Posts

VIRAL! DAMIA BUKAN BERMAKSUD DARAH KOTOR - DR MAZA

Image
VIRAL! DAMIA BUKAN BERMAKSUD DARAH KOTOR - DR MAZA . Sejak pagi tadi aku nampak jugak satu surat yang mula di viralkan. Surat tu surat permohonan untuk menukar nama seorang anak ni atas alasan nama Damia yang di gunakan membawa maksud yang tidak baik iatu tempat keluar darah kotor. Macam biasa la.. Aku just baca & biarkan dia berlalu. Sebab sejauh mana betul atau tidak ia bermaksud macam tu, aku sendiri tak pasti. Yang menjadi Viral hari ni Tadi terbaca post dari FB page Dr MAZA tentang nama damia yang tengah di viralkan.. Mengikut penjelasan DR MAZA.. (Baca pada gambar di bawah. Clik pada gambar untuk paparan lebih jelas) Kenyataan dari DR MAZA Dengan penjelasan dari DR MAZA ni kalau ada sesiapa yang menamakan anak mereka dengan nama Damia jangan la panik sampai serbu JPN nak tukar nama pulak. Kita sedia maklum.. yang di viralkan belum tentu betul.Merujuk la kepada mereka yang berilmu untuk mendapat penjelasan yang lebih tepat & sahih. Macam nama aku kalau ikut y...

YANG BERLAKU BILA ANDA TERBELI BARANG YANG HABIS STOK DI LAZADA

Image
YANG BERLAKU BILA ANDA TERBELI BARANG YANG HABIS STOK DI LAZADA . Sejak bulan lepas aku rasa aku kurang bernasib baik lepas buat pembelian online. Paling teruk aku kena dengan ezbuy. Kau bayangkan berganti ganti barang aku kena reject lepas buat payment sebab tak ada stok. Yang terbaru alasan depa cancel order aku sebab item yang aku order hilang kat gudang depa. Menjadikan dalam tempoh sebulan 4 barang aku order reject. Sampai sekarang semua barang yang aku order belum sampai. Aku pun dah malas nak tanya progress.. Tapi aku akan sentiasa bagitau semua orang yang service ezbuy memang teruk supaya orang lain tak terkena. Bukan aku sorang je terkena, ramai yang terkena. Tapi semua komen2 kat Fb page ezbuy malaysia yang tak puas hati dengan service mereka di delete admin page tersebut. Nampak sangat mereka cukup menutup kelemahan mereka tu. Bukan je kat ezbuy item yang aku order kena reject kebetulan waktu yang sama aku ada order sepasang baju kat lazada. sebab murah sangat. Stock pu...

RESEPI & PETUA NAK BUAT CEKODOK JADI BULAT BULAT

Image
RESEPI & PETUA NAK BUAT CEKODOK JADI BULAT BULAT .  Hari ni kita ke dapur lekatlekit sekejab untuk belajar buat cekodok yer.. Jangan ingat bila sebut cekodok semua membayangkan alah simple je tu. Nak buat senang je.. Dengar nama dia macam old skool, simple, mudah & kacang jer.. Tapi try buat dulu bagi yang tak pernah sekali masak cekodok kat rumah. Masa tu kau tahu dapur kau tinggi ke rendah. Aku dulu mula2 belajar buat cekodok tanpa pengawasan pakar kat dapur pun pening jugak fikir. Macam mana la orang buat cekodok jadi bulat2 & cantik je rupa parasnya. Aku buat semua jadi leper2 & kalau tak leper pun dia jadi bujur2 sireh gitu. Memang tak puas hati sungguh. Kira aku tak putus asa jugak la.. Aku tetap terus cuba macam2 kaedah untuk menghasilkan seni cekodok bulat2 katanya. Orang kata nak bagi dia bulat2.. letak sikit serbuk penaik atau soda bikabornat.. Aku dah letak. Ikut petua mak aku.. letak sedikit air gula. Aku buat.. Memang cekodok tak jadi leper tapi ...

