Posts

TREND RAYA BUDAK BUDAK SEKARANG MINTA DUIT RAYA UNTUK ADIK BERADIK KAT RUMAH

Image
TREND RAYA BUDAK BUDAK SEKARANG MINTA DUIT RAYA UNTUK ADIK BERADIK KAT RUMAH . Dah lima hari kita di bulan syawal. Puas hati dapat beraya 5 hari 4 malam kat kampung. Selalunya memang jarang aku dapat spent time sampai 5 hari kat kampung lepas kahwin & ada anak ni. Yelah.. tuntutan tanggungjawab duniawi ni membataskan kami anak beranak nak lepak kat kampung lama lama walaupun kepulangan kami adalah kepulangan yang memang di nanti. Almaklum la.. dapat suami yang boleh kamceng dengan mak, adik beradik perempuan & sedara mara yang rapat. Sumber Gambar Google Apapun dah selamat sampai ke kotaraya selepas 10 jam atas jalan dari kedah ke kl ikut jalan lama. Jimat tak payah bayar tol & tak stress hadap jam kat highway. Kalau aku.. biarlah jalan jauh tapi kalau jam memang sekali dengan otak2 aku jam. Almaklum la tak drive katanya.. duduk sebelah je hahaha. Sebab raya tahun ni duduk kat rumah & ambil tugas memasa hari raya pertama & kedua maka boleh tengok ragam buda...

TAK BOLEH MAKAN KUIH SAMBIL PANGKU BALANG UNTUK RAYA 2016

Image
TAK BOLEH MAKAN KUIH SAMBIL PANGKU BALANG UNTUK RAYA 2016 . Hari ni dah hari ke 29 hari umat Islam berpuasa. Insya Allah.. tinggal lagi 1 hari untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sepanjang 29 Hari berpuasa moga yang berkurang kilo kat badan & yang bertambah pahala & amalan. Kalau yang bertambah kilo tu maka ketahuilah mungkin anda antara yang menjadikan bulan puasa sebagai pesta makan. Kalau makan ala kadar, Insya Allah boleh buang kilo kilo yang berlebihan katanya. Gambar sekadar hiasan Hari ni pun dah ramai balik kampung. Aku Insya Allah esok baru nak memulakan perjalanan balik kedah. Allah.. Rasa tak sabar nak balik kampung katanya. Dok tengok ada kawan kawan dok cakap.. teringin nak rasa balik kampung bila raya. Almaklum la depa duduk tak jauh dari rumah keluarga & adik beradik. Ada yang perjalanan 5 - 10 je dah sampai rumah mak ayah. Tak macam aku.. kalau tak hadap jam maybe 4 - 5 jam baru sampai. Tapi pernah jugak aku balik dari kampung ambil masa dekat 1...

VIDEO & RESEPI CARA MEMASAK RENDANG AYAM

Image
VIDEO & RESEPI CARA MEMASAK RENDANG AYAM . Tinggal lebih kurang 2 hari lagi je kita nak berpuasa. Hari ni pun dah 28 Ramadan. Ramai yang sampai kampung halaman masing masing kecuali aku jer.. masih setia menghadap kota metropolitan ni. Biasa la.. setiap tahun pun memang kami balik kampung last minute. Tak kisah la janji balik kampung ye dak. Bila dah nak dekat raya ni mesti anak anak dara yang tahun ni mungkin bakal suami & bakal mertua nak datang rumah baru kelam kabut nak belajar masak katanya. Hari raya kat Malaysia antara menu wajib yang mesti ada adalah rendang. Sebab rendang ni di makan bersama ketupat, lemang atau nasi himpit. Rumah aku pun wajib ada rendang ayam jugak. Tahun lepas aku tolong masak tahun ni kalau sempat aku masak la. Almaklum la sejak jadi bini & mak orang ni bertapa kat dapur je kerja aku so reti la masak makanan berat tu sikit sikit. Tapi bagi yang tak reti & baru nak belajar masak ni mungkin rasa susah sikit kalau hanya berpandukan...

