Posts

AWAS! 6 SOALAN NI MAMPU MEMBONGKAR PERANGAI SEBENAR ANDA

Image
AWAS! 6 SOALAN NI MAMPU  MEMBONGKAR PERANGAI SEBENAR ANDA . Manusia semua ada sikap suka 'cover' katanya. Contoh.. Kalau kat rumah kita lebih santai. Nak2 lagi memang dengan family sendiri kan. Nak duduk terkangkang..  gelak kuat kuat.. makan polok2 dalam mulut.. korek hidung merata merata.. kentut kuat kuat & bla.. bla.. banyak lagi perkara tak semegah kita buat bila berada di tempat kita selesa. Tapi tidak di luar.. Nak2 depan bakal jodoh. tersendawa kuat sikit pun malu macam rasa berbogel di khalayak ramai apatah lagi kalau terkentut mungkin terus tak jumpa dah bakal jodoh lepas tu. Gila kau! Malu kot.. Sanggup cari orang lain jadi bakal jodoh katanya sebab tak sanggup nak hadap lagi orang yang sama lepas terkentut masa tengah candle lite dinner. hahahaha. Tu kira perangai natural yang tak senonoh. Tak termasuk lagi perangai hati yang tak berapa nak cantik macam cepat marah,suka maki hamun bla.. bla.. bagai. Sebelum kawen sikit punya baik dia cover.. lepas kawen silap...

INILAH BENDA YANG MASIH BOLEH DI MAKAN WALAU DAH EXPIRED

Image
INILAH BENDA YANG MASIH BOLEH DI MAKAN WALAU DAH EXPIRED . Apa benda yang dah expired korang selalu makan? Kalau aku roti la.. Selagi tak tumbuh cendawan lepas tarikh luput sehari dua tu aku belasah je lagi. Setakat ni takde la cirit birit atau keracunan makanan ke hapa. Roti ni salah satu sebab expired dia pendek adalah kerana dia jenis tak tahan lama. Tapi selagi dia masih dalam keadaan baik,rasa pun masih sama.. Memang masih boleh di makan. Tapi kalau darurat rasanya bercendawan pun orang makan jugak. Nama pun darurat kan.. Sebenarnya banyak benda yang kita boleh makan walau dah lepas tarikh luput @ expired date. Kena tulis jugak dalam bahasa omputih sebab almaklum la.. Kadang2 ada orang certain2 benda dia memang tak faham bila tulis bahasa melayu walau first language dia melayu je. Dah biasa sebut expired date tetiba orang cakap tarikh luput.. Ting tong kejab dia jadinya. Jadi untuk bagi semua orang faham maka aku kawen campurkan bahasa dalam blog ni macam sembang santai k...

MASALAH YANG BAKAL ANDA HADAPI BILA DI KOREA

Image
MASALAH YANG BAKAL ANDA HADAPI BILA DI KOREA . Banyak jugak entri yang aku buat pasal korea ni kan.. Yelah, aku hanya mampu berjalan hujung jari je nak jalan hujung tapak kaki belum besar tapak kocek katanya. Kadang2 tapak kocek dah besar tapi isi dalam masih dok kecik lagi. Tu yang sampai sekarang belum sampai ke korea. Takpe.. Ada rezeki Insya Allah.. aku ber Kpop kat sana dengan fesyen color block katanya. Sambil ambil pakej murah dengan MuslimTravelBug kat Korea.. Kat sini bukan la nak cerita pasal fesyen korea bagai tapi just nak share info untuk korang yang manatau tengah plan nak bercuti di korea. Banyak perkara korang kena tahu sebelum ke korea. Terutama musim yang paling sesuai untuk pergi korea. Sebab korea ni musim dia tak sama macam Malaysia. Tu rasanya semua dah sedia maklum kan.. Korea ada 4 musim.. Tapi musim paling terbaik nak melawat korea adalah musim bunga, luruh atau sejuk. Tapi kebanyakkan orang pilih musim 'Winter' la untuk melancong ke korea sebab ...

NAMA SEBENAR ARTIS MALAYSIA YANG MUNGKIN BUAT ANDA TERKEJUT

Image
NAMA SEBENAR ARTIS MALAYSIA YANG MUNGKIN BUAT ANDA TERKEJUT . Ada ke yang terkejut sampai kena serangan jantung lepas tahu nama nama retis ni?? Teruk sangat la kalau terkejut sampai macam tu sekali kan? Nama je kot apa nak terkejut sangat. Biasa la retis memang ada yang tak guna nama sebenar. Kadang2 nama glamour tu jauh bebenor dari nama sebenar. Tapi setiap nama komersial yang di gunakan mungkin ada sejarah tersendiri. Gambar sekadar hiasan Pun macam tu ada jugak retis elok je guna nama yang dah glamour tukar pulak katanya atas nasihat ustaz bagai.. Yelah, main letak je nama komersial depa tak rujuk orang yang lebih berilmu macam tu la kan. Nama pun main peranan jugak tau dalam kehidupan kita. Nama yang membawa maksud yang baik Insya Allah bila di sebut menjadi doa doa yang baik. Tapi zaman sekarang letak nama anak berkajang. Memang la maksud dia cantik sangat tapi bila nama tu di pendekkan untuk di jadikan nama panggilan mungkin membawa maksud tak baik & jadi sia2 pulak k...

