Posts

AWAS! MAKAN BANYAK TAPI TETAP KURUS JUGA BERISIKO HIDAP PENYAKIT ORANG GEMUK

Image
AWAS! MAKAN BANYAK TAPI TETAP KURUS JUGA BERISIKO HIDAP PENYAKIT ORANG GEMUK . Selalunya kita tengok & rasa cemburu orang yang makan macam ada saka tapi badan dia maintain je dari dulu sampai sekarang. Tetap kurus.. Kita ni maka sikit badan bagai di pam pam katanya. Terpaksa la mengamalkan diet seimbang untuk dapat bentuk badan menarik sekaligus secara tak sengaja anda juga dapat mengamalkan makanan sihat untuk mengelakkan dari berisiko mengidap penyakit yang biasanya di hidapi orang2 gemuk atau obesiti ni. Aku dulu zaman anak dara & zaman sebelum beranak memang susah jugak nak naik berat. Dok keramping jer.. Pernah berat badan tinggal 32kg jer. Bukan zaman sekolah rendah ok.. Zaman masuk umur 20an dah masa tu. Lepas pernah la melalui zaman berat ideal antaran 35 - 38kg. Time tu rasa macam cutting model jer.. Model kurang tinggi la hahaha.. 2 hari lepas sempat timbang kat hospital selayang, 40kg. Tu antara posisi bahaya sebab berat atas pagar. Berat ideal aku memang 38kg j...

BERBOGEL & KELAPARAN DALAM BILIK GELAP

Image
BERBOGEL & KELAPARAN DALAM BILIK GELAP . Jadi viral sejak semalam kes seorang kanak kanak 3 tahun di tinggalkan sendirian tak berpakaian di dalam bilik gelap dalam keadaan kesejukkan & kelaparan... Dengar cerita macam ni memang merentap hati ibu bapa yang lain walau berlaku kat anak orang sekalipun. Memang akan terasa marah, sedih & rasa nak tunjal2 kepala mak budak tu kot2 dengan cara tu sel sel otak dia kembali berhubung & dia boleh kembali berfikiran waras.. Sebab aku seorang ibu yang sangat risau nak tinggalkan anak aku sorang2 dalam rumah walau untuk 10 minit sekalipun memang aku tak boleh terima apapun alasan seorang ibu tinggalkan anak sekecil umur 3 tahun dengan alasan balik kampung nak jaga mak dia yang tengah sakit. Yang besar umur belasan tahu kau boleh angkut bawa balik.. Yang kecik 3 tahun kau tinggal. Watdehek??? Mak dia mental ok ke tidak?? Yang tu pun kena check juga sebab manusia yang waras tak buat benda tak masuk akal macam ni. Tampin: “S...

TANDA TANDA AWAL SERANGAN STROKE

Image
TANDA TANDA AWAL SERANGAN STROKE . Di sebab Mak mertua aku baru je terkena serangan stroke dua hari lepas jadi terfikir juga aku nak tahu punca & apa tanda tanda awal sebelum berlaku serangan stroke ni. Yang dah kena mungkin mencari kaedah merawat tapi bagi kita yang belum terkena of course kena alert dengan tanda tanda awal sebelum berlakunya serangan stroke.  Sebagai pengenalan.. serangan stroke ni berlaku adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Dengan kata lain penyakit stroke ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan pembuluh darah otak (serebrovaskuler) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral). Keadaan ini disebabkan berlakunya penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak sehingga darah dan oksigen ke otak berkurang justeru menyebabkan berlakunya reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak. Tu lah ...

GANGGUAN BUNYI MISTERI WAD 9 HOSPITAL SELAYANG

Image
GANGGUAN BUNYI MISTERI WAD 9 HOSPITAL SELAYANG . Dah dua hari mak mertua aku masuk wad di hospital selayang. Setakat nak kata stabil.. tekanan darah masih tinggi. Menurut doktor dia bukan dalam keadaan yang stabil lagi tapi cuma better dari sebelum ni & Condition dia masih statik.. bermakna tak bertambah teruk atau bertambah baik. Masih tak boleh makan & minum.. Minum susu melalui tiub jer.. Hope nanti mak mertua akan bertambah pulih.. Kesian jugak dok minta nak makan & minum tapi doktor masih tak benarkan takut dia tersedak. Maka 2 hari jugak la lepas anak aku balik sekolah berdesup kami ke hospital. Semalam pukul 9 malam baru sampai rumah. Kesian la si kecik aku tu.. Pagi dah nak kena bangun pergi sekolah. Menangis jugak la masa paksa bangun. Penat gamaknya.. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Bila banyak habiskan masa kat ward pantau mak mertua.. Sebab aku dengan asben aku ni kami ni memang di lahirkan dengan kelebihan yang suka bertanya & ramah tamah kot.. ...

