Posts

PERHIMPUNAN SECARA BESARAN DEPAN LOW YAT UNTUK TUNTUT KEADILAN

Image
Kan aku selalu cakap.. Kalau sesuatu benda tu jadi viral baru ada tindakkan tak kira dari orang awam mahupun pihak berkuasa. Orang sekarang tak pakai senjata parang, senapang, kayu,besi dah nak berjuang menuntut keadilan semua guna kuasa smartphone bercamera & internet. Katanya Malam ni ramai anak muda berhimpun depan low yat bagi menuntut keadilan kepada mamat yang mengamuk sebab katanya di tipu peniaga enpon kat situ. Penipuan macam ni sebenarnya dah lama berlaku kat plaza low yat walau bukan semua tapi kebanyakkan macam tu. Cuma baru minggu ni pihak berkuasa & orang awam mula buka mata & bertindak. Aku setuju jugak tindakkan macam tu di ambil.. Memang ada baik & buruk tapi memandangkan zaman sekarang semua perlu kuasa viral & kuasa berhimpun macam tu so aku anggap benda tu bagi peringatan pada peniaga penipu macam tu agar jadi pengajaran. Jangan ingat selama ni depa dok menipu takde apa yang berlaku depa boleh terus memperbodohkan pengguna yang jahil dalam b...

SPEKULASI & KEBENARAN DI SEBALIK KEJADIAN AMUK DI PLAZA LOWYAT

Image
Rasanya semua orang tahu pasal kes sekumpulan lelaki melayu mengamuk di kedai Oppo plaza Lowyat. Kedua dua belah pihak cuba membetulkan diri masing masing. Tapi kebenaran dia semua orang boleh nilai kot.. Plaza Law yat memang Raja segala gadget elektronik la kat KL ni.. kisah penipuan kat situ bukan perkara baru kot. Jual harga Original tapi barang tak original.. Bukan nak racist ke hapa.. Kebanyakkan cina yang berurus niaga dengan bangsa lain kat situ majoriti ambil kesempatan nak2 lagi yang jenis tau guna jer.. Tak tau nak check mana yang ori mana yang tidak. Nak2 lagi kaum perempuan memang sasaran untuk di tipu la. Statement penyerang kata di tipu beli set original tapi dapat yang bukan original. Minta tukar dorang tak bagi.. maka dia ambil je yang di katakan hak dia kemudian dia di tuduh mencuri.. statement yang mangsa serang katanya sekumpulan lelaki melayu tu tak puas hati sebab katanya salah sorang kawan depa di tangkap oleh salah sorang staff oppo mencuri. Tapi naluri ha...

TINGGAL 5 HARI LAGI BARU NAK CAKAP PASAL NI

Image
Walau tinggal 5 hari lagi je pun tak salah kita terus cakap pasal ni. Untuk peringatan kita setiap masa.  Masa kecik kecik masuk bulan puasa macam - macam pesanan akan keluar dari mulut mak,bapak, nenek,atuk bagai... Untuk mengajar kita tentang puasa, hikmah di sebalik puasa & kenapa perlu puasa. Mungkin pesanan - pesanan ibu ibu ni biasa kita dengar dari ibu2 kita sebelum ni. Even selalu di pesan tetap kita selalu lupa. Entah kenapa susah sangat nak melekat kat ingatan & hati maybe banyak makan kepala ikan kot. Yelah.. sekarang ni ramai yang gila makan kari kepala ikan katanya. Tak pun selalu tertelan semut dalam air. hahahaha Maybe dengan tengok video ni kita akan refresh balik benda2 yang kita selalu lupa ni. Jadi korang yang selalu terlupa tentang perkara ni meh la tonton kat sini >> Video Ramadan ni akan buat korang sedar apa yang betul-betul bermakna dalam hidup ini <<

ALIA HARYANI UJIAN DARI ALLAH UNTUK BLOGGER

Image
Mungkin ramai blogger kenal dengan seorang blogger yang menderita kanser,  disamping tu perlu membesarkan 2 cahayamata seorang diri. Aku pernah minta jasa baik blogger untuk buat satu post untuk mempromosikan jualan dia haritu.. Alhamdulillah ramai blogger turut serta biarpun kebanyakkan blogger level2 aku jer.. Bukan blogger tahap retis keluar masuk tv, malajah,radio bagai. Tapi aku kagum dengan keikhlasan mereka untuk turut membantu. Baru2 ni kak Alia Haryani mesej aku kat FB.. minta bantuan lagi. Dia ada masalah kewangan.. disamping tu rumah mak dia pun katanya bakal di sita sebab arwah Ayah dia pernah buat pinjaman dengan kowaja. Akibat dari kejadian tu Mak akak Alia Haryani jadi semakin uzur. Mungkin susah hati kerana masalah kewangan untuk membayar balik pinjaman yang pernah arwah Ayahnya buat. Kata kak Alia Haryani.. dia sendiri tak mampu nak tolong. Jualan dia katanya sambutan kurang. Dia minta sangat kalau tak dapat bantu yang lain.. bantu terus mempromosikan jualan d...

