Posts

AWAS! JANGAN BUANG MAKANAN NI WALAU DAH EXPIRED

Image
AWAS! JANGAN BUANG MAKANAN NI WALAU DAH EXPIRED . Dah kenapa pulak tak boleh buang kalau dah sejenis makanan tu melepasi tarikh luput @ expired. Benda dah tak selamat di makan katanya.. still nak simpan jugak ke? Kan tarikh luput @ expired tu penentu samada makanan tu masih boleh di makan atau tak. Ada la sebab kenapa tak boleh buang. Bukan semua makanan yang dah expired tu kita kena terus buang. Tak semua makanan yang dah expired tu merbahaya & tidak boleh di makan. Tu la orang Malaysia ni terlampau mewah dengan makanan.. Asal expired jer terus buang beli yang baru. Tengok negara2 yang mengalami kebuluran tu.. Dia tak tengok tarikh dah. Sampah pun depa makan.. sebab kalau tak makan depa akan mati kebuluran. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia yang masih cukup makan pakai ni Insaflah... Membazir tu amalan syaitan jadi kita perlu belajar macam mana nak jadi umat yang tidak mengamalkan amalan amalan syaitan. So info ni aku rasa sangat berguna pada korang semua supaya ko...

BANGLO PENGUSAHA DODOL DI KELANTAN DI KATAKAN MACAM TOKONG

Image
BANGLO PENGUSAHA DODOL DI KELANTAN DI KATAKAN MACAM TOKONG . Semalam Page THR Gegar ada kongsi satu banglo mewah milik pengusaha dodol & serunding terkenal di kelantan. Macam macam komen boleh baca ada yang puji & tak kurang ramai yang macam nak bagitau tak cantik, design berserabut & paling rasa tak berapa sedap nak dengar katanya banglo mewah tu seakan akan menyerupai rumah ibadat kaum lain. Rumah orang melayu Islam tak silap pengusaha dodol & serunding ni.. Jadi kalau nampak macam rumah ibadat kaum lain memang tak berapa elok la kan. Aku tak nak la komen sangat walau dari pandangan mata kasar aku kalau pandang seimbas lalu memang nampak macam tu.. Yelah, sekarang ni kalau kau komen yang ada unsur2 mengkritik melibatkan orang kaya auto akan di cop dengki. Kalau nak komen kena puji sampai ke langit ke tujuh.. bukan je tak di cop dengki malah tak di tuduh mengampu pun walau pada pandangan mata kau sebenarnya nampak buruk giler. Kita tak tau pemilik banglo mewa...

AWAS! 6 SOALAN NI MAMPU MEMBONGKAR PERANGAI SEBENAR ANDA

Image
AWAS! 6 SOALAN NI MAMPU  MEMBONGKAR PERANGAI SEBENAR ANDA . Manusia semua ada sikap suka 'cover' katanya. Contoh.. Kalau kat rumah kita lebih santai. Nak2 lagi memang dengan family sendiri kan. Nak duduk terkangkang..  gelak kuat kuat.. makan polok2 dalam mulut.. korek hidung merata merata.. kentut kuat kuat & bla.. bla.. banyak lagi perkara tak semegah kita buat bila berada di tempat kita selesa. Tapi tidak di luar.. Nak2 depan bakal jodoh. tersendawa kuat sikit pun malu macam rasa berbogel di khalayak ramai apatah lagi kalau terkentut mungkin terus tak jumpa dah bakal jodoh lepas tu. Gila kau! Malu kot.. Sanggup cari orang lain jadi bakal jodoh katanya sebab tak sanggup nak hadap lagi orang yang sama lepas terkentut masa tengah candle lite dinner. hahahaha. Tu kira perangai natural yang tak senonoh. Tak termasuk lagi perangai hati yang tak berapa nak cantik macam cepat marah,suka maki hamun bla.. bla.. bagai. Sebelum kawen sikit punya baik dia cover.. lepas kawen silap...

INILAH BENDA YANG MASIH BOLEH DI MAKAN WALAU DAH EXPIRED

Image
INILAH BENDA YANG MASIH BOLEH DI MAKAN WALAU DAH EXPIRED . Apa benda yang dah expired korang selalu makan? Kalau aku roti la.. Selagi tak tumbuh cendawan lepas tarikh luput sehari dua tu aku belasah je lagi. Setakat ni takde la cirit birit atau keracunan makanan ke hapa. Roti ni salah satu sebab expired dia pendek adalah kerana dia jenis tak tahan lama. Tapi selagi dia masih dalam keadaan baik,rasa pun masih sama.. Memang masih boleh di makan. Tapi kalau darurat rasanya bercendawan pun orang makan jugak. Nama pun darurat kan.. Sebenarnya banyak benda yang kita boleh makan walau dah lepas tarikh luput @ expired date. Kena tulis jugak dalam bahasa omputih sebab almaklum la.. Kadang2 ada orang certain2 benda dia memang tak faham bila tulis bahasa melayu walau first language dia melayu je. Dah biasa sebut expired date tetiba orang cakap tarikh luput.. Ting tong kejab dia jadinya. Jadi untuk bagi semua orang faham maka aku kawen campurkan bahasa dalam blog ni macam sembang santai k...

