Posts

MISTERI DI SEBALIK TULISAN TANGAN YANG BELUM TERBONGKAR

Image
MISTERI DI SEBALIK TULISAN TANGAN YANG BELUM TERBONGKAR . Dalam kehidupan kita ni kadang - kadang ada perkara yang takde jawapan walaupun apa yang berlaku ada tujuan & sebabnya cuma tak semua berjaya di rungkai oleh manusia biarpun misteri tu di cetuskan oleh seorang manusia juga. Kekal menjadi rahsia mungkin sampai kiamat kot sebab takde siapa berjaya merungkai misteri di sebalik peninggalan seorang manusia yang dah mati. Mustahil la kau mampu gali kubur dia & tanya apa maksud di sebalik peninggalan dia tu, kan? Kang dia bangun menjawab lari tak cukup tanah pulak. Begitu jugak dengan beberapa tulisan peninggalan individu ni yang masih kekal misteri sehingga kehari ni. Takde seorang pun tahu apa yang mereka ingin sampaikan atau apa maksud di sebalik tulisan mereka tu. Kebanyakkan kod kod yang menyimpan sesuatu rahsia sa. yelah orang dulu nak tulis apapun memang pakai tulisan tangan. Time tu tak wujud lagi keyboard warrior.. Warrior2 dulu semua berperang secara manual guna kud...

INILAH BENDA PELIK YANG ORANG CAMPURKAN DALAM KOPI

Image
INILAH BENDA PELIK YANG ORANG CAMPURKAN DALAM KOPI . Lain tempat lain cara orang menikmati kopi. Kalau kita biasa minum kopi dengan gula,susu,krimer bagai ada orang minum kopi dengan cara yang kita tak pernah sangka atau tak terfikir nak buat. Malah kita tak sanggup nak campur kopi dengan benda2 pelik tu. Salah satu benda pelik yang orang campur dalam kopi adalah arang. Aku ingat dalam filem nujum pak belalang je ada orang minum air arang ni rupanya dalam kehidupan seharian kita ada jugak yang minum kopi arang. Mungkin dapat Inspirasi dari filem nujum pak belalang la kot hahaha. Tapi tak di nafikan jugak arang memang ada khasiat dari sudut kesihatan & kecantikkan. Kalau keracunan makanan pun doktor akan bagi pil arang yang hitam untuk memulihkan keracunan kita tu. Unsur yang ada dalam arang dapat mengeluarkan kotoran seperti minyak dan benda asing di dasar kulit. Ia juga menyingkirkan bakteria dan toksin lantas membuatkan ia sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit...

8 KISAH BENAR MEREKA YANG TERSELAMAT DARI KEMALANGAN PELIK & NGERI

Image
8 KISAH BENAR MEREKA YANG TERSELAMAT DARI KEMALANGAN PELIK & NGERI . Kadang2 kemalangan boleh berlaku dalam keadaan yang kita tak sangka akan berlaku. Jangan ingat nama kemalangan ni atas jalan raya jer.. Dalam jamban pun boleh berlaku kemalangan. kadang2 benda tu berlaku di luar logik akal manusia. Sebab tu ia di kategorikan kemalangan pelik. Terbaca satu artikel pasal 8 kisah benar kemalangan pelik & ngeri yang pernah berlaku kepada manusia. Kalau baca kisah & macam mana kemalangan tu berlaku ada macam susah nak percaya penyebab perkara tu menjadi satu kemalangan yang menyebabkan mangsa kemalangan tu dapat kecederaan parah & serius. Benda yang kadang kita tak sangka boleh menjadi bahaya yang memang kita guna dalam hidup kita seharian. Kalau korang nak baca 8 kisah benar kemalangan pelik ni korang boleh baca kat sini >> 8 Kisah Benar Mereka Yang Terselamat Dari Kemalangan Pelik & Ngeri<< Sebab tu setiap peralatan yang kita guna tu kita perlu ambi...

