Posts

TAYANG GAMBAR ANAK BERBIKINI SPESIS TAK SAYANG ANAK

Image
Kecoh isu pasal gambar pelakon kanak kanak Puteri Balqis yang berbikini sampai mencetuskan pergaduhan di kalangan peminat. Maybe ada yang menentang perbuatan meng upload gambar budak tu dalam pakaian mandi macam tu & maybe menganggap dia cuma seorang budak.. Bukan isu besar pun gambar macam tu. Bagi aku sekarang memang jadi satu isu besar sebab gambar budak2 berpakaian macam tu mungkin mendedahkan dia pada bahaya. Rasanya tak lama kot kes gambar anak anak artis di letakkan dalam website lucah takkan mak bapak Balqis tak tau isu tu. Ke memang dia tak kisah dengan keselamatan anak dia... Tak mustahil gambar anak dia pun akan jadi mangsa. Takkan mak bapak siti balqis tak tahu pasal golongan pedofilia?? Lagipun balqis tu bukan kategori bayi lagi.. dah masuk zon kanak kanak. Even kita bernafsu normal ni tak rasa apa2 dengan budak sebesar balqis tu tapi... Kita sedia maklum dengan golongan bernafsu gila yang wujud di sekeliling kita.  Spesis macam tu kita tak boleh nampak dari r...

GADIS BERTUDUNG DENGAN FESYEN ANIME LOLITA JEPUN

Image
Bila dah ada slogan.. Bertudung tidak menghalang untuk perempuan berfesyen kadang2 fesyen tu sampai jadi pelik & tak sesuai dengan imej muslimah & bertudung. Walau ada yang rasa nampak comel tapi entah kenapa aku rasa tak sesuai fesyen Anime jepun ni untuk golongan perempuan bertudung. tetap tak nampak fungsi tudung tu untuk tutup aurat tapi lebih kepada berfesyen. Nak cakap pasal aurat bagai.. Rasa macam tak layak pulak cuma.. Nak cakap fesyen Anime jepun ni dari pandangan mata aku memang tak sesuai untuk perempuan berhijab. Tak di nafikan comel jer fesyen ni.. Tapi biarlah jadi fesyen kanak kanak sudah.. Yang dah masuk zon akil baligh tu tak payah nak fesyen Anime sangat la. Kadang2 simple itu lebih terserlah kecantikkan seorang wanita berhijab ni. Kalau terlebih fesyen sangat pun serius nampak janggal & hilang terus imej muslimah tu. Dah di lahirkan manusia tak payah jadi kartun sangat la kot... hahahaha... kalau dah memang comel dari dalam ko pakai purdah pun ...

BUDAK PENDEK YANG TAK PERNAH DAPAT DUDUK BILA BERGAMBAR

Image
Sapalah gamak budak pendek yang malang tu yer.. Kesian. tak pernah dapat peluang duduk bila bergambar dengan kawan kawan sekelas masa sekolah. Kejamnya cikgu dia kan? Sampai hati tak bagi dia duduk. Dah la dia pendek... suruh dia berdiri. Yelah.. dah pendek kalau duduk confirm la nampak lagi pendek katanya. Hahahaha... Wajib bersangka baik dengan cikgu, hokay!! Ni la padah bila di seludup masuk ke group whatsapp kengkawan masa sekolah rendah dulu. Dah puluh tahun terpisah.. Tetiba berkumpul dalam satu kumpul meng'terobek' kisah2 lama masa zaman belum akil baligh. Kisah aku yang takut jarum haruslah paling orang ingat. Asal nurse datang untuk bagi suntikan, mesti ada babak nurse kena kejar aku satu sekolah. Aku jenis time berbaris nak tunggu turn je aku tak lari.. sampai turn aku confirm berdesup macam lipas kudung aku lari menyelamatkan diri dari jarum suntikkan walau tak pernah berjaya pun dari tak kena inject. Sampai la ni katanya... Aku masih takut dengan jarum suntikka...

