Posts

BOIKOT BAYI & KANAK KANAK YANG TIDAK DI VAKSIN

Image
BOIKOT BAYI & KANAK KANAK YANG TIDAK DI VAKSIN . Sekarang ni memang hangat isu vaksin. Ada yang anti vaksin & ada yang provaksin. Bagi aku vaksin atau tak tu hak individu. Anak depa lantak la depa nak besarkan anak depa dengan cara macam mana. Cuma pilihan yang kita buat biarlah yang terbaik bukan je untuk anak anak kita malah untuk semua masyarakat di sekeliling. Pemahaman setiap orang tentang vaksin memang berbeza. Aku tak berani la cakap lebih2 pasal vaksin ni sebab aku tak ada kepakaran tentang tu cuma aku pilih untuk vaksinkan anak aku sebagai salah satu usaha & ikhtiar untuk menghalang atau mencegah anak aku dari terkena penyakit berbahaya. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Friendlist kat FB aku pun ada yang ramai provaksin & ada segelintir yang antivaksin. Macam aku cakap hak individu tu sendiri nak memilih vaksin atau tak cuma jangan jadi penghasut pada orang lain. Tak kira la kau sokong vaksin atau kau anti vaksin. Yang anti vaksin jangan melampau2 sa...

AWAS! PASTIKAN 5 PERKARA NI TAK BERLAKU SEBELUM BALIK BERAYA

Image
AWAS! PASTIKAN 5 PERKARA NI TAK BERLAKU SEBELUM BALIK BERAYA . Dah masuk minggu terakhir ramadan ni mood raya dah mula activated katanya. Minggu terakhir juga bagi mereka yang bekerja & bersekolah. Semua mula rajin siapkan macam - macam kerja sebelum bercuti. Supaya hari terakhir kerja tak kelam kabut dah. Aku ni excited la jugak nak sambut raya sebab almaklum la anak rantauan. Excited tu lebih kepada nak balik kampung sebenarnya. Tadi pun mak aku dah call, katanya mak aku sorang lagi (makcik aku) dah tanya. Katanya asyik dok mimpi aku jer. Faham dah mak aku yang sorang tu.. Yelah dia yang jaga aku masa kecik, manjakan aku, rapat dengan aku sebelum aku berhijah kesini.. Masa nak datang pun macam2 drama dia buat tak bagi aku datang. Tapi sebab nak ubah nasib katanya, terpaksa melangkah pergi. Kalau duduk kat kampung tu jadi malas kerja. Yelah.. selesa la katakan. Sewa rumah tak payah bayar, makan minum semua tak payah fikir. Bila hidup sendiri auto semua tu kita akan fikir. Nak...

KUNCI KERETA JATUH DALAM LONGKANG PUN PANGGIL BOMBA KE?

Image
KUNCI KERETA JATUH DALAM LONGKANG PUN PANGGIL BOMBA KE? . Bomba bagi aku adalah wira negara yang jarang di angkat atau di julang. Kat Malaysia ni aku rasa bomba la paling banyak kerja kena buat. Bukan setakat padam api bila berlaku kebakaran walau kita sinonim bomba kerja dia memang padam api jika berlaku kebakaran. Kemalangan ke hapa semua panggil bomba. Sampai cincin tersangkut kat jari pun orang guna khidmat bomba untuk potong. Kalau nak cerita tugas bomba ni.. rasanya kena buat entri berepisod gamaknya. Cukup la kita tahu.. Tugas bomba ni macam wonderpets. Apa saja yang melibatkan aktiviti membantu, menyelamat  & yang melibatkan kemanusiaan orang akan cari bomba. Bila terbaca satu kisah seorang minah ni share katanya kunci kereta jatuh dalam longkang & penutup longkang tu memang berat tak boleh buka. Call JPAM depa tak ambil kes2 kunci jatuh dalam longkang. Maka dia call bomba minta tolong. Time tu dah dekat nak buka puasa. Maka abang2 bomba pun datang la membantu ...

