Posts

TERKINI! ROKOK DI LENGKAPI DENGAN SETEM CUKAI IMBAS CODE GUNA APLIKASI MOBILE

Image
TERKINI! ROKOK DI LENGKAPI DENGAN SETEM CUKAI IMBAS CODE GUNA APLIKASI MOBILE . Macam macam kerajaan buat untuk menghalang aktiviti penyeludupan rokok & aktiviti menjual rokok seludup kat Malaysia ni. Rokok seludup tak semestinya jenama2 yang biasa kita dengar.. kadang2 ada yang menyeludup rokok2 jenama terkenal untuk elak cukai. Nak kaut untung lebih gamaknya. Sebab tu kerajaan sangat alert pasal rokok ni. Mungkin salah satu pendapatan terbesar negara kot. Isu rokok ni nampaknya lebih besar dari isu GST & kenaikkan harga barang. Terbaru kerajaan telah membuat perubahan kepada kotak rokok yang masuk secara bercukai dengan meletakkan dakwat keselamatan bawah kotak rokok. Banyak betul ciri2 keselamatan guna dakwat kat Malaysia ni kan. Dulu kita pakai dakwat masa nak cop ibu cari kalau buka buka account bank & sebagainya.. sekarang dakwat di gunakan untuk menanda pengundi supaya tak mengundi dua kali katanya. Dah habis kes mengundi.. kotak rokok pun kena dakwat jugak hehe...

WANITA MALAYSIA RASA HEBAT BILA PAKAI 15 BENDA NI

Image
WANITA MALAYSIA RASA HEBAT BILA PAKAI 15 BENDA NI . Kita apa yang kita pakai. Sebab apa yang kita pakai tu menentukan samada kita nampak cantik, bergaya, hebat, berkeyakinan diri atau tidak. Teringat dulu aku tengok rancangan realiti nyanyi Malaysian Idol yang jacklyn Victor jadi juara. Masa final tu pesaing dia adalah Dina yang sekarang nampaknya kurang menyanyi setelah menjebakkan diri jadi DJ radio. Dina ni kita sedia maklum badan dia sedikit gempal, berkulit gelap. Mungkin sebab tu dia jenis tak confident nak pakai dress pendek, skirt bagai.. dia nampak selesa pakai seluar atau baju yang labuh. Malam final tak silap dia kena pakai skrit pendek atas sikit dari lutut & memang nampak persembahan dia malam tu macam tak selesa dengan apa dia pakai. Dia nampak janggal & malu sangat.. Kat situ agak merosakkan confident dia masa menyanyi. Memang dia sendiri pun mengaku dia tak selesa dengan pakaian macam tu. Sebab tu penting untuk kita pakai apa yang kita rasa selesa bukan apa...

PASTIKAN ANDA IKUT 5 TIP NI SEBELUM MEMBELI RUMAH SUPAYA TIDAK MENYESAL

Image
PASTIKAN ANDA IKUT 5 TIP NI SEBELUM MEMBELI RUMAH SUPAYA TIDAK MENYESAL . Terlebih dahulu nak minta maaf.. Saya bukan nak gantikan abang ensem blogger yang menulis tentang hartanah. Masih belum berniat nak tukar nama jadi kakak ensem. Lagipun belum layak cuma saya nak berkongsi sesuatu yang saya baca dengan orang lain. Almaklum la saya ni kan memang jenis tak boleh simpan sorang sorang. Apa yang best semua saya nak share. Ok hari ni saya acah2 jadi kakak ensem sekejab yer.. Membeli hartanah ni macam membeli unit rumah atau pejabat la. Tak kisah korang nak membeli yang mana satu tapi tips dia lebih kurang sama jer. Almaklum kita nak beli aset yang mahal lagi berharga ni. Aset2 macam rumah ni bukan jenis aset susut harga. Aset yang setiap tahun harga dia melambung tinggi ke awan biru. Tak macam kereta.. Tahun ni kau pakai.. tahun depan kereta kau pakai tu dah tak dapat harga kau beli jauh sekali kau boleh up harga lebih tinggi.  Jadi bila nak membeli aset macam rumah ni.....

