Posts

RISIKO KENA TEMBAK JIKA POTONG KENDERAAN LAIN KETIKA MEMANDU DI THAILAND

Image
RISIKO KENA TEMBAK JIKA POTONG KENDERAAN LAIN KETIKA MEMANDU DI THAILAND . Aku pernah la jenjalan ke hatyai. Rasanya dua kali kot. Dua2 kali laki aku drive bawak masuk kereta sendiri ke sana. Tak susah pun nak drive kesana. Dengan anak kecik masa tu aku rasa lebih selesa bawa masuk kereta sendiri. Almaklum la nak kemana mana nanti senang. Tak payah nak sewa tut tut bagai. Tambang tut tut pun ta murah sangat nak ke satu satu destinasi. Tadi terbaca Harian metro online kes rakyat malaysia yang di tembak matI kat Haytai baru baru ni. Katanya punca sebab suspek tak puas hati cara dia bawak motor & potong motor suspek. Sebab terkejut & geram terus sipolan tu tembak dia. Depa jenis tak main bertumbuk dah.. tembak terus je. Seram pulak aku baca kes macam ni. Sumber Harian Metro Memang kalau kat Thailand boleh tengok penunggang motorsikal kat sana takde nak merempit bagai. Even tak pakai helmet rilex je dorang bawak. Even jalan dorang memang tak systematic langsung tapi tet...

CARA PALING MUDAH & CEPAT CUCI MINYAK YANG TUMPAH ATAS LANTAI

Image
CARA PALING MUDAH & CEPAT CUCI MINYAK YANG TUMPAH ATAS LANTAI . Tetiba je hari ni nak kongsi tip bagai. Almaklum la bulan puasa.. Nak melazer sangat tak elok la kan. Erkk.. bukan aku kata kalau bulan lain boleh lazer orang sesuka hati tau.. Cuma bula ramadan ni kita tulis benda yang ringan2 sudah untuk tidak menganggu emosi orang tengah berpuasa katanya. Jadi marilah kita belajar macam mana nak cuci minyak yang tumpah atas lantai. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Almaklum la.. yang memang suka memasak ni memang satu masalah jugak bila ada kesan minyak atas lantai. Nak2 lagi kalau menggoreng ni.. Terpecik ke lantai. Kadang2 minyak tertumpah atas lantai tu perkara biasa berlaku. Kalau tak cuci ada pulak tak tersungkur bila terpijak kesan minyak atas lantai ni. Bila minyak & lantai bertemu pepaham je la. Licin gitu. Kalau kita mop terus dengan air yang di campur pencuci lantai memang akan bertambah licin lantai jadinya. Jenuh nak basuh nak hilangkan kesan minyak tu. Mem...

LOBSTER, PIZZA, DIMSUM & BANYAK LAGI HANYA RM1, BIAR BETUL?

Image
LOBSTER, PIZZA, DIM SUM & BANYAK LAGI HANYA RM1, BIAR BETUL? Bulan2 puasa ni ramai dok cari port best untuk berbuka tapi aku hari ke 4 berpuasa masih lagi berketung ketang kat dapur. Ada jugak rasa malas nak masak tapi bila terkenang kes viral pasal ulat dalam lauk ikan yang di beli untuk berbuka terus aku jadi rajin memasak. Alah bukan banyak pun nak masak. Satu dua jenis juadah je. Walaupun bulan puasa kami makan macam biasa je. Tapi bagi yang memang jenis busy mengalahkan ayahanda rani kulup yang banyak kes dia nak kena buat report.. Tak sempat nak jenguk dapur tu tak salah nak cari tempat berbuka puasa kat luar. Kalau rasa tak yakin nak membeli belah juadah berbuka kat bazar ramadan.. Banyak tempat yang korang boleh jadikan tempat berbuka. Kalau dah rasa jemu sangat dengan buffet ramadan ni korang boleh try makan tempat tempat yang tersenarai dalamkat sini. Sekarang ni tengah promosi.. Korang boleh upgrade order dengan hanya RM1. Antara hidangan RM1 yang korang dapat ka...

PRODUK D'HERBS TERLAJAK LARIS MASUK PASARAN THAILAND

Image
PRODUK D'HERBS TERLAJAK LARIS MASUK PASARAN THAILAND . Walaupun aku tak berapa gemar dengan perangai pengasas produk ni yang terlampau show off hidup dia yang konon low profile & 'orang kampung' tu kat media sosial.. Sebab kadang2 over sangat cara kampung dia sampai nampak sangat nak menunjuk nunjuk tapi bermakna aku dengki dengan kejayaan dia yang mampu membina empayar terlajak laris dia tu. Apa yang baik mesti la kita tumpang bangga dengan saudara seagama & sebangsa kita kan. Tapi apa yang tak kena tu tetap la kena kritik. Apa ingat orang kaya & terkenal kena puji2 je ke? Itu mustahil katanya hahahaha... Kagum jugak la dengan dia berjaya membawa produk dia masuk ke pasaran Thailand. Alhamdulillah at least ada produk orang melayu dah mampu di pasarkan kat negara lain. Hope produk terlajak laris tak ada klon la kat sana. Almaklum la Thailand antara negara yang aktif jugak mencetak rompak produk2 kosmetik & skincare ni. Selain meluaskan pasaran pr...

