Posts

BLOGGER SURIRUMAH BUKAN HANYA MENGANGKANG DEPAN SKRIN

Image
BLOGGER SURIRUMAH BUKAN HANYA MENGANGKANG DEPAN SKRIN . Hari ni macam tak ada idea nak update sebenarnya. So aku biar je la blog kosong tanpa sebarang entri baru sejak pagi tadi. Sesambil tu scroll FB jer la kot2 ada cerita best. Memang pun kat FB selalu memberi sumber idea untuk update blog. Orang kata nak komen tu fikir juta kali pun tak apa.. Jangan main sembur tak kaji selidik langsung. Bukan apa takut kena sembur balik termalu celah keyboard smartphone tu. Bengang jugak la bila aku up satu status yang berbunyi macam luahan seorang isteri bergelar surirumah.. Bukan meluahkan perasaan kecewa ke apa. Saja jer.. tetiba benda tu tercetus bila tetiba rasa nak pergi bercuti je. Memang rasa nak ajak laki aku jenjalan & bermalam kat mana2 sempena cuti sekolah nanti kalau dia tak busy. Maka aku pun tulis la kenapa surirumah perlu jugak pergi bercuti sekali sekala. Sebab time pergi holiday tu je seorang surirumah bercuti dari masak,membasuh bagai. Tetiba datang satu komen lebih ku...

BIHUN GORENG KUAH LAKSA MENU RARE DARI UTARA

Image
BIHUN GORENG KUAH LAKSA MENU RARE DARI UTARA . Kalau orang kedah dah familiar dengan menu bihun goreng kuah laksa. Atau certain2 negeri di bahagian utara tanah air pun ada yang dah biasa dengan menu tu. Tapi bagi yang mungkin dari luar utara mungkin tak pernah tahu apatah lagi rasa bihun goreng kuah laksa ni. So kalau kita cerita pasal bihun kuah laksa mula la depa berkerut dahi cuba membayangkan kombinasi rasa bihun goreng yang di kahwinkan dengan kuah laksa dalam satu mangkuk katanya. Sebenarnya menu ni dari aku kecik lagi dah wujud tapi tak tahu sapa pencetusnya. Tapi cuma tak ramai orang buat sebagai jualan. Pendek kata belum di komersialkan sehingga kini.  Kat kedah pun menu ni tak banyak boleh jumpa orang jual. Ni macam menu2 rare jugak la. Tapi takpe kalau tak ada orang jual pun bukan susah nak sediakan malah menu bihun goreng yang sebelum ni cuma menu ringan kalau di gabungkan dengan kuah laksa boleh jadi menu istimewa jugak dalam jamuan makan makan. Sebabnya bukan sem...

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU

Image
APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU . Tadi masa hantar anak aku ke bawah untuk di hantar ke sekolah oleh bapak dia ternampak banyak dah bendera2 yang biasanya di pacak bila tiba bulan hantu mengikut kepercayaan orang cina. Meriah pulak rasa macam nak piliharaya katanya. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Menurut kepercayaan orang cina perayaan bulan hantu jatuh pada bulan ke 7 pada malam ke 14 tapi entah kenapa aku baru perasan hari ni bendera2 untuk perayaan hantu tu di pasang bila masuk bulan ogos ni. Tak silap aku memang selalunya aku nampak masuk je bulan ogos orang2 cina mula melalukan ritual untuk bulan hantu.. ke aku salah tengok kalender tak tau la. Kalau ikut info yang aku baca bulan hantu di sambut dalam pertengahan bulan ke 7 mengikut kalender cina kot. hahaha.. Tapi ikut kalender mat saleh jatuh pada bulan ke 8 ke camna tak tau la kan. Kena interview orang cina sendiri la untuk info yang lebih tepat. Pada bulan hantu.. Orang cina percaya semua hantu ha...

KISAH RUMAH SEWA BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM PART II

Image
KISAH RUMAH SEWA BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM PART II . Seperti yang di janjikan dari entri kisah seram yang lepas pasal rumah berpuaka di seksyen 17 shah alam tu.. Malam ni aku sambung la kisah tu. Maka malam ni pakat2 duduk dalam selimut siap2 sambil baca entri cerita seram pasal rumah sewa berpuaka kat seksyen 17 tu. Kisah dia memang lebih menyeramkan dari episod pertama. Ni kira final kisah ni.. Bagaimana dia menggangu budak2 student IPT yang menyewa kat situ & kenapa rumah tu jadi berpuaka. Gambar sekadar hiasan Kalau episod pertama haritu kisah Ustaz Zul kena sakat.. kisah kedua pasal ustaz suhaimi salah seorang penyewa kat situ di sakat tapi kisah ustaz suhaimi di sakat tak extreme sangat. Cuma masa dia nak naik tangga ke tingkat atas... dalam samar samar dia ternampak satu lembaga yang macam manusia berambut panjang sedang mencangkung atas tangga memandang kearah dia. Sempat jugak mereka bertentang mata dalam 2 - 5 saat macam tu sebelum lembaga tu hilang. Kira ta...

