Posts

SAKINAH LAWAK SPENDER & BRA MERAH ATAU LAWAK TUNJUK BONTOT & PUSAT?

Image
Aku takde esteruk jadi aku cuma membaca keputusan Anugerah lawak 2014 melalui update dari page media hiburan je la. Tu pun aku takde tunggu bagai... mana terserempak kat news feed FB aku baca je la.. Tapi yang paling aku tertarik dengan keputusan anugerah lawak warna 2014 ni adalah Artis lawak wanita paling popular... Iatu Pelakon Sharifah Sakinah. Sumber google Ya Allah.. Lawak sungguh!! Bukan sakinah tapi keputusan tu.. Memang sangat sangat lawak aku rasa. Dah pupus ke pelawak wanita kat Malaysia ni?? Kalau kata kakak dia Shahira yang menang aku boleh accept lagi tapi sakinah menang untuk kategori Artis Lawak Wanita Paling Popular. Popular tu aku tak nak la pertikaikan mungkin dia popular la kot dengan video2 bodoh dia upload untuk mengundang kontroversi tapi paling lawak tu aku macam tak boleh terima kenyataan jugak la. Cuba korang bagitau aku.. Apa yang lawaknya sakinah ni? Lawak sebab bagitau spender & bra dia kaler merah ke? Atau lawak tayang bontot dia yang konon c...

NI LA BLOGGER YANG TAK SUKA BLOG LEKAT LEKIT

Image
Pendedahan berani mati ni ni, kau hado? Aku dedah sebijik2 blogger yang tak suka blog aku. Berani kau tak suka blog aku yer... Ni blog lekat lekit lah. Berani dia kata tak suka. Dia tak tau blogger lekat lekit ni juara debat sorang diri depan cermin.. Sekali dia melahar tsunami dengan dengan lautan api. Tu dia.. punya ganas, takut orang nak komen blog aku nanti. Aku takde la extreme sangat camtu kot. Tajuk entri tu pasal Liebster Award jer..  Kan aku ada bagi soalan.. Apa yang anda tak suka tentang blog lekat lekit? Wajib jawab la kan Boleh rujuk entri ni Liebster Award )... yang sahut cabaran tu pun bukan ramai bebenor.. Tapi sebab dah janji penjawab soalan liebster award yang bertuah aku akan hadiahkan topup Rm10 maka aku akan tunaikan walau tak ramai pun yang support. Yang bertuah adalah...... Jeng jeng jeng Blogger Diana Rashid  Nak tau apa blogger diana Rashid tak suka pasal blog aku sila la baca sendiri kat blog beliau kat  SINI Tapi aku up lagi la satu ...

TAKKAN LA MEDIA MELAYU NAK BOIKOT KONSERT SHILA AMZAH TANPA SEBAB

Image
Dua tiga hari ni dok baca jugak kontroversi pasal penyanyi shila amzah yang meluahkan rasa kecewa kat laman sosial katanya konsert dia haritu tak dapat liputan @ publisiti dari media melayu & katanya dia puji media cina yang support gila konsert dia. Sempat jugak dia sendiri media melayu yang katanya lebih suka highlight gosip jer... aku baca jer dulu sebab statement sebelah pihak ni kita tak boleh nak buat kesimpulan. Cuma aku terfikir satu perkara jer.. kenapa hampir semua media melayu tak cover cerita pasal konsert dia? Orang kata kalau takde sebab orang gila pun tak mengamuk kan.. Ok.. ok.. Aku sabar jer sebab aku nak tau jugak apa jawapan balas pihak media melayu dengan statement sindiran shila amzah tu. Takde angin masakan pokok bergoyang. semalam terbaca kat beautiful nara yang share satu artikel berita yang menjelaskan kenapa mereka tak buat liputan pasal konsert shila amzah. Pertama katanya sampai kena merayu macam pengemis nak minta invitation ke konsert tu. Kedua.. kat...

