Posts

WAJIB TAHU! ANAK HYPERACTIVE BUKAN AKTIF BIASA TAPI LUAR BIASA

Image
WAJIB TAHU! ANAK HYPERACTIVE BUKAN AKTIF BIASA TAPI LUAR BIASA . Selalu sangat aku dengar atau baca bila seorang kanak kanak atau anak seseorang yang lasak sikit mak bapak dia mesti cakap.. "budak ni memang hyperactive sikit.".. "anak aku memang hyperactive." bla..bla.. bla.. Dulu aku sendiri pun tak tahu tak faham & tak pernah peduli pun pasal semua tu sebabnya masa tu mungkin aku rasa tak ada kepentingan untuk aku ambil tahu. Aku pun anggap hyperactive tu bukan satu masalah perkembangan ke hapa.. Aku anggap cuma budak2 yang aktif je. Tapi semenjak lala berumur 2 tahun.. Doktor detect dia ada masalah dalam perkembangan bila dia tak ada perkataan bermakna di sebut dalam usia tu secara tak sengaja aku mula mengambil tahu tentang masalah2 yang ada dalam perkembangan kanak kanak. Walaupun lala tak ada hyperactive tapi disebabkan shahila aku memahami banyak perkara tentang kanak kanak hyperactive. Sebab aku rajin jugak dok mencari info tentang masalah perkemban...

JENIS JENIS SAKA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH DENGAR

Image
JENIS JENIS SAKA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH DENGAR . Sesekali kita ubah sikit segmen seram serik lekatlekit yang normally berkongsi cerita seram kepada info seram. Benda2 yang berkaitan alam ghaib yang berdampingan dengan manusia ni tak salah kita ambil tahu. Mungkin berguna pada kita di kemudian hari. Bukan untuk rujukan untuk sesiapa yang nak bela saka, ok! Filem Waris Jari Hantu salah satu contoh cerita tentang saka. Dalam filem ni mengetengahkan saka harimau Saka yang kita sedia maklum sejenis jin belaan manusia. Kiranya jadi khadam pada manusia la lepas perjanjian di persetujui. Tapi setakat ni syarat jin nak jadi khadam/saka kepada manusia dia jarang la nak minta banglo sebiji ke hapa.. Normally benda dia nak makan & pewaris bila owner dia dah di pinggir kubur supaya nasib dia terus terbela katanya. Ataupun berpunca dari amalan ilmu-ilmu tertentu seperti ilmu kebal, ilmu perdukunan, persilatan, pengasih, pelaris, penyeri, susuk, dan lain-lain amalan yang menyalahi sy...

VIRAL! KECOH PASAL ROKOK CAP BABI

Image
VIRAL! KECOH PASAL ROKOK CAP BABI . Sejak kempen membenteras rokok seludup ni nampaknya banyak pembongkaran di buat secara besar besaran untuk menyedarkan perokok betapa bahaya, kotor & boleh menyebabkan ezema. Cara dorang berkempen tu memang nak bagitahu betapa bahaya rokok seludup berbanding rokok yang masuk cara bercukai & melalui laluan yang betul bukan laluan tikus. Aku baca pun terkesima seketika katanya. Mentang2 la rokok antara penyumbang terbesar income negara.. Sampai isu2 lain yang lebih serius pun aku nampak macam tak di pedulikan. Contoh isu kes culik yang berleluasa sekarang. Aku rasa kempen rokok seludup ni lebih besar besaran dari berkempen membenteras jenayah culik sekarang. Sebelum ni macam macam momokkan seram & jijik di buat untuk memberi kesedaran tentang rokok seludup.. tetiba dua tiga hari ni blog OhBulan kecoh pasal rokok cap babi katanya. Hahaha... nak gelak jugak aku baca pasal rokok cap babi. Mesti perokok cuak kan.. Ada ke rokok cap babi ni....

