Posts

SALESGIRL GUARDIAN SELAYANG MALL TOLONG JAGA PERANGAI

Image
SALESGIRL GUARDIAN SELAYANG MALL TOLONG JAGA PERANGAI . Kita ni kalau salesgirl @ jurujual kat sesuatu tempat asyik ikut bontot pun kita tak selesa tapi kalau sampai buat tak tahu pun kita rasa sakit hati jugak. Nak2 lagi yang jenis suka sembang kuat kuat seolah2 nak bagitau semua orang kat situ tentang kewujudan dia. Kejadian ni berlaku kat aku semalam di guardian dalam selayang Mall. Antara Guardian yang biasa aku pergi la. Aku kan pembeli setia kat guardian. Alkisahnya semalam dok cari cleanser sebab yelah.. yang ada tu tinggal hujung2 hayat je. Alang2 keluar cari la. Aku ni memang suka tukar2 produk katanya. Tapi sekarang ni walau aku suka cuba macam2 produk aku memang pilih yang betul2 selamat. Rasa nak try produk Eucerin sebab produk ni antara produk yang lulus ujian clinical katanya. Dok membelek belek la mild cleasing milk ni. Sebenarnya aku confuse sikit bab - bab ni. Sebab aku tak pernah guna cleansing milk ni. Punya belek lama la jugak sebab takut salah beli ke hapa...

CARA PALING MUDAH NAK BUAT PIZZA MEGI INDOMIE

Image
CARA PALING MUDAH NAK BUAT PIZZA MEGI INDOMIE . Sapa kat sini hari minggu masih melukut dalam rumah tak pergi mana2. Aku sebab dua tiga minggu ni suami bekerja di hari minggu maka bersosial la aku kat media sosial sampai muka pun dah sama bentuk dengan skrin pc katanya hahaha. Selain layan anak.. layan jugak la resepi2 yang maybe nak di jadikan idea memasak katanya. Almaklum la surirumah.. sinonim la dengan kerja masak memasak. Pizza Indomie Selama aku dok dengar orang buat murtabak megi jer.. Tapi ni kali pertama dengar orang buat pizza megi. Megi indomie pulak tu. Sedia maklum megi indomie ni dari seberang so resepi ni pun di reka oleh teman kita di seberang sana. Tapi not bad... nampak sedap pulak. Bahan bahan nak masak dia pun simple sangat. Cuma guna megi indomie,telur,sos pasta,keju,sosej,daging cincang & minyak masak je. Simple kan bahan nak buat dia. Kalau bahan dah simple sangat nak buat pun double simple jugak la. Korang boleh tengok resepi & video cara nak m...

PELAWAK PIE MENINGGAL DUNIA

Image
PELAWAK PIE MENINGGAL DUNIA . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Sebelum ni kita hanya mendapat khabar fitnah tentang kematian seorang insan seni berbakat besar, Namun di Malam Jumaat penuh berkat ni Seorang yang kita kenali sebagai Pak Pie.. pelawak terkenal negara pergi mengadap ilahi. Berita ni saya dapat melalui post Aznil hj nawawi yang di repost penyampai radio Haiza. Allahuakhbar.. hanya mereka yang terpilih dapat pergi mengadap ilahi di hari Jumaat yang mulia. Semoga Allahyarham Pak Pie di ampuni segala dosanya & di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Arwah moga sabar menerima kehilangan insan tersayang.

GANGUAN SERAM RUMAH TINGKAT 4 KUATERS JKR SEKSYEN 24 SHAH ALAM

Image
GANGUAN SERAM RUMAH TINGKAT 4 KUATERS JKR SEKSYEN 24 SHAH ALAM . Aku kalau stress je mesti nak baca cerita seram. Entah kenapa bila di selubungi misteri ni hilang pulak stress. Sebab stress punya pasal terbaca satu kisah yang berlaku kat kuarters JKR seksyen 24 shah alam. Peristiwa seram ni di alami oleh sebuah keluarga. Tapi yang share kisah ni adalah pihak bini dia. Sebab bini dia selalu je kena gangguan kat rumah tu. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Macam biasa rumah yang ada gangguan jin ni memang akan ada gangguan bunyi orang seret barang atas lantai la, bunyi guli jatuh la, bunyi orang keletung keletang macam memasak kat dapur tengah malam, bunyi orang seret tong gas tapi keluarga ni extreme sikit sampai bunyi orang tumbuk sambal belacan pun ada. Macam aku dulu jugak la.. Dok anggap orang tingkat atas yang buat semua bunyi tu tapi ending bila jiran tingkat atas dah pindah bunyi tu tak ikut pindah sekali. Still ada walaupun rumah kosong... maka pepaham je la. S...

