Posts

TELEKUNG SOLAT GAMBAR WATAK KARTUN FROZEN

Image
Aku sebenarnya tak pernah pun tengok cerita kartun Frozen ni sebab anak aku pun tak pernah tengok & aku pun tak pernah perkenalkan dia dengan kartun ni & dia pun tak tunjuk minat dengan apa2 jugak produk tak kira pakaian ke hapa dengan corak watak kartun ni tapi aku pun ikuti perkembangan semasa & aku tahu memang frozen menjadi kegilaan kanak kanak sekarang. Sampai ada yang buat koleksi barangan frozen bukan setakat baju bajan je. Sumber google Sebab Frozen jadi kegilaan kebanyakkan kanak - kanak maka ramai peniaga mula cari peluang buat duit dengan menjual barangan yang bercorak @ bergambar watak watak dalam cerita kartun frozen ni. Semalam terjumpa satu post kat page OhMedia share satu gambar mungkin gambar ni di upload untuk tujuan mempromosikan telekung solat kanak kanak yang bercorak gambar watak frozen. Siap ada gambar haiwan tersenyum lagi tu. Mak Aiih.. gitu sekali nak ambil kesempatan. Budak2 dia bukan paham sangat hukum hakam tapi kalau mak bapak budak yan...

INILAH AKIBAT BILA PRODUK ANDA DI VIRAL KAN OLEH BLOGGER

Image
Setiap perbuatan memang ada akibatnya tak kira baik atau buruk macam tu jugak bila anda bayar blogger untuk viralkan produk anda bagi tujuan promosi jugak ada akibatnya.. Nak tau apa akibat jika korang keluar modal yang banyak, bayar ramai blogger untuk viralkan produk anda supaya lebih di kenali.. baca sehingga noktah terakhir yer...  ehem.. hem sapa2 yang minat nak takeover tempat banner nuffnang tu boleh la contact I yer... kekekeke. Ramai dah peniaga atau syarikat besar yang mempercayai kemampuan blogger untuk memperkenalkan @ mempromosikan produk mereka kat laman sosial. Sebab dah banyak produk mampu di viralkan sehingga mempengaruhi pengguna untuk mencuba produk yang promosikan oleh ramai blogger termasuk aku.. hahahahaha Walau aku pun blogger yang ada jugak dapat job review tapi aku pun manusia yang akan terpengaruh jugak la dengan produk yang menjadi viral kat laman sosial. Contoh cosmoderm.. Dok baca kelebihan produk tu aku pun terjebak nak beli.. Dah la ak...

KERANA KUKU LANGSIAQ (LANGSUIR) DIA POPULAR

Image
Tu dia ni cerita Bomoh VVIP 1 Malaysia ka hapa.. Sabaq sat noh.. jangan kelam kelibut sangat. Ni bukan cerita pasal bomoh VVIP dengan buah kelapanya hokay.. Nak tau siapa pemilik kuku langsiaq (langsuir) sehingga membuatkan dia semakin di kenali sila baca hingga ke titik noktah terakhir. Sumber google Balik ja dari kampung (kedah) terus up story pasal kuku langsiaq bagai kan.. Hang tak penat ka lekatlekit Ooi...?? Penat la jugak tapi tetiba entri ter draft dalam otak harus la aku taip cepat2 supaya idea tak hilang macam tu jer... Alkisah pasal pemilik kuku langsiaq ni.. Maybe ada yang pernah tengok & dah kenal dengan dia.. Maybe yang belum. Kalau sapa2 pernah tengok video seorang pemilik butik pengantin merangkap pak andam dari aloq staq kedah yang selesa dia panggil abang Gee mesti tau pasal video tu. Video tu bukan la dia tunjuk kuku langsiaq (langsuir) tapi video dia membebel sambil cuci rambut kat salah satu salon.. Kelakar la jugak video tu sampai buat tuan empunya v...

