Posts

INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE

Image
INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE . Ni tetiba buat entri pasal pengasas Tati Skin Care kau pun terjebak guna produk yang katanya berkesan dalam masa 3 hari & jerawat settle dalam masa 7 hari. Bukan kau shopping skincare kat guardian je ke? Rasanya guardian takde jual produk Tati Skincare ni kan.. Yer betul. aku guna skincare yang jual kat Guardian je. Aku bukan salah seorang pengguna Produk Tati Skincare pun & aku sesungguhnya tidak berani nak ambil risiko guna produk ni.. hahahaha. Hanya yang berkulit kental & kenyal je boleh guna produk ni. Yang berkulit lemah semangat macam kulit aku tak payah la nak cuba - cuba hahahaha Produk ni sesungguhnya feedback pengguna yang aku baca ada Pro & contra. Ada yang kata kesan dia memang sangat memuaskan hati & ada yang komen sangat mengecewakan.. Sebab aku tak pernah guna komen aku cuma menakutkan je baca feedback dari bekas bekas pengguna produk ni. Mungkin ramai yang tak kenal siapa pengasas produk yang tengan ...

TANDA TANDA STROKE AKIBAT SIHIR

Image
TANDA TANDA STROKE AKIBAT SIHIR . Walau ada yang masih tidak percaya pada perbuatan sihir tapi kita sedia maklum benda ni memang wujud & masih di amalkan oleh mereka mereka yang masih tidak bertamadun dari sudut mentaliti. Walaupun sihir di kategori amalan kuno orang2 yang jahil.. Tapi di zaman moden ni nampaknya 'Sihir' semakin menjadi jadi. Macam2 sebab la orang yang melakukan perbuatan sihir ni.. Tapi paling banyak sebab dengki. Kadang2 kita tengok orang tu baik tak kacau orang pun boleh kena sihir.. Sebabnya ada orang dengki sebab ramai orang suka kat dia. Kita baik ke kita jahat ke.. Kita memang takkan mampu buat semua orang suka dengan kita. Seperti semua sedia maklum.. Mak mertua den sekarang tengah uzur akibat serangan stroke & tekanan darah terlalu tinggi. Masih admit ward.. Masih tidak stabil. Semalam tak sempat pergi melawat sebab husband kerja luar kawasan.. lewat petang suami habis kerja dia just balik ambil makanan yang aku dah masak untuk mak mertua ...

BIAR AKU JADI PENUNGGU... JODOH TIDAK SEMESTINYA MEMBAHAGIAKAN

Image
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 10... JODOH TIDAK SEMESTINYA MEMBAHAGIAKAN . Dah banyak episod rasanya aku skip semenjak mak mertua aku admit ward. Yelah.. kadang2 malam baru sampai rumah memang masa tu mental & fizikal dah ting tong. Memang time balik pun kadang2 pukul 9 malam.. mana sempatnya nak tengok drama biar aku jadi penunggu ni. Hari ni sempat la tengok sekejab. Tu pun aku google nak cari hari ni episod berapa dah hahaha Untuk episod 10 hari ni (10 Januari 2017) tengok Afeef masih dalam fasa memujuk Iffat yang benar2 terluka dengan perbuatan dia selama ni. Iffat nampak macam masih sayang tapi sebab terlampau kecewa.. Ego tu membataskan segalanya. Hari ni mereka berjanji untuk cuba membina kembali kasih sayang antara mereka. Sebelum ni kan depa cuma ber aku kau jer.. Atas permintaan Afeef yang minta Iffat panggil dia 'Abang..' nampak mereka dah mula nak mencipta kemesraan. Iffat nampak kekok untuk panggil Afeef abang tapi tetap dia ikut permintaan afeef. Yang a...

KISAH COMFORTER MISTERI BERLUKISAN KARTUN FROZEN & JIRAN PUAKA

Image
KISAH COMFORTER MISTERI BERLUKISAN KARTUN FROZEN & JIRAN PUAKA . 10 tahun hidup berjiran dengan jiran puaka. Dari dia berlaki sampai la dia menjanda. Dari dia asyik menganggu hidup aku dengan setiap hari dok ketuk pintu rumah minta tolong tu ni sampai la dia tak berani ketuk pintu rumah aku sebab pernah kena sound mengumpat aku dulu. Terus sejak tu kami tak pernah bertegur sapa. Jiran macam tu kau baik ke kau tak baik ke dia tetap akan mengumpat kau. So, terbaik kau buat macam tak kenal jer pun dia akan mengumpat kau sampai akhir hayat. Akhir hayat sapa dulu tak tau.. kalau hayat dia berakhir dulu, syukur Alhamdulillah.. Kalau hayat aku yang dulu belum tentu habis dia mengumpat aku selagi dia ada hayat di kandung badan. Sebelum ni ada juga beberapa entri aku up pasal jiran puaka niyang rapik aku nan sorang ni. Tapi malas nak cari link. Sebelum ni ada juga aku cerita pasal dia report kat JMB tuduh aku bela kucing & kucing aku berak merata rata kat koridor.. padahal selama t...

