Posts

TAK PERLU BEAUTY CAMERA UNTUK BERSELFIE KALAU GUNA OPPO F1S

Image
TAK PERLU BEAUTY CAMERA UNTUK BERSELFIE KALAU GUNA OPPO F1S . Tu dia dah tambah 1 niche kat blog lagi, Dok bercakap pasal smartphone pulak.Nak jadi Tech blogger pulak ke? Almaklum la minat tu sesuatu yang boleh berubah & bertambah jadi tak pelik la kalau minat aku bertambah atau berubah. Sekarang ni aku tengok pengeluar2 smartphone mula berlumba lumba nak hasilkan smartphone yang mempunyai fungsi camera yang terbaik terutama camera depan. Almaklum la trend orang sekarang kemana,dimana & dalam apa juga situasa tak kira la happy, sedih, risau, gersang bagai semua nak selfie tunjuk emosi depa melalui memek muka. Jadi camera hadapan smartphone menjadi satu keperluan jugak buat manusia zaman sekarang ni. OPPO F1S Selalu dok tengok iklan OPPO F1S ni tapi tengok tanpa ambil tahu tapi semalam secara tak sengaja terdengar iklan OPPO F1S kat rancangan apatah lupa pulak aku katanya OPPO F1s camera depan dia 16Megapixels. Aku ni bukan la bengong sangat bab2 gadget ni cuma bukan paka...

TERBONGKAR SIAPA MISTER POTATO YANG SEBENAR

Image
TERBONGKAR SIAPA MISTER POTATO YANG SEBENAR . Mister Potato.. Rasanya sejak kecik aku kenal dia melalui iklan untuk makanan ringan potato chips. Almaklum la.. junk food yang memang di gemari ramai terutama kanak kanak sampai sekarang even anak aku pun suka juga potato chips ni. Cuma aku tak bagi la selalu.. Sekali sekala jer tapi anak aku jenis makan apapun tak banyak. So, tak risau sangat kalau dia setakat rasa rasa je junk food tu. Misteri Potato ni sebagai pengenalan adalah salah satu jenama tempatan untuk produk cip kentang (potato chips). Terkenal dengan watak seorang lelaki yang bermisai lentik & berpenampilan macam orang mexico. Memang popular jugak iklan dia di kaca TV satu ketika dulu.. erkk.. rasa sampai sekarang masih ada lagi kan cuma jarang nampak sangat la berbanding dulu. Sekarang katanya dia dah tampil dengan penampilan & wajah baru. Wow!! gamaknya macam mana kemunculan terbaru Mister potato ni kan? Tapi walau kita kenal watak mister potato yang bermis...

JANGAN PERCAYA VIRAL PALSU KENA TUKAR ATM/DEBIT CARD SEBELUM 30 SEPTEMBER 2016

Image
JANGAN PERCAYA VIRAL PALSU KENA TUKAR ATM/DEBIT CARD SEBELUM 30 SEPTEMBER 2016 . Patut la entri aku tentang atm/debit card maybank tu tetiba dapat views mencanak mengatasi entri cerita Volkswagen kuning yang sejak dua menjak ni meraih views yang tinggi. Rupanya ada viral palsu yang sedang di sebarkan & orang sibuk dok share walau tak tahu hujung pangkal kesahihan berita tersebut. Ada terbaca satu mesej yang di kongsikan penggunakan media sosial.. mesej dia bertulis macam ni.. Friendly reminder...for those customers who had not yet to change new ATM cards after 30/09/16, B.Islam will charge RM21/-,BSN RM60/-, Maybank RM200/, whilst CIMB is silent but existing cards will b invalid effective 01/01/17 .Bank Islam opened until 7 pm(Mnday to Thursday, n open until 1.30pm on Sturday ..at any branch u can do it...hurry up. - INI ADALAH VIRAL PALSU - Amboi suka suka hati jer hangpa nak sebarkan berita palsu yang boleh mengundang kesesakkan di semua cawangan bank kat Malaysia n...

