Posts

KISAH SERAM POCONG PANGSAPURI DI SERDANG

Image
Malam jumaat ni orang kata afdal sangat kita up cerita seram. Baru dapat feel seram tu bila baca. Almaklum la kita di besarkan dengan momokkan hantu malam jumaat kan. So, kepercayan tu sebati dalam diri kita hingga bangka. Bagi menyempurnakan Malam Jumaat, aku dengan rasa berbesar hati nak share dengan hangpa cerita pasal pocong kat sebuah pangsapuri di serdang. Sumber Google Alkisahnya tentang seorang perempuan yang tinggal sendirian di sebuah rumah pangsapuri di serdang walaupun dia bekerja dia kuala lumpur. Tapi dia rasa ok jer nak berulang alik dari serdang ke kl hari hari. Kat pangsapuri tu ada satu cerita seram yang popular la di kalangan penduduk setempat tapi perempuan ni tak pernah ambil serius cerita2 seram tu. Dia ok je menyewa sorang2 kat situ. Satu hari kecoh kat pangsapuri tu cerita pasal penghuni di block kat situ terserempak dengan pocong yang melompat lompat di sekitar blok.  Pak guard kat situ pun katanya nampak benda yang sama tapi perempuan ni maybe jiw...

JULIE DAHLAN MENINGGAL DUNIA

Image
Innalillahiwainnalillahirojiun.. Terbaca post dari berita harian tentang pemergian penerbit filem & drama tempatan Julie Dahlan yang meninggal dunia akibat penyakit buang pinggang. Moga Allah mengampuni dosa beliau & menempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman. Takziah di ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Arwah. Moga tabah & sabar menghadapi ujian Allah. sesungguhnya yang hidup pasti akan mati.

AMRAN FANS JANJI AKAN DEDAHKAN DIRI DIA YANG SEBENAR

Image
Besa la Amran Fans pun dah tahap retis sekarang ni. Dia lebih retis dari Dato Siti Nurhaliza. Tak payah nak tunjuk rupa.. terkenal seantero alam maya sekarang ni populariti dia dah terkeluar dari alam maya. Buat buku lepas tu jual laris macam pisang goreng cheese katanya biarpun takde siapa tahu siapakah pemilik orang yang menggunakan nama Amran fans tu. Dia mampu menjual produk dia sendiri. Kau hado?? hahahaha Terbaca kat status di Fanpage Amran Fans yang katanya akan dedahkan diri selepas MH370 di bawak balik ke Malaysia. Wah!! Meran deep sangat kan kau punya lawak sarcasm. Katakanlah.. MH370 berjaya di temui adakah statement tu jadi satu janji amran fans. Jangan meran... Kalau MH370 dijumpai kau kena selfie sekurang kurang 5 keping gambar muka kau & upload kat FB. hahahahaha. Ada brani meran??  Aku pegang sebagai satu janji ni meran sebab tu aku blog kan statement ko ni. Jumpa je MH370 aku repost balik entri ni hahahaha Apapun Sama2 kita doakan misteri MH370 ter...

SEDIH SANGAT KE CERITA ARTIS GADAI BARANG KEMAS

Image
Dah nama artis.. cerita pasal tercirit dalam seluar masa kecik pun ada value apatah lagi cerita sedih kononnya terpaksa bergadai barang kemas yang dapat masa kawen dulu sebab nak menampung kos sara hidup masa tengah susah. Sedihnya.. sampai sebaldi ayaq mata aku tadah.. Bila aku pertikai, perlu ke nak canang pada semua orang kisah terpaksa gadai barang kemas untuk buat belanja makan masa susah, ada pulak yang muncung sambil berkata "Tu la pengorbanan yang kau tak faham". Mustahil la aku tak faham, aku bukan lahir anak kepada Perdana Menteri atau anak jutawan.. Aku lahir dalam keluarga serba sederhana. Kadang2 sesak jugak sampai mak aku pun terpaksa bergadai barang kemas. Ada duit tebus balik untuk simpanan bila sesak. Aku tak hargai mak aku sebab tak rasa gadai barang kemas dia tu sebagai satu pengorbanan kecik? Tak semestinya aku hargai tapi perlu ke cerita kat semua orang betapa mak aku berkorban segalanya untuk anak - anak. Bagi aku yang lahir sebagai orang kampung b...

