Posts

RAMBANG MATA BILA CLIK RIANG RIA RAYA LAZADA MALAYSIA

Image
RAMBANG MATA BILA CLIK RIANG RIA RAYA LAZADA MALAYSIA . Dah nak masuk minggu ketiga puasa maka time ni ramai dah mula buat persiapan rumah tak kira la dari segi pakaian, peralatan nak buat kuih muih, mahupun perabot & aksesori untuk rumah. Almaklum la raya kan.. Ramai dah mula wishlist kan barang2 yang mereka harap dapat untuk kegunaan menyambut raya nanti. Nak nak lagi time ni la banyak sale & diskaun. Inilah masa paling sesuai membeli belah barang keperluan. Aku pun manusia katanya.. Ada impian & keinginan macam orang lain jugak. Aku pun antara tipikal manusia yang ada keinginan & suka membeli. Tapi wishlist seorang isteri, ibu & anak selalunya untuk di manafaatkan seluruh isi keluarga. Biar sama2 rasa. Sepanjang puasa ni aku selalu usya barang2 kat lazada.. Sebab harga di lazada ni lebih murah berbanding portal online shopping yang lain sebab tu la aku lebih suka windows shopping secara online di lazada. Sebab diskaun dia tak ingat punya buat aku jadi rambang...

CERITA DI SEBALIK AYAM TANDOORI

Image
CERITA DI SEBALIK AYAM TANDOORI . Petang petang ramadan dok cerita pasal ayam tandoori ni kang ada pulak yang puasa separuh hari katanya. Tak tahan terbayang keenakkan ayam tandoori yang cukup seksi dengan dagingnya kemerah merahan. Dimakan pula bersama roti nan...erkk.. matching ke gabungan tu. Hahaha.. aku pun tak tau sebab dah lama tak menyinggah restoran mamak ni. Aku nak kata suka sangat makan ayam tandoori entah la aku rasa aku dah lupa rasa dia macam mana cuma yang aku ingat dia kemerah merahan. Last makan pun aku dah tak ingat. Almaklum la memori aku ni tak berapa cukup gigabyte sikit so tak boleh simpan banyak sangat kenangan. Refresh macam mana pun kadang2 tak dapat jugak nak ingat. hahahaha. Tapi setahu aku la aku tak pernah rasa ayam tandoori tu peberet aku kot. hehehehe Ayam tandoori antara menu yang memang menjadi kegemaran rakyat malaysia pelbagai kaum. Macam - macam persepsi masyarakat terhadap ayam tandoori. Tapi yang paling best cerita couple ni. Ada kena menge...

GOLONGAN KANAK KANAK YANG BAKAL DI BENCI MENJELANG HARI RAYA

Image
GOLONGAN KANAK KANAK YANG BAKAL DI BENCI MENJELANG HARI RAYA . Hari ni dah 11 ramadan bermakna 11 hari la kita berpuasa. Dah nak sampai pertengahan puasa pun. Time ni jangan pelik la orang dah mula shopping raya. Aku pun rasa ahad ni macam nak cari siap2 je baju raya untuk anak.. Kalau tak ada aral melintang pukang kebabom katanya.. Sekali dengan mak shopping siap siap. Bukan apa kalau hujung2 puasa nanti alamatnya kena hadap la bergesel bontot nak pilih baju raya. So, sebab taknak bontot leper di hari raya nanti rasanya dah sedang elok kot prepare siap2 apa yang patut. Dah hujung puasa esok boleh basuh & packing siap2 jer. Takde la kelam kabut katanya. Gambar sekadar hiasan. Sumber google Bila masuk pertengahan bulan puasa ni trend menyebarkan protocol nak beraya ke rumah orang mula bertebaran di media sosial. Takpe bagus.. saling mengingati. Bila kita bertamu kat rumah orang kita tahu do & don't katanya. Jangan nak melekat kat rumah orang dari lepas solat sunat h...

