Posts

INILAH LOSYEN PALING SENANG NAK PAKAI

Image
INILAH LOSYEN PALING SENANG NAK PAKAI . Aku antara manusia malas jugak nak pakai losyen kadang kadang. Kalau setakat kat tangan tu rajin la jugak tapi kalau banyak sangat tempat nak sapu losyen tu memang Ya Allah rasa macam nak angkat beban berkilo kilo.. Kalau datang mood malas jangankan nak pakai losyen kalau boleh mandi pun rasa nak macam carwash auto tu.. masuk mesin gosok2.. lepas tu keluar orang ada lap. Tapi hari ni aku nak cerita pasal kenapa orang malas pakai losyen even semua orang tahu losyen ni banyak fungsi untuk kulit. Antara sebab orang Malas pakai losyen 1. Melekit. Ada jenis losyen memang melekit. Dia kering masa kita pakai tapi bila kena air jadi belengas atau kalau panas campur dengan peluh memang melekat lekit jadinya. 2. Rumit - yelah... nak tuang atas tangan/kulit kemudian nak kena sapu @ usap2 keseluruh tempat yang kita nak sapu. Perlu masa jugak. Tu yang kadang kadang orang malas nak pakai losyen. 3.Malas. Yang ni jangankan losyen apapun dia takkan paka...

BILA TERMAKAN KFC AYAM MASAK MERAH RICE WRAP

Image
BILA TERMAKAN KFC AYAM MASAK MERAH RICE WRAP . Alkisah pasal hari Rabu, 20 aug 2015 dalam perjalanan nak ke Port Dickson. Masa bertolak tu memang lunch time ler. Perut pun bukan je tak boleh bawak berunding dah malah.. kemain dia berdemo lagi minta di isi. Dah la agak lewat bertolak nak ke PD kalau dok berhenti makan bagai makin lewat pulak nanti sampai maka.. mai haseben just drive thru kat KFC mana ntah aku pun tak sure. dasar buta jalan ni.. Kalau orang culik pun dapat peluang call pasukan penyelamat pun aku susah nak bagitau lokasi aku. Setiba kat drive thru order tu.. Memang tak decide lagi pun nak makan apa. Tengok je kat papan menu tu.. tengah lapar sangat ni. Perut Melayu la katakan.. tengahari minta nasi la jugak. Yang paling senang nak makan dalam kereta ni adalah KFC ayam Masak Merah Rice Wrap tu je la. Selain dia tak mengotorkan tangan secara maksima... dia senang nak gigit jugak. Tu faktor pertama.. faktor kedua sebab benda baru. Excited la sikit nak try. takde la bil...

BATMAN & SUPERMAN ADA CAFE DI MALAYSIA

Image
BATMAN & SUPERMAN ADA CAFE DI MALAYSIA . Superhero pun gamaknya takde kerja menyelamat nak buat, income pun dah takde bila kurang kerja maka depa pun buka cafe la nak duit poket untuk sara hidup. Kalau batman & superman pun reti nak bekerja.. hangpa yang baru grade tu tak reti nak cari kerja. Belajar tinggi2 cuba kreatif sikit untuk cari sumber pendapatan macam batman & superman ni. Jangan nak harap dapat kerja gaji tinggi sampai ke langit jer.. Zaman ringgit jatuh.. nak demand sangat takut kau menganggur sampai tua. Tapi cerita pasal cafe batman & superman Ni bukan lawak tapi betul.. Batman & Superman ada cafe kat Malaysia. Sungguh aku tak tipu.. aku pun tak tahu sebelum ni sampai la aku terbaca satu artikel. Tak caya korang tengok kat sini >> Batman & Superman Ada Cafe Di Malaysia << tengok menu2 dia. Memang rare katanya. Tengok apa rasa bila burger batman di gandingan dengan minuman superman. Gamaknya Jadi superbat la kot. hahahaha . B...

MACAM NI LAH RUPA BILA ARTIS CINA NYANYI LAGU SALOMA

Image
MACAM NI LAH RUPA BILA ARTIS CINA NYANYI LAGU SALOMA . Sesekali artis berbangsa cina nyanyi lagu raya Saloma ni macam best pulak kan.. Almaklum la lagu ni kategori lagu evergreen. Melodi & Irama dia sangat nostalgia. Bukan semua orang boleh bawa lagu lagu lama dengan baik walau orang melayu sekalipun apatah lagi yang bukan berbangsa melayu & cakap melayu pun masih ada slang2 cina gitu. Aku pun reti jugak nyanyi lagu cina.. Kang Kuo Lai.. tapi tang kang Kuo Lai je la. Tapi ada satu lagu dari band lama 80an dari hongkong aku suka even aku tak reti nyanyi pun.. dari kumpulan beyond. Dulu siti nurhaliza pernah berduet satu lagu yang campur bahasa melayu & cina dengan seorang penyanyi cina.. Time tu pakat habis orang melayu reti nyanyi lagu cina. Yelah.. semua peminat siti nurhaliza pakat dok menghafal lagu tu. Aku tak ingat la tajuk lagu tu tapi popular era 90an kalau tak silap. Zaman Siti Nurhaliza tengah naik la time tu. Tapi Kalau korang nak dengar macam mana bunyi bi...

