Posts

DRAMA LARA TERINDAH SEPATUTNYA DIBERI TAJUK SEBAGAI KEKASIH KU MANGSA ROGOL

Image
DRAMA LARA TERINDAH SEPATUTNYA DIBERI TAJUK SEBAGAI KEKASIH KU MANGSA ROGOL . Tak nak la hipokrit cakap aku tak layan langsung drama melayu pukul 7 kat tv3 ni. Aku tengok jugak sikit2 walau banyak skip. Pukul 7.30 jer dah masuk maghrib selalunya anak aku layan upin ipin kat tv9. Kadang2 je la bersiaran rancangan tu sampai pukul 8 kadang2 tak pun. Cara aku menonton pun sama.. Time2 maghrib memang banyak skip la.. Almaklum la maghrib kan waktu yang singkat. Nak kata aku tahu sangat hujung pangkal selama episod dia bersiaran kat TV3 sekarang.. sebenarnya tak tahu sangat la. Tup2 tertengok part dia tengah sarat mengandung.. Lepas tu paham la jugak dia mengandung sebab kena rogol. Kawan sendiri aniaya katanya. Jadi kalau ikut trend tajuk2 drama pukul 7 kat TV3.. Drama tu sesuai di beri tajuk Kekasih Ku Mangsa Rogol. Baru hipster sikit katanya. hahahaha. Almaklum la trend tajuk drama pukul 7 kat tv3 memang tajuk2 direct to the point. Takde kias kias dah. Orang kata tajuk drama sekarang ...

BARANG YANG DI TERIMA TAK SAMA SEPERTI GAMBAR DI WEBSITE, EZBUY HANYA BAYAR PAMPASAN RM1.96

Image
TERIMA BARANG TAK SAMA SEPERTI GAMBAR DI WEBSITE,HANYA DI BAYAR RM1.96 SEBAGAI PAMPASAN DARI EZBUY . Baru2 ni aku ada terima barang yang aku shopping kat website ezbuy. macam biasa la shipping dari china. Jauh tu.. Kira kali kedua la aku membeli belah di ezbuy ni. Sebab delivery dia memang terbaik bagi aku. Pengalaman pertama bershopping kat ezbuy memang tak ada apa2 masalah bila barang sampai. Memang puas hati. Untuk kali kedua ni.. Ada sedikit masalah berlaku bila aku rasa barang yang aku terima tak sama macam gambar yang terpapar kat website ezbuy. Barang tu sepasang seluar Jogger pants jenis design macam jeans tu. Almaklum la sekarang trend korea katanya. Aku memang minat fesyen2 korea walau tak minat drama2 korea. So aku beli la sepasang kat laki aku.. Sebab haritu aku tengok dia beli sepasang jogger pants yang jenis cotton. nampak dia macam suka je fesyen macam tu... Sebab kat ezbuy ni murah boleh la beli sepasang dua untuk suami. Nanti aku paw balik kosmetik kat dia hahaha ...

GAMBAR TERKINI ZAMANI SLAM YANG SEMAKIN KURUS SEMULA

Image
GAMBAR TERKINI ZAMANI SLAM YANG SEMAKIN KURUS SEMULA . Zamani Slam.. artis yang boleh kategori evergreen jugak la sebab masih diminati hingga kini walau pernah satu ketika mengemparkan industri hiburan bila dia di tangkap kerana dadah namun kontroversi itu tidak membunuh kerjaya seni dia. Malah ramai peminat & rakan2 terus memberi sokongan untuk Zamani berubah & menjauhi dadah. Selepas menerima rawatan pemulihan dadah di rumah pengasih Zamani yang sebelum tu memang kurus kering.. nampak lebih sihat & berisi. Dia pun mengaku berat badan dia naik sepanjang menjalani rawatan pemulihan kat situ. Nampak pun lebih hensem katanya berbanding sebelum tu memang nampak sangat something wrong somewhere bila badan dia macam tinggal tulang & kulit je. Cengkuk boleh nampak tulang. Aku suka jugak ikuti perkembangan zamani melalui fanpage dia.. Ada jugak rakan kat facebook seorang wartawan hiburan yang rajin upload gambar2 dengan zamani. Dari situ aku perasan zamani nampak semaki...

