Posts

YANA SAMSUDIN TAMPIL DENGAN IMEJ BERTUDUNG DI WHI

Image
Kalau betul Alhamdulillah.. Orang berhijrah ke arah lebih baik kita patut sokong even kita sendiri pun tak sebaik mana. Tak payah la nak pertikai kenapa, mengapa dia bertudung. Sebab apa yang dia buat kearah kebaikkan, just kita bagi moral support sudah. Sumber Google Sebenarnya aku pun tak sure samada Yana Samsudin dah bertudung secara kekal atau tak sebab tadi tengok Wanita Hari Ini dia muncul dalam slot mempromosikan produk Sofeeya Diamond dengan Imej bertudung. Alahai si lesung pipit comel.. bertambah comel. Kalau betul itu Imej terbaru dia... Tahniah. Moga membawa imej muslimah tu dengan sebaik mungkin lah yer.. Jangan kepala bertudung dalam drama atau filem kemain peluk pegang dengan lelaki yang tak sepatutnya. Kesian wanita2 bertudung di luar sana.. tempias buruk tu terkena jugak. Maybe ni penampilan pertama Yana samsudin bertudung di WHI Aku ni nak kata peminat Yana Samsudin ni tak la sangat tapi aku suka style dia yang sporting boleh layan Amran Fans. Takde nak...

BISIKAN MISTERI TIAP KALI RAMADHAN TIBA

Image
Ni kategori cerita seram ke cerita erotik ke hapa ni? Bulan2 puasa kalau kata bisikan seram ada ke hantu? helllo... Bulan ramadhan yang kena ikat iblis/syaitan bukan jin ok! Yang selalu dok menyakat manusia ni kebanyakkan jin so tak pelik bulan puasa pun ada orang kena histeria bagai.. Jadi tak mustahil kejadian mistik masih boleh berlaku di bulan ramadhan. Jom kita rungkai bisikan misteri apakah ini.... Sumber Google Bisikan ni dah berpuluh tahun kita selalu dengar tiap kali tiba bulan ramadhan. Suara misteri bisikan ni sampai sekarang takde siapa yang tahu siapa pemiliknya.. erkk.. ke aku je yang tak tahu. Satu hari dia tak tau berapa puluh kali kedengaran di bulan puasa. Bisikan ni bergantung pada orang yang dengar. Kalau orang tu jenis cepat teransang dia akan teransang dengan bisikan ni... Kalau orang jenis penakut dia akan rasa seram dengar bisikan ni. Kalau orang yang takde perasaan, maka dengar pun dia rasa macam takde apa yang menarik. Bisikan ni adalah bisikan paling...

MIRACLE BIO WATER MURAH TAPI SERBAGUNA

Image
Hari ni aku nak cerita pasal sebotol toyol putih kepala biru ni. Memula nak letak tajuk toyol kepala biru serbaguna tapi nampak macam kejam sangat gimik tajuk macam tu maka cancel la. Maka terhasil tajuk tanpa selindung lagi. Hari ni aku nak review pasal produk Bio Essence jugak Miracle bio water. Produk ni sangat sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif macam aku ni. Bukan boleh tempek produk sebarangan... Silap bedak pun boleh menyuburkan jerawat yang mekar semekarnya di muka apatah lagi silap skincare. Tak bermakna yang memiliki kulit normal tak boleh pakai. Lagi la boleh, ye dak. Hari tu aku beli yang mini jer.. harga dalam RM5++. Yang best produk ni kalau apply sebelum makeup.. kau keluar rumah muka penuh bedak balik rumah bedak still maintain macam tu jugak. Aku dah try. Even panas pun make up tak cair. Boleh di gunakan dari hujung rambut sampai hujung kepala. Fungsi dia, melembutkan, melembabkan,melegakan & anti keradangan. Yang mana kulit kering boleh guna se...

PELAKON BERTUDUNG DAH TAK KISAH DI PEGANG & DI PELUK LELAKI

Image
Bukan la nak bergosip pasal retis memalam senin ni kan.. Tapi bila dah nampak depan mata sebagai manusia ni terbercakap la jugak sepatah dua kata. Bukan la kata retis jer yang buat, malah kat luar sana pun sama jugak bagi golongan bukan retis. Tapi apa yang lebih tak berapa sedap nak tengok bila pelakon2 bertudung sekarang keterbukaan mereka sama jer macam artis artis seksi yang dok ada. Bila tertengok drama episod yang tengah di tayangkan sekarang ni.. Tak payah tengok full episod tengok iklan pun boleh nampak babak2 pegang peluk pelakon wanita bertudung ni.Dulu aku ingat dia just pegang watak perempuan bertudung rupanya dia memang bertudung pun. So, aku jadi sedikit pelik dengan aksi2 dia dalam drama tu.  Sumber google Sayangnya tudung hanya fesyen kepala jer bila tetap melakukan aksi bersentuhan, berpegangan & berpelukkan dengan lelaki secara terbuka macam tu. Mesti ada nak backing.. abis dah watak laki bini mesti la kena sentuh2 pegang2 jugak kalau tak, tak nampak ...

