Posts

PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK

Image
PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK . Ramai yang sebenarnya tak tahu maksud sertu & samak termasuk aku. Yelah.. salah faham kita selama ni samak tu sama jer dengan sertu tapi sebaliknya samak & sertu ada perbezaannya. Sebab aku ni kategori buah cempedak di luar pagar serius benda ni pun salah satu perkara yang aku tak tahu & salah faham. Nak tahu kenapa samak tidak menyucikan najis mughalazah.. jemput baca dengan tenang & minda yang terbuka. Sekadar hiasan Kita faham samak tu bila terpegang anjing ke babi ke dalam keadaan yang menyebabkan kita perlu bersihkan untuk menyucikan anggotan badan kita, basuh dengan air bercampur tanah 1 kali & 6 kali basuhan guna air mutlak. Sebenarnya salah. Bila kita nak membersihkan anggota badan kita yang terkena najis mughalazah kita kena sertu bukan samak sebab perbuatan sertu & samak jauh beza & tujuan sertu & samak tidak sama. Sumber Google Samak Samak ialah menyucikan sesuatu daripada...

SKOLAFUND BANTU PELAJAR IPT YANG ADA MASALAH KEWANGAN SECARA ONLINE

Image
SKOLAFUND BANTU PELAJAR IPT YANG ADA MASALAH KEWANGAN SECARA ONLINE . Kadang2 ada antara kita yang berbakat dalam pelajaran. Dapat keputusan cemerlang, mohon masuk universiti. Bila dapat tawaran ke IPT tak cukup pula duit nak bayar yuran & tampung kos persediaan untuk memulakan sesi pembelajaran. Memang ada PTPTN tapi sementara nak mohon tu kena keluar dulu modal, ye dak? Nak pinjam adik beradik, sedara mara bukan semua nak tolong. Tak pasal2 ada yang buat statement menyayat hati.. dah tak mampu tak payah belajar sedangkan pelajaran tu salah satu cara nak mengubah nasib keluarga dia nanti, Insya Allah. Jadi inilah masa anda ambil tahu tentang SkolaFund. Apa tu SkolaFund? SkolaFund adalah platform online yang menjana dana untuk pelajar-pelajar universiti yang kurang kemampuan untuk membiayai yuran universiti melalui konsep pembiayaan secara beramai-ramai atau lebih dikenali sebagai ‘crowdfunding’. Jika anda adalah salah seorang pelajar universiti yang ingin memoh...

RESEPI SAMBAL MERAH KOSONG TIGA RASA

Image
RESEPI SAMBAL MERAH KOSONG TIGA RASA . Aku kalau buat tajuk mesti melampau kan? Sambal merah kosong tiga rasa kau. Tak tau apa hangpa bayang sambal merah kosong tiga rasa ni tapi memang betul pun sifat dia macam tu. Sambal merah ada tiga rasa tapi kosong jer.. Bukan aku tipu pun. Gamaknya macam mana rupa sambal merah kosong tiga rasa ni. Apa rasa yang dia ada?? Asal usul dia cuma sambal merah yang kebiasaan orang utara buat untuk makan dengan bihun sup. Sebenarnya lain orang kadang2 lain cara masak sambal merah ni. Aku sendiri pun ada dua cara masak sambal merah. Kalau guna cili serbuk lain caranya. Kalau guna cili kering lain pulak bahanya. Tapi sambal merah yang aku nak share resepi dengan hangpa ni aku guna cili kering. Sebab ada yang tanya resepi sambal merah ni, maka insan pengasih,penyanyang & prihatin macam aku terpaksa jugak share resepi rahsia ni. rahsia la sangat kan??? hahaha Bahan bahan nak buat sambal merah ni cili kering bawang putih kicap masin kicap manis g...

MAKCIK TUA MELAYU DI HINA OLEH LELAKI INDIA DI GENTING

Image
MAKCIK TUA MELAYU DI HINA OLEH LELAKI INDIA DI GENTING . Genting memang semua orang tau tempat yang ada thempark & dia agak sejuk di Malaysia sebab dia atas bukit walau tak bersalji. Nak pergi sana elok la sediakan sweater. Tapi ada je orang rilex pergi genting dengan short pans & singlet. Maybe kulit dia tebal. Lemak dia pun tebal. Kita yang macam kulit dengan tulang (aku ke tu? hahaha) tak payah la nak ala2 berbikini sangat la ke genting. Sumber Google Aku selalu pergi genting balik hari je. Almaklum la tempat yang tak berapa jauh dari KL ni laki aku bukan nak bermalam sangat. Lagipun genting bagi aku bukan ada apa sangat selain meriah dengan tempat permainan & judi jer. Pernah sekali try naik Roller Coster kat situ.. sumpah taknak naik dah. Aku rela masuk rumah hantu dari naik roller coster. hahaha. walau banyak kali pun pergi genting aku rasa memang aku tak pernah pusing abis satu genting pun. Tapi pernah berlaku satu peristiwa yang di ceritakan oleh mak aku ma...

