Posts

RASA BENCI TENGOK KASUT CANTIK

Image
RASA BENCI TENGOK KASUT CANTIK . Memang aku selalu rasa macam tu bila tengok orang pakai kasut cantik cantik. Atau nampak kasut yang cantik2 display kat kedai kasut. Rasa macam di robek2 jantung aku ni. Kadang2 aku cuba menipu pandangan mata aku cakap tak cantik pun kasut tu. Atau mengutuk dalam hati.. Buruknya kasut tu walau hakikatnya memang cantik. Aku benci tengok orang pakai kasut cantik. Sebab tu aku tak banyak koleksi kasut. Bukan tak mampu beli tapi ada sesuatu yang tak mampu aku ubah. Bukan aku tak ada kaki. Bukan sebab kaki aku cacat tapi aku mempunyai size kaki yang unik sikit. Dalam umur macam sekarang kaki aku masih tak membesar. Size 3. Ingat senang ke nak cari adult size 3 ni. Normally aku beli kasut kids size je tau. Kalau jumpa sandal @ kasut adult size 4 yang muat dengan kaki tu rasa macam keajaiban sangat. Aku pelik kenapa Yuyu Zulaikha kecik jugak macam aku tapi kaki dia size 4. Kenapa kaki aku size 3?? hahahaha Apapun syukur la walau size 3 aku tak per...

KISAH SEORANG GAY NAK BELI PRODUK BUANG BULU

Image
KISAH SEORANG GAY NAK BELI PRODUK BUANG BULU . Entri ni bukan entri lucah yer.. Akak tak pandai tulis entri lucah, entri seram akak reti la mengarang katanya. Tapi cuma sebuah cerita yang di kongsikan oleh seorang kawan akak ni yang jadi pengedar satu produk untuk buang bulu. Tak kira la bulu roma, bulu ketiak, misai termasuk la bulu pada kemaluan. Ini bukan produk untuk sex yer.. Ini produk macam skincare jugak la. Even kat tut tu pun kena jaga tak boleh nak biar hutan dia merimbun sangat. Terlampau teduh kang banyak haiwan liar pulak berumahtangga.Jangan ingat  boleh jer biar memanjang tak perlu cantas dia luruh sendiri. Tidak ok! Produk tu memang semua jantina boleh guna.. Tak kira la kau gay ke, pengkid ke,nyah ke hapa. Asal kau manusia yang ada bulu bulu kat tempat2 biasa berbulu tu boleh je nak guna. Produk ni pun bagus jugak sebab selain melincinkan kulit dia juga mampu melambatkan proses bulu baru tu tumbuh. Bulu2 yang baru tumbuh pun akan jadi lebih jarang & halus. Y...

AMRAN FANS MENGELABAH BILA DI KECAM ISU GADIS & CANGKUL

Image
AMRAN FANS MENGELABAH BILA DI KECAM ISU GADIS & CANGKUL . Bukan senang nak tengok kaki troll & viral orang ni mengelabah bila dia mendapat kecaman hebat dari berbagai lapisan masyarakat bila tersilap melawak pasal isu kes gadis yang di rogol kemudian di rodok kemaluannya menggunakan batang cangkul hingga menyebabkan beberapa organ dalaman dia pecah & kemudian meninggal dunia. Isu tu sangat sensitif. ia melibatkan kekejaman terhadap kaum perempuan nak2 lagi gadis di bawah umur. Walaupun berlaku di negara jiran memang seluruh dunia rasa terkesan dengan jenayah kejam macam tu. Nak2 kaum wanita la kan.. Yang ada ank gadis memang benda ni memberi kesan trauma & fobia jugak mengenangkan dunia sekarang penuh dengan manusia yang dah tak ada perikemanusiaan. Aku antara orang yang suka layan jugak la lawak lawak Amran Fans tapi tak bermakna aku bersetuju dengan semua perkara yang dia cuba Troll & buat lawak. Kalau aku rasa melampau selalu aku direct komen tak setuju je...

SEBELUM MATI KORANG KENA TRY 10 MAKANAN ORANG PAHANG NI

Image
SEBELUM MATI KORANG KENA TRY 10 MAKANAN ORANG PAHANG NI . Setiap negeri ada masakan & makanan yang menjadi trademark atau signature sesebuah tempat tu. walaupun aku orang kedah aku suka jugak makan sambal hitam pahang. Baru tahun ni je aku cuba. Rasa not bad tapi mahal jugak kan yang di jual kat luar tu. Sejemput pun dah RM7 aku beli haritu. Mungkin cara pembuatan dia akan renyah @ rumit kot tu harga dia mahal. Gulai tempoyak ikan patin yang memang sejak dulu menjadi signature dish orang pahang Selain sambal hitam banyak lagi menu2 yang menjadi signature dish pahang ni. Antaranya gulai tempoyak yang memang menjadi kegilaan ramai. Dulu aku ingat masakan tempoyak ni orang perak punya je.. Tapi yelah banyak bergaul & membaca tahulah aku bahawa gulai tempoyak pahang & perak tak sama sangat. Ada cara tersendiri mereka menyediakan masakan tu mengikut tradisi negeri masing masing. Nak kata suka sangat gulai tempoyak ni boleh la makan. Tapi kalau sambal tempoyak memang a...