8 PERKARA MISTIK & SERAM YANG PERNAH VIRAL BERLAKU DI MALAYSIA

Image
8 PERKARA MISTIK & SERAM YANG PERNAH VIRAL BERLAKU DI MALAYSIA . Orang Malaysia ni memang terkenal dengan cerita2 mistik. Kalau dulu kita dengar cerita2 ni cuma dari mulut ke mulut.. Paling tidak pun baca kat majalah mastika. Sekarang sapa nak layan sangat baca mastika. Surat khabar pun orang malas nak baca.. Semua baca kat skrin jer. Dah ada kemudahan.. Tak perlu nak keluar budget beli majalah bagai kan. Cuma zaman sekarang dari cerita mulut menjadi cerita di skrin. Nak2 lagi zaman sekarang camera semua atas tapak tangan.. Bukan sekadar cerita siap ada bukti bergambar walaupun ada di antaranya kesahihan & kebenarannya di ragui. Almaklum la zaman sekarang banyak pakar IT yang tak perlu pergi universiti pun pandai buat editing gambar sampai nampak real. Blog aku ni salah satu penyumbang kisah2 seram & mistik walaupun kebanyakkan cerita seram dari hasil pembacaan aku kat forum2 online atau blog2. Aku karangkan balik je dengan gaya bahasa aku sendiri. Ada jugak dari penga...

BERUS GIGI SYSTEMA PENYEBAB GUSI BENGKAK

Image
BERUS GIGI SYSTEMA PENYEBAB GUSI BENGKAK .  Tu dia ni satu lagi entri pendedahan berani mati kat blog lekatlekit.com katanya. Kau berani2 yer sebut jenama besar tu. Tak takut kena saman ke? Erkk.. perlu ke nak rasa takut? Kalau kita rasa kita tak salah tak perlu pun rasa takut. Kita cakap benda yang betul.. Jadi terpulang la pada mereka untuk ambil sebagai pengajaran atau nak ambil sebagai kritikan membunuh. Berus gigi systema lion. Kole tu mahal ok! hahaha Alkisah 2 minggu jugak aku derita gusi bengkak. Semuanya bermula bila aku tukar berus gigi dari Colgate Charcoal kepada berus gigi systema lion ni. Sebab aku dah mula rasa sakit gigi kat bahagian gigi geraham kanan yang aku dapat rasa dah mula goyang sikit. Berus gigi Colgate Charcoal ni berus dia halus & lembut. Aku rasa macam dia tak mencuci bersih celah2 gigi menyebabkan ada sisa makanan yang masih melekat. Jadi aku try la systema lion. Betul.. Systema lion ni dia mencuci bersih celah2 gigi sebab berus dia halus ...

PENGALAMAN SENDIRI MELALUI JALAN BUKIT LENGKOK YANG TERKENAL DENGAN KISAH SERAMNYA

Image
PENGALAMAN SENDIRI MELALUI JALAN BUKIT LENGKOK YANG TERKENAL DENGAN KISAH SERAMNYA . Jalan bukit lengkok bukan pertama kali aku guna jalan tu bila dari kampung nak balik ke istana hinggap aku kat sini. Tak kira siang ke malam dah banyak kali suami aku guna jalan tu. Kalau kami decide tak nak masuk highway la. Nak2 lagi kalau musim cuti perayaan ni kami memang selalu mengelak masuk highway bila tahu keadaa traffic jam. Semalam pun kami guna jalan bukit lengkok jugak. Bukit lengkok ni jalan dia memang kecik.. suasana sekeliling dia sunyi sebab kiri kanan hutan.. Kalau malam tu tak banyak sangat kenderaan guna jalan tu. Dah la sunyi, gelap kenderaan pun tak banyak di tambah lagi dengan cerita2 seram yang di kaitkan dengan jalan tu.. Bayangkan la apa perasaan anda bila melalui jalan tu pada malam hari. Ni la permandangan jalan bukit lengkok di siang hari. Bayangkan suasana dia di malam hari. memang kalau kita fikir bukan2 seram jugak tapi kalau kita tak fikir apa2 enjoy je sepanjang ...

DI SEBALIK APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG BABI

Image
DI SEBALIK APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG BABI . Kalau kat Malaysia ni orang melayu Islam cukup alergik bila sebut pasal babi seolah2 kalau tersentuh babi tu terus masuk neraka tanpa hisab. Kadang2 dia lebih takut pada babi dari Allah.. Ketabsuban dia anti babi kadang kadang di level melampau jugak padahal babi bukan haiwan yang Allah kata wajib kita benci pun. Cuma sebagai orang Islam.. Kita tak boleh sentuh atau makan babi jer.. Tapi dalam keadaan tertentu macam mungkin nak selamatkan dia dari bahaya di bolehkan kita pegang dia lepas tu sertu je la. Yang kau sampai dengar je nama babi terus menggigil tu memang over la. Babi @ Khinzir Sebab kita di besarkan & didik babi haram, tak boleh sentuh, tak boleh makan.. Jadi kita jarang ambil tahu la pasal babi. Bagi kita tak ada kepentingan pun kita nak ambil tahu pasal babi sebab babi ni nak bela tak boleh, nak makan tak boleh & nak sentuh pun tak boleh jadi no point la nak berkenalan dengan dia. Fakta tentang babi pun ...