Posts

PONTIANAK BERPAKAIAN PENGANTIN DI JALAN KOTA SARANG SEMUT KEDAH

Image
PONTIANAK BERPAKAIAN PENGANTIN DI JALAN KOTA SARANG SEMUT KEDAH . Kembali menyeram di segmen seram serik lekat lekit. Even cerita seram pasal hantu dah tak rare tapi tetap masih menjadi pilihan pembaca katanya. Orang sekarang memang jenis suka cabar keberanian kot. Takut pun tetap nak baca even tengok hujung mata sekalipun. Tetap nak tau apa cerita. Sumber Google Malam ni nak share kisah seorang mamat yang naik motor dari penang nak balik ke rumah dia di Jitra. Ni spesis yang suka pilih time2 hantu beriadah nak mulakan perjalanan. Walau katanya pernah di sakat hantu.. tetap jugak tengah malam jadi pilihan dia nak jadi riding. Alkisah pada satu malam yang sepi..pi..pi.. (effect gema katanya baru seram sikit starting tu.hikhikhik) sampai je kat daerah kota sarang semut. Jalan tu katanya gelap sebab ada dua tiga jer lampu jalan. Jalan pun lenggang takde kenderaan lalu lalang. Time tu dah melepasi jam 1 pagi... Masa melalui jalan tu.. dalam dok mengantuk bawak motor tiba tiba dia...

HARGA SATU NYAWA DI TANJUNG MALIM & SLIM RIVER HANYA RM10

Image
Betapa rakus & tamaknya manusia di muka bumi Allah ni kan? Setiap inci semua milik mereka sehingga makhluk lain nak menumpang hidup pun susah. Nasib baik Jin tu makhluk yang orang tak nampak, kalau nampak gamaknya ada program membenteras jin pulak. Alkisah terbaca di post kakimotong tentang pemberitahuan dari Majlis Daerah Tanjung Malim melalui portal rasmi mereka katanya.. rewards akan di beri pada mereka yang menangkap & menyerahkan anjing terbiar kepada mereka akan di bayar RM10 untuk setiap ekor. Depa nak buat apa kumpul anjing terbiar banyak2. Mustahil nak bela @ tempatkan kat satu taman anjing di mana anjing2 itu akan hidup bahagia cukup makan minum. Program macam ni boleh di salahguna.. tak mustahil anjing dalam jagaan orang pun boleh jadi mangsa sebab semua berebut nak dapat duit. Aku tak tuduh tapi anjing2 yang di tangkap & di serahkan kepada mereka.. Insya Allah PTS la tu. Ya Allah.. terancam sangat ke tanjung malim & slim river dengan anjing liar....

SARAPAN YANG SELAMA NI KITA RASA BERKHASIAT SEBENARNYA TIDAK SIHAT

Image
Kat Malaysia semua orang tahu nasi lemak, roti canai tu sarapan biasa yang tidak sihat tapi sedap. Yang konon mengamalkan hidup sihat konon sarapan ala2 western yang dia rasa sihat sangat la. Sebenar ada beberapa jenis sarapan yang selama ni kita rasa makanan yang sihat & berkhasiat di ambil waktu sarapan sebenarnya tak la berapa sihat. Antara sarapan pagi yang paling popular & di rasakan berkhasiat adalah roti bakar & telur separuh masak & bijirin sarapan bersama susu tapi sebenarnya tidaklah begitu berkhasiat & sihat. Nak tahu kenapa meh la baca kat sini >> Antara Sarapan yang biasa Rakyat Malaysia ambil tapi sebenarnya tidak sihat << Kat artikel tu ada lagi beberapa sarapan yang tidak sihat yang selalu kita ambil. Juga ada senarai makanan untuk sarapan yang lebih berkhasiat. Jadi tak rugi kita baca. Untuk info kita menyediakan sarapan sihat untuk keluarga. Moral of the story... Makanan yang sedap memang kebanyakkan tak sihat. hahahaha

BOLEH BERBOGEL DALAM GYM NI

Image
Tu dia.. Nak selesa kot semasa bersenam dalam gym sampai berbogel. Bayangkan semua orang dalam gym telanjang bulat sambil dok bersenam guna alatan dalam gym tu.. hahahaha.. dah macam masa mandi kat nursery pulak cuma beza nursery baby & budak2 di bogelkan tapi kat gym baby bangka berbogel. Sumber Google Mesti ramai nak tau gym kat mana yang membenarkan pengunjung berbogel yang pasti kalau kat Malaysia dah lama di sita. Nasib baik orang Malaysia belum tahap open macam ni. Kalau tak.. aku tak tau la kan hari2 sesak gamaknya gym tu. Bukan sesak orang nak guna gym sesak orang nak skodeng orang dalam gym. Tapi aku tengok gym ni.. yang gendut2 & tua jer.. Bogel pun takde sapa terliur katanya. hahahaha.. Gym ni terletak kat spain. Sapa2 yang pergi spain try cari Gim Easy Gym. Tapi jangan korang join berbogel pulak dalam gym. Jaga adat budaya orang Malaysia yer even bukan Islam pun. Bukan budaya kita berbogel dalam gym hahahaha. Moral of the story... Jangan berbogel dalam ...

