Posts

KISAH PAK GUARD KENA SAKAT DENGAN HANTU JAMU GENDONG

Image
KISAH PAK GUARD KENA SAKAT DENGAN HANTU JAMU GENDONG . Kembali lagi dalam segmen seram serik lekatlekit. Tu dia.. ayat macam mengacara rancangan realiti tv berkonsepkan paranormal katanya. Manalah tau bakat tenggelam timbul ni tetiba ada producer nampak & dia pun nak produce rancangan realiti seram kat tv, offer aku pulak kan. Siapa tahu rezeki.. Meletop kebabom la blog lekatlekit katanya lepas jadi blogger retis. Hahaha.. ok sudah2 berangan minah jenin. Aku pun tak hadap sangat nak jadi popular.. Cukup la siapa diri aku seadanya sekarang. Senang kemana mana tak ada orang pandang malah orang tak tau pun yang aku la admin blog puaka lekatlekit.com. Malam ni sebab nak flight ke luar negara memburu hantu katanya kena prepare. jadi kalau nak bercuti tu ni yang benda yang wajib bawa yang selalu orang terlupa atau tak terfikir nak bawa. Tapi bila sampai tempat percutian baru rasa menyesal. Nak tahu apa benda wajib bawa tu meh tengok kat sini >> Emergency Alert! Korang Wajib Ada...

GAMBAR REPLIKA HAIWAN PRA SEJARAH DI MIMALAND YANG SERAM

Image
GAMBAR REPLIKA HAIWAN PRA SEJARAH DI MIMALAND YANG SERAM . Mimaland.. aku sendiri tak pernah jejak kaki kesitu semasa pusat rekreasi tu masih beroperasi. Almaklum la aku orang kampung nun jauh di kedah sana.. Dulu dengar tempat nama kl ni rasa macam jauh sangat dah. Orang kampung merasa jenjalan kl pun kalau ada buat rombongan je. Tak macam sekarang Kl & kedah.. dah tak rasa jauh sangat. Setakat Kl dah tak ada apa sangat la bagi orang kedah. Tiap2 bulan depa nak mai shopping pun boleh katanya.. Gambar Sumber Google Mimaland ni kalau yang tak tahu mula di buka pada tahun 1971 & di tutup pada tahun 1994 setelah berlaku kemalangan maut akibat lemas kat situ. yelah situ kat macam taman tema air.. Atas faktor keselamatan ia tutup selama lamanya. Dan sekarang dah jadi tempat yang menyeramkan. Nak2 lagi ada bekas2 tinggalan dia yang masih tak mereput sampai sekarang kan. bayangkan tempat tu dah jadi hutan tapi Replika haiwan2 pra sejarah macam spesis dinasour masih teguh terpac...

AWAS! JIKA ADA CIRI CIRI INI IA ADALAH SCAM & PENIPUAN

Image
AWAS! JIKA ADA CIRI CIRI INI IA ADALAH SCAM & PENIPUAN . Scam atau bahasa melayu Penipuan memang boleh berlaku kat mana mana saja. Nak2 lagi zaman hujung jari ni.. Lagi la ramai penipuan. Contoh email yang kategori scam ni.. Email konon menang loteri padahal kita tak pernah pun dok main. tetiba dapat email menang cabutan bertuah dari TNB padahal kita tak pernah ada account dengan TNB macam mana kita pulak menang cabutan bertuah atau tiba2 dapat email menang wang tunai dari Telekom. Macam senang sangat orang nak bagi duit. Tup tup.. dapat email suruh redeem hadiah jer. Tu antara contoh scam yang tengah popular sekarang. Sebab dia guna nama2 besar masih ada yang terpedaya atau hampir2 terpedaya. Kalau aku.. secara logiknya kenapa pulak kau nak bagi duit kat aku tanpa sebab. Kalau betul pun TNB nak bagi hadiah confirm la dia buat apa2 contest ke.. cabutan bertuah bagai. Dia takkan pilih email secara rawak yang tak tau entah sapa2 nak bagi hadiah. Sebab tu kalau dapat email2 m...

MANUSIA TAK PERNAH MEMBENCI ADALAH PENIPU BESAR

Image
MANUSIA TAK PERNAH MEMBENCI ADALAH PENIPU BESAR . Dalam hidup ni mustahil sangat ada orang yang dia tak ada langsung orang yang dia tak suka. Memang aku cakap tipu sangat la. Semua orang ada orang yang dia tak suka termasuk la aku walau kita media sosial kita dok budget gud gud dengan kata2 motivasi & positif konon jangan membenci orang lain, sayangilah semua orang bla.. bla.. dot com dot my bagai hakikatnya kalau boleh hack hati dia confirm ada jugak tertulis nama2 orang yang dia tak suka atau benci. Sebab kita cuma manusia biasa yang bukan kata jahat sejahat jahatnya tapi tidak sempurna. Kita ada perasaan & citarasa. Kita cuma berusaha menjadi yang terbaik tapi kadang2 kita gagal lawan emosi & terjerumus juga dalam rasa tidak suka pada seseorang. Orang yang kita tak suka ni selalunya ada di sekitar kita jer. Yelah.. dah nama manusia mustahil dia ada di luar bumi. Dah tentu dia ada dalam bumi. Kalau setakat kat Malaysia ni bila2 masa yang kita tak sangka boleh tersere...