SEDIH SANGAT KE KALAU PERGI AMBIL KEPUTUSAN SPM SENDIRI?

Image
SEDIH SANGAT KE KALAU PERGI AMBIL KEPUTUSAN SPM SENDIRI? Aku tak tahu la apa yang sedih sangat kena pergi ambil keputusan peperiksaan sendiri tanpa di temani mak bapak sebabnya aku dari UPSR memang pergi ambil result sendiri. Tak pernah mak bapak aku teman. UPSR dulu kayuh basikal dengan kawan kawan lagi pergi ambil result. Takde pulak tacing sampai ke tulang sum sum.. Yelah.. kita faham. Kita bukan anak orang kaya. Mak bapak kerja tak boleh suka2 hati cuti. Adik beradik ramai.. Dah la jarak tak jauh. Yang sekolah masa tu pun tiga empat orang. 2 kakak aku kat sekolah menengah masa aku UPSR. Bila dok baca berita pasal pelajar SPM sedih terpaksa naik motor pergi ambil keputusan sendiri aku macam rasa pelik sikit. Yelah.. sedih sebab dia dari keluarga yang bercerai berai & tinggal dengan nenek. Tu mungkin la sedih sebab tak dapat raikan keputusan cemerlang dia 10A dengan mak ayah. Tapi kalau setakat kena naik motor pergi ambil keputusan sendiri.. takde benda nak sedih sangat la....

FB PAGE KISAH RUMAHTANGGA TEMPAT MENGAIBKAN SUAMI

Image
FB PAGE KISAH RUMAHTANGGA TEMPAT MENGAIBKAN SUAMI . Baru2 ni aku ada follow satu page kisah rumahtangga. Dah nama pun kisah rumahtangga... kisah2 kat dalam tu memang berkisahkan kehidupan rumahtangga yang majoriti rumahtangga bermasalah. Yang paling aktif berkongsi masalah adalah kaum wanita la berbanding lelaki.. aku kurang nampak lelaki ada join berkongsi masalah dengan isteri. Mungkin kaum lelaki bergelar suami ni memang tak pernah ada rasa masalah dengan bini dia ke hapa tak tau la hahahhaa... Aku rasa yang follow page ni pun dari berbagai peringkat umur. Tu dari penilaian kasar aku dari gaya bahasa, short form di gunakan dalam komen atau cerita yang di kongsikan. Macam2 kisah aku dok baca majoriti dari dari kaum wanita.. Memang kebanyakkan wanita spesis tak boleh simpan apa2 dalam hati. Tak kira masalah kecik atau besar dia tetap nak kena share. Mungkin cara tu buat dia lebih tenang & rasa bebanan perasaan tu sedikit ringan la kot. Yang betul2 ada masalah perlukan pandang...

AWAS! KALAU BELI PETAI YANG DAH SIAP KOPEK INI PERLU ANDA BUAT

Image
AWAS! KALAU BELI PETAI YANG DAH SIAP KOPEK INI PERLU ANDA BUAT . Petai adalah makan kegemaran ramai rakyat Malaysia walaupun masih ada segelintir yang tak makan petai. Mungkin tak kena dengan taste kot. Adik beradik aku kat kampung sana pun ramai tak makan petai. Jangan kata petai.. durian pun tak makan. Malah banyak ulam2 kampung ni memang depa tak makan walau lahir & besar kat kampung. Apa ingat asal orang kampung je mesti makan semua tu ke? Adik & kakak aku ni tak tau la.. ada tekak western.. ada tekak cina.. ada tekak india. hahaha Sumber gambar carian google Aku suka makan petai.. tapi orang kedah punya style makan petai ni sekali dengan kulit. Tapi orang key el ni makan petai semua siap kopek. Kulit depa buang licin. Nak2 lagi jual kat pasaraya ni. Aku ni bukan kata high class sangat asyik beli barang basah kat supermarket je tapi tu je selalu sempat. Jadi kalau teringin nak makan petai.. terpaksa jugak hadap petai yang dah siap kopek ni. Tapi beli petai yang dah s...