Posts

MAYAT MAYAT TERAPUNG DI TEMUI SEKITAR KAWASAN KALI TERAKHIR PESAWAT AIR ASIA DI LIHAT

Image
Sedih sangat.. Biarpun yang berada didalam pesawat tu mungkin tak ada seorang pun aku kenal tapi tetap sedih bila baca berita dah ada mayat mayat ditemui terapung di sekitar kawasan di mana di katakan kali terakhir pesawat tu di lihat. Penutup tahun 2014.. Banjir yang amat teruk sehingga menyebabkan nyawa terkorban.. & trajedi pesawat penumpang Air Asia yang mungkin terhempas di laut. Manakala MH370 masih misteri hingga ke hari ni...   Sumber Beautifulnara Teguran Allah kepada manusia semakin keras.. Kita pula semakin degil..Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa. *Terkini* P/S : terus doakan yang terbaik untuk semua mangsa2 banjir.. Doakan kekuatan buat mereka

APA SALAH CAKAP AKU KAU DENGAN MAK BAPAK, DENGAN ALLAH OK JE

Image
Kita bercakap dengan Allah pun aku kau, kenapa dengan mak bapak tak boleh. Depa pun sama je macam kita. Bawak najis dalam perut jugak. Kenapa mesti nak kena guna bahasa ganti diri yang lain.. Yang konon lebih mulia & sopan. Aku kau sudah la. Tak payah nak kasta2.. level2 sangat sesama manusia ni even siapapun dia. Tu dia statement anak derhaka mana ni?? Tu sindiran yer pada geng KHK yang konon pandai sangat katanya. Semua nak di pertikai. Benda yang tak memudaratkan pun nak jadi pertikaian.. Selalu troll orang meh kita pulak viralkan depa kat blog. hahahahaha Terbaca status kat Page KHK yang konon mempertikaikan kenapa kita perlu berprotokol sangat cakap dengan raja/sultan sedangkan dia manusia biasa macam kita jugak. Tu apa aku paham di sebalik ayat2 biadap dia yang penuh sarcasm tu. Bengong tahap KHK statement tu tau! Kalau kau kata raja/sultan pun bawak najis dalam perut.. mak bapak kau bawak emas ke dalam perut? Kenapa dengan mak bapak kau.. kau guna bahasa ganti diri ya...

SEWA TAPAK BANNER IKLAN RM10 SEBULAN

Image
Tu dia promosi sempena musim banjir katanya.. Tak boleh mahal2. Kang ada pulak yang tuduh ambil kesempatan atas musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri. Bukan macam tu.. Kebetulan offer ni time musim banjir, bukan ambil kesempatan. Takde pun aku tulis sewa tapak banner iklan untuk mangsa banjir kan?? So jangan la negatif manjang. Aku tak pernah la buat offer sewa tapak iklan.. Tapi aku pernah juga sewakan tapak iklan untuk beberapa produk atas permintaan mereka bukan dari offer aku la. Tapi rasanya dah boleh kot buka tawaran macam ni.. Murah jer.. Harga pengenalan katanya even sebelum ni harga orang sewa tu bukan harga yang aku tawarkan la. Harga dia mahal sikit la. Tapi takpe.. Sempena musim banjir ni aku offer banner size 200x170 RM10 je untuk sebulan. Sapa2 berminat boleh PM kat FB. slot yang kosong korang boleh tengok kata atas & side bar tu yer.. Pilih je nak pacak kat side mana. kalau ada yang minat boleh jugak risik2. Semua PM jer kat FB. P/S : Mesti ada ka...