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT

Image
RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT . Kalau tak simple aku malas nak share sebab kesian bebudak baru belajar masak. Kang berpintal pintal pulak otak depa nak matching bahan bahan masakan. Sebab masak lemak ikan masin versi lekatlekit ni memang kategori campak2 jer maka boleh la aku share dengan hadik hadik yang baru akil baligh nak belajar masak bagi persediaan nak jadi menantu orang nanti. hehehe Lain orang lain cara masaknya. Jadi dalam versi lekat lekit ni meh kita tengok apa bahan yang di gunakan.. Jangan risau bahan bahan asas buat masak lemak jugak. Antara bahan yang di gunakan bagi merealisasikan masak lemak dalam periuk adalah.. Ikan masin (boleh guna ikan talang tapi aku guna ikan duri sebab tu je yang ada) Serai Bawang besar halia cili padi asam keping santan kotak Kunyit hidup/serbuk kunyit Ubi kentang Bahan kisar Bawang serai (ada orang suka ketuk jer tapi aku suka blend halus) halia kunyit hidup (kalau guna serbuk kunyit tak payah ki...

AKIBAT FANATIK DENGAN BOLA SEPAK, INI 7 AKTIVITI LUAR BIASA PEMINAT BOLA BUAT DI BULAN PUASA

Image
AKIBAT FANATIK DENGAN BOLA SEPAK, INI 7 AKTIVITI LUAR BIASA PEMINAT BOLA BUAT DI BULAN PUASA . Kalau sekadar minat mungkin kita takde la terlalu obses dengan sesuatu perkara tapi kalau dah fanatik memang kadang2 apa yang di buat memang di luar sangkaan kita. Bagi peminat bola pulak walaupun bulan puasa menghadkan aktiviti mereka untuk ligat di padang tapi depa ni katanya tetap tak boleh hidup tanpa bola. Kalau dah terlampau minat tu memang tak kira apa bulan pun dia akan cuba lakukan aktiviti dia walau mungkin rutin tu agak berubah bila menjelang bulan puasa. Tak boleh kalau tak buat. Biar apapun situasi dia akan cari peluang jugak buat bagi melepaskan ketagihan dia terhadap bola sepak. Mungkin kalau sehari hidup dia tanpa ada kaitan dengan bola dia boleh kena parkinson & menggigil seluruh badan maka berlaku 7 perkara luar biasa yang di lakukan peminat fanatik bola bila menjelang bulan puasa >>  7 Aktiviti Yang Luar Biasa Peminat Tegar Bola Lakukan Dalam Bulan Puasa…...

TERBONGKAR CARA NAK KENALI PERSONALITI KAWAN ANDA MELALUI LAPTOP

Image
TERBONGKAR CARA NAK KENALI PERSONALITI KAWAN ANDA MELALUI LAPTOP . Personaliti. Kalau ada yang masih tak faham apa tu personaliti meh sini den nak explain secara ringkas supaya korang semua faham. Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karektor diri. Sehubungan itu, satu daripada penyelidikan menjelaskan rupa diri dapat diukur dari dalam dan boleh dizahirkan pada luaran. tu dari wikipedia mungkin susah sikit korang nak faham tapi untuk senang faham personaliti ni merangkumi perwatakan, perlakuan & tindakkan bila berada dalam sesuatu situasi. Faham kan? Tak paham nanti korang mentelaah sendiri. Dalam nak memilih kawan bukan sekadar mengenali perangai, ...

SUDAHKAH ANDA LAKUKAN PERKARA NI SEPANJANG RAMADAN?

Image
SUDAHKAH ANDA LAKUKAN PERKARA NI SEPANJANG RAMADAN?  Sekejab je masa berlalu hari ni dah 10 ramadan. Dari segi masa, berpuasa sekarang memang tidak la mencabar sangat berbanding dulu. Dulu rasa masa macam panjang sangat sekarang alahai.. singkatnya masa sesingkat pemikiran manusia zaman sekarang. hikhikhik.. Sepanjang bulan puasa ni orang banyak cerita pasal juadah berbuka & bersahur, resepi kuih muih, resepi biskut raya, cerita pasal koleksi baju raya. Tu je paling meriah cerita dia sepanjang 10 ramadan ni. Almaklum la.. kita ni masuk je ramadan terus asyik fikir preparation nak raya je. Asal puasa je mesti fikir raya. Sikit sangat la kita fikir pasal dosa pahala, pasal nak memperbaiki ibadat bagai apatah lagi fikir pasal 6 perkara ni walaupun perkara ni bukan perkara yang susah nak di laksanakan >> 6 Perkara Mudah Yang Orang Terlupa Atau Malas Nak Buat Sepanjang Ramadan << Almaklum la busy katanya. Banyak jemputan majlis berbuka puasa sana sini. Full pack...