Posts

BIAR AKU JADI PENUNGGU... JODOH TIDAK SEMESTINYA MEMBAHAGIAKAN

Image
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 10... JODOH TIDAK SEMESTINYA MEMBAHAGIAKAN . Dah banyak episod rasanya aku skip semenjak mak mertua aku admit ward. Yelah.. kadang2 malam baru sampai rumah memang masa tu mental & fizikal dah ting tong. Memang time balik pun kadang2 pukul 9 malam.. mana sempatnya nak tengok drama biar aku jadi penunggu ni. Hari ni sempat la tengok sekejab. Tu pun aku google nak cari hari ni episod berapa dah hahaha Untuk episod 10 hari ni (10 Januari 2017) tengok Afeef masih dalam fasa memujuk Iffat yang benar2 terluka dengan perbuatan dia selama ni. Iffat nampak macam masih sayang tapi sebab terlampau kecewa.. Ego tu membataskan segalanya. Hari ni mereka berjanji untuk cuba membina kembali kasih sayang antara mereka. Sebelum ni kan depa cuma ber aku kau jer.. Atas permintaan Afeef yang minta Iffat panggil dia 'Abang..' nampak mereka dah mula nak mencipta kemesraan. Iffat nampak kekok untuk panggil Afeef abang tapi tetap dia ikut permintaan afeef. Yang a...

KISAH COMFORTER MISTERI BERLUKISAN KARTUN FROZEN & JIRAN PUAKA

Image
KISAH COMFORTER MISTERI BERLUKISAN KARTUN FROZEN & JIRAN PUAKA . 10 tahun hidup berjiran dengan jiran puaka. Dari dia berlaki sampai la dia menjanda. Dari dia asyik menganggu hidup aku dengan setiap hari dok ketuk pintu rumah minta tolong tu ni sampai la dia tak berani ketuk pintu rumah aku sebab pernah kena sound mengumpat aku dulu. Terus sejak tu kami tak pernah bertegur sapa. Jiran macam tu kau baik ke kau tak baik ke dia tetap akan mengumpat kau. So, terbaik kau buat macam tak kenal jer pun dia akan mengumpat kau sampai akhir hayat. Akhir hayat sapa dulu tak tau.. kalau hayat dia berakhir dulu, syukur Alhamdulillah.. Kalau hayat aku yang dulu belum tentu habis dia mengumpat aku selagi dia ada hayat di kandung badan. Sebelum ni ada juga beberapa entri aku up pasal jiran puaka niyang rapik aku nan sorang ni. Tapi malas nak cari link. Sebelum ni ada juga aku cerita pasal dia report kat JMB tuduh aku bela kucing & kucing aku berak merata rata kat koridor.. padahal selama t...

PENGALAMAN NGERI SELEPAS GUNA PRODUK TA** SKINCARE.

Image
PENGALAMAN NGERI SELEPAS GUNA PRODUK TA** SKINCARE . Antara produk local skincare yang tengah In-trend jugak sekarang. Dari hasil pembacaan aku dari pengalaman mereka yang pernah guna.. kesan selepas guna produk ni ada yang kata ok.. Cantik, gebu, licin terutama yang ada masalah jerawat tapi tak kurang jugak ada yang memberi feedback negatif selepas stop atau tak consistent guna produk ni.. Mula la episod mimpi ngeri. Serius.. aku sendiri kurang berminat guna local skincare sekarang sebabnya pengalaman aku sebelum ni banyak jugak guna local skincare pelbagai jenama ni.. Masa tu kategori jahiliah lagi la.. Masa guna ok.. lepas stop muka kembali jadi 'jemah jelmaan'. Jerawat subur bagai di baja.. tona kulit pun jadi pelbagai warna, kusam & tidak sekata. Selepas stop guna local skincare.. aku beralih membeli produk2 kat farmasi.. dari start try Bio Essence sampai sekarang macam2 produk aku dah try semuanya produk farmasi atau yang ada clinical approve. Alhamdulillah.. masa...

INI PUNCA BERLAKU PENDARAHAN SELEPAS HAID

Image
INI PUNCA BERLAKU PENDARAHAN SELEPAS HAID . Ni entri untuk kaum perempuan tak semestinya orang perempuan je boleh baca ok! Orang lelaki tu tak salah malah aku rasa perlu ambil tahu jugak sebab manusia ni di ciptakan hidup berpasangan melainkan korang merancang berpasangan yang sama jenis jer... Tapi kalau nak berpasangan dengan berlawanan jantina jadi memang perlu ambil tahu. At least kalau berlaku kat pasangan korang nanti korang takde la terpinga pinga atau buat spekulasi sendiri. Mungkin antara kita (kaum perempuan) yang pernah hadapi perkara ni termasuk aku. Sebab tu tergerak hati nak cari info berkaitan. Risau jugak walau period (haid) dah habis selepas seminggu tetiba nampak ada lagi darah walau tak banyak. Kadang2 tak kena pun kat panties tu tapi untuk protection pakai jugak la pantyliner kan. Tapi masa cuci tu boleh nampak sedikit darah mula2 coklat lepas tu merah. Ingat sehari je.. tapi sampai 3 hari pun still ada lagi. Susah juga sebab tak tahu samada ada darah period (h...