SUARA MISTERI SEMAKIN KEJAM DAN SERAM

Image
SUARA MISTERI SEMAKIN KEJAM DAN SERAM . Awal sungguh segmen seram serik bersiaran hari ni yer. Pepagi lagi dah muncul di kaca skrin anda. erk... dah masuk zon tengahari. Hari ni lambat sikit lepak depan pc. Ofis lambat buka. Almaklum la semalam Ahad hari berjimbaraya makan Isnin hari bekerjayaraya la. Ok.. ok.. aku tahu korang tak berminat nak tau kisah rutih harian aku yang korang nak cuma menyibuk pasal kisah2 misteri kat blog aku je kan. Aku sedar aku bukan retis, kisah hidup aku takde value hahahaha. Jadi marilah kita mulakan.. Sumber Google. Sekadar Hiasan Sekarang rasanya negara paling seram adalah negara Malaysia kerana banyak suara misteri yang menyebabkan jenayah berlaku. Terbaru di sebabkan suara misteri seorang lelaki warganegara india (kashmir) menampar Iman Masjid negara atas alasan suara misteri suruh dia buat macam tu. Kalau di imbas balik banyak jugak kes2 berkaitan suara misteri yang menyebabkan seseorang individu melakukan jenayah membunuh atau mencederakan ora...

GAMBAR TERKINI HEROIN FILEM GILA GILA REMAJA

Image
GAMBAR TERKINI HEROIN FILEM GILA GILA REMAJA . Yang lahir pada tahun 80an memang tahu filem ni. Filem yang di tayangkan pada tahun 1986 antara filem popular era tu. Hero era tu Faizal hussin. Masa aku kecik filem ni aku tengok kat tv jer. Yelah time aku dah pandai tengok tv filem ni antara filem yang dah lama keluar panggung la. Pantang tengok filem ni lepas tu mesti pergi main dengan kawan2 lakonkan semula filem ni. Masing2 mula la ambil watak pilihan masing2. Memang kengkawan aku masa kecik kami suka lakonan semua filem yang kami tengok. Kemain masing2 berangan hahahaha Poster filem Gila Gila Remaja Tapi dalam filem tu korang boleh tengok lakonan pertama pelakon Rosyam Nor kalau tak silap. Cara dia berlakon memang dah nampak bakat masa tu tapi paling tak boleh blah cara berdialog dalam filem time tu. Dialog paling aku ingat rosyam nor..  "oh! peperiksaan!" memang skema giler. Kalau sekarang tengok balik filem tu memang rasa kelakar pelakon pelakon time tu berdialo...

PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK

Image
PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK . Ramai yang sebenarnya tak tahu maksud sertu & samak termasuk aku. Yelah.. salah faham kita selama ni samak tu sama jer dengan sertu tapi sebaliknya samak & sertu ada perbezaannya. Sebab aku ni kategori buah cempedak di luar pagar serius benda ni pun salah satu perkara yang aku tak tahu & salah faham. Nak tahu kenapa samak tidak menyucikan najis mughalazah.. jemput baca dengan tenang & minda yang terbuka. Sekadar hiasan Kita faham samak tu bila terpegang anjing ke babi ke dalam keadaan yang menyebabkan kita perlu bersihkan untuk menyucikan anggotan badan kita, basuh dengan air bercampur tanah 1 kali & 6 kali basuhan guna air mutlak. Sebenarnya salah. Bila kita nak membersihkan anggota badan kita yang terkena najis mughalazah kita kena sertu bukan samak sebab perbuatan sertu & samak jauh beza & tujuan sertu & samak tidak sama. Sumber Google Samak Samak ialah menyucikan sesuatu daripada...

SKOLAFUND BANTU PELAJAR IPT YANG ADA MASALAH KEWANGAN SECARA ONLINE

Image
SKOLAFUND BANTU PELAJAR IPT YANG ADA MASALAH KEWANGAN SECARA ONLINE . Kadang2 ada antara kita yang berbakat dalam pelajaran. Dapat keputusan cemerlang, mohon masuk universiti. Bila dapat tawaran ke IPT tak cukup pula duit nak bayar yuran & tampung kos persediaan untuk memulakan sesi pembelajaran. Memang ada PTPTN tapi sementara nak mohon tu kena keluar dulu modal, ye dak? Nak pinjam adik beradik, sedara mara bukan semua nak tolong. Tak pasal2 ada yang buat statement menyayat hati.. dah tak mampu tak payah belajar sedangkan pelajaran tu salah satu cara nak mengubah nasib keluarga dia nanti, Insya Allah. Jadi inilah masa anda ambil tahu tentang SkolaFund. Apa tu SkolaFund? SkolaFund adalah platform online yang menjana dana untuk pelajar-pelajar universiti yang kurang kemampuan untuk membiayai yuran universiti melalui konsep pembiayaan secara beramai-ramai atau lebih dikenali sebagai ‘crowdfunding’. Jika anda adalah salah seorang pelajar universiti yang ingin memoh...