SALESGIRL GUARDIAN SELAYANG MALL TOLONG JAGA PERANGAI

Image
SALESGIRL GUARDIAN SELAYANG MALL TOLONG JAGA PERANGAI . Kita ni kalau salesgirl @ jurujual kat sesuatu tempat asyik ikut bontot pun kita tak selesa tapi kalau sampai buat tak tahu pun kita rasa sakit hati jugak. Nak2 lagi yang jenis suka sembang kuat kuat seolah2 nak bagitau semua orang kat situ tentang kewujudan dia. Kejadian ni berlaku kat aku semalam di guardian dalam selayang Mall. Antara Guardian yang biasa aku pergi la. Aku kan pembeli setia kat guardian. Alkisahnya semalam dok cari cleanser sebab yelah.. yang ada tu tinggal hujung2 hayat je. Alang2 keluar cari la. Aku ni memang suka tukar2 produk katanya. Tapi sekarang ni walau aku suka cuba macam2 produk aku memang pilih yang betul2 selamat. Rasa nak try produk Eucerin sebab produk ni antara produk yang lulus ujian clinical katanya. Dok membelek belek la mild cleasing milk ni. Sebenarnya aku confuse sikit bab - bab ni. Sebab aku tak pernah guna cleansing milk ni. Punya belek lama la jugak sebab takut salah beli ke hapa...

CARA PALING MUDAH NAK BUAT PIZZA MEGI INDOMIE

Image
CARA PALING MUDAH NAK BUAT PIZZA MEGI INDOMIE . Sapa kat sini hari minggu masih melukut dalam rumah tak pergi mana2. Aku sebab dua tiga minggu ni suami bekerja di hari minggu maka bersosial la aku kat media sosial sampai muka pun dah sama bentuk dengan skrin pc katanya hahaha. Selain layan anak.. layan jugak la resepi2 yang maybe nak di jadikan idea memasak katanya. Almaklum la surirumah.. sinonim la dengan kerja masak memasak. Pizza Indomie Selama aku dok dengar orang buat murtabak megi jer.. Tapi ni kali pertama dengar orang buat pizza megi. Megi indomie pulak tu. Sedia maklum megi indomie ni dari seberang so resepi ni pun di reka oleh teman kita di seberang sana. Tapi not bad... nampak sedap pulak. Bahan bahan nak masak dia pun simple sangat. Cuma guna megi indomie,telur,sos pasta,keju,sosej,daging cincang & minyak masak je. Simple kan bahan nak buat dia. Kalau bahan dah simple sangat nak buat pun double simple jugak la. Korang boleh tengok resepi & video cara nak m...

PELAWAK PIE MENINGGAL DUNIA

Image
PELAWAK PIE MENINGGAL DUNIA . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Sebelum ni kita hanya mendapat khabar fitnah tentang kematian seorang insan seni berbakat besar, Namun di Malam Jumaat penuh berkat ni Seorang yang kita kenali sebagai Pak Pie.. pelawak terkenal negara pergi mengadap ilahi. Berita ni saya dapat melalui post Aznil hj nawawi yang di repost penyampai radio Haiza. Allahuakhbar.. hanya mereka yang terpilih dapat pergi mengadap ilahi di hari Jumaat yang mulia. Semoga Allahyarham Pak Pie di ampuni segala dosanya & di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Arwah moga sabar menerima kehilangan insan tersayang.

GANGUAN SERAM RUMAH TINGKAT 4 KUATERS JKR SEKSYEN 24 SHAH ALAM

Image
GANGUAN SERAM RUMAH TINGKAT 4 KUATERS JKR SEKSYEN 24 SHAH ALAM . Aku kalau stress je mesti nak baca cerita seram. Entah kenapa bila di selubungi misteri ni hilang pulak stress. Sebab stress punya pasal terbaca satu kisah yang berlaku kat kuarters JKR seksyen 24 shah alam. Peristiwa seram ni di alami oleh sebuah keluarga. Tapi yang share kisah ni adalah pihak bini dia. Sebab bini dia selalu je kena gangguan kat rumah tu. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Macam biasa rumah yang ada gangguan jin ni memang akan ada gangguan bunyi orang seret barang atas lantai la, bunyi guli jatuh la, bunyi orang keletung keletang macam memasak kat dapur tengah malam, bunyi orang seret tong gas tapi keluarga ni extreme sikit sampai bunyi orang tumbuk sambal belacan pun ada. Macam aku dulu jugak la.. Dok anggap orang tingkat atas yang buat semua bunyi tu tapi ending bila jiran tingkat atas dah pindah bunyi tu tak ikut pindah sekali. Still ada walaupun rumah kosong... maka pepaham je la. S...