Posts

CADANGAN RESTORAN WESTERN FOOD UNTUK AZWAN ALI

Image
Bang Wan tak payah maki hamun sebab nak survey restoran western food jer... Maybe salah faham bang Wan terhadap restoran Me'nate buat bang wan maybe akan rasa malu seumur hidup untuk jejak kaki ke restoran steak 5 star tu.. Jadi kat sini sebagai peminat prihatin cheq nak suggest la beberapa restoran western food yang maybe kena dengan citarasa & standard bang wan... hehehe Untuk Azwan Ali & Pada peminat western food yang nak makan steak atau apa2 makanan western korang boleh try kat 9 restorance halal ni. Yang penting halal.. kedua bersih & ketiga sedap. Tak perlu nak sumpah seranah orang bagi sebab nak survey restoran western food jer meh la tengok kat sini >> Restoran 'Western' Halal Yang Anda Mesti Kunjung << Tu dia.. penuh keywords Azwan Ali nanti. Jangan maki cheq noh bang wan.. Nanti cheq report Ayahanda Rani kulup. hehehe. Ok bang wan... lepas ni boleh serbu & selfie kat sana. Nasib la kalau tak kena dengan tekak bang wan..hehehehe...

15 TANDA YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU LAPTOP MULAI ROSAK

Image
Kita ni kadang2 tau guna jer.. Bukan reti nak detect laptop tu ada problem ke atau mula tunjuk tanda tanda sakit. Selagi kita boleh belasah.. belasah sampai tak boleh on katanya baru kita tahu laptop kita tu memang dah betul2 rosak. Atau sampai kita bawak pergi repair & specialist cakap laptop kita dah tak dapat di selamatkan. Yelah.. yang banyak orang pandai guna jer mana pandai jaga. hahahaha Jadi bagi mereka yang menggunakan laptop bukan macam aku yang masih old school katanya dok pakai pc jer lagi. Almaklum semekin.. pakai pc senang tak payah usung. So peratus nak bawak balik kampung tu memang takde langsung la. Kang boleh usung sampai kat kampung pun life aku asyik depan laptop je pulak even kat kampung pun adik beradik aku ada laptop & internet tapi tu la..lebih selesa guna hak milik sendiri. Jadi bagus jugak aku kekal guna pc jer hahahaha Jadi pada anda yang memang tak tahu langsung pasal laptop ni selain guna jer.. sampai nak buat fragment files pun tak reti elok...

ROZITA CHE WAN TUKAR BAJU SEJAM SEKALI SETIAP HARI KOT

Image
Terbaca kisah baju rozita che wan @ che ta yang katanya banyak sampai tak muat nak simpan kat rumah dia terpaksa sewa kondo lain untuk simpan koleksi pakaian dia. Sebelum cerita pasal sewa kondo untuk baju dia tu.. terbaca dulu koleksi baju raya aidilfitri dia ada 60 pasang. Telan air liur jer.. Aku baju raya sepasang pun takde lagi dia dah siap 60 pasang. Mak Aii... 30 hari raya.. 1 hari dia pakai 2 pasang kot. Bila baca cerita pasal pakaian che ta ni aku terfikir jugak.. Baju banyak2 bila masa dia pakai. Gamaknya pakai sekali simpan dalam arkib. Manatau mati esok boleh buka muzium koleksi pakaian che ta kan.. atau dia memang sejam sekali tukar baju. Yelah.. baju banyak la katakan.. Nak pakai semua kena buat macam tu la kot.. Sumber Beautifulnara Gamaknya lepas ni che ta kena buat satu gudang untuk koleksi pakaian dia.. Sebab confirm makin bertambah bukan makin berkurang. kalau calculate berapa harga semua baju bajan che ta. Confirm cecah juta ringgit jugak la. Bohong la ...

