Posts

LAPTOP MUNGKIN TAK LAKU LAGI LEPAS NI

Image
LAPTOP MUNGKIN TAK LAKU LAGI LEPAS NI . Serius seumur hidup aku memang aku tak pernah beli laptop sendiri tapi aku bukan tak reti atau tak pernah guna laptop la. Aku biasa je guna laptop bos, laptop company kat ofis, laptop asben aku, laptop adik beradik aku.. Tapi aku memang tak pernah ada laptop sendiri. Aku lebih suka guna pc. Sumber Google Lepas PC, smartphone, lepas tu tablet.. Tu je gadget2 elektronik yang aku ada. Terbaru mungkin sebab simpati asben aku hadiahkan aku sebiji smartphone yang ada fungsi camera yang cantik. Senang di bawa kemana mana.. Tak payah la kalau nak pergi tempat best sikit gigih la aku mengusung dslr walau aku sebenarnya memang malas nak bawak. Almaklum sebelum ni.. Aku guna Tab & Galaxy Y jer.. Camera pun tak cukup megapixels katanya. Ambil gambar pun tak nampak lubang hidung.. Tu yang nak tak nak kena usung DSLR. Sebab aku dok melagukan lirik2 nak beli camera cybershot yang kecik sikit senang nak bawa maka tetiba pucuk di cita ulam siap sambal ...

ANTARA BENDA HANYA MAMPU TENGOK JER

Image
ANTARA BENDA HANYA MAMPU TENGOK JER . Kita di lahirkan dalam background keluarga yang berbeza, taraf hidup yang berbeza, keturunan yang berbeza.. sampai la cara di besarkan juga tidak sama. Dalam hidup ni kemampuan setiap orang memang tak sama. Ada yang mampu delivery fastfood setiap hari tanpa gagal membayar.. Ada orang pulak jangan kan fastfood.. dapat makan biskut pun dah cukup mewah bagi dia. Kadang2 ada orang yang sebenarnya dia bukan mampu sangat pun.. Kalau buat boleh ke arah 'mampus' tapi sebab tak sedar diri dia sanggup mampus untuk buat benda yang dia tak mampu. Spesis yang tak ukur baju di badan sendiri tu kadang2 tersingkat.. tersingkap.. & tersendat tu. Alih2 sesak nafas menyusahkan orang nak bagi cpr. Banyak benda yang aku hanya mampu tengok jer.. Tapi aku ok je. Tengok pun ok what.. At least dapat jugak tengok kan dari tak tahu langsung pasal kewujudan benda tu. Aku tak nak la dok pulun sangat nak nampak macam orang 'ada ada' padahal tak berapa...

AMARAN! MUNGKIN 6 BENDA NI MEMPENGARUHI KEHIDUPAN ANDA

Image
AMARAN! MUNGKIN 6 BENDA NI MEMPENGARUHI KEHIDUPAN ANDA . Filem, drama, kartun.. pendek kata sesuatu yang di tayangkan kat skrin ni memang mampu mempengaruhi manusia. Bukan je kanak kanak malah orang dewasa pun boleh terpengaruh. Tengok filem KL Gangster.. dia mula acah2 gangster.. Tengok filem KL Drift.. dia mula acah2 nak drift.. tengok filem bohsia.. dia acah2 jadi bohsia.. erkk.. Yang terbitkan filem pulak konon nak buat filem realiti yang berlaku dalam kehidupan untuk di jadikan pengajaran pada orang yang menonton kononnya padahal depa pun tau yang berlaku sebaliknya. Pengajaran yang depa ambil macam mana nak rempit.. nak race atas highway.. nak belasah orang gaya samseng2 dalam filem Samsul Yusof. hehehe Tu baru sebut filem tempatan tak cakap lagi pasal filem luar. Filem luar ni lagi hebat depa punya aksi, sound effect, stunt & idea depa pun lebih di luar kotak maka kadang2 manusia pun jadi pemikiran di luar kotak sampai terkeluar dari logik akal pulak. Apa yang berlaku d...

SIAPA SUKUR IBRAHIM YANG MULA VIRAL DI FANPAGE POPULAR

Image
SIAPA SUKUR IBRAHIM YANG MULA VIRAL DI FANPAGE POPULAR . Mohd Sukur Ibrahim.. aku tak sure korang kenal ke tidak. Sebelum ni dia seorang blogger jugak. Aku kenal sukur ni tak silap masa isu cikgu shida yang tengah hot. Kami berbeza pandangan terhadap cikgu shida tapi sebab masing2 bersikap terbuka & menerima perbezaan pendapat so sampai hari ni Sukur & saya masih menjadi kawan alam maya yang tak pernah ada apa2 masalah terasa hati ke.. terkecik hati ke.. terkunci cintaku dalam hati mu ke.. erkk... Sukur yang saya kenal dari pandangan mata saya.. Dia di lahirkan tidak sempurna anggota fizikal tapi sangat banyak kelebihan yang kita sendiri kadang2 tak ada. Dulu saya kenal dia sebagai seorang blogger yang sangat positif menerima kekurangan diri & menjadikan kekurangan dia satu kelebihan untuk dia berjaya. Cuba hidup macam manusia normal lain tanpa mengeluh tentang kekurangan yang dia ada. Sekarang Sukur yang saya kenal.. Seorang yang sangat berjaya... bukan sahaja seorang...