NI LA PUNCA TIADA INTERNET PERCUMA KAT MALAYSIA

Image
Benda free semua orang nak tapi tak semua dapat. Tak semua benda free yang kita tak dapat tu tak best. Sebenarnya ada kebaikan benda tu tak di beri percuma oleh kerajaan pemerintah. Yang tak percuma pun dah macam2 jadi apatah lagi kalau percuma, ye dak? Walaupun Malaysia takde internet percuma tapi tengok ramai pun yang dah macam takde life & privacy. Ada yang dah tak cukup tidur & sanggup ambil waktu tidur semata mata nak online jer. Ada yang kualiti kerja/belajar dah jadi merosot sebab terlebih masa layan internet & ada laki bini bercerai sebab internet. Kalau la semua orang dapat internet percuma rasanya Dalam rumah takde la interaksi antara ahli keluarga sebab bandwith internet tak pernah habis, maka depa layan internet pun tak stop dah. Tak terbayang kalau semua rakyat Malaysia dapat guna free internet seumur hidup.. Gamaknya negara pun boleh jadi tunggang langang. Moral of the story.. Aku pun tak harap internet percuma sebab aku tak nak balik kampung atau anak ...

NAK MERASA TIDUR MACAM ALIEN BOLEH KE HOTEL UFO MALAYSIA NI

Image
Aku sendiri pun tak tau Alien tu tidur macam mana sebab sampai sekarang takde bukti kewujudan makhluk bernama Alien. Kalau ada pun dalam filem2 fiksyen barat. Orang dok ke bulan pun tak pernah cerita terserempak dengan Alien atau apa2 makhluk. Wallahulam.. wujud ke tidak hanya Allah yang tahu. Tapi kalau kewujudan Hotel UFO ni aku berani cakap la sebab aku terbaca kat satu artikel ni pasal hotel UFO. Tak payah la korang nak flight ke oversea semata mata nak try menginap di hotel UFO sebab ianya ada dalam negara kita. Korang kalau sebut pasal kecanggihan semua pandang barat je kan.. Apa ingat orang malaysia tak kreatif ke. Tak tau la Inspirasi hotel UFO ni dia dapat kat mana... Tapi maybe macam tu kot rupa bentuk bilik tidur Alien katanya. Hahahaha... Nak merasa pengalaman tidur macam Alien korang boleh la try check in kat situ. Nak tau kat mana terletaj hotel UFO & 8 lagi hotel unik kat Malaysia ni boleh tengok kat sini >> Hotel 'UFO' Dan 8 Hotel Unik Di Malays...

TAK SERIK! PENIPUAN TERBARU LAVENDER MUMMY 2015

Image
Aku ingat dah taubat nasuha sebab dah lama tak dengar cerita dia rupanya dia mencemar duli untuk tahun 2015 ni dengan percubaan menipu lagi. Tak abis2 guna modus operandi kembara sakura yang mengunakan nama pendakwah agama. Si ketot yang akal menipu panjang berjela ni memang tak pernah serik. percubaan menipu yang terbaru dengan lavender mummy Terbaca kat blog denaihati tadi pasal penipuan terbaru dia.. Yelah bagi kita yang dah tahu aktiviti penipuan dia dengar je kembara sakura tu kita dah tau tapi bagi orang yang tak familiar dengan semua tu tak mustahil boleh tertipu sebab tu pentingnya kita sentiasa viralkan percubaan menipu dia setiap kali dia mula nak menipu. Tu je cara kita membenteras penipuan lavender mummy. Yelah.. nak heret bawak pi balai licik sangat. Ntah apa jenis minyak pelincir dia pakai pun tak tau. Aku syak account dia dah kering ni.. So dia cari backup. Model macam dia perlukan pendapatan yang tinggi. Gila kau! Makeup je beribu sebulan katanya.. Tak baju ba...

PENIAGA KL/SELANGOR TAK PANDAI MASAK LAKSA UTARA

Image
Jangan marah tapi itulah kenyataannya.. Majoriti laksa utara yang di jual di sekitar KL/Selangor ni memang menghampakan tekak original orang utara macam aku. Dah dekat 10 tahun aku tinggal kat sini.. Tak jumpa lagi laksa yang betul2 sedap macam orang utara masak. Majoriti kalau tak terlebih masin, mesti terlebih masam atau kuah terlebih pekat sampai tak nampak kuah nampak isi ikan jer tebal tebal. Sedangkan laksa utara yang sedap semuanya kena seimbang. Ni bukan laksa utara dah rasa macam asam laksa cina kalau terlebih ikan,terlebih asam bagai. Balik kampung kalau nak makan laksa malas nak masak senang nak cari laksa sedap sedap dengan rasa utara yang original.. Bagi aku negeri2 di kawasan utara jer pandai masak laksa utara. Kedah, perlis,penang & perak utara. Negeri2 lain terutama selangor & KL memang kebanyakkan failed masak laksa utara. Maybe kena tangan orang utara jugak kot buat. Tapi kadang2 tengok peniaga tu kemain loghat utara pekat tapi laksa alahai.. tetap tak menep...