MASALAH YANG BAKAL ANDA HADAPI BILA DI KOREA

Image
MASALAH YANG BAKAL ANDA HADAPI BILA DI KOREA . Banyak jugak entri yang aku buat pasal korea ni kan.. Yelah, aku hanya mampu berjalan hujung jari je nak jalan hujung tapak kaki belum besar tapak kocek katanya. Kadang2 tapak kocek dah besar tapi isi dalam masih dok kecik lagi. Tu yang sampai sekarang belum sampai ke korea. Takpe.. Ada rezeki Insya Allah.. aku ber Kpop kat sana dengan fesyen color block katanya. Sambil ambil pakej murah dengan MuslimTravelBug kat Korea.. Kat sini bukan la nak cerita pasal fesyen korea bagai tapi just nak share info untuk korang yang manatau tengah plan nak bercuti di korea. Banyak perkara korang kena tahu sebelum ke korea. Terutama musim yang paling sesuai untuk pergi korea. Sebab korea ni musim dia tak sama macam Malaysia. Tu rasanya semua dah sedia maklum kan.. Korea ada 4 musim.. Tapi musim paling terbaik nak melawat korea adalah musim bunga, luruh atau sejuk. Tapi kebanyakkan orang pilih musim 'Winter' la untuk melancong ke korea sebab ...

NAMA SEBENAR ARTIS MALAYSIA YANG MUNGKIN BUAT ANDA TERKEJUT

Image
NAMA SEBENAR ARTIS MALAYSIA YANG MUNGKIN BUAT ANDA TERKEJUT . Ada ke yang terkejut sampai kena serangan jantung lepas tahu nama nama retis ni?? Teruk sangat la kalau terkejut sampai macam tu sekali kan? Nama je kot apa nak terkejut sangat. Biasa la retis memang ada yang tak guna nama sebenar. Kadang2 nama glamour tu jauh bebenor dari nama sebenar. Tapi setiap nama komersial yang di gunakan mungkin ada sejarah tersendiri. Gambar sekadar hiasan Pun macam tu ada jugak retis elok je guna nama yang dah glamour tukar pulak katanya atas nasihat ustaz bagai.. Yelah, main letak je nama komersial depa tak rujuk orang yang lebih berilmu macam tu la kan. Nama pun main peranan jugak tau dalam kehidupan kita. Nama yang membawa maksud yang baik Insya Allah bila di sebut menjadi doa doa yang baik. Tapi zaman sekarang letak nama anak berkajang. Memang la maksud dia cantik sangat tapi bila nama tu di pendekkan untuk di jadikan nama panggilan mungkin membawa maksud tak baik & jadi sia2 pulak k...

SEDIH SANGAT KE KALAU PERGI AMBIL KEPUTUSAN SPM SENDIRI?

Image
SEDIH SANGAT KE KALAU PERGI AMBIL KEPUTUSAN SPM SENDIRI? Aku tak tahu la apa yang sedih sangat kena pergi ambil keputusan peperiksaan sendiri tanpa di temani mak bapak sebabnya aku dari UPSR memang pergi ambil result sendiri. Tak pernah mak bapak aku teman. UPSR dulu kayuh basikal dengan kawan kawan lagi pergi ambil result. Takde pulak tacing sampai ke tulang sum sum.. Yelah.. kita faham. Kita bukan anak orang kaya. Mak bapak kerja tak boleh suka2 hati cuti. Adik beradik ramai.. Dah la jarak tak jauh. Yang sekolah masa tu pun tiga empat orang. 2 kakak aku kat sekolah menengah masa aku UPSR. Bila dok baca berita pasal pelajar SPM sedih terpaksa naik motor pergi ambil keputusan sendiri aku macam rasa pelik sikit. Yelah.. sedih sebab dia dari keluarga yang bercerai berai & tinggal dengan nenek. Tu mungkin la sedih sebab tak dapat raikan keputusan cemerlang dia 10A dengan mak ayah. Tapi kalau setakat kena naik motor pergi ambil keputusan sendiri.. takde benda nak sedih sangat la....