TIPS MENULIS ENTRI UNTUK IKLAN SPECIAL 8SHARE DI BLOG

Image
TIPS MENULIS ENTRI UNTUK IKLAN SPECIAL 8SHARE DI BLOG . Rasanya kalau yang dok rajin skodeng blog lekatlekit tahu kot isu pasal 8share tidak membenarkan 8sharer berkongsi iklan special dalam bentuk iklan. Bermakna kena buat satu artikel @ entri berkaitan iklan tersebut di blog. 1 special 8share hanya boleh di kongsi dalam 1 entri sahaja. Tak boleh 1 entri ada 2 link special 8share. Kalau tak faham boleh rujuk entri ni >> AWAS! 8SHARE SPECIAL TIDAK BOLEH DI KONGSI DALAM BENTUK IKLAN << Ramai yang rasa susah jugak nak tulis artikel pasal special 8share ni. Kalau share macam iklan biasa tu decription sikit kemudian link senang la. Nak tulis apa?? Mati kutu katanya... Tips yang aku boleh bagi adalah 1. Rajin - kalau malas memang kau takkan mampu dapat apa2 hasil 2. Baca dulu artikel special 8share tu. Jangan main share jer ikut caption/tajuk iklan tu tanpa memahami atau membaca isi kandungan special 8share tu. Sebelum share clik dulu special 8share yang nak korang kongsik...

RASA PERKARA MEMALUKAN SEBAB TINGGI 140CM

Image
RASA MEMALUKAN SEBAB TINGGI 140CM . Susah bila takde confident ni. Semua tentang diri akan rasa benda yang memalukan. Jerawat sebijik pun rasa macam mengaibkan sangat dah tu belum tumbuh bisul kat muka gamaknya macam kiamat hidup dia. Bila hilang keyakinan diri ni Jangankan nak buat sesuatu yang melibatkan masa depan..kadang2 nak keluar dari bilik time ahli keluarga lain berkumpul pun kita rasa segan. Banyak faktor penyebab kita jadi hilang keyakinan diri. Aku pun pernah la berada dalam situasi tak yakin nak buat sesuatu. Dulu zaman rumaja aku tak confident nak jalan sorang2 kat pasaraya @ mall sebab aku rasa macam aku ni lain dari yang lain & orang akan perati je aku. Padahal kalau orang perati pun bukan orang tau aku umur berapa. Paling2 depa ingat budak mana merayap sorang2 tapi aku rasa masa tu orang perati aku & cakap.. umur berbelas pun macam budak sekolah rendah lagi. Macam tu sekali aku takde confident. Sebab kementot Aku tak confident nak jumpa dengan orang2 yang ...

BOLEH DAPAT JAM TANGAN JENAMA APPLE SECARA PERCUMA KAT SINI

Image
BOLEH DAPAT JAM TANGAN JENAMA APPLE SECARA PERCUMA KAT SINI . Sapa tak nak barang free ye dak? aku pun nak kalau orang nak bagi.. Yelah free. kat Malaysia ni dah susah nak dapat barang free... Mati pun tak free dah sekarang apatah lagi untuk hidup. Jadi bila ada tawaran dapat barang percuma nak2 lagi barang berjenama macam Apple rugi sangat kalau tak ambil peluang yang ada. Barang berjenama macam jam tangan ni tahan lasak sikit. benda yang kita guna & pakai hari2 ni tak salah guna yang branded sikit. At least tak payah beli selalu.. Jimat kos katanya. Macam Jam tangan ni bukan benda yang kita tukar tiap2 bulan.. Selalunya orang pakai sampai rosak. Lagi lambat rosak lagi la jimat duit kita ye dak?? Selalunya barang berjenama, kualiti dia pun baik & bila kualiti tu baik maka tahan lama. Jadi rasanya semua tahu jenama besar seperti Apple. Jenama2 macam ni produk dia bukan murah tapi Ni la namanya rezeki.. rezeki walau datang dalam percuma tapi dia tak datang bergolek2 macam...