KANDUNGAN ISTERI CHEF RIZ, SHIKIN MAEMBONG DI PERTIKAI

Image
 Sebelum ni fasha sandha & diana danielle pernah mencetuskan kontroversi bila announce kat umum depa dah mengandung walhal kawen tak sampai sebulan. paling rare fasha sandha 2 minggu kawen, umum mengandung 2 minggu. Orang pun rasa pelik.. 2 minggu kawen, 2 minggu mengandung. Macam tu jugak nasib menimpa chef Riz yang kategori tak menyempat sangat nak umum yang bini dia dah mengandung. tak ramai yang tahu berapa lama tempoh persenyawaan boleh berlaku selepas bersama pasangan Kat entri ni nanti aku bagitau yer..  Sumber Media Hiburan Biasa la.. Bila retis yang baru kawen. Tak retis pun orang yang baru kawen tup tp bagitau dah mengandung mula la mulut2 muncung macam cencorot memainkan peranannya.. Soalan.. Rasanya baru kawen takkan dah boleh detect dah mengandung. Aku dulu.. sebulan baru dapat kesan.. Iskk.. ni mesti dah terrrrrrrrrrrrrrrr.... Tu dia spekulasi paling jahat. Bila terbaca kat post media hiburan pasal cerita bini chef Riz dah mengandung banyak jugak kome...

HUKUM PAKAI PRODUK DARI LENDIRAN SIPUT BABI

Image
Aku selalu nampak satu produk yang berasaskan lendir siput babi suka muncul kat news feed Fb aku. Nampak macam best je produk tu. parut jerawat berlubang pun boleh hilang.. Tapi aku rasa was was sebab siput babi ni bukan sejenis siput yang halal di makan. Bukan sebab nama dia siput babi tapi memang haram di makan. Sumber FB Yang ni memang aku dah lama musykil.. Cuba cari jawapan sebelum ni tak jumpa. Bila jumpa satu info berkenaan perkara ni excited la aku nak share dengan orang lain. Bukan apa kan.. Tak mustahil ada orang yang macam aku was was dengan produk menggunakan lendir siput babi ni. Aku terjumpa satu penerangan yang agak panjang penjelasannya. So bagus jugak la untuk kita sama2 faham hukum menggunakan produk berasaskan lendir siput babi ni. Sumber & artikel penuh baca kat Islam.gov.my yelah.. kita je panggil dia siput babi tapi dia bukan babi tetap sejenis siput kan? haram di makan tapi di bolehkan untuk guna lendir dia sebagai bahan kosmetik selagi iany...

PRODUK PENJAGAAN KULIT BERASASKAN URI @ PLACENTA

Image
Benda ni bukan perkara baru tapi cuma semakin berleluasa pulak produk yang berasaskan Uri tapi depa tak tulis URI Skin care bagai.. Depa guna nama saintifik sikit Placenta Skin care bagai gitu la. Kadang2 ada orang tak paham apa tu Placenta.. ingat jenama produk je. Yelah, kita biasa sebut Uri kan.. Sesetengah orang tak tahu Placenta tu adalah uri. Sekadar hiasan Semalam terserempak kat News Feed aku produk korea kalau tak silap berasaskan Placenta @ Uri @ tembuni ni.. Aku tak siasat sangat la Uri makhluk apa dia guna untuk hasilkan produk tu.. Haiwan atau manusia tapi dari apa yang aku baca kalau berasaskan Uri manusia ni memang haram untuk kita pakai manakala haiwan pulak Harus tu pun kalau haiwan tu di sembelih. Tak sembelih jadi haram jugak. Tapi kalau produk buatan luar oleh orang bukan Islam.. hangpa tak was was ka status haiwan tu? Sembelih ka atau main pancung kepala jer.. Sumber Islam.gov.my Ada juga aku search kat Fb yang di jual nampak macam orang melayu ...

PESAWAT AIR ASIA DARI SURABAYA KE SINGAPURA PULA HILANG

Image
Ya Allah.. gigil rasa baca berita ni.. Sekali lagi pesawat penumpang hilang dari radar. Dah muncul pun macam macam spekulasi menakutkan tapi aku tak nak sebutkan kat entri ni cuma aku berharap semoga pesawat air asia tu selamat di temui. Sama sama lah kita doa yang terbaik. Mungkin ada sesuatu Allah nak tunjukkan kepada manusia yang semakin lupa.