Posts

HAMIL SAMA SETAN

Image
 Amboi cerita seram lagi ke malam2 ni? Ke cerita mimpi mengarut lagi. Dok aih... tak cerita dah mimpi2 pelik. Ikut nasihat kak Diana gitu. Yang terlepas tu biar lah kita jadikan pengajaran. Kali ni bukan cerita pasal mimpi seram atau mimpi pelik lagi tapi pasal..... Sila baca yer Tadi siang sempat merayap sekejab. Singgah satu kedai serbaneka kat sg buloh. Tengah dok pilih - pilih clip rambut anak aku tetiba dengar lagu dangdut indonesia ni. Start jer lagu tu lirik dia aku dah rasa lain macam sangat. Nak gelak ada.. pelik pun ada. Dalam hati macam ni pun boleh jadi cerita dalam lagu ke? Apa ke pelik sangat lagu dangdut indonesia ni?? Ni la rupa penyanyi lagu dangdut tu.. imej pun tak berapa senonoh sangat kan? hahaha. Sumber gambar google Mesti semua nak tau lagu apa kan?? Lirik dia macam mana?? Tadi sempat aku google dari lirik yang aku ingat jadi aku dapat la tajuk lagu dengan lirik penuh lagu tu. Penyanyi dia pun kalau aku sebut majoriti orang tak kenal.. Mungkin kat i...

SEMINGGU 3 KALI BERSALIN ANAK LELAKI

Image
Kisah apa pulak ni? Kisah seram ke? kisah pelik ke? kisah dogeng? Dalam seminggu 3 kali bersalin anak lelaki.. kau hado? Bukan kembar & bukan jugak dalam hari yang sama. Tapi berbeza hari dalam minggu yang sama. naik pening aku fikir kejadian ni tau.. Pening bukan pasal bersalin 3 kali anak lelaki dalam 1 minggu yang sama tapi... Meh baca dulu. Alkisahnya selepas aku mimpi pelik pasal Saka sikat rambut dalam minggu tu jer aku sentiasa mimpi yang pelik2. Aku tak berani nak kaitkan dengan perkara mistik ke hapa.. Kang asyik fikir benda ghaib2 ni terkhurafat pulak. So aku fikirkan cuma mimpi tapi tu la kenapa mimpi tu pelik2 sangat. Aku ada jugak baca tafsiran mimpi berkenaan kalau mimpi beranak & baby ni.. ada yang positif & ada yang negatif tak berani aku nak percaya takut jatuh syirik. Sumber carian google Mimpi pelik aku dalam minggu tu adalah memula aku mimpi dapat anak lelaki dalam keadaan aku sebenarnya tak sedia lagi nak tambah anak tapi dah dapat aku terima ...

MISTERINYA SEORANG BLOGGER

Image
Kisah seram lagi ke ni? Amboi asal ada perkataan misteri je mesti kisah seram.. Yang seram tu memang misteri2 je ke?? Selalunya macam tu la kan.. sesuatu yang seram ni sangat misteri sebab sulit untuk kita ketahui dari mana asal usul & siapa dia yang sebenar. Tapi kisah misterinya seorang blogger ni kalau korang nak tahu apa kes & kesahnya.. sila la baca yer.. Gambar sekadar hiasan.Sumber google Semalam aku ada join satu topik perbincangan kat kelab blogger (satu group yang admin dia Ben Ashaari). Tu la salah satu kelebihan kita join group2 yang aktif ber isu sebab boleh jadi sumber inspirasi untuk update blog jugak. Aku pulak memang suka sangat la join kalau berkaitan isu2 semasa ni tak kira la berkisahkan dunia blog ke hapa. Janji bukan isu kekanak sekolah yang baru kenal cinta monyet sangat. hahahaha Isunya blogger yang sorokkan identiti, wayar atau tak wajar. Macam biasa bila ramai bagi pendapat ada yang kata ok, ada yang kata sebaliknya. Aku tertarik jugak sebab ...

CARA NAK ELAK BACA STATUS KAWAN YANG KITA TAK SUKA KAT FACEBOOK

Image
Kadang2 bukan benci cuma rasa Annoying je dengan sesetengah kawan kat friendlist kita kat FB. Bukan la nak putus kawan tapi rasa kalau kita dok baca status dia hari2.. mungkin boleh berlaku @ terjadinya putus kawan jugak. Nak unfriend atau block tu memang nampak sangat nak putus kawan. Pening sangat... tak tau dah ni nak buat lagu mana.. Serba salah. Nak tegoq satgi terasa.. tak tegoq kita yang macam sakit jiwa dok baca post2 dia. Jangan risau.. setiap button yang tercipta kat Facebook ni ada fungsinya. Cuma kadang2 kita takde info & kita tak tau fungsi yang ada pasa setiap button tu buat kita hidup dalam dilema pulak. Di luah mati mak, di telan mati bapak. Jadi luah pun tak payah... telan pun jangan. Kalau kita berdepan dengan kawan yang kalau kat luar ok jer dia.. tak la meroyan sangat macam kat FB kita cuma perlu unfollow jer dia kat FB. Masih ada yang tak tahu fungsi button unfollow ni sebab tu aku buat entri. Yang dah tau tak payah la nak mencebik sangat yer... Kecil ba...