RUPANYA PERKATAAN 'LEPAKING' ADA DALAM KAMUS OXFORD

Image
RUPANYA PERKATAAN 'LEPAKING' ADA DALAM KAMUS OXFORD . Sapa kat sini rajin sangat nak baca kamus? Kamus ni kebanyakkan jadi rujukan bila kita perlu mencari maksud sesuatu perkataan.. Tak ramai sangat orang rajin nak baca kamus macam baca novel atau majalah jauh sekali nak baca kamus macam baca blog ye dak. Perkataan lepak pulak rasanya ramai di antara kita tak rasa nak cari dalam kamus terutama kamu s oxford ni. Sumber Google Selama ni aku ingat perkataan lepaking tu macam bahasa2 santai jer. Bukan bahasa baku atau bahasa formal. Lepaking tu lebih kepada perkataan yang di rojak dari bahasa melayu & english tapi serius terkejut bila aku baca kat artikel ni yang kata perkataan 'lepaking' memang ada dalam kamus oxford. Sumpah aku tak tipu. Korang boleh baca sendiri artikel kat sini >> Serius! Perkataan Lepaking memang ada dalam kamus Oxford << Kelakar pulak aku baca. Kebetulan tengah baca artikel tu WHI pun hari ni topik dia suami kaki lepak. Nasib ...

INI SEBAB ORANG TAK JADI BELI KERETA HARIS ISKANDER

Image
INI SEBAB ORANG TAK JADI BELI KERETA HARIS ISKANDER . Kereta ni walau kita baru pakai sebulan pun kalau nak jual balik tetap orang panggil kereta second hand. Bila dah jadi kereta second hand ni memang takkan dapat harga beli la. Ni kisah yang aku rasa boleh di jadikan teladan jugak pada semua yang ada niat nak jual kereta lama sebab nak beli kereta baru. Sebab ada ada orang memang tak alert pasal ni. Kisah haris Iskander di reject 3 pembeli yang mula2 berminat nak beli kereta dia ni. Condition kereta memang elok, baik & cantik. Kalau tengok dari luar mengelip kata mak cun. Boleh cermin muka kat body kereta tu. Punya nak gambarkan betapa dah polish kereta dia. Condition pun memang tiptop macam baru je. Tapi sayangnya bila masuk kereta.. Semua reject. Tak tahan beb! Kalau aku pun tak tahan. Nak tau kenapa orang tak tahan sangat bila masuk kereta Haris Iskander ni meh tengok kat sini  >> Ini Sebab 3 Pembeli Tak Jadi Beli Kereta haris Iskander << Memang selalu...

SPESIS KAWAN YANG HANYA ANDA AKAN JUMPA DI IPT ATAU KOLEJ

Image
SPESIS KAWAN YANG HANYA ANDA AKAN JUMPA DI IPT ATAU KOLEJ . dalam hidup aku.. Aku bukan tak suka berkawan tapi entahlah sekarang ni aku lebih suka sekadar kawan. Maksudnya kawan kat situ habis kat situ. Mungkin sebab status aku sebagai isteri & ibu jugak kot. Batasan masa & pergaulan buat aktiviti berkawan aku tak happening macam zaman2 bujang. Tapi rasanya hidup aku enjoy je. Takde rasa kurang kat mana2 pun. Setakat tak dapat lepak & outing dengan kawan2 tu bukan masalah besar bagi aku. Hidup ni ada fasa.. setiap fasa kehidupan mesti la ada perubahan. Kalau statik je tu bukan nama kehidupan. Dunia kawan paling meriah dalam hidup aku masa aku sekolah menengah la. Kat kampung kawan aku lain, kat sekolah kawan aku lain & bila cuti sekolah atau habis sekolah pun kawan2 aku lain. Bila kawan2 aku ni dari sumber berlainan buat aku jadi ramai kawan. Sampai kat rumah dalam bilik pun kawan aku lain sebab aku dulu suka sangat jual nombor telefon aku kat radio. Yelah.. dulu a...