PENGALAMAN NGERI SELEPAS GUNA PRODUK TA** SKINCARE.

Image
PENGALAMAN NGERI SELEPAS GUNA PRODUK TA** SKINCARE . Antara produk local skincare yang tengah In-trend jugak sekarang. Dari hasil pembacaan aku dari pengalaman mereka yang pernah guna.. kesan selepas guna produk ni ada yang kata ok.. Cantik, gebu, licin terutama yang ada masalah jerawat tapi tak kurang jugak ada yang memberi feedback negatif selepas stop atau tak consistent guna produk ni.. Mula la episod mimpi ngeri. Serius.. aku sendiri kurang berminat guna local skincare sekarang sebabnya pengalaman aku sebelum ni banyak jugak guna local skincare pelbagai jenama ni.. Masa tu kategori jahiliah lagi la.. Masa guna ok.. lepas stop muka kembali jadi 'jemah jelmaan'. Jerawat subur bagai di baja.. tona kulit pun jadi pelbagai warna, kusam & tidak sekata. Selepas stop guna local skincare.. aku beralih membeli produk2 kat farmasi.. dari start try Bio Essence sampai sekarang macam2 produk aku dah try semuanya produk farmasi atau yang ada clinical approve. Alhamdulillah.. masa...

INI PUNCA BERLAKU PENDARAHAN SELEPAS HAID

Image
INI PUNCA BERLAKU PENDARAHAN SELEPAS HAID . Ni entri untuk kaum perempuan tak semestinya orang perempuan je boleh baca ok! Orang lelaki tu tak salah malah aku rasa perlu ambil tahu jugak sebab manusia ni di ciptakan hidup berpasangan melainkan korang merancang berpasangan yang sama jenis jer... Tapi kalau nak berpasangan dengan berlawanan jantina jadi memang perlu ambil tahu. At least kalau berlaku kat pasangan korang nanti korang takde la terpinga pinga atau buat spekulasi sendiri. Mungkin antara kita (kaum perempuan) yang pernah hadapi perkara ni termasuk aku. Sebab tu tergerak hati nak cari info berkaitan. Risau jugak walau period (haid) dah habis selepas seminggu tetiba nampak ada lagi darah walau tak banyak. Kadang2 tak kena pun kat panties tu tapi untuk protection pakai jugak la pantyliner kan. Tapi masa cuci tu boleh nampak sedikit darah mula2 coklat lepas tu merah. Ingat sehari je.. tapi sampai 3 hari pun still ada lagi. Susah juga sebab tak tahu samada ada darah period (h...

WAD 9 HOSPITAL SELAYANG SINONIM DENGAN KEMATIAN

Image
WAD 9 HOSPITAL SELAYANG SINONIM DENGAN KEMATIAN . Mak mertua saya masih di ward.. Tapi setakat semalam tekanan darah dia dah semakin menurun 141 - 143. Dah kategori stabil jugak la tu dalam usia dia yang dah 55 tahun tu kan.. Dah boleh makan & minum tanpa bantuan tiub cuma selera je masih kurang. Masih tak boleh bangun maybe sebab effect dari strok & dia paralyzed separuh badan sebelah kiri. Memang doktor pun dah bagitau lepas ni dia tak boleh bergerak. Kaki & tangan sebelah kiri memang tak berfungsi setakat ni. So, terpaksa la menjalani fisioterapi & try berurut cara tradisional la. Sebab strok tak sampai ke saraf muka.. so bahagian muka tak terjejas & boleh cakap macam biasa.. Semalam.. sempat terserempak dengan satu kematian yang berlaku di wad 9.. Tapi sebenarnya semalam dalam jarak masa yang tak berapa jauh ada 2 kematian melibatkan warga emas. Yang satu memang tak tahu katil mana & wad mana walau dalam wad 9.. 9A ke