PERKARA YANG TAK PATUT CAKAP BILA JUMPA SEMULA KAWAN LAMA

Image
Era laman sosial sekarang ni memang memudahkan urusan jejak kasih, jejak kekasih & segala macam jejak la. Dari aku sendiri pun laman sosial memang banyak menemukan aku dengan kawan2 lama yang ada berpuluh tahun tak pernah jumpa apatah lagi dengar khabar, nak2 lagi kawan sekolah tak kira sekolah rendah atau sekolah menengah. Pertemuan paling aku tak sangka adalah dengan cikgu kelas aku masa darjah dua, cikgu Fauzilah. Sampai sekarang cikgu fauzilah masih sama macam aku pernah kenal. Cikgu yang cukup penyayang & sentiasa buat anak murid rasa nak bermanja dengan dia. Berbalik pada isu yang di bangkitkan.. Isu soalan atau kenyataan yang tak patut kita cakap bila bertemu semula dengan kawan lama nak2 lagi yang dah makan puluh tahun tak pernah jumpa sebab mungkin sekarang depa dah jadi orang yang berbeza jadi kena hati hati dengan percakapan atau persoalan kita nak tanya. 1. Bila jumpa kawan lama jangan sesekali cakap tentang fizikal kalau benda tu tak kearah pujian sangat. Tak p...

MH17 SUDAH TIBA DI DESTINASI YANG DI TUJU SEBELUM DI TEMBAK

Image
Salam Takziah.. pada semua ahli keluarga mangsa MH17. Seperti semua tahu hari ini hari kepulangan 20 jenazah mangsa trajedi MH17 ke tanah air. Ramai yang melahirkan rasa sedih & simpati. Ternyata umat manusia masih ramai yang punya hati. Biar sekadar ikutan tapi sekurang kurangnya ada rasa hormat pada perasaan orang yang tengah bersedih. Tak perlu kita jadi luar biasa mempertikaikan segalanya.. Hanya perlu jadi manusia seminit dua untuk diam dari berkata kata sebab kita di jadikan dari unsur yang sama, tak salah kita sama2 cuba merasa apa yang orang lain rasakan saat ni. Jangan hanya menaip Al Fatihah tapi tidak membaca. Dari pihak saya sendiri.. sememangnya hati seorang manusia biasa akan tersentuh walau hanya melihat upacara menyambut kepulangan jenazah2 MH17. Akhirnya kini mereka sudah sampai ke destinasi mereka sebelum pesawat MH17 di tembak. Biar mengambil masa yang agak lama & mereka pulang tak seperti mereka pergi.. Namun pulang juga akhirnya walau di sambut berj...

NUFFNANG DEDAH KRITERIA BLOG YANG DI PILIH UNTUK IKLAN CPUV (BE)

Image
Bunyi tajuk macam pendedahan berani mati je kan?? Tak de la berani mati sangat pendedahan ni.. Kira berani dedah je bukan berani mati sangat. hahahaha.. Ramai blogger baru yang turut memasang banner iklan nuffnang kat blog. Kalau blogger lama depa dah tak heran dah bab2 tips nak dapat BE atau iklan CPUV. Tapi bagi blogger baru mungkin ni dapat bantu anda memahami bagaimana sesuatu blog tu di pilih untuk dapat iklan CPUV (BE) sebab iklan kempen ni la yang membantu meningkatkan earning dengan lebih cepat berbanding Iklan CPC. Sumber google Bagi yang tak tau apa kelebihan kalau dapat kempen Iklan CPUV kat banner nuffnang di blog kita.. Kalau iklan biasa tu (CPC) tu kalau orang clik baru la dapat earning tapi kalau dapat kempen iklan CPUV (BE) ni.. earning di kira dari berapa orang yang masuk blog kita semasa iklan CPUV sedang di siarkan. Tak perlu clik kita dah dapat duit dari pengunjung yang datang ke blog kita semasa iklan tu sedang di mainkan. Ok.. faham.. Aku sesaja la nak b...