BOGELKAN WAJAH DENGAN BIO ESSENCE MAKEUP REMOVER

Image
BOGELKAN WAJAH DENGAN BIO ESSENCE MAKEUP REMOVER . Tu dia.. bogelkan wajah katanya. Confirm tak lepas nak ping entri ni kat babab.net nanti. Almaklum babab yang dulu di kenali sebagai Busuk ni dia punya penapis memang pelik siikit. Kadang2 aku tengok entri ala2 lucah kat popular post babab.net ni lepas pulak. Ni tajuk bogel2 macam ni confirm la.. entri anda mempunyai keywords atau tajuk yang tidak di benarkan. tajuk macam 18SX sangat padahal nak cerita pasal makeup remover je kau! Over tau lekatlekit ni kalau buat tajuk entri. Tu memang trademark tajuk entri kat blog lekat lekit. So tak payah nak muncung2 & mengumpat sangat la. Ok la.. tanpa membebel bebal sampai orang meluat nak baca mukadimah entri review lekatlekit.com ni meh la kita ke tujuan sebenarnya. Macam dok kata memang tak lepas ping kat babab.net ni. Asal bogel jer terus reject. Tak boleh guna metafora langsung hahaha Sebelum ni aku ada guna satu jenama makeup remover sampai licin jugak la. Almaklum la aku ...

7 ORANG NI PERLU JADI INSPIRASI KEPADA MAT REMPIT MALAYSIA

Image
7 ORANG NI PERLU JADI INSPIRASI KEPADA MAT REMPIT MALAYSIA . Sebenarnya kat malaysia ni bukan hanya ada 7 orang pandai racing tapi sebenarnya ramai. Tapi dalam ramai ramai tu bukan semua pakar ataupun kalau pakar pun kepakaran mereka mungkin tak di iktiraf sebab di gunakan kat track yang tak betul. Salah track kau pakar konar cecah lutut sekalipun tetap di pandang hina katanya. sebab tu pentingnya kita salurkan bakat yang kita ada pada tempat yang betul. Salah tempat sia sia je bakat kurniakan Allah bagi tu. Tapi tu la melempiaskan bakat kat saluran yang betul ni bukan mudah. Semua melibatkan kos yang tinggi. Jadi mungkin antara sebab kenapa pakar pakar racing ni melempiaskan nafsu di jalan raya.. berlumba haram hingga menyusahkan pengguna yang lain. Tapi ada jugak yang sememangnya suka buat kerja haram. Lagi haram lagi enjoy. Katanya nikmat kena kejar dengan bapak bapak polisi tu takkan dapat kat track halal. Tu la manusia kepuasan mereka kadang2 di luar otak sampai orang pandang...

INILAH RESEPI & CARA BUAT KARIPAP PALING SHORTCUT

Image
INILAH RESEPI & CARA BUAT KARIPAP PALING SHORTCUT . Aku suka jugak makan karipap tapi seumur hidup tak pernah aku try buat karipap sendiri. Entahlah kuih muih ni jari jemari aku kurang berbakat katanya. hahaha.. Padahal tak pernah try buat. Paling2 cekodok je la aku selalu buat. Insya Allah.. Memang ada niat nak try buat kuih muih &kek. Mungkin Ramadan kali ni mengubah aku jadi seorang pemasak kuih muih pulak. Sebenarnya bukan malas ke hapa.. Tapi yelah yang nak makan pun paling ramai 2 orang tapi kalau tak kena taste mungkin aku je hadap sorang. Tu yang semangat nak buat kuih selalu tak sampai ke level rajin. Tapi aku rasa nak jugak buat karipap la lepas ni sebab dah ada cara paling senang guna shorcut. Tak payah nak uli2 tepung, kelim2 bagai sangat dah. Almaklum la zaman sekarang. Semua orang sibuk memenuhi tuntutan duniawi di luar rumah. Jadi masa2 nak menguli tepung, mengelim tepi2 karipap pun macam tak ada masa. Nak2 lagi lagi menjelang puasa esok.. Tapi sekali seka...