PEREMPUAN SEKARANG PAKAI KAIN BATIK MASA DALAM PANTANG SAHAJA

Image
PEREMPUAN SEKARANG PAKAI KAIN BATIK MASA DALAM PANTANG SAHAJA . Semalam aku ada buat survey kat Facebook.. Tentang pemakaian kain batik di kalangan perempuan zaman sekarang. Banyak jugak respond aku dapat. Sampai sekarang pun masih ada yang merespon kat situ. Bermakna bukan ramai sangat yang unfollow aku kan sebab depa boleh baca lagi post2 aku kat wall. Hehehehe... Yang sekerat dua ajet2 positif tak nak kawan dengan kita tapi still dalam friendlist tu biarkan sahaja... Kita tegur je dia supaya silaturrahim tu tak terputus. Hehehehe Result yang aku dapat dari survey tu majoriti perempuan sekarang pakai kain batik semasa dalam pantang sahaja.. Tapi masih ada segelintir yang mengamalkan pemakaian kain batik semasa di rumah ketika bersantai, ada juga yang jadikan kain batik sebagai kain basahan ketika mandi je. Tu antara feedback yang aku dapat la dari kengkawan kat facebook yang masih follow aktiviti aku kat situ. Aku ada kain batik walau tak pernah beli walau sehelai pun kain bat...

SINDROM WILLIAM JARANG DI DENGAR & SUKAR DI KESAN PADA PERINGKAT BAYI & KANAK KANAK

Image
SINDROM WILLIAM JARANG DI DENGAR & SUKAR DI KESAN PADA PERINGKAT BAYI & KANAK KANAK . Normally yang biasa kita dengar sindrom down & aku yakin ada antara kita yang tidak pernah dengar pasal sindrom william ni. Walaupun sindrom William ni tak ada kena mengena dengan anak aku. Anak aku setakat ni cuma di letak bawah kategori speech delay + low attention (Add).. Tetap aku rasa tertarik nak ambil tahu bila ada seorang ahli kat group autisme bagitau anak dia salah seorang pengidap Sindrom william. Aku sendiri rasanya baru pertama kali dengar. Agak menarik jugak sebab aku rasa satu ilmu baru yang tak salah aku nak ambil tahu. Dari apa yang aku google ciri2 sindrom william ni memang sukar di kesan oleh orang biasa mahupun doktor kecuali pakar genetik & jantung. Sebab setiap pengidapnya mempunyai ciri2 yang berbeza & tidak ada ciri khusus yang boleh mengesahkan seorang bayi atau kanak kanak tersebut mengidap sindrom william ni. Kanak-kanak Sindrom William ni keliha...

YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SKIM PERSARAAN KWSP YANG TERKINI

Image
YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SKIM PERSARAAN KWSP YANG TERKINI . Bagi yang masih bekerja kebanyakkan memang ada mencarum dalam account kwsp. Bagi yang dah pencen awal macam aku ni.. Yang ada pun caruman masa masih bekerja dulu jer.. Tu pun 3 majikan melayu yang pernah aku kerja jenis liat nak bayar. Yang memang tak buat caruman langsung pun ada.. Ada yang buat potongan setiap bulan tapi tak carum kat kwsp pun ada.. Alih2 dia lari meninggalkan staf terkontang kanting.. tup2 dengar buka company baru lagi & menipu lagi client yang berurusan dengan dia.. Semalam pun ada yang private mesej aku tanya pasal dia.. Katanya company dia ada berurusan dengan ex-bos aku tu.. tapi macam biasa duit ambil kerja tak buat yang ada hanya alasan jer. Tak tau la dari kedah membawa ke kuala lumpur sampai sekarang dia masih setia menyuap anak bini dia dengan rezeki haram.. Yang paling pelik walau dia banyak menipu & banyak report polis di buat tetap dia masih boleh cari makan dengan cara yang sam...

DONALD TRUMP MENANG JAWATAN PRESIDENT AMERICA,RAKYAT MALAYSIA RISAU

Image
DONALD TRUMP MENANG JAWATAN PRESIDENT AMERICA,RAKYAT MALAYSIA RISAU . Aku tengok yang menjadi trending kat news feed facebook aku pasal piliharaya kat Amerika sana. Ramai nampaknya member2 kat facebook menyuarakan rasa kebimbangan kalau Donald Trump menang.. Tapi apa yang menjadi kerisauan tu menjadi kenyataan. Dia menang dengan undi electoral 276 manakala Clinton hanya mendapat undian sebanyak 218. Keputusan tidak rasmi tu di kemaskini oleh google di muka depan carian google. Masing masing cuba membayangkan apa akan Donald Trump buat kepada orang Islam.. sebab kita sedia maklum dia seorang yang anti Islam. Lepas ni mungkin penganut agama Islam tak boleh masuk America lagi.. Walaupun di lihat sebagai seorang bodoh tapi Donald Trump tetap menang.. Nampaknya bukan rakyat malaysia je tak bijak pilih pemimpin tapi rakyat Amerika pun sama jugak. Mungkin dunia akhir zaman memang pemimpin terdiri daripada mereka yang jahil & zalim kot hehehe... Apapun orang Islam tak perlu rasa t...