Posts

6 BOS TERBAIK DUNIA TERMASUK SEORANG DARI MALAYSIA

Image
6 BOS TERBAIK DUNIA TERMASUK SEORANG DARI MALAYSIA . Bila kita bekerja kita harap dapat bos atau ketua yang baik & terbaik.. Bukan hanya reti jadi bos tapi tak reti nak menjalankan tanggungjawab & tugasan sebagai ketua. Ketua yang hanya tahu mengarah memang sangat2 di benci oleh pekerja.. Ketua yang berlagak pun pekerja tak suka. Nak jadi bos yang baik tapi tak kena pijak kepala dengan pekerja bukan mudah jugak sebab kalau baik sangat kadang2 staff pulak jadi hilang respect. Yelah.. bos baik katakan. Buat macam mana pun bos sentiasa bagi peluang & sentiasa berlembut. Tapi kat Malaysia ni lebih banyak bos ambil kesempatan kat pekerja dari pekerja ambil kesempatan atas kebaikkan bos. aku ni ada pengalaman terkena dengan bos2 yang suka ambil kesempatan ni. Walaupun baik macam kawan.. Tapi tetap la dia tak jalankan amanah dia sebagai majikan dengan baik. Tipu duit pekerja.. walaupun kat Malaysia ni banyak bos yang tak baik tapi jangan risau masih ada bos yang terbaik ter...

KELIBAT SERAM DISISI BARANG KES BUNUH DIRI DALAM BALAI POLIS

Image
KELIBAT SERAM DISISI BARANG KES BUNUH DIRI DALAM BALAI POLIS . Semalam cerita pasal anak patung misteri kat Airport hari ni kita cerita seram kat balai polis pulak. Apa.. Ingat hantu takut ke dengan polis walau depa ada pistol. Tak heran setakat pistol tu katanya.. Polis pun takut dengan depa hanya tunjuk kelibat jer.. Kau hado, kata hantu. hehehe Gambar sekadar Hiasan. Carian Google Cerita berkisahkan seorang polis yang handle satu kes bunuh diri melibatkan seorang wanita. Selepas ke tempat kejadian semua barang2 bukti kes bunuh diri tu di bawa balik ke balai la untuk siasatan. Termasuk la tali curtain yang di gunakan untuk mengantungkan diri tu. Barang2 kes tersebut di letakkan di satu sudut. Sudut mana kat dalam balai tu tak pulak di terangkan secara jelas.. Penting sangat ke cerita pasal sudut tu kan sampai hangpa nak tau jugak. hahaha.. Lupakan sudut tu kita ke sudut yang lain pulak. Nak di jadikan cerita datang seorang polis wanita ni.. Pegang tali tu. Sambil puji cantik...

RESEPI SAMBAL TELUR PECAH BERDERAI PALING MUDAH

Image
RESEPI SAMBAL TELUR PECAH BERDERAI PALING MUDAH . Masakan jenis sambal sambal ni memang orang malaysia la paling win. Sebab orang malaysia tak kira apa bangsa sekalipun memang suka makan pedas. Sambal telur pecah ni memang senang nak buat cuma kalau tak kena cara dia kau akan berkampung dalam jamban la. Sebab bila guna cili kena masak betul2. Kalau cili tu kurang masak memang la dia ganggu sikit sistem penghadaman. Mau kering badan di buatnya hahaha... Tapi sebelum ada yang tanya kenapa sambal telur pecah berderai.. saja je nak bagi lain sikit nama menunya. Yang berderai telur putih jer.. hehehe Aku ni kalau share resepi memang target aku untuk bebudak baru belajar masak atau bebudak bujang yang masih belajar yang boleh cut cost bila masak ni. Jadi pada anak anak dara yang baru di pinang tu nak buat persediaan untuk menjadi suri di dapur bila dah kahwin nanti.. Elok jugak la mula belajar resepi simple2 dulu. tak susah nak buat sambal telur pecah ni walau keenakkan dia sehingga men...