WAD 9 HOSPITAL SELAYANG SINONIM DENGAN KEMATIAN

Image
WAD 9 HOSPITAL SELAYANG SINONIM DENGAN KEMATIAN . Mak mertua saya masih di ward.. Tapi setakat semalam tekanan darah dia dah semakin menurun 141 - 143. Dah kategori stabil jugak la tu dalam usia dia yang dah 55 tahun tu kan.. Dah boleh makan & minum tanpa bantuan tiub cuma selera je masih kurang. Masih tak boleh bangun maybe sebab effect dari strok & dia paralyzed separuh badan sebelah kiri. Memang doktor pun dah bagitau lepas ni dia tak boleh bergerak. Kaki & tangan sebelah kiri memang tak berfungsi setakat ni. So, terpaksa la menjalani fisioterapi & try berurut cara tradisional la. Sebab strok tak sampai ke saraf muka.. so bahagian muka tak terjejas & boleh cakap macam biasa.. Semalam.. sempat terserempak dengan satu kematian yang berlaku di wad 9.. Tapi sebenarnya semalam dalam jarak masa yang tak berapa jauh ada 2 kematian melibatkan warga emas. Yang satu memang tak tahu katil mana & wad mana walau dalam wad 9.. 9A ke 9B.. ke 9 mana tak tahu tapi berhad...

AWAS! MAKAN BANYAK TAPI TETAP KURUS JUGA BERISIKO HIDAP PENYAKIT ORANG GEMUK

Image
AWAS! MAKAN BANYAK TAPI TETAP KURUS JUGA BERISIKO HIDAP PENYAKIT ORANG GEMUK . Selalunya kita tengok & rasa cemburu orang yang makan macam ada saka tapi badan dia maintain je dari dulu sampai sekarang. Tetap kurus.. Kita ni maka sikit badan bagai di pam pam katanya. Terpaksa la mengamalkan diet seimbang untuk dapat bentuk badan menarik sekaligus secara tak sengaja anda juga dapat mengamalkan makanan sihat untuk mengelakkan dari berisiko mengidap penyakit yang biasanya di hidapi orang2 gemuk atau obesiti ni. Aku dulu zaman anak dara & zaman sebelum beranak memang susah jugak nak naik berat. Dok keramping jer.. Pernah berat badan tinggal 32kg jer. Bukan zaman sekolah rendah ok.. Zaman masuk umur 20an dah masa tu. Lepas pernah la melalui zaman berat ideal antaran 35 - 38kg. Time tu rasa macam cutting model jer.. Model kurang tinggi la hahaha.. 2 hari lepas sempat timbang kat hospital selayang, 40kg. Tu antara posisi bahaya sebab berat atas pagar. Berat ideal aku memang 38kg j...

BERBOGEL & KELAPARAN DALAM BILIK GELAP

Image
BERBOGEL & KELAPARAN DALAM BILIK GELAP . Jadi viral sejak semalam kes seorang kanak kanak 3 tahun di tinggalkan sendirian tak berpakaian di dalam bilik gelap dalam keadaan kesejukkan & kelaparan... Dengar cerita macam ni memang merentap hati ibu bapa yang lain walau berlaku kat anak orang sekalipun. Memang akan terasa marah, sedih & rasa nak tunjal2 kepala mak budak tu kot2 dengan cara tu sel sel otak dia kembali berhubung & dia boleh kembali berfikiran waras.. Sebab aku seorang ibu yang sangat risau nak tinggalkan anak aku sorang2 dalam rumah walau untuk 10 minit sekalipun memang aku tak boleh terima apapun alasan seorang ibu tinggalkan anak sekecil umur 3 tahun dengan alasan balik kampung nak jaga mak dia yang tengah sakit. Yang besar umur belasan tahu kau boleh angkut bawa balik.. Yang kecik 3 tahun kau tinggal. Watdehek??? Mak dia mental ok ke tidak?? Yang tu pun kena check juga sebab manusia yang waras tak buat benda tak masuk akal macam ni. Tampin: “S...