gua Tv Dot Com yang mengaibkan seorang gadis sedang makan Mc D (Boleh baca kat sini entri sebelum ni KESIAN GADIS NI DI AIBKAN GUA Tv Dot Com SEBAB MAKAN MC D ). Aku ingat ramai yang dah sound admin page tu dia ada sedikit rasa insaf & tak ulangi perbuatan mengaibkan gadis melayu bertudung makan Mc D tapi rupanya ada lagi dia buat. Kali ni 2 orang anak dara melayu bertudung menjadi mangsa di aibkan di page tu. Macam biasa gambar mangsa ni aku yang kena tutup dengan cat merah ata...

CARA REPORT GOOGLE JIKA ENTRI DI COPY PASTE

Image
Kang ada kata aku budget pakar tutorial pulak. Baru kena copy paste kecoh nak report bagai. Eh.. eh.. mesti la report. Setakat satu dua entri kena copy paste dalam 1 blog dengan backlink takde la aku nak kecoh tapi kalau dah siap buat auto post setting kat blog dia dengan entri aku.. dah macam aku pulak tukang dok update blog dia. Yelah tiap kali aku update entri baru mesti masuk blog dia tak perlu dia terhegeh2 nak copy & paste. Set je auto post dari blog orang duduk makan kuaci dah nama blogger. Jika korang mengalami masalah dengan pencuri artikel korang tak kira satu atau dua atau lebih entri yang di curi, korang rasa tak puas hati. Nak maki pun admin blog tu tak layan. Ajak sembang dari hati ke hati pun admin tu buat tak tau jer.. Maka inilah penyelesaian paling terbaik iatu buat je google report. Sebelum ni aku pun tak tahu apatah lagi reti nak buat tapi sebab dah terhantuk maka aku pun terngadah. Cara nak buat google report sonang jo sebenarnya.. First step sila clik kat ...

AMARAN BUAT ADMIN BLOG BELOHOG

Image
Biarlah orang nak cakap aku ni kedekut ke, suka besarkan isu ke yang pasti sesapa saja kat tempat aku mesti rasa marah dengan apa yang berlaku. Semalam aku detect 1 blog copypaste yang sejak dari dia buka blog satu ni.. dia asyik copypaste entri aku. banyak jugak blog dia manage tapi sapa2 pun boleh buat kalau setakat copypaste ye dak?? ni kita tak layak panggil blogger tapi kita kena blockjer Yer ada mention sumber artikel tu di copy dari blog aku tapi memandangkan dia target blog aku untuk ambil story maka aku pun jadi tak sedap jugak la. Tiap kali aku update masuk blog dia. Kerja senang la kau!! Tak payah susah2.. buat blog copy semua entri aku settle. Kalau satu dua entri aku takde la rasa mengelegak sangat ni entri aku sejak sebulan lalu ( sama usia dengan blog belohoh jugak baru sebulan lebih ) semua masuk blog dia. Kalau aku tak ambil tindakkan segera.. rasanya tiap kali aku update entri mesti dia copy. Sebab blog ni baru beroperasi & aku dapat detect dia buat kerja ...

YANG PERLU KORANG TAHU SEBELUM COPYPASTE ENTRI ORANG

Image
Kang ada pulak yang kata aku suka besarkan isu kecik. Bukan nak besarkan isu kecik bagi sesetengah orang sekadar nak berkongsi info yang aku dapat jer.. Yelah sama2 belajar. Yang tak faham sama2 cuba faham. Aku pun tengah belajar jugak bukan tahu @ faham semua perkara dalam dunia blog ni. Semalam aku detect 1 blog copypaste entri aku tanpa bagi backlink.. dah slow talk bagai.. ok aku izinkan dia guna entri aku dalam blog dia dengan syarat bagi backlink je ke blog aku. Kedekut sangat ke aku kalau buat camtu? tepuk dada tanya akal masing2 la yer sebelum label aku seorang kedekut ilmu, info atau nak gila nak cari nama dalam dunia blog. Aku buat camtu bukan pasal kedekut.. Tapi yup! aku menulis sebab aku nak orang baca & tahu itu adalah hasil penulisan aku sendiri. Aku tak nak hipokrit sangat la konon menulis sebab suka2 & untuk tatapan sendiri. Tu bukan target @ motif aku dalam berblog. Aku memang nak orang kenal penulisan aku. Aku tak hadap populariti pada diri aku pun.. tapi a...