MAKANAN PALING SERAM ROTI MONA FANDEY

Image
 Untuk segmen seram serik lekat lekit malam ni aku taknak cerita pasal hantu. Dah tak rare sangat cerita seram hantu ni. Malam ni kita cerita pasal makanan paling seram pulak.. Roti Mona Fandey. Kau hado? ado bran ekau makan roti ni? hahahahaha Kalau kita ke restorance mamak biasa kita dengar roti canai, Roti telur, roti banjir bagai tapi ni roti memang sangat2 rare & menyeramkan. Roti Mona Fandey katanya. Masa mula2 aku baca artikel ni rasa tak ada apa yang best even ada special2 menu yang jarang kita dengar & makan. Antara menu2 special tu Roti Tsunami Roti Maggi Roti Scrambled Roti Beckham& banyak lagi la. Kejab lagi aku bagi link korang baca sendiri.. Tapi hujung2 artikel ni tulis pasal Roti Mona Fandey paling aku tak tak tahan. Nak tau kenapa Roti canai ni di gelar Roti Mona Fandey sebab roti canai yang di potong 18 kemudian dia letakkan sambal. hahahaha.. Maka dia di panggil roti Mona fandey. hahahahaha. Boleh baca kat sini >> Roti Tsunami, Roti J...

PARENTING BLOGGER DEDAH ANAK PADA GOLONGAN PEDOFILIA

Image
Adakah entri ni bakal di serang para parenting blogger? Tak kisah la.. Tapi kenyataan yang kita perlu hadap sekarang adalah begitu. Kalau tak boleh terima kenyataan itu bukan masalah aku. Aku hanya menulis tidak memaksa sesiapa sahaja bersetuju atau tidak bersetuju. Masing2 ada pendapat tersendiri.  Sumber Google Almaklum la surirumah.. Aku antara penonton wanita hari ni walau kadang2 aku buka je tapi tak tengok pun. Cuma dengar sambil2 buat kerja lain. Bergantung pada isu jugak.. kadang2 isu tak best pun aku tak layan. Tapi isu hari ni agak best. Isu Pedofilia. Semua orang tahu isu pedofilia ni. Walaupun dah lama berlaku tapi sekarang ni baru jadi isu besar yang di perkatakan. Dok dengar2 perbincangan ahli2 panel yang di jemput bila sentuh pasal perkongsian di laman sosial jugak salah satu faktor yang mendedahkan anak anak kepada golongan pedofilia. aku terfikir pulak pasal parenting blogger. Sebab dah nama parenting blogger selain tip2 penjagaan anak bagai.. depa jugak be...

VIDEO SERAM ONLINE YANG MEMBUNUH PENONTON UNTUK HIDUPKAN SYAITAN

Image
Hari ni segmen seram serik lekat lekit bersiaran awal sikit. Kesian jugak asyik malam jer baru nak post cerita seram. Ingat semua peminat cerita seram ni berani2 sangat ke? Ada orang minat tapi penakut maka dia pilih time2 yang tak berapa seram untuk baca @ tonton cerita seram. Bukan semua orang macam aku yang kalau boleh bila tengok @ baca cerita seram nak feel seram tu.. tu sebab aku pilih malam. Tapi Malangnya deria seram tu tak jugak sampai. Hari ni nak cerita satu kisah berkenaan seorang perempuan sihir yang mati di bunuh oleh penduduk setempat kerana membunuh ramai orang dengan sihirnya. Mayatnya di buang dalam sebuah perigi. Biarpun jasad dia dah mati namun Roh dia seolah olah masih hidup. Ada seorang lelaki yang suka menyendiri & mengkritik di laman sosial cuba menghidupkan kembali perempuan sihir ni bagi tujuan membalas dendam pada haters yang mengkritiknya. Dia perlu cari satu jasad yang sesuai untuk Roh jahat ni bagi menghidupkan kembali perempuan yang ada ilmu sihi...