6 PERASAAN PALING TRAJIDIS BILA CUTI DI KAMPUNG DAH HABIS

Image
6 PERASAAN PALING TRAJIDIS BILA CUTI DI KAMPUNG DAH HABIS . Aku surirumah orang kata takde istilah kau bercuti bagai. Hari2 kat rumah tu bercuti lah.. Yelah.. surirumah memang hari2 bercuti. Ada yang kena ketuk ibu jari dengan sudip katanya. Surirumah pun tak ada istilah cuti kalau kat rumah. Bercuti bagi surirumah kalau sesekali dapat pergi holiday.. ada la sikit certain2 perkara dia dapat bercuti. Mungkin cuti masak, cuti cuci baju, cuti kemas rumah bagai. Tu baru surirumah bercuti yer... Tak kisah la surirumah ke atau bekerjaya tapi perasaan kita sama je kalau dapat bercuti. Nak2 lagi dapat bercuti & balik kampung. Ya Allah.. bagi anak rantauan ni tak tergambar macam mana perasaan tu. Bayangkan kau terpaksa hadap 10 jam perjalanan pun kau masih boleh berhati girang sebab nak balik kampung punya pasal. Ok aku cakap pasal aku orang lain tak tau la mungkin stress hadap perjalanan yang lama. Dah sampai kampung tu rasa heaven giler.. Seronok sampai ayam2 pun kau tanya khabar. ...

TERKINI! ROKOK DI LENGKAPI DENGAN SETEM CUKAI IMBAS CODE GUNA APLIKASI MOBILE

Image
TERKINI! ROKOK DI LENGKAPI DENGAN SETEM CUKAI IMBAS CODE GUNA APLIKASI MOBILE . Macam macam kerajaan buat untuk menghalang aktiviti penyeludupan rokok & aktiviti menjual rokok seludup kat Malaysia ni. Rokok seludup tak semestinya jenama2 yang biasa kita dengar.. kadang2 ada yang menyeludup rokok2 jenama terkenal untuk elak cukai. Nak kaut untung lebih gamaknya. Sebab tu kerajaan sangat alert pasal rokok ni. Mungkin salah satu pendapatan terbesar negara kot. Isu rokok ni nampaknya lebih besar dari isu GST & kenaikkan harga barang. Terbaru kerajaan telah membuat perubahan kepada kotak rokok yang masuk secara bercukai dengan meletakkan dakwat keselamatan bawah kotak rokok. Banyak betul ciri2 keselamatan guna dakwat kat Malaysia ni kan. Dulu kita pakai dakwat masa nak cop ibu cari kalau buka buka account bank & sebagainya.. sekarang dakwat di gunakan untuk menanda pengundi supaya tak mengundi dua kali katanya. Dah habis kes mengundi.. kotak rokok pun kena dakwat jugak hehe...

WANITA MALAYSIA RASA HEBAT BILA PAKAI 15 BENDA NI

Image
WANITA MALAYSIA RASA HEBAT BILA PAKAI 15 BENDA NI . Kita apa yang kita pakai. Sebab apa yang kita pakai tu menentukan samada kita nampak cantik, bergaya, hebat, berkeyakinan diri atau tidak. Teringat dulu aku tengok rancangan realiti nyanyi Malaysian Idol yang jacklyn Victor jadi juara. Masa final tu pesaing dia adalah Dina yang sekarang nampaknya kurang menyanyi setelah menjebakkan diri jadi DJ radio. Dina ni kita sedia maklum badan dia sedikit gempal, berkulit gelap. Mungkin sebab tu dia jenis tak confident nak pakai dress pendek, skirt bagai.. dia nampak selesa pakai seluar atau baju yang labuh. Malam final tak silap dia kena pakai skrit pendek atas sikit dari lutut & memang nampak persembahan dia malam tu macam tak selesa dengan apa dia pakai. Dia nampak janggal & malu sangat.. Kat situ agak merosakkan confident dia masa menyanyi. Memang dia sendiri pun mengaku dia tak selesa dengan pakaian macam tu. Sebab tu penting untuk kita pakai apa yang kita rasa selesa bukan apa...