LAGU YANG WAJIB KERAP KELUAR TV DULU YANG TIADA LAGI SEKARANG

Image
LAGU YANG WAJIB KERAP KELUAR TV DULU YANG TIADA LAGI SEKARANG .  Zaman dah berubah maka apa yang muncul di kaca TV juga berubah seiring zaman. Ada yang masih ada & ada yang mungkin telah tiada. Dulu mungkin kita rasa macam bosan je bila terpaksa tengok atau dengar benda tu setiap hari percaya lah sekarang kita akan rasa rindu dengan sesuatu yang kita rasa bosan dulu sebab dah tak ada lagi berkumandang atau di siarkan kat TV. Dulu siaran tv tak banyak.. Mula2 ada siaran RTM je. TV1 & TV2. Nak tengok tv pun bukan senang. Kalau tak pasang antena atas bumbung tu memang susah nak dapat siaran. Aku sempat jugak merasa zaman TV ada lesen. tengok arwah Ayah gantung kat dinding siap frame lagi. Budak2 sekarang confirm tak tahu pasal lesen tv ni. Kalau ada TV @ radio tapi tak apply lesen boleh di kenakan tindakkan undang2 tau. Denda dia tak silap kalau tv RM3000 atau 12 bulan penjara. Radio lebih murah. Ok aku mengaku hasil google je info ni. Hahaha. Di mansuhkan pada tahun...

AWAS! DRAMA SLOT AKASIA TV3 BAHAYA PADA MANUSIA & KUCING

Image
AWAS! DRAMA SLOT AKASIA TV3 BAHAYA PADA MANUSIA & KUCING . Sapa2 yang ada bela kucing tu sila ambil langkah berjaga jaga. Pastikan setiap hari isnin sampai khamis pukul 7 malam anda kurung kucing2 dalam rumah. Sebab time tu la drama di slot akasia akan di siarkan di tv3. Bukan apa takut nanti habis je drama tu kucing korang pun hilang atau mati. Nak tahu sebab apa.. meh baca entri ni. Setiap hari start pukul 7 hingga 8 malam.. Isnin hingga khamis kat blog aku entri akan mendapat views banyak masa tu adalah entri pasal drama Hello Mr Perfect . Bila dah dapat views tinggi untuk entri tu keywords pun banyak la berunsur kritikkan terhadap drama tu. rata2 yang google akan menulis keywords yang mengambarkan drama tu cukup hampeh, teruk, tak best,bosan & mengecewakan. Ingat aku je rasa drama tu kategori sampah rupanya ramai lagi. Aku tengok episod mula2 jer.. sekarang memang takde nafsu nak follow. Kadang2 baca jugak update dari Boni Kacak yang cuba memperbaiki jalan cerita setia...

BAKAL ADA VAPE HALAL & HARAM TIDAK LAMA LAGI

Image
BAKAL ADA VAPE HALAL & HARAM TIDAK LAMA LAGI . Malaysia ni memang ramai pelawak di kalangan pakar2 & menteri menteri. Sebab tu hidup aku sentiasa cerita tersenyum & ketawa dengan statement2 kelakar nak mampus dari mereka. Sebelum ni isu GST... Sebelum GST kita tak tau yang Ahmad Maselan ni ada talent semulajadi berlawak. Selepas GST di laksanakan baru rakyat Malaysia tahu menteri kita yang sorang tu memang sangat2 suka melawak. Terbaru pasal Vape pulak. Aku bukan Vapor.. Suami aku pun tak hisap benda2 berasap ni. Jadi takde sebab aku nak sokong Vapor2 kat malaysia ni. Cuma tu la aku rasa kelakar bila ikuti kes Vape ni. Mula2 katanya nak mengkaji & mencari rang undang2 untuk mengharamkan vape. Maybe sebab takde akta untuk mensabitkan vape sebagai pesalah kat Malaysia sekarang kerajaan tengah mengkaji pulak nak kenakan cukai kepada Vape. Dengar kata operasi merampas Flavor vape sedang di lakukan besar besaran, betul ke? Memang kelakar tahap babon benda ni bagi aku. H...