Posts

INILAH RUPA NASI GORENG KAMPUNG PERDANA MENTERI MALAYSIA

Image
Orang dah ramai mula balik kampung tapi family kecik aku belum memulakan perjalanan. Maka rutin harian aku kat rumah bila takde apa nak buat scroll news feed FB la tengok update2 orang yang tak balik raya lagi & orang tengah dalam perjalanan balik kampung. tetiba ternampak post dari Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak. Rupanya taste sama dengan Ahmad maselan jugak suka makan nasi goreng.. even dia membesar sebagai anak perdana menteri yang tak pernah tak cukup makan pakai joli bagai.. tapi tetap la taste dia tekak melayu jugak iatu nasi goreng kampung. Kalau dah melayu tu melayu jugak la kan... Ni la rupa nasi goreng kampung yang PM kita makan masa sahur.. sama jer macam nasi goreng kita cuma maybe kita punya views lebih sedap kot. hahahaha Ni la pemimpin berjiwa rakyat katanya.. selera pun selera rakyat... ( Maybe statement ni bakal di limpahi cacian paling trajidis.. hikhikhik ) Mesti acik rosmah gigih bangun pepagi goreng nasik kat uncle ajib kan? Tu la ciri...

7 SEBAB KENAPA RAYA DI MALAYSIA TAK SAMA DENGAN TEMPAT LAIN

Image
Setiap tempat ada budaya & cara sambutannya tersendiri. Takkan sama walau perayaan yang di sambut tu sama.. Banyak perbezaan dari segi pakaian., makanan & cara sambutan. Macam tu jugak Malaysia tapi kat Malaysia ni kalau Raya macam special case sikit cara menyambutnya... Memang lain dari yang lain. Tu yang menjadikan Malaysia ni istimewa bila menjelang musim perayaan. Kat tempat lain memang korang takkan dapat feel macam beraya kat Malaysia. Dan banyak perkara yang takde kat tempat lain cuma ada kat Malaysia jer.. Tapi tak paham jugak ada orang kaya tiap kali raya fly ke oversea. Sedangkan kat oversea nak2 lagi negara bukan Islam bukan meriah malah suasana raya tu pun takde langsung. Maybe orang2 camni memang tak suka celebrate raya kot, Jadi kalau korang nak tahu keistikewaan raya kat Malaysia berbanding tempat lain meh baca kat sini >> 7 SEBAB KENAPA RAYA DI MALAYSIA TAK SAMA DENGAN TEMPAT LAIN << Tinggal 2 hari lagi jer sebelum menjelang raya jadi Den a...

MOHON BACA NI DULU BAGI YANG MERANCANG KE KOREA

Image
Sekarang ni ramai rakyat Malaysia nampaknya mula memilih korea sebagai destinasi pelacongan. Semua nak pergi kat tempat yang gantung mangga banyak banyak tu. Bila tengok post2 orang yang ke korea memang salah satu tempat wajib kat situ. Jadi pada korang yang merancang percutian ke korea jangan cuma fikir nak pergi lock mangga loving2 jer.. Korang kena tahu dulu pasal ni sebelum menempah tiket flight takut percutian korang jadi sejarah airmata je bila sampai ke sana nanti. Kalau korang nak pergi secara individu atau kumpulan kecil ke korea apa yang korang perlukan adalah travel guides & lebih baik yang ada dengan pakej sekali. Nak lagi bagus yang murah tapi ada pakej penuh dari penginapan, travel guides. Jadi aku nak kenalkan dengan korang dengan satu travel Agen yang rasanya menarik pakej yang di tawarkan. Bukan saja penginapan, travel guides malah ada servis photographer lagi. Tak payah susah2 nak selfie dorang boleh tolong ambilkan gambar untuk korang kat sana. Dengan Muslim...

CAWAN KEVLAR THOR NI PALING SESUAI GUNA SEMASA RAYA

Image
hari raya semua nak guna yang cantik cantik bukan setakat baju langsir sarung kusyen bagai jer nak cantik malah set pinggan mangkuk cawan gelas jugak tak nak kalah. yelah nak hidang kat tetamu takkan nak guna pinggan mangkuk cawan gelas yang sumbing @ berkerak daki kan?? Jatuh la air muka katanya... Gambar sekadar hiasan Tapi tu la kan.. Bila ramai saudara mara, rakan taulan, sahabat handal datang berziarah mustahil yang datang semua berkepit laki bini jer.. Confirm la yang ada anak bawak anak anak.. Tu tak kira la lagi budak2 datang beraya. Almaklum la budak budak kan.. Mana tau pegang gelas cawan licin terlepas dari tangan jatuh berkecai... Nangis belakang peti ais tuan rumah. Nak marah tak boleh nak minta ganti rugi lagi la tak tergamak. Masa tu la kita berharap dapat guna set cawan yang di perbuat daripada kevlar... kena campak kat dinding pun maintain lagi. Macam cawan thor ni... Maybe cawan ni di perbuat dari kevlar kot. Kena campak camtu pun rilex jer... Nak tengok mac...