KISAH WANITA PALING SERAM

Image
Siapakah wanita paling seram? Mesti ramai yang nak tahu kan?? Isk... bukan den la. Den peminat cerita seram je tapi den tak menyeramkan sangat. Amboi.. Macam puaka sangat kan entri2 den ni sampai korang nak label den sebagai wanita paling menyeramkan. Sumber google Ok aku just share Biografi seorang Ratu seram Indonesia yang rasa ramai kenal kalau sebut nama. Ok kita sebut filem dulu la.. Sapa yang tak pernah dengar filem Sundel Bolong memang dia tak minat la kot tengok filem seram. Ni bukan sundel bolong yang version baru tapi version yang seram giler version lama. Masa kecik2 dulu aku pernah tengok filem ni tumpang tengok rumah kawan dia ada video player.. umah cheq takdak time tu. Memang seram dia sampai rasa nak terkencing. hahahaha Sumber google Yang membawa watak sundel bolong, adalah seorang pelakon indonesia Suzana. Dia memang banyak berlakon filem2 seram sampai dapat gelaran Ratu seram indonesia.. Muka dia pun even cantik tapi sebab dah banyak sangat...

CARA SEMBUHKAN SAKIT MATA DENGAN MUDAH & CEPAT

Image
Alkisah semalam (9 November 2014) tetiba mata aku rasa semacam. Rasa macam berpasir, pedih & bengkak. Aku tengok kat cermin.. memang dah merah mata sebelah kiri. Pengalaman pernah sakit mata buat aku tahu.. Tu antara tanda2 sakit mata.. Sakit mata ni semua orang tahu boleh berjangkit. Setakat aku dengan asben aku kena sakit mata takpe lagi.. dok fikir budak kecik nan sorang tu. Sayu hati kenang kalau dia yang sakit.. aku akan bertambah lagi rasa sakit kalau anak aku sakit. Maka gigih google jugak petua nak ubat sakit mata selain dok fikir kalau tak ok jugak esok nak ke klinik je la. Lebih kurang macam ni la sebelah mata aku semalam. Aku jumpa satu petua ni.. kat blog mana tak ingat sebab google pakai tab tak bookmark pun blog tu.. rendam mata dalam air garam. Macam mana gamaknya nak rendam mata dalam air garam ni ni? kang bendul dok ingat kena korek mata pulak.. Alah.. buat sebesen air garam yang muat2 muka korang tu lepas tu rejam tanpa belas kasihan muka korang dalam ai...

GOSIP TELEKUNG LYCRA TIDAK SAH SOLAT

Image
Telekung lycra memang trend sekarang la.. Material dia yang sejuk, lembut & ada dalam pelbagai warna memang menarik perhatian kaum wanita la.. Apa salahnya nak bercantik mengadap Allah. Tak salah selagi niat kita tu betul. Jangan kat luar masa solat berjemaah jer kau bercantik kat rumah telekung penuh polkadot (tahi lalat).. kan? Sumber FB Tadi ternampak kat FB orang mula share pasal katanya tak sah solat kalau pakai tudung lycra. Jangan la melatah cik adik.. cik kak sekalian.. Kita selidik dulu betul2. Takut kita tersebar sesuatu yang tak betul. Aku yang tak berapa pandai ni pun jadi confuse. Maka aku google la sedikit info namun adalah lebih afdal merujuk guru agama tapi ni sekadar informasi hujung jari untuk semua.  Sumber Love Islam Macam aku kata tadi kalau ada keraguan better rujuk kepada orang yang lebih arif. Aku sekadar berkongsi info yang aku baca. Tapi betul la jugak kalau kita pakai pakaian tebal yang menutup aurat takde masalah la kalau kita nak s...

HANTU IBU MENGANDUNG CARI MAYAT BAYINYA

Image
Hari rabu ramai yang buat entri wordless wednesday tapi biasa la blog melekit ni konsep dia memang takde wordless semuanya more words hahahahaha.. Kalau tak berjela entri tu tak sah. Kalau nak buat wordless rasanya hati boleh memberontak sebab kurang kepuasan.kekekeke Cerita pasal hantu hari rabu ni.. Betul la macam tajuk entri tu nak cerita pasal hantu seorang ibu mengandung yang cari mayat bayinya. Alkisah selepas dua tahun kematian penuh trajidis seorang pelajar perempuan yang sarat mengandung akibat di bunuh oleh kekasihnya.. juga bekas guru dia sebab nak tutup perbuatan sumbang cikgu tu bersama pelajarnya.. Pelajar perempuan tu di bunuh sebab degil taknak gugur kan kandungan. Nak jugak lahir & besarkan bayi hasil dari hubungan sulit dia bersama cikgunya. Si cikgu tu dah ada anak bini tetap nak menggatal dengan anak murid. Sumber google Lepas di bunuh mayat perempuan sarat mengandung tu di buang di sebuah paya & di temui keluarga dia & di lakukan upacara penge...