TREND PERANGAI BUDAK SEKARANG SUKA BALING BATU PADA KERETA ORANG

Image
TREND PERANGAI BUDAK SEKARANG SUKA BALING BATU PADA KERETA ORANG . Rasa macam trend pulak perangai budak budak sekarang yang suka baling batu pada kenderaan atau kereta orang yang lalu lalang kat kawasan dia bermain. Sebelum ni pernah jadi viral pasal seorang lelaki dewasa yang marah2 kepada seorang budak & mak budak tu sekali sebab anak dia yang rasanya umur 4 tahun ke berapa baling batu kena cermin kereta pakcik tu. Marah sungguh pakcik tu sampai ada paparazi tersembunyi record kejadian tu kemudian viralkan. Gambar Sekadar Hiasan. Sumber Google Masa benda tu viral memang aku sendiri tak salahkan orang yang marahkan budak tu walau cara dia marah tu macam marah budak yang dah cukup akal fikiran. cara dia membebel tu je aku rasa tak sesuai untuk budak umur macam tu tapi aku tak salahkan dia 100% bila dia naik angin tentang perkara tu sebab siapa2 pun akan naik angin.. Walau anak kita sendiri buat macam tu pada kereta kita pun kita akan marah jadi tak ada beza anak siapa yang ...

KANAK KANAK LEBAM TERUK PADA KEMALUAN SELEPAS DIAMBIL DARI PENGASUH

Image
KANAK KANAK LEBAM TERUK PADA KEMALUAN SELEPAS DIAMBIL DARI PENGASUH . Ternampak orang share satu gambar seorang bayi @ kanak kanak yang lebam teruk pada kemaluan selepas ibunya mengambil anak ni dari pengasuh. Sebelum tu pengasuh pesan siap siap tak payah mandikan sebab dia dah mandikan & di letak banyak bedak di bahagian kemaluan kanak kanak tu. Bila tengok gambar serius bagai di rentap hati seorang ibu. Ya Allah apa yang berlaku sebenarnya kepada budak tu sampai dapat kesan lebam teruk di bahagian kemaluan dia. Dan pengasuh pun macam merahsiakan sesuatu. Kesan terhentak pada objek keras atau kesan dari perlakuan pengasuh ke tak pasti. Tapi tengok tahap lebam macam tu kalau aku jadi mak budak tu pun aku rasa minit tu jugak aku akan bawa pergi check kat hospital lepas tu kalau ada unsur penderaan memang terus buat laporan polis jer. Pengasuh pun macam cuba merahsiakan sesuatu so bermakna ada something wrong somewhere la tu. Zaman sekarang memang sangat berisiko hantar ...

DRAMA SAMUDERA RINDU KISAH PEREMPUAN TERKENA PENYAKIT MEROYAN

Image
DRAMA SAMUDERA RINDU KISAH PEREMPUAN TERKENA PENYAKIT MEROYAN . Dari dok tengok iklan promo kat TV lagi aku nampak drama ni macam best. Drama ni penganti Drama nek mis yang dah habis episod tayangan kat TV9 di slot Azalea. Semalam kalau tak silap episod pertama kot drama samudera rindu ni. Samudera Rindu Slot Azalea TV9 Masa dok tengok iklan promo nampak Dinaz memegang watak macam perempuan tak berapa betul atau terencat tapi sebab iklan je tak tau apa cerita watak dia macam tu... Rupanya bila tengok semalam maka fahamlah aku. Kenapa nanti watak Dinaz tu macam terencat akal rupanya dia kena penyakit meroyan selepas kematian anak dia. Alkisahnya masa mengandung dia terlampau ikut sangat cakap seorang bidan kampung ni.. Sampai tak nak bersalin kat hospital. Akibatnya bayi dia lemas dalam perut & bidan kampung tu tak dapat buat apa - apa terpaksa di hantar jugak kat hospital. Tapi kesiannya bayi dia tak sempat di selamatkan. Lepas peristiwa tu dia mengalami kemurungan & mul...

BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI

Image
BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI . Tu dia siang siang hari berseram serik lekatlekit pulak dah. Yelah.. cerita fresh from oven katanya kena tulis siap siap.Kalau biar lama2 kang lupa pulak. Almaklum la menulis ni perlukan mood & idea yang fresh katanya. Kali ni tak nak cerita adaptasi dari cerita orang lain tapi nak cerita pengalaman sendiri pulak. Sumpah tak bohong ok! Rasanya lama rumah aku ni jarang mengalami gangguan bunyi misteri berbanding dulu. Tapi tiba- tiba bunyi misteri tu kembali lagi pulak. Bermula tengah malam semalam.. Alkisahnya.. Time tu aku baru nak terlelap. Kita antara tido & jaga tiba2.. aku terkejut dengan bunyi seperti perabot kayu yang di seret atas lantai. srett... sreeettt... bunyinya di malam yang sunyi hatta bunyi cengkerik pun tak ada. tetiba dengar bunyi tu dengan gemanya sekali. Memberi memberi effect seram jugak kalau orang yang penakut. Bunyi macam tu memang dah biasa cuma bila dah lama tak ada.. Tiba2 kembali tu jadi special case ...