Posts

PERKAHWINAN PALING SERAM BERTEMAKAN KEMATIAN

Image
Orang sekarang nak kawen memang bukan setakat budget kena banyak.. kerja banyak.. otak pun kena banyak fikir. Yelah.. orang sekarang nak kawen berkonsep bagai. Nak2 lagi jenis pasangan yang memang suka lain dari lain. Yang pelik pelik je dorang nak buat. Tapi konsep kematian ni aku tak pernah tengok lagi orang buat. Ini betul2 menginsafkan katanya... hehehhehe Ni bukan sekadar demo tapi memang betul betul ada pasangan pengantin buat tau! Siap posse dalam keranda tu! Bagus sentiasa ingat kematian.. jadi takut sikit nak buat dosa tapi tu la.. Kalau kita buat benda ni kat kampung mau 10 tahun orang dok cakap pasal majlis kahwin kita setiap kali ada orang kampung buat kenduri kawen. Buat2 pulak masa tu sampai ajal.. Tak susah dah. Keranda semua dah stanby katanya... hehehehe Kalau korang nak tengok macam mana tema perkahwinan berkonsepkan kematian atau Yang mana nak kawen masih tercari cari lagi tema majlis persandingan korang boleh tengok idea2 konsep perkahwinan kat sini >> ...

CARA MENGELAK DARI TERMAKAN NASI KANGKANG

Image
Aku sampai naik risau sebab setiap hari mesti sangkut keywords cara nak buat nasi kangkang kat blog aku. Bukan la sebab aku ada bagi tutorial cara nak buat nasi kangkang tapi maybe ada entri aku sebelum ni yang cerita berkenaan sihir nasi kangkang. Dari keywords tu.. Maybe ada di antaranya menggunakan teknologi untuk cari cara membuat nasi kangkang. Tujuan Wallahualam... Maybe sekadar untuk info & tak mustahil jugak ada yang berniat nak buat pada seseorang... Na'uzubillah.. Moga2 di jauhkan kita dari terkena sihir nasi kangkang ni terutama lelaki la kan.. Dari keywords blog aku Nasi kangkang ni selain menggunakan perantaraan Jin & syaitan tapi ramuan & cara penghasilan dia sangat sangat kotor. Bila terbayang confirm aku jadi morning sickness tetiba.. Moga kita tak jadi para wanita @ isteri yang sanggup melakukan benda syirik & khurafat tu semata mata nak ikat suami dari berubah hati pada orang lain. Ingat Mati akak acik Ooi... Lelaki terutamanya.. Kalau ko...

SELFIE UNTUK ROKOK SELUDUP DAPAT VOUCHER KFC

Image
Sekarang ni meletop2 iklan KFC ayam kicap meletop kan? Kekdahnya yang suka bergosip pelawa jer ayam kicap meletop KFC terus tak jadi mengumpat katanya... Meleleh leleh air liur peminat KFC tengok iklan ayam kicap meletop tu kan. Sedap hingga menjilat jari katanya.. Tu KFC memang sedap hingga menjilat jari tapi kalau rokok seludup.. Memang sedap jugak hingga hembusan asap terakhir cuma tu la.. Kandungan dalam rokok seludup ni katanya 3 kali ganda lebih bahaya dari rokok sah. Dari hisap rokok lagi baik makan kfc kan. Kalau yang teringin nak makan KFC free.. Jangan lepaskan peluang buat task mudah ni untuk kempen #taknakSeludup . Bukan susah pun.. Korang kan rajin berselfie just selfie satu gambar dengan simbol jari kempen #taknakseludup & hashtag anda berpeluang dapat voucher KFC & T-shirt. Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok kat sini >> #TAKNAKSELUDUP << Dari korang dok selfie dengan batu nisan bagai.. mengundang kutukkan dari orang jer.. Lagi bag...