4 PERKARA YANG BUAT LELAKI JADI STRESS MENJELANG RAYA

Image
dalam seronok seronok nak raya ni jangan ingat takde langsung benda yang akan buat kita stress. Stress tu kadang2 datang dari keterujaan kita sendiri dalam nak sambut raya. Kita yang sebenarnya menempah stress tanpa di paksa. Tapi bagi kaum lelaki pulak mungkin stress tu datang dari kaum wanita yang di sayangi... Rasanya 4 perkara yang mendatang stress ni kebanyakkan lelaki jer rasa perempuan jarang rasa stress bab ni. Disebabkan perkara perkara ni kaum lelaki terpaksa pecah tabung. Tu namanya pengorbanan ye dak?? Mesti kaum lelaki setuju 4 perkara ni buat depa jadi stress bila menjelang raya. Depa sanggup hadap jem 4 5 jam nak balik kampung tapi rasanya lebih pening kepala bila kena hadap 4 perkara ni. Nak tau apa 4 perkara yang menyebabkan lelaki jadi stress menjelang raya meh baca kat sini >> 4 Situasi Stress Yang Mungkin Anda Terpaksa Lalui Raya Ini. Boleh Handle Tak? << Kaum wanita pun elok baca jugak mana tau boleh bertolak ansur pasal 4 perkara ni agar kau...

20 CAFE BARU HALAL & TIDAK HALAL YANG PERLU ANDA TAHU

Image
Buat kaki kaki makan sekalian entri ni memang untuk korang yang suka bersegmen jalan jalan cari makan. Bukan apa.. kadang2 kita tak tahu yang mana restoran halal & tidak halal.. Ada orang yang jenis semborono jer makan bila ada mention pork free... Tak semua pork free tu halal yer. Haram bukan babi jer.. Banyak perkara lain yang boleh membuatkan jadi haram untuk kita makan. Jadi untuk memudahkan korang aku nak share 20 cafe baru halal & non halal. Memudahkan kerja korang la.. Takkan tiap kali nak makan nak search kat directori halal JAKIM kan.. Banyak pulak kerja nak buat. Buatnya korang jenis macam aku memang takde mobile internet sebab aku tak suka online bila berjimbaraya di luar. Cukup la aku lenjan Streamyx kat rumah ni.. Kang jadi anti social pulak asyik melekat jer denga gadget. Takut anak pun rasa macam gadget tu anak mak dia bukan dia.. so berpada pada. hehehehe Ops... terkonar baring pulak. Ok kita berbalik pada 20 cafe baru halal & non halal ni kalau koran...

SESUATU YANG ANDA TAK TAHU TENTANG NEGARA INDOCHINA

Image
Mungkin ramai yang tak tahu. Indochina ni negara mana? Kat china ke? ok.. ok.. untuk yang tak tahu negara indochina ni adalah negara yang terletak di sekitar benua Asia tenggara yang terdiri daripada negara kemboja, Laos & vietnam. Ramai dah rakyat Malaysia memilih negara sekitar Indochina sebagai destinasi pelancongan tapi tak ramai yang tahu tentang negara sekitar Indochina ni. Ada sesuatu yang perlu korang tahu  tentang negara Indochina yang tiada di Malaysia. yelah.. Setiap negara ada keunikan, keistimewaan & tak di nafikan ada kelemahannya tersendiri kan? Bagi yang bercadang nak melancong ke negara sekitar Indochina ni elok ambil tahu sedikit pasal ni supaya ada info untuk kita buat persediaan sebelum sampai kesana. At least tak culture shock sangat kan. Selain kat sana takde wifi korang Nak tahu lebih lanjut pasal negara Indochina baca kat sini >> 13 PERKARA YANG ADA DI NEGARA SEKITAR INDOCHINA YANG TIADA DI MALAYSIA << Hope dengan info ni membant...