SULTAN MELAKA DI SYAKI SEBAR AJARAN SESAT

Image
Sapa tak kenal dengan seorang yang mengelarkan dirinya Sultan Melaka kan? Terkenalnya sampai ada seorang pelawak memparodykan Sultan Melaka dengan create satu fanpage sultan melaka version parody & selalu update status2 yang memang mengelikan hati. N i sultan Mahmud mangkat di julang dalam filem yer.. sekadar hiasan carian google Apa kes pulak ni.. Baca Berita harian Online & Astroawani katanya dia kena tahan sebab di syaki menyebarkan ajaran sesat & mengaku dirinya sultan Mahmud & Iman Mahdi. Aduhai.. macam mana boleh jadi pengasas ajaran sesat pulak ni? Frust tak dapat di iktiraf sultan melaka ker??  Sumber berita harian Apapun cuma di syaki belum terbukti bersalah. Jadi harap apa yang berlaku bukanlah seperti yang di laporkan. Tak payah la meramaikan majlis ajaran2 sesat kat Malaysia mahupun dunia ni. P/S :Jadi sultan melaka tak di iktiraf sudah tak payah jadi bebukan sangat. kekekeke

JOM JAWAB LIEBSTER AWARD KALAU NAK FREE TOPUP

Image
Hari Rabu ni kita santai2 jawab tag Liebster award sat noh.. Yelah.., tak baik tau hampakan harapan orang sedangkan task dia bagi tak susah mana pun. Tak payah kerek sangat yer lekatlekit.. hahahahahaha Tak kerek pun. Siapalah daku nak kerek2 sangat kan?? Jadi untuk tidak menghampakan rakan blogger yang tag den untuk cabaran Liebster Award dengan soalan2 yang den boleh maka den sahut la cabaran ni. Thanks pada MNH Sastera Melayu sebab sudi jugak tag blogger melekat lekit ni... Cabaran ni den harus jawab semua soalan yang di berikan.. Maka marilah membaca jawapan hampeh den ni... 1. Penulis paling di minati?  Penulis blog Apa yang melekat lekit hari ni? hahahaha boleh gitu syok sendiri 2. Buku @ Novel yang di minati?  Novel Cemburu seorang perempuan. (Masa baca tu novel pinjam jer) 3. Ahli politik yang anda kagumi  Erk.. Politik pun tak minat macam mana nak kagum ahlinya. hahahaha 4. Filem Yang di minati?  Banyak.. terutamanya filem seram 5. ...

SERU JASAD ANAK YANG DAH MATI RUPANYA..

Image
Aku ni tak habis2 buat entri kisah mistik, seram bagai kan?? Mesti ada yang baru kenal pelik dengan aku yang obses sangat kisah2 seram ni. Dah nama pun peminat cerita seram kan.. Haruslah kalau ada kisah seram yang nak aku share aku tulis dalam entri. Ok.. hari ni aku nak share satu kisah seram jugak dengan semua... Nak tau kisah apa baca la dulu. Kisahnya satu team produksi ni buat shooting film seram kat satu kampung yang dah jadi hutan sebab takde penduduk. Masa tengah shooting tetiba ada sorang kru perempuan kerasukkan.. jadi tergendala la shooting tu. Dalam depa dok kecoh sebab sorang kru perempuan ni kerasukkan tanpa sedar ada sorang lagi kru perempuan tetiba kerasukkan & terus berjalan masuk hutan di sedari seorang kru & seorang pelakon tambahan yang cuba ikut & halang perempuan ni dari masuk jauh ke hutan tapi malangnya perempuan tu hilang depa pun sesat entah kemana. Yang first perempuan kena rasuk tu.. cuba di ubat sepasang suami isteri yang satu2 penduduk ...

PENGUNJUNG BLOG DARI ISRAEL

Image
Wah.. Orang Israel baca blog aku?? Siapa gamaknya pengunjung blog melekit yang dari Israel ni? Orang Israel kah? ataupun?? Misteri sungguh.. Apa dia cari dari blog tepian longkang ni? Adakah blog aku mengancam Israel?? Wah.. macam bahaya sangat blog aku pada Israel kan?? hahahahahahaha Memang teruja sikit sebab sebelum ni tak pernah terserempak dengan pengunjung dari Israel. Dari negara2 lain memang dah biasa dapat traffic tapi dari Israel ni memang tak pernah ada rasanya sebelum ni. Yelah.. rakyat Malaysia mana boleh pergi Israel. Dari negara lain tu tak pelik sangat kalau tetiba ada pengunjung blog sebab rakyat Malaysia ni bersepah kat serata negara kecuali Israel, ye dak?? Ni aku printscreen masa hari Jumaat masa traffic tengah slow.. (macam la blog aku traffic jam sangat hahahaha) Tapi dunia internet ni tanpa sempadan.. Dari ceruk yang kita tak pernah sangka pun boleh tetiba ada. Cuma tu la... kali pertama sempat nampak traffic dari Israel di tengah kemelut Palestine y...