KISAH SERAM HANTU CERMIN DI KONDO MOUNT KIARA

Image
Kembali kita menyeram di blog puaka melekat lekit. Pada hantu2... ops geng2 peminat cerita hantu jangan risau even bercuti sehari dua cerita seram kat blog melekit, Insya Allah aktiviti memburu hantu akan sentiasa di teruskan sampai la aku sendiri rasa takut nak tulis lagi katanya. Selagi aku ada nafsu serakah nak mengarang kisah2 seram, Insya Allah aku akan terus menyeram. Sumber google Alkisah kali ni pasal sebuah cermin yang di letakkan di tandas sebuah bilik di sebuah kondo, di kawasan mount kiara. Kondo mana tak di nyatakan untuk tidak mengaibkan tempat tu kot. alkisah seorang perempuan yang baru pindah ke sebuah kondo yang lengkap dengan peralatan rumah la. Full furniture katanya. Cuma bawak badan & keperluan sendiri jer. Nak di jadikan kisah, ada sebuah cermin misteri di tandas yang sangat menarik perhatian perempuan ni. Mula2 dia rasa nak buang sebab mak dia ada pesan, dalam rumah jangan letak banyak cermin walau dia sendiri tak sure kenapa mak dia petua macam tu. Ki...

MAKSUD TITANIC BUKTI KEANGKUHAN MANUSIA

Image
Semalam tv2 ada tayang filem Titanic. Filem yang masih tak jemu di tonton sebab penghasilan filem ni bagi aku antara filem yang terbaik & berkualiti. Babak2 dalam filem ni buat kita sentiasa terpacak dengan skrin. Dan orang yang jenis jiwang2 ni dah tentu kisah cinta Jack & Rose la buat depa terlentok kan? Tapi bagi aku filem ni yang buat aku tersentuh sebab kemanusiaan yang di tonjolkan.. Nak2 part kapal ni nak tenggelam & selepas tenggelam. Serius menusuk ke hati. Berpuluh kali tengok pun jiwa seram aku ni tetap tersentuh katanya. Sumber Google Ok.. ok.. kang jadi pertikaian. Walau filem ni dia katakan base on true story @ di adaptasi dari kisah benar tenggelamnya Titanic, dari sudut sejarah sebenarnya filem ni banyak tokok tambah atau di ubahsuai maybe untuk tujuan komersial. Jadi aku pun tak anggap apa yang di paparkan dalam filem ni adalah kisah benar cuma Kapal Titanic di jadikan tema kisah dalam filem ni.Dari sudut Islam pulak.. Ada kisah & alasannya ters...

DEMI NAK CANTIK, BERSARANG BURUNG DI MUKA

Image
Tu dia.. nak cantik punya pasal sanggup tenyeh apa saja. Yelah.. keinginan nak cantik tu semua orang ada cuma belum capai tahap kecantikkan yang di ingini je lagi. Perempuan mana tak nak nampak cantik tak kira la untuk siapa atau apa tujuannya. Tak semestinya untuk orang lain,kadang2 untuk kepuasan diri. Bila kita tengok cermin muka licin, gebu,berseri.. Rasa nak tidur depan cermin je. Tapi bila asal tengok cermin je mesti meremang bulu roma macam tengok pontianak dah tentu la sedih. Tengok muka sendiri dalam cermin pun rasa seram apatah lagi kalau orang lain tengok. Jadi jangan biarkan wajah anda di selubungi misteri... kekeke Ok produk kita kali ni kembali kepangkuan Bio essence selepas tercurang dalam episod review lepas cerita terbeli night cream Nour Ain tu. Kalau dah jodoh tak kemana. Bercerai pun rujuk balik apatah lagi terpisah seminggu dia ni. Lepas beberapa halangan berlaku nak beli Bird nest collagen & whitening cream Bio Essence.. pada petang selasa minggu lepas,...