CARA SHOPPING RAYA PALING SELAMAT UNTUK ELAK JADI MANGSA BEG KENA TOREH

Image
CARA SHOPPING RAYA PALING SELAMAT UNTUK ELAK JADI MANGSA BEG KENA TOREH . Ramai yang masih belum shopping raya... aku tau ada yang masih bekerja sampai hari ni. Jadi mungkin esok baru ada masa nak keluar cari baju raya. Tapi time2 sekarang memang korang terpaksa bergesel bontot la nak membeli belah. Nak2 kat jalan TAR tu. Bergesel bontot ok lagi.. Yang tak best time tu jugak penyangak nak buat kerja. Dalam sesak2 tu depa ambil kesempatan dok toreh beg orang ambil isi dalam yang berharga. Jadi yang mana suka bershopping tempat2 sesak macam tu berhati hati la kan. Bila berhimpit2 ni memang tak perasan la kalau beg kena toreh. Sebab penyeluk saku sekarang memang kreatif jadi kita kena ambil langkah keselamatan dari awal la. Zaman sekarang kita dah banyak pilihan nak bershopping. Banyak cara kita boleh buat untuk mengelak dari jadi mangsa kecurian macam tu. Selain shopping awal.. Kita boleh pilih shopping secara online jugak. Kalau online ni selesa la sikit. Tak payah dok bercium bont...

BOIKOT BAYI & KANAK KANAK YANG TIDAK DI VAKSIN

Image
BOIKOT BAYI & KANAK KANAK YANG TIDAK DI VAKSIN . Sekarang ni memang hangat isu vaksin. Ada yang anti vaksin & ada yang provaksin. Bagi aku vaksin atau tak tu hak individu. Anak depa lantak la depa nak besarkan anak depa dengan cara macam mana. Cuma pilihan yang kita buat biarlah yang terbaik bukan je untuk anak anak kita malah untuk semua masyarakat di sekeliling. Pemahaman setiap orang tentang vaksin memang berbeza. Aku tak berani la cakap lebih2 pasal vaksin ni sebab aku tak ada kepakaran tentang tu cuma aku pilih untuk vaksinkan anak aku sebagai salah satu usaha & ikhtiar untuk menghalang atau mencegah anak aku dari terkena penyakit berbahaya. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Friendlist kat FB aku pun ada yang ramai provaksin & ada segelintir yang antivaksin. Macam aku cakap hak individu tu sendiri nak memilih vaksin atau tak cuma jangan jadi penghasut pada orang lain. Tak kira la kau sokong vaksin atau kau anti vaksin. Yang anti vaksin jangan melampau2 sa...

AWAS! PASTIKAN 5 PERKARA NI TAK BERLAKU SEBELUM BALIK BERAYA

Image
AWAS! PASTIKAN 5 PERKARA NI TAK BERLAKU SEBELUM BALIK BERAYA . Dah masuk minggu terakhir ramadan ni mood raya dah mula activated katanya. Minggu terakhir juga bagi mereka yang bekerja & bersekolah. Semua mula rajin siapkan macam - macam kerja sebelum bercuti. Supaya hari terakhir kerja tak kelam kabut dah. Aku ni excited la jugak nak sambut raya sebab almaklum la anak rantauan. Excited tu lebih kepada nak balik kampung sebenarnya. Tadi pun mak aku dah call, katanya mak aku sorang lagi (makcik aku) dah tanya. Katanya asyik dok mimpi aku jer. Faham dah mak aku yang sorang tu.. Yelah dia yang jaga aku masa kecik, manjakan aku, rapat dengan aku sebelum aku berhijah kesini.. Masa nak datang pun macam2 drama dia buat tak bagi aku datang. Tapi sebab nak ubah nasib katanya, terpaksa melangkah pergi. Kalau duduk kat kampung tu jadi malas kerja. Yelah.. selesa la katakan. Sewa rumah tak payah bayar, makan minum semua tak payah fikir. Bila hidup sendiri auto semua tu kita akan fikir. Nak...

KUNCI KERETA JATUH DALAM LONGKANG PUN PANGGIL BOMBA KE?

Image
KUNCI KERETA JATUH DALAM LONGKANG PUN PANGGIL BOMBA KE? . Bomba bagi aku adalah wira negara yang jarang di angkat atau di julang. Kat Malaysia ni aku rasa bomba la paling banyak kerja kena buat. Bukan setakat padam api bila berlaku kebakaran walau kita sinonim bomba kerja dia memang padam api jika berlaku kebakaran. Kemalangan ke hapa semua panggil bomba. Sampai cincin tersangkut kat jari pun orang guna khidmat bomba untuk potong. Kalau nak cerita tugas bomba ni.. rasanya kena buat entri berepisod gamaknya. Cukup la kita tahu.. Tugas bomba ni macam wonderpets. Apa saja yang melibatkan aktiviti membantu, menyelamat  & yang melibatkan kemanusiaan orang akan cari bomba. Bila terbaca satu kisah seorang minah ni share katanya kunci kereta jatuh dalam longkang & penutup longkang tu memang berat tak boleh buka. Call JPAM depa tak ambil kes2 kunci jatuh dalam longkang. Maka dia call bomba minta tolong. Time tu dah dekat nak buka puasa. Maka abang2 bomba pun datang la membantu ...