Posts

BLOGGER ADA FANPAGE BAJET RETIS

Banyak sangat ke kau punya fans sampai nak kena adakan fanpage bagai? Ko fikir kau ben ashaari? Mat Gebu? hanis Zalikha? Yuyu Zulaikha? Redmummy? atau ko fikir kau popular macam sharifah sakinah yang tak lawak boleh menang Anugereh lawak warna tu? Fanpage la sangat.. padahal blog kau tu traffic ala2 mati tak mau, hidup pun segan jer.. Amboi hang lekatlekit.. Tau dak statement hang tu blogger lain rasa macam nak hentak ja muka hang dengan kebot. hahahahahahahaha Tu contoh statement orang yang pandang blogger yang tepian longkang ada fanpage sendiri. Bukanlah bajet retis bagai..  Iskk.. masih sedar diri lagi kot. Yang tercetusnya entri ni bukan apa Semalam lepas terbaca satu status dari seorang blogger kat FB yang memberi jawapan balas kepada seorang Insan yang katanya blogger biasa biasa ni tak payah berfanpage sangat konon bajet retis. Mungkin dia cakap camtu dia tak paham niat kita ni adakan fanpage untuk blog.. Tak boleh salahkan dia. pemahaman dia mungkin agak skema bi...

PEREMPUAN PENDEK TAK MAMPU LAYAN SUAMI,TAK BOLEH MENGANDUNG & BERANAK NORMAL

Image
Betul ke? Perempuan kecik, pendek,ketot, tak mampu untuk jadi seperti wanita yang berketinggian normal macam orang lain lebih2 lagi dalam hubungan suami isteri,zuriat & bersalin secara normal dengan kandungan yang cukup matang? Betul ke? Kajian dari doktor kepala hotak mana?? Tu dia keluaq dah ayat2 nak melahar ni... Sumber google Yelah.. mana rasa tak melaharnya. Aku pun tergolong dalam golongan perempuan yang tak berketinggal normal macam orang lain tapi bukan kerdil yer.. Kerdil tu lain tapi ni golongan perempuan yang tingginya tak menepati piawaian umur dia. Yang berumur 20an keatas tapi berketinggian antara 135cm -140cm. Memang akan di pandang macam alien atau satu manusia yang special case sangat. Semalam.. terbaca status blogger comel yang lebih kurang sama size dengan aku tentang pertikaian & pandangan orang pada kemampuan dia untuk jadi seorang isteri & ibu sebab fizikal kecil. Sumber Yuyu Zulaikha FB Aku pernah tulis entri pasal ni dulu. Pasal or...

DAHSYATNYA SERVICE SKYNET YANG KORANG TAK TAHU

Image
Amboi tajuk bunyi macam dahsyat sangat servis skynet. Dahsyat macam mana tu? Di hantar barang/surat pakai roket ka? seminit ni pos, seminit kemudian sampai ke camna tu? Mesti korang tak sabar nak tahu apa kedahsyatan servis dari skynet ni kan? Sumber google Kena bermua dengan alkisah someone ni nak hantar barang untuk aku review. Dia pos barang tu dalam 10 sept 2014 sampai saat aku tulis entri ni 22 sept masih tak dapat dapat. Bila si pengirim tu call tanya pada 12 sept tu katanya nak hantar esok harinya 13 sept... pun tak hantar. Alasan yang memang menyampah jugak kita nak terima kan.. Memula cakap tak cukup kakitangan.. Perlu ke customer tahu masalah tu? lepas tu alasan standard despatch pemalas orang takde rumah padahal hari2 yang dia kata datang hantar barang tu aku 24jam dalam rumah. Aku tak tau la kalau orang yang hantar tu call kali ketiga nanti dia nak bagi alasan apa pulak. Ok.. ni pengalaman paling ngeri bagi aku dengan servis skynet. Dulu pos laju.. tapi nampak ser...

KISAH SERAM PUKUL 3 PAGI

Image
Bagi yang dah kenal blog lekat lekit dia tak heran dah kalau entri kisah2 seram ni bagi baru yang berkenalan dengan blog lekat lekit jangan baca sambil pejam mata yer.. Tu namanya tak baca hahaha. Apa kesahnya pulak milah Ooi.. Kisah apa yang seram sangat pukul 3 pagi ni?? Cik Non.. baca la dulu baru tau kesahnya... tak gitu?? kekekekkee Alkisah 3 kisah seram yang berlaku pukul 3 pagi dalam satu dvd yang bertajuk 3AM part 2. Dalam filem ni ada 3 kisah seram tapi ketiga2 kisah seram walau berlainan cerita seram semua ada kaitan antara satu sama lain. Starting tu macam bosan sikit tapi pertengahan cerita ni dah mula enjoy jugak tengok.. ending dia kelakar sikit. Kisah first seorang pembuat barangan untuk orang mati. Ada sorang kawan dia mati accident motor masa tengah kejar awek dia dengan lelaki lain. So, dia jadi dendam nak2 lagi masa hari kematian dia ada antara kawan2 dia mempersendakan cara kematian dia konon frust sebab di curangi. Maka dia cuba membunuh semua orang yang ter...