VIDEO! SEORANG DOKTOR KANAK KANAK MELAKUKAN PEMBEDAHAN

Image
VIDEO! SEORANG DOKTOR KANAK KANAK MELAKUKAN PEMBEDAHAN . tu dia.. kecik2 dah jadi doktor katanya. Siap dah boleh operate orang. Budak2 sekarang memang canggih manggih tak macam kita dulu2.. Yang tau main jadi mak mak ber'anak' kan anak patung jer. Budak2 sekarang permainan pun yang high class... Kalau kita dulu budak2 kalau tanya cita cita jer.. tak cikgu untuk budak perempuan.. askar, polis untuk budak lelaki kecuali aku je bila cikgu tanya aku cakap nak jadi penyanyi kau! hahahaha Bila tengok seorang kanak kanak act macam doktor & melakukan pembedahan pada seorang pesakit dia ni.. Wah! Kalau dulu aku berkesempatan macam ni kan best. Sekarang.. Kang aku buat macam dia buat mau jadi viral seantero alam maya pulak kan. Korang nak tengok macam mana doktor cilik ni operate pesakit dia.. meh tengok kat sini. Tapi memang cara dia agak ngeri la. hahaha >> Bila Seorang Kanak Kanak Menjadi Doktor << Sekarang ni budak2 cita2 dia dah tak macam kita dulu dulu.. Kec...

SELALU KENA SINDIR & EJEK SEBAB MAK FASIH CAKAP TAMIL

Image
SELALU KENA SINDIR & EJEK SEBAB MAK FASIH CAKAP TAMIL . Aku dah pernah cerita mak aku seorang perempuan Melayu yang takde darah campuran india ke apa tapi sangat fasih berbahasa tamil. Memang ada kawan india aku dulu cakap macam aku cakap bahasa tamil fluent giler beb! Aku memang la tak tau mak aku fluent ke tidak sebab aku memang tak reti nak berkomunikasi dalam bahasa tamil malah takde seorang pun adik beradik aku yang pandai speaking Tamil. Mak aku ni sebab di besarkan di kawasan estate & banyak bergaul dengan orang india dari kecik. Dia pun ada family angkat di kalangan orang india. Jadi.. Secara tak sengaja dia terbelajar bahasa tamil sehingga fasih tapi mak aku tak pandai baca dalam tulisan tamil. Cuma tahu cakap jer.. Setakat tengok filem tamil memang tak payah susah2 nak baca subtitle la. Dulu masa kecik.. malu jugak la kalau ada orang ejek2 atau sindir sebab mak aku pandai cakap tamil. Bila depa dengar mak aku berbual dengan kawan2 India dia kat mana2 tempat awam....

KISAH SERAM ANAK PATUNG MISTERI DI LCCT

Image
KISAH SERAM ANAK PATUNG MISTERI DI LCCT . Sebab dah lama sangat tak berseram serik di blog lekatlekit.com ni maka malam ni anda akan di hiburkan dengan sebuah kisah seram yang mungkin menghantui anda tiap kali nak flight dengan air asia. erkk.. apa salah air asia pulak kan? Takde la kisah ni dia guna khidmat penerbangan tambang murah Air Asia untuk ke sarawak. Elok la sapa2 nak ke sarawak time ni la korang flight dengan Air Asia di jamin tak di hantui dengan kejadian mistik tapi anda akan tersenyum riang kerana.. tengok sendiri kat sini >> Ini Sebab Anda Perlu Ke Sarawak Sekarang << Berbalik pada kisah seram pasal anak patung ni.. Katanya sipolan ni nak flight ke sarawak naik air asia punya kapal terbang. So naik kat LCCT la masa tu.. sebab cerita ni tahun 2008 punya version. Kira ni kisah nostalgia seram semusim yang lalu la bukan cerita fresh from oven sangat. Flight dalam pukul 7 macam tu.. Masa dia jalan nak naik fligt dia terperasan ada satu anak patung.. Tapi ...

PEMBOHONGAN BESAR DI SEBALIK PERAYAAN KRISMAS

Image
PEMBOHONGAN BESAR DI SEBALIK PERAYAAN KRISMAS .  Perayaan yang ada kaitan dengan santa claus memang takde lain dah selain krismas. Kat Malaysia pun ada sambutan perayaan ni untuk penganutnya. Sebab Malaysia kan negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum & agama jadi perayaan ni jugak salah satu perayaan yang di rayakan kat Malaysia. Sumber Google. Santa Claus Yang Sentiasa Di Kaitkan dengan Perayaan Krismas Kalau kita orang Islam hari raya kita tak bagi orang hadiah tapi pemberian dalam bentuk duit raya. Macam tu jugak tahun baru cina.. Depavali pun rasanya bagi duit raya jugak kot. Cuma Krismas jer sinonim dengan bagi hadiah. Sebab tu kepercayaan mereka kan. Kalau ikut cerita mitos pasal santa yang datang bagi hadiah kepada kanak kanak menjelang krismas , santa akan memberi hadiah mengikut perangai & kelakuan seorang kanak kanak. Kononnya kalau baik dapat la hadiah macam mainan & gula gula tapi kalau nakal cuma dapat kayu atau arang je. Mungkin dogeng ni di cip...