FAKTA SEBENAR TENTANG SMARTPHONE HUAWEI YANG PERLU ANDA TAHU

Image
FAKTA SEBENAR TENTANG SMARTPHONE HUAWEI YANG PERLU ANDA TAHU . Sejak terjebak dalam aktiviti photography tak profesional ( sekadar ambil gambar menu masakan aku je.hihihi ) ni aku mula minat dengan gadget2 yang ada camera. Lebih2 lagi fungsi camera yang boleh menyerlahkan gambar yang di ambil macam guna DSLR. Almaklum la.. DSLR ni besar.. Rimas la nak mengusung jadi kalau ada camera kat smartphone yang ala2 DSLR memang aku sangat - sangat teruja. Nasib baik la kemampuan diri ni terbatas & aku masih sedar diri aku ni bukan anak Perdana menteri jauh sekali bini perdana menteri. Smartphone huawei P9 bagaikan membawa DSLR dalam smartphone katanya.hehehe Sekarang ni rancak Huawei mempromosikan smartphone terbaru mereka Huawei P9 yang duta produk dia Siti Saleha. Apa yang best Huawei P9 ni ada leica kamera. Ada dua camera kat belakang beb. Bukan je boleh buat kesan bokeh yang gambar background nampak blur tu.. Malah boleh buat banyak lagi kesan2 menarik pada gambar macam light tra...

INI YANG BERLAKU SELEPAS PROTON DI KRITIK OLEH PENGGUNA SEBAGAI KERETA TIN ALUMINIUM

Image
INI YANG BERLAKU SELEPAS PROTON DI KRITIK OLEH PENGGUNA SEBAGAI KERETA TIN ALUMINIUM . Last aku sebagai wanita bekerjaya aku bekerja kat sebuah branch proton dealer. Memang tak di nafikan banyak komplen pasal kereta proton ni. Aku selalu di kambing hitamkan untuk menjawab call customer bila semua menolak untuk jawab sebab customer asyik dok push. Yelah.. customer kalau beli dengan kita walau kesalahan tu bukan di sebabkan kita tetap depa nak kita yang solve walau kita cuma jual jer. erkk.. aku bukan sales advisor proton ok! aku tak pandai jual aku kerja bahagian admin je hahahha ... Macam2 jenis complaint la boleh dengar. Yang berhemah dia akan cakap penuh protokol & adat istiadat katanya.. Yang kurang sabar dia sembur kita macam machine gun la. Normally aku cuma jawab.. ok cik/puan/encik.. ye ye saya tahu. Nanti saya bagitahu pihak yang sepatutnya... Tu la tugas aku bila di kambing hitamkan katanya. Hahaha Gambar proton Iriz yang remuk. Sekadar hiasan. Sumber Google Sebelum...

INI SEBAB BAHAYA BERKONGSI GAMBAR SELFIE DI MEDIA SOSIAL

Image
INI SEBAB BAHAYA BERKONGSI GAMBAR SELFIE DI MEDIA SOSIAL . Teknologi semakin canggih maka sihir pun ikut peredaran zaman jugak. Kalau dulu nak sihirkan orang.. depa guna pakaian, rambut,kukur atau apa2 berkaitan dengan orang yang nak di sihir termasuk gambar sekarang ni dah makin senang sebab mudah je nak dapat gambar sesapa sahaja yang nak di sihir melalui media sosial. Terutama perempuan la makhluk paling ghairah berkongsi gambar kat media sosial katanya. Asal dia nampak cantik, muda, jelita, remaja bagai gambar dia.. Tak sabar nak share nak dapat like & pujian bertalu talu walau caption dia 'aku hanya wanita biasa' padahal dia harap pujian luar biasa tu. hehehehe Hak masing masing la kan.. Zaman media sosial ni bukan boleh tegur lebih2 satgi keluar statement 'dengki' & tak boleh tengok orang bahagia katanya. Jadi masing2 mula ambil sikap lantak kau la.. Yang terdedah dengan bahaya kau, bukan aku. Yang nak hadap sengsara kalau jadi apa2 pun kau. Berani bu...