TEORI KENAPA AZWAN ALI SUKA MAKI HAMUN DI MEDIA SOSIAL

Image
Kau ingat isu kehilangan Mh370 je ada teori & spekulasi.. Azwan Ali suka maki pun ada teori jugak. Kelas bang wan! Memang kau terkenal dengan maki hamun sampai mencetuskan teori kenapa kau suka maki. Hope aku share teori ni aku tak kena maki la.. Takut dapat makan free kat Me'nate pulak.. Op's motif Me'nate nak sponsor aku kan?? Memang kelas orang yang mencipta teori ni.. Tapi kalau di fahami.. sangat mendalam maksudnya. Tak fokus pada Azwan Ali jer.. Sebenarnya ramai manusia bila dia buat sesuatu benda yang mencetuskan kontroversi lepas tu statement bela diri mesti keluar ayat ayat macam tu. Kau maki aku.. kau dapat dosa aku dapat pahala. So, kau nak pahala banyak kau kena buat benda yang boleh orang maki kau. Kau fikir dosa kau yang mencetuskan huru hara @ kemarahan orang tu boleh cover balik dengan pahala2 yang datang dari orang yang maki kau. Tapi teori bagi aku memang win!! Hope tak sampai ke Azwan Ali la.. kalau tak sampai lunyai kau kena maki. Orang tak te...

SUAMI YANG PERFECT TAK PERNAH WUJUD

Image
Lelaki bernama suami/couple ni perfect cuma dalam drama/filem/novel cinta jer... Dalam realiti kehidupan mati hidup semula kau takkan jumpa lelaki perfect untuk di jadikan pasangan. Mati berangan la kalau kau nak tunggu lelaki perfect datang dalam hidup kau. Atau mereput la kau kat situ tunggu jodoh dengan lelaki yang sempurna. Ketidaksempurnaan mereka ni kadang2 buat kita sakit hati,makan hati & kita jadi berhati hati... Takde pasangan yang tak pernah langsung even secuit buat pasangan dia terasa hati. Kau tak payah nak datang komen kat entri aku cakap laki kau tak pernah buat kau marah walau sekali sepanjang kau kenal dia. Aku akan cakap 'Kau penipu besar!" Tapi kekurangan mereka tu sebenarnya melengkapi kehidupan kita. Kalau depa tak ada langsung kekurangan, tak ada langsung kelemahan & tak pernah buat silap langsung.. Percayalah kehidupan korang dengan pasangan macam tu akan sangat sangat boring. Dan tak mungkin akan wujud perkara yang macam dalam video ni....

SELFIE DENGAN BATU NISAN DI KUBUR IBU

Image
Baru raya ke empat haritu aku up status syukur tahun ni takde Alien2 turun ke bumi jadi culture shock jumpa kubur manusia sampai rasa nak berselfie.. Rupanya ada jugak spesis tu raya tahun ni. Memula dapat laporan sorang retis selfie kat kubur.. Ni jumpa pulak satu gambar yang kena troll sebab berselfie sambil peluk batu nisan kat kubur mak dia. Pelik jugak aku.. Kita kalau melawat kubur orang kita sayang ni.. Auto perasaan sayu, sedih, rindu tu akan datang takde la perasaan nak berseronok sangat sampai terasa nak posse gedik dengan batu nisan. Tapi yelah... trend sekarang kan. Suka ke, sedih ke,sambut orang baru nak hidup atau nak hantar orang dah mati ke alam barzakh.. semua nak selfie. Zaman camera sentiasa dalam tapak tangan ni gitulah jadinya. Dosa pahala bukan aku orang yang layak bercakap tapi kalau over sangat sampai tak kira tempat nak selfie nampak sangat kau memang takde adab bila menziarah kawasan perkuburan. Ni semua berpunca sebab nak share semua moment kat lama...

YANG PERLU KORANG TAHU SEBELUM PAKAI CONTACT LENS

Image
Contact lens pun dah jadi macam kosmetik.. Ramai yang nak cantik sekarang ni pakai contact lens tapi entah kenapa aku rasa macam rimas bila pakai contact lens.. Pernah la dulu pakai.. Rasa lagi selesa dengan bijik mata original ni. Takpe la bijik mata standard orang melayu... Syukurlah ada biji mata katanya. Takde warna warni aidilfitri pun takpe dari rasa ada benda melekat je kat biji mata. Tapi biasa la tuntutan trend & fesyen.. Ramai muda mudi termasuk tua bangka pun nak nampak cantik dengan contact lens... Takpe pakai jer. Semua berhak untuk rasa diri dia cantik. Tapi sebelum korang beli & pakaikan kat bijik mat korang ada beberapa perkara korang kena tahu dulu. Jangan semborono main tempek je kat bijik mata. Silap haribulan nak cantik lain pulak jadinya. Banyak perkara kena ambil kira dalam pemilihan contact lens ni.. Dari segi kesesuaian hingga pada tahap keselamatan & kesihatan. Jangan ambil mudah.. Kanta lekap ni bila pakai melibatkan keselamatan kornea mata....