SAKINAH LAWAK SPENDER & BRA MERAH ATAU LAWAK TUNJUK BONTOT & PUSAT?

Image
Aku takde esteruk jadi aku cuma membaca keputusan Anugerah lawak 2014 melalui update dari page media hiburan je la. Tu pun aku takde tunggu bagai... mana terserempak kat news feed FB aku baca je la.. Tapi yang paling aku tertarik dengan keputusan anugerah lawak warna 2014 ni adalah Artis lawak wanita paling popular... Iatu Pelakon Sharifah Sakinah. Sumber google Ya Allah.. Lawak sungguh!! Bukan sakinah tapi keputusan tu.. Memang sangat sangat lawak aku rasa. Dah pupus ke pelawak wanita kat Malaysia ni?? Kalau kata kakak dia Shahira yang menang aku boleh accept lagi tapi sakinah menang untuk kategori Artis Lawak Wanita Paling Popular. Popular tu aku tak nak la pertikaikan mungkin dia popular la kot dengan video2 bodoh dia upload untuk mengundang kontroversi tapi paling lawak tu aku macam tak boleh terima kenyataan jugak la. Cuba korang bagitau aku.. Apa yang lawaknya sakinah ni? Lawak sebab bagitau spender & bra dia kaler merah ke? Atau lawak tayang bontot dia yang konon c...

NI LA BLOGGER YANG TAK SUKA BLOG LEKAT LEKIT

Image
Pendedahan berani mati ni ni, kau hado? Aku dedah sebijik2 blogger yang tak suka blog aku. Berani kau tak suka blog aku yer... Ni blog lekat lekit lah. Berani dia kata tak suka. Dia tak tau blogger lekat lekit ni juara debat sorang diri depan cermin.. Sekali dia melahar tsunami dengan dengan lautan api. Tu dia.. punya ganas, takut orang nak komen blog aku nanti. Aku takde la extreme sangat camtu kot. Tajuk entri tu pasal Liebster Award jer..  Kan aku ada bagi soalan.. Apa yang anda tak suka tentang blog lekat lekit? Wajib jawab la kan Boleh rujuk entri ni Liebster Award )... yang sahut cabaran tu pun bukan ramai bebenor.. Tapi sebab dah janji penjawab soalan liebster award yang bertuah aku akan hadiahkan topup Rm10 maka aku akan tunaikan walau tak ramai pun yang support. Yang bertuah adalah...... Jeng jeng jeng Blogger Diana Rashid  Nak tau apa blogger diana Rashid tak suka pasal blog aku sila la baca sendiri kat blog beliau kat  SINI Tapi aku up lagi la satu ...

TAKKAN LA MEDIA MELAYU NAK BOIKOT KONSERT SHILA AMZAH TANPA SEBAB

Image
Dua tiga hari ni dok baca jugak kontroversi pasal penyanyi shila amzah yang meluahkan rasa kecewa kat laman sosial katanya konsert dia haritu tak dapat liputan @ publisiti dari media melayu & katanya dia puji media cina yang support gila konsert dia. Sempat jugak dia sendiri media melayu yang katanya lebih suka highlight gosip jer... aku baca jer dulu sebab statement sebelah pihak ni kita tak boleh nak buat kesimpulan. Cuma aku terfikir satu perkara jer.. kenapa hampir semua media melayu tak cover cerita pasal konsert dia? Orang kata kalau takde sebab orang gila pun tak mengamuk kan.. Ok.. ok.. Aku sabar jer sebab aku nak tau jugak apa jawapan balas pihak media melayu dengan statement sindiran shila amzah tu. Takde angin masakan pokok bergoyang. semalam terbaca kat beautiful nara yang share satu artikel berita yang menjelaskan kenapa mereka tak buat liputan pasal konsert shila amzah. Pertama katanya sampai kena merayu macam pengemis nak minta invitation ke konsert tu. Kedua.. kat...