16 PERKARA PALING POPULAR JADI KEBANGGAN RAKYAT MALAYSIA

Image
Orang kata.. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Buruk2 pun pemerintahan kerajaan Malaysia tapi kalau kita pergi duduk negara orang confirm kita akan rindu negara sendiri & akui lebih selesa berada di tanahair kita. Tak payah tipu la kita kita yang kadang2 kutuk Malaysia sampai lunyai macam Malaysia dah takde apa yang best untuk di banggakan takkan rindu Malaysia bila berada di tempat orang. Sebab Setiap negara tu ada keistimewaan yang tersendiri. Macam tu jugak Malaysia. Kita terbiasa dengan cara hidup, makanan, budaya yang ada di negara kita pasti lebih selesa melakukan rutin harian di negara sendiri berbanding negara orang. Keistimewaan orang Malaysia selain dari banyak guna perkataan 'lah' kat belakang ayat contoh ok lah... Ini dia 16 perkara yang hanya ada kat Malaysia yang maybe tak sama kat tempat lain. Nak tahu apa 16 keistimewaan Malaysia yang buat kita patut rasa bangga menjadi salah seorang warganegaranya meh baca kat sini >> 16...

MESTI ANDA TAK SANGKA 8 BENDA NI CIPTAAN RAKYAT MALAYSIA

Image
Kita asyik dok berbangga dengan teknologi & ciptaan luar negara jer sampai kadang2 apa yang kita nampak hebat sikit kita mesti akan benda tu mesti ciptaan orang luar. Macam tak percaya dengan kemampuan rakyat tempatan untuk cipta benda yang hebat setanding produk luar. Kadang2 kita barang yang kita guna hari hari pun kita tak tahu benda tu adalah hasil ciptaan orang Malaysia. Macam aku kadang2 memang aku tak ambil pot sangat pun sapa pencipta barang tu. Asal selamat di guna, aku guna jer. Jadi tibalah masa kita kenali barang yang selama ni maybe kita guna hari2 cuma tak tahu ia ciptaan orang malaysia. Nak tahu apa 8 barang yang mungkin kita guna hari hari yang di cipta oleh orang Malaysia sendiri meh tengok kat sini >> 8 Benda kegunaan harian yang di cipta oleh Rakyat Malaysia <<

RAHSIA BEDAK AGNESIA YANG MUNGKIN KORANG TAK TAHU

Image
Punya la banyak produk dok beli alih2 bedak agnesia jugak paling membantu di musim panas ni. Yelah.. masuk je bulan puasa, cuaca dari agak panas dari kebiasaan. Kebetulan aku pulak baru jer nak cuba pencuci muka baru yang tak pernah aku cuba sebelum ni. Maka tetiba kulit aku jadi masalah balik even masalah lama pun bukan settle lagi. Mood terus dari beauty rasa jadi beast. Hahahaha Panas menyebabkan kulit aku jadi berminyak lepas pakai pencuci muka bio essence Tanaka white. Lepas tu aku tambah pulak dengan koleksi skin care baru Evesoft skinz youth recall hydrating toning lotion.. konon nak bagi pori mengecil. rekemen akak kerja kat guardian kat kulim. Dah la kulit jadi berminyak.. pakai pulak tonner eversoft tu.. masalah jadi double. Minyak tambah muka aku tepi2 hidung jadi macam ruam & naik jerawat pasir pulak. Faktor cuaca panas jugak. Gelabah punya pasal aku order ephyra skin bar dengan dkna abza. Produk yang kena kuarantin dulu.. hahaha Sementara tunggu sabun pencuci...

WARNING:YANG SUKA MAKAN AYAM MUNGKIN TAK BOLEH TERIMA

Image
Buat penggemar ayam terutama orang asben den mesti tak boleh terima kalau benda ni berlaku. Nak2 orang yang kalau nak makan je mesti ada ayam.. Kalau takde daging ayam.. telur ayam pun jadilah katanya. Janji ada berkaitan dengan ayam. Tahap obses dia terhadap ayam memang bagai isi dengan kuku.. asal makan kena ada ayam. takde ayam tak makan. Sekarang ni kita boleh tengok ayam kat mana mana jer.. Tak kira la ayam hidup, ayam dah kena sembelih atau ayam dah siap di masak. Kat rumah kita pun ayam umpama makanan biasa dah.. tak macam orang dulu2 ayam antara makan mewah la. Kadang2 setahun sekali je makan bila time perayaan. Ayam ni kebanyakkan di makan semua kaum kecuali yang vegetarian jer.. Sebab golongan vegetarian memang tak makan apa2 daging yang berdarah atau senang benda hidup la. Tapi kalau ikut majoriti semua agama boleh makan ayam. Pernah tak korang terbayang seandainya satu hari nanti ayam jadi macam dinasour.. pupus & lenyap terus di muka bumi ni. Apa yang berlaku. M...