MEMANG PENIPU SESIAPA YANG KATA DIA TAK PERNAH TIPU ORANG 6 PERKARA NI

Image
MEMANG PENIPU SESIAPA YANG KATA DIA TAK PERNAH TIPU ORANG 6 PERKARA NI . Yang bernama manusia ni jangan tipu cakap tak pernah menipu. Kalau kata tak pernah menipu.. terang terang orang tu seorang penipu. Jadi jangan percaya dengan dia. Sebab dalam kehidupan seharian kita memang tak boleh mengelak dari menipu.. tak kira la menipu kecil yang orang sebut tipu sunat atau penipuan besar.. sebesar 2.6 Billion katanya. tak kira size apa apapun penipuan tu tetap di panggil 'tipu'. Tapi tak semua orang asyik menipu. Ada orang menipu dalam keadaan tertentu.. Tak semua penipuan tu untuk menyakiti atau mencurangi sesiapa.. Ada yang rasa dalam keadaan tertentu dia perlu menipu untuk kebaikkan semua pihak. Ada orang pulak memang dah jadi hobi atau sebati dengan diri dia suka menipu. Dulu aku ada seorang kawan memang suka tipu aku tak kira sekecil kecil perkara sampai la sebesar besar perkara. Tapi paling terkilan.. pernah dia menipu masa keluar lepak kat Mall. Masing2 masa tu masih ...

BAU YANG MENYERAMKAN DI TANDAS JABATAN KECEMASAN HOSPITAL SELAYANG

Image
BAU YANG MENYERAMKAN DI TANDAS JABATAN KECEMASAN HOSPITAL SELAYANG . Tu dia.. baru pertama kali jejak kaki ke hospital selayang dah bawa mulut pasal cerita seram katanya.. Kau buat apa kat jabatan kecemasan Hospital selayang tu lekat lekit ooi... Takde la.. My Mother In Law di kejarkan ke hospital. Bila sampai hospital doktor dapati tekanan darah dia terlalu tinggi & doktor kesan ada pendarahan dalam kepala di sebabkan ada salur darah yang pecah. Tapi setakat semalam.. Katanya dah stabil cuma semalam nak di pindahkan ke ward.. ward pulak penuh. Salur darah yang pecah menurut sumber dari suami.. dah tertutup.. darah yang dalam kepala tu nanti doktor akan bagi ubat untuk keluarkan dia secara semulajadi. Alhamdulillah.. sebab tak kena operate. Hope mak mertua saya.. cepat sembuh yer.. Maka lepas ambil budak shahila kat tadika semalam.. berdesup la kami sekeluarga ke hospital. Maka seharian jugak la kat hospital selayang tu.. Kira bercamping sekejab la kat jabatan kecemasan nak tu...

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 6.. AKHIRNYA IFFAT TAHU TENTANG PERKAHWINAN AFEEF & DAMIA

Image
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 6.. AKHIRNYA IFFAT TAHU TENTANG PERKAHWINAN AFEEF & DAMIA . Cerita ni dah semakin panas sekarang.. Fasa fasa ketegangan sedang berlaku katanya. Bila Afeef kembali ke Malaysia bersama seorang kanak kanak. Pengakuan Afeef kepada keluarganya tentang perkahwinan dia & damia di luar negara.. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak bernama Aqil.. Episod 5 aritu Iffat masih tidak tahu tentang tu.. Untuk episod 6 ni.. Akhirnya selepas Afeef kembali ke UK, ibu bapa mertua Afeef membongkar perkara tu pada Iffat.. Kecewanya Iffat hanya Tuhan saja yang tahu. Dia bukan saja menjadi isteri yang tidak di pedulikan malah di curangi kepercayaan dia selama ni. Pun begitu keluarga mertua Iffat berharap perkara tu tak membuatkan mereka bercerai berai. Iffat terkilan sebab semua orang suruh dia bersabar seolah2 dia seorang yang tiada perasaan atas apa yang Afeef dah buat pada dia. Sapa2 pun akan rasa macam tu.. Untuk merealisasi permintaan orang lain d...