FILEM YANG MENGGUNAKAN RAKAMAN AUDIO SUARA ROH YANG SEBENAR

Image
FILEM YANG MENGGUNAKAN RAKAMAN AUDIO SUARA ROH YANG SEBENAR . Filem ni adalah berdasarkan kisah benar dari file aktiviti paranormal. Ini adalah sekuel kedua selepas sekuel pertama di kira berjaya jugak la. Aku pun tengok filem ni yang pertama dulu. Boleh tahan jugak la cerita dia. Effect terkejut tu termencarut jugak la sepatah dua perkataan. Almaklum la terkejut katanya. Tak sengaja melatah sambil carut gitu hahaha.. Tapi setakat keluar perkataan bodoh la cerita ni walaupun cerita tu tak bodoh. Sebab sakit hati terkejut katanya. Filem ni rasanya dah keluar kat pawagam hari ni. Jadi peminat filem seram harus la tengok filem ni. Sebab katanya dalam filem ni ada babak yang menggunakan audio suara roh yang sebenar. Alah.. sekarang ni kan banyak geng paranormal dok rakam kelibat la, suara, bunyi dari entiti. Nak2 lagi geng2 paranormal mat saleh ni.. Lagi advance rakaman depa katanya. Boleh dengar suara mistik bercakap dari peralatan rakaman depa. Sebab aku suka layan rancangan paranor...

BUFFET YANG MENYEDIAKAN 400 MENU SELURUH ASIA YANG MESTI ANDA CUBA

Image
BUFFET YANG MENYEDIAKAN 400 MENU SELURUH ASIA YANG MESTI ANDA CUBA . Dah masuk hari ketiga umat islam menunaikan ibadah puasa. Setakat ni tak nampak lagi yang kena bawa bersiar siar naik van jenazah. Mungkin hari ketiga puasa ni tak ramai di serang gastrik lagi kot. Tunggu la minggu kedua nanti.. Tengok sapa menang tiket perjalanan naik van jenazah pusing2 bandar. Hope tahun ni tak ada la kan. Bila masuk bulan puasa orang akan mula mencari tempat tempat makan berkonsepkan buffet untuk berbuka puasa. Almaklum la nak makan puas puas katanya. Baru kena puasa beberapa jam dia punya lapar macam kena puasa setahun tu. Walaupun korang ambil buffet ni jangan membazir. Ambil makanan mengikut keperluan jangan berlebihan sampai tak habis makan. Membazir tu amalan syaiton.. jangan syaiton kena ikat korang pulak mensyaitonkan diri di bulan ramadan yang mulia ni. Bagi yang tercari cari buffet ramadan.. Maybe nak bawa family ke, bawa staff atau bawa kengkawan pergi berbuka puasa meh sini aku n...

BETINA TUA,NYANYUK & BUTA TAPI MASIH AKTIF BERANAK

Image
BETINA TUA,NYANYUK & BUTA TAPI MASIH AKTIF BERANAK . Tu dia bulan2 posa ni dok carut kat sapa pulak. Baru hari ketiga berpuasa lekat lekit Ooi.. Dah tak tahan nak melazer orang ke? Sabar na.. Baca dulu elok elok jangan semborono sembur tak tengok kiri kanan. Budaya menilai dari tajuk harus di di kikis di kalangan masyarakat kita supaya kita tidak memperbodohkan diri mengeluarkan komen yang kurang bijak. Betina tu bukan la aku nak cerita pasal makcik tua. Aku nak cerita pasal kucing betina mertua aku ni. Kalau ikut umur manusia dia dalam lingkungan 14 - 15 tahun dah.. Tapi umur kucing dalam lingkungan 98 - 100++ tahun la. Kalau manusia umur macam tu memang melepasi zon monopous dah. Jarang la ada orang mampu beranak pinak lagi dalam usia macam tu. Tapi tidak kucing. Depa tak ada usia monopos katanya. Selagi hidup & subur selagi tu boleh beranak pinak macam kucing mertua aku ni. Nama asal dia family mertua aku panggik kak cun. Kelas kau! Bukan tiru nama makcun ok! dia wuju...