YANA SAMSUDIN TAMPIL DENGAN IMEJ BERTUDUNG DI WHI

Image
Kalau betul Alhamdulillah.. Orang berhijrah ke arah lebih baik kita patut sokong even kita sendiri pun tak sebaik mana. Tak payah la nak pertikai kenapa, mengapa dia bertudung. Sebab apa yang dia buat kearah kebaikkan, just kita bagi moral support sudah. Sumber Google Sebenarnya aku pun tak sure samada Yana Samsudin dah bertudung secara kekal atau tak sebab tadi tengok Wanita Hari Ini dia muncul dalam slot mempromosikan produk Sofeeya Diamond dengan Imej bertudung. Alahai si lesung pipit comel.. bertambah comel. Kalau betul itu Imej terbaru dia... Tahniah. Moga membawa imej muslimah tu dengan sebaik mungkin lah yer.. Jangan kepala bertudung dalam drama atau filem kemain peluk pegang dengan lelaki yang tak sepatutnya. Kesian wanita2 bertudung di luar sana.. tempias buruk tu terkena jugak. Maybe ni penampilan pertama Yana samsudin bertudung di WHI Aku ni nak kata peminat Yana Samsudin ni tak la sangat tapi aku suka style dia yang sporting boleh layan Amran Fans. Takde nak...

BISIKAN MISTERI TIAP KALI RAMADHAN TIBA

Image
Ni kategori cerita seram ke cerita erotik ke hapa ni? Bulan2 puasa kalau kata bisikan seram ada ke hantu? helllo... Bulan ramadhan yang kena ikat iblis/syaitan bukan jin ok! Yang selalu dok menyakat manusia ni kebanyakkan jin so tak pelik bulan puasa pun ada orang kena histeria bagai.. Jadi tak mustahil kejadian mistik masih boleh berlaku di bulan ramadhan. Jom kita rungkai bisikan misteri apakah ini.... Sumber Google Bisikan ni dah berpuluh tahun kita selalu dengar tiap kali tiba bulan ramadhan. Suara misteri bisikan ni sampai sekarang takde siapa yang tahu siapa pemiliknya.. erkk.. ke aku je yang tak tahu. Satu hari dia tak tau berapa puluh kali kedengaran di bulan puasa. Bisikan ni bergantung pada orang yang dengar. Kalau orang tu jenis cepat teransang dia akan teransang dengan bisikan ni... Kalau orang jenis penakut dia akan rasa seram dengar bisikan ni. Kalau orang yang takde perasaan, maka dengar pun dia rasa macam takde apa yang menarik. Bisikan ni adalah bisikan paling...

MIRACLE BIO WATER MURAH TAPI SERBAGUNA

Image
Hari ni aku nak cerita pasal sebotol toyol putih kepala biru ni. Memula nak letak tajuk toyol kepala biru serbaguna tapi nampak macam kejam sangat gimik tajuk macam tu maka cancel la. Maka terhasil tajuk tanpa selindung lagi. Hari ni aku nak review pasal produk Bio Essence jugak Miracle bio water. Produk ni sangat sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif macam aku ni. Bukan boleh tempek produk sebarangan... Silap bedak pun boleh menyuburkan jerawat yang mekar semekarnya di muka apatah lagi silap skincare. Tak bermakna yang memiliki kulit normal tak boleh pakai. Lagi la boleh, ye dak. Hari tu aku beli yang mini jer.. harga dalam RM5++. Yang best produk ni kalau apply sebelum makeup.. kau keluar rumah muka penuh bedak balik rumah bedak still maintain macam tu jugak. Aku dah try. Even panas pun make up tak cair. Boleh di gunakan dari hujung rambut sampai hujung kepala. Fungsi dia, melembutkan, melembabkan,melegakan & anti keradangan. Yang mana kulit kering boleh guna se...