BEDAZZLE DIAMOND SERUM SUSUK BERLIAN MENUKAR MAKCIK JADI REMAJA

Image
BEDAZZLE DIAMOND SERUM SUSUK BERLIAN MENUKAR MAKCIK JADI REMAJA . Bila dah masuk zon remaja lanjut usia ni kan.. masing2 sibuk la dok cari produk nak mengekalkan keremajaan kulit. Biarlah umur meningkat angka bersama waktu tapi yang penting kecantikkan, keanjalan, kemudaan wajah tu paling mesti kekal sweet seventeen. Biar bila jalan2 orang sibuk minta ic ingat budak tak cukup umur jalan sorang2 tanpa pengawasan ibu bapa katanya. Tu dia.. melampau sungguh kau nak nampak muda sampai nak nampak macam budak belum akil baligh pulak. hahaha Siapalah tak nak cantik,muda & remaja walau umur dah di pinggir kubur kan? Sapa tak bangga orang asyik tak percaya je bila kita cakap umur kita dah masuk senja nan merah. Tapi nak kekal awet muda ni kena la jaga makan, jaga kulit & jaga segalanya. Kena la rajin pakai produk2 kecantikkan yang ada untuk memastikan kulit anda sentiasa bersih,sihat & cantik. Baru la kekal remaja hingga ke liang lahat gitu. hehehe Bagi yang nak maintain muda...

UNTUK MEREKA YANG CONFIDENT SENYUM SAMPAI NAMPAK GIGI

Image
UNTUK MEREKA YANG CONFIDENT SENYUM SAMPAI NAMPAK GIGI . Aku memang tak confident & segan nak senyum nampak gigi ni sebabnya aku adalah golongan OKU yang cacat pada gigi katanya. Hahahaha... Masa aku umur 8 tahun.. satu peristiwa hitam telah berlaku dalam hidup aku & mengubah sedikit kemanisan pada senyuman ku ni... Alkisahnya.. pada suatu hari di rumah. Dalam keadaan happy tak tau nak habaq.. aku bermain main dengan adik aku. Aku berlari adik aku kejar.. aku masuk bilik aku tutup pintu & aku halang dengan badan aku. Bila aku penat dok halang pintu yang adik aku dok tolak dari luar aku pun cakap dah penat tak nak main. Jadi aku lepaskan badan dari halang pintu tapi tanpa sengaja adik aku tertolak pintu maka berlaku satu kemalangan separa ngeri dalam hidup aku. Pintu tu melanggar tepat pada gigi kapak aku yang kat depan. Maka sumbingla sikit. Tapi tak patah semua. Kalau patah semua senang je aku pakai gigi palsu. Ni dia patah sikit jer kat hujung. Pernah jugak la buat ap...

20 PENIPUAN YANG BIASA IBU BAPA SELALU CAKAP PADA ANAK

Image
20 PENIPUAN YANG BIASA IBU BAPA SELALU CAKAP PADA ANAK . Zaman kita kecik kecik dulu senang mak bapak nak control bila kita buat perangai. Sebab budak2 dulu mudah percaya dengan  momokkan atau ugutan. Kalau tak makan saman dengan ugutan atau momokkan kau makan rotan atau cubit pulak la lepas tu. Jadi kau di beri cuma 2 pilihan yang menakutkan samada percaya dengan ugutan atau momokkan seram mak bapak kau atau kau kena hadap kesakitan pada fizikal kau bila sesi memujuk dah habis. Tapi Budak2 sekarang memang banyak tak makan saman.. kau momokkan dia dengan kisah seram dia persoalan dengan berpuluh2 soalan untuk minta kepastian yang kau sendiri tak ada idea nak jawab. Bila kau ugut dia.. lagi dia mencabar. Bila kau guna hukuman fizikal macam merotan atau denda dia memberontak bagai nak rak. Berbanding budak budak zaman dulu. Orang kata lebih senang nak control. Sebab tu dalam kita membesar kita sangat biasa dengan ugutan & momokkan benda benda macam ni. Kesian kan.. kadan...

GAMBAR CLOSE UP YUSOF ISKANDAR ANAK HANIS ZALIKHA & HAIRUL AZREEN

Image
GAMBAR CLOSE UP YUSOF ISKANDAR ANAK HANIS ZALIKHA & HAIRUL AZREEN . Kat blog aku ni selalu sangat sangkut keywords gambar anak hanis zalikha & hairul azreen ni. Rajin sangat orang dok follow up wajah wajah kesayangan hanis & hairul, Yusof Iskandar. Sekarang dah berusia 2 bulan. Dah habis pantang pun si comel ni. Makin besar semakin menyerlah kecomelan katanya. Almaklum la mak bapak dia pun baka cantik & segak kan.. mana tumpahnya yang cantik2 tu kalau bukan pada anak dia, ye dak. Di sebabkan orang suka sangat cari gambar si comel Yusof Iskandar ni kat blog aku &  kebetulan kat IG tadi nampak bapak budak ni upload gambar terkini si Yusof yang comel maka dengan murah hati aku share la dengan semua pembaca setia blog lekatlekit. Yang mana rasa nak book buat menantu boleh la berbaik baik dengan mak bapak dia dari sekarang hahahaha tu dia gambar close up Yusof Iskandar Comel kan si Yusof ni. Kecik2 lagi dah nampak ensem kalau besar nanti ni tak tau  ...