IBU AZNIL HJ NAWAWI YANG MENINGGAL, AZWAN ALI YANG DAPAT UCAPAN TAKZIAH DARI ROSNAH MAT ARIS

Image
IBU AZNIL HJ NAWAWI YANG MENINGGAL, AZWAN ALI YANG DAPAT UCAPAN TAKZIAH DARI ROSNAH MAT ARIS . Dok scroll ig terserempak dengan post Azwan Ali. Sapa tak kenal dengan Azwan Ali yang manjang suka carut orang. Account media sosial tu kejab dia tutup kejab dia buka balik. Pernah jadi satu kontroversi di mana Azwan Ali tersilap maki peminat dia yang suggest dia makan kat Me'nate. Sebab dia tak pernah tahu kewujudan restoran steak terkenal & mahal tu dia ingat peminat carutkan dia dalam loghat pantai timur. Tapi Azwan Ali tetap Azwan Ali sampai bila bila. hehehe. Tu kisah lalu.. kisah terkini bukan kisah dia carutkan orang tapi kisah kelakar antara dia & rosnah mat aris Hari ni kita sedia maklum Selebriti serba Boleh Dato Aznil Hj Nawawi kehilangan ibu tersayang yang meninggal dunia pada usia 90 tahun sebab sakit Tua. Di kesempatan ni sebagai peminat pak nil dari zaman pop kuiz, hip hop remaja di radio rfm dulu.. Nak ucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga paknil ...

MESTI BACA UNTUK YANG RASA TAK NAK SAMBUT RAYA TAHUN NI

Image
MESTI BACA UNTUK YANG RASA TAK NAK SAMBUT RAYA TAHUN NI . Ada jugak spesis orang islam yang tak suka sambut raya. Bagi dia raya ke tak raya sama jer.. Jadi bila hari raya kebetulan cuti panjang dia pilih untuk merayap ke negara orang. Feel untuk beraya dalam diri dia kira dah tinggal 10%. Yang 10% tu cuma mungkin feel untuk ucap selamat hari raya jer.. Nak meraikan memang tak ada dalam agenda dia. Banyak sebab kenapa ada orang rasa hari raya dah tak ada makna buat dia. Mungkin dia dah tak ada keluarga atau saudara mara yang rapat untuk sama sama meraikan. Atau ada jugak spesis yang rasa nak hidup gaya western. Dia tak tau orang barat pun celebrate perayaan depa macam chrismas bagi yang beragama kristian. Dia pulak terlebih mat saleh dari orang barat sampai tak mau beraya langsung. Sebab wujudnya spesis yang dah tak nak sambut apa2 perayaan dalam hidup dia.. maka benda ni memang depa sangat suka kalau dekat2 nak raya orang bagi. Macam orang mengantuk di sorong bantal kekdahnya. Y...

MENGEJUTKAN! 33 GAMBAR NI DI AMBIL HANYA GUNA TELEFON

Image
MENGEJUTKAN! 33 GAMBAR NI DI AMBIL HANYA GUNA TELEFON . Hari ni dah masuk 22 ramadan. Puasa tinggal hujung - hujung je. Time ni orang mula sibuk nak tukar perabot baru la.. langsir baru la tak kurang jugak yang dok survey telefon baru. Katanya nak cari smartphone yang ada fungsi camera yang secantik DSLR. Jadi raya nanti tak payah nak usung DSLR dah.. Senang nak selfie kat mana2 termasuk masa menziarah kubur ahli keluarga yang dah meninggal. Almklum zaman sekarang semua nak bua live update kat FB.. dia pergi masjid dia buat live update, dia ziarah kubur buat live update apatah lagi beraya kerumah orang. Tapi kalau setakat enpon je ada fungsi camera canggih tapi skill kelaut pun gambar tetap tak nampak menari jugak even camera kau boleh nampak liang2 pori seketoi seketoi kat muka. Orang yang ada skill mengambil gambar ni kadang2 camera biasa2 pun nampak cantik. Sebab depa tau nak ambil gambar dari angle mana.. pencahayaan macam mana. Kita yang hanya reti hala lensa camera lepas tu ...

VIDEO PENGAKUAN SEORANG BUDAK YANG MENGEJUTKAN SELURUH KELUARGANYA

Image
VIDEO PENGAKUAN SEORANG BUDAK YANG MENGEJUTKAN SELURUH KELUARGANYA . Hari ni dah 20 Ramadan.. kalau 5 tahun lepas aku sekarang ada kat wad sebab baru lepas bersalin budak lala pada 9.20 pagi di hospital sungai buloh. Dah 5 tahun dah budak lala kalau ikut bulan Islam... Dah lupa dah aku macam mana sakit bersalin katanya tapi masih struggle membesarkan seorang kanak kanak yang masih kena follow up dengan doktor & terapi. Speech dia masih di peringkat budak baru belajar bercakap & pengurusan diri pun sama. Jadi.. masih kena ikuti sesi terapi. Nak membesarkan anak masing masing ada ujian & dugaan dia. Yang penting walau macam mana pun perkembangan mereka tetap kita kena ajar apa yang baik & tidak.. apa yang boleh buat & tidak.. Kalau buat perkara yang salah apa tindakkan perlu depa ambil.. Semua tu kena didik dari sejak kecil. Ia berkaitan akhlak anak anak. Aku pun antara ibu ibu yang masih belajar untuk mendidik anak & masih banyak perkara aku tak tahu & ...