PERHATIAN! PARA IBU PATUT BACA NI SEBELUM MENJELANG PAGI

Image
PERHATIAN! PARA IBU PATUT BACA NI SEBELUM MENJELANG PAGI . Ok para para sakura sekalian.. op's para para ibu. Terpaksa jugak aku update entri malam hari supaya anda semua tak terlepas perkara ni menjelang pagi esok. Pagi2 semalam punya tu tak payah kenang lagi la. barang yang lepas jangan di kenang kecuali barang yang hilang harus di cari tapi kalau barang yang di rampas.. Sedekahkan je dengan rela hati. hehehehe wanita bergelar ibu2 sekarang memang tahap super duber woman dah.. Bukan setakat perlu uruskan semua urusan rumahtangga malah dia juga ada urusan berkaitan kerjaya. Walau masih kaki & tangan ada dua tapi dah tak boleh buat kerja macam manusia biasa. Semua kena ada trick & tick nak cepat supaya semua perkara boleh di siapkan on time. Bila terbaca trick & tips ni macam mana Para ibu boleh menguruskan rumahtangga & anak anak dengan cara yang luar biasa setiap pagi memang kagum jugak la dengan tips dia. Kadang2 tak terfikir pulak nak buat benda tu. Semem...

JANGAN TERKEJUT 9 PERISTIWA NI PERNAH BERLAKU PADA TAHUN 80AN

Image
JANGAN TERKEJUT 9 PERISTIWA NI PERNAH BERLAKU   PADA TAHUN 80AN . walaupun kita lahir tahun 80an.. Tak mustahil banyak perkara yang berlaku pada tahun tu kita tak tahu. Yelah.. Time tu mungkin baru lahir.. Mungkin terlalu kecil untuk ingat atau faham apa yang berlaku. Yelah.. kalau lahir 1989.. Mustahil la kau membesar tahun 80an kan. Kategori kau besar dalam zaman budak2 90an dah. Jadi.. banyak peristiwa yang kita terlepas pandang atau tak sempat nak pandang. Nak2 lagi yang lahir 31.12.1989 tu.. Memang lepas sehari keluar dari perut mak esok tu dah masuk era 90an. Aku pun lahir 80an jugak tapi memori aku banyak terakam bila masuk tahun 90an la. hujung2 80an tu ada la jugak satu dua peristiwa yang aku boleh ingat.. macam bakar rumah tok aku.. Tok aku meninggal. Aku lari masa nak tindik telinga.. Tak banyak sangat la memori yang mampu aku ingat sekitar 80an ni. apatah lagi peristiwa2 yang pernah berlaku menjadi sejarah kat Malaysia ni. Yang aku tau 80an ni aku kenal penyanyi ra...

SALAH SEORANG BOS TERBAIK DI DUNIA ADALAH DARI MALAYSIA

Image
SALAH SEORANG BOS TERBAIK DI DUNIA ADALAH DARI MALAYSIA . Malaysia ni bukan tak ada majikan yang baik malah ramai.. Tapi untuk jadi yang terbaik bukan semua. Bos ni kadang2 dia punya perangai bajet bos tu memang orang meluat.. So jangan harap la untuk di undi sebagai bos terbaik di dunia. Malaysia pun rasanya tak tercalon. Jangankan peringkat Negara.. peringkat negeri pun belum tentu lepas. Salah satu ciri ciri bos yang terbaik tak sombong nak wefie dengan pekerja. hehehe Nak jadi bos yang baik bukan kata kena jadi kuli pada pekerja... Tu melampau namanya. Tak jugak sampai nak menghamba abdi kan pekerja bawahan tu patut di panggil firaun. Nak jadi bos yang di senangi, di sayangi & di sukai ramai macam susu pekat lemak berkrim haruslah jadi seorang bos yang tegas tapi bertanggungjawab & prihatin terhadap kebajikan pekerjanya. Bos tak boleh lemah lembik & suka bermanja manja sangat dengan pekerja. Seorang ketua memang perlu tegas untuk membentuk suasana bekerja yang be...