10 TEMPAT MENARIK BOLEH DI LAWATI DI PERTH, AUSTRALIA TANPA KOS

Image
Kalau pergi melancong ni selagi boleh jimat kita nak jimat. Apa yang boleh cut cost tu memang nak cut la kan.. Sapa suka bayar lebih. Kat Malaysia kena GST pun orang dah bising.. Semua orang kalau boleh nak murah atau free tapi hakikatnya takde benda yang free dah dalam dunia ni. Mati pun sementara nak masuk liang lahat pun kena bayar dulu. Kalau korang bercadang nak bercuti ke Perth Australia aku rasa artikel pasal 10 tempat & aktiviti menarik yang korang boleh buat tanpa mengeluarkan kos yang tinggi atau tanpa kos langsung. Kos nak kesana pun dah tinggi.. alang dah sampai katanya ada tempat & aktiviti yang menarik yang boleh jimat kos.. Tu la yang terbaik. ye dak. Kalau korang ada rezeki sampai ke Perth ni cadangan 10 tempat & aktiviti menarik yang korang kena cuba tanpa kos yang tinggi. Nak tau meh tengok kat sini >> 10 AKTIVITI & TEMPAT YANG BOLEH DI LAWATI DI PERTH DENGAN KOS YANG MURAH << Best kan. dah la best dapat jimat belanja pulak. So, ka...

FACEBOOK POLIS DIRAJA MALAYSIA KENA HACK

Image
Aku perasan jugak tadi.. tetiba profile pic lain macam jer kat FB page Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ). Dah tu status macam pelik jer... Rupanya kena hack. tengah dok panas isu lowyat, tetiba PDRM FB page kena hack.. Tapi takde kaitan dengan isu lowyat pun. FB Polis Diraja Malaysia di percayai di hack oleh kumpulan ISIS sebab dari profile pic & timelines header tu memberi petunjuk dia di godam oleh kumpulan tu.   Sumber :Harian Metro Facebook PDRM digodam Facebook PDRM digodam Katanya dah berjaya di rampas kembali FB page PDRM tu sekarang. Elok la tu perkemaskan sistem keselamatan FB Rasmi PDRM tu. Hacker sekarang semua expert2 belaka. Tak handal tak namanya hacker ye dak?? Moral of the story.. FB PDRM pun boleh kena hack apa lagi FB kita ni. So, ambil langkah keselamatan dari awal. Jangan simpan gambar bukan2 dalam album FB even private pun. Takut kena hack abis semua tersebar

UMUR DAH BERPULUH TAHUN MASIH PAKAI BAJU RAYA BUDAK

Image
Sapa gamaknya taste dengan baju kanak kanak ni kan? Alahai.. awet muda sungguh taste dia. Mesti cute jer muka kertu tapi baju kanak kanak. Ke layak di gelar tak sedar diri?? Amboi.. Puaka sangat tau statement macam tu.. Bukan ku pinta lahir kedunia katanya. Tapi Anugerah Allah ni yang terindah harus aku terima.. Syahdu Uolls.. Aku bukan la nak mengumpat sesapa di hujung2 puasa ni. Tapi nak cerita jer.. Bukan cerita pasal orang pun. Alkisah minah sorang ni, umur dah berpuluh tahun (jangan tanya berapa tahun cukup korang tahu dah masuk zon puluh tahun hahahahaha) tapi tiap kali nak beli baju raya yang ready made mesti dia cari baju kanak kanak. Bukan la dia perasan dia awet muda nampak macam baru 11 12 tahun tapi di sebabkan size ketinggian dia tak membesar bersama usia maka dia takde pilihan. Memandangkan sekarang ni baju2 raya 1 design yang sama ada size dari kanak kanak sampai dewasa.. senang la sipolan tu nak cari baju raya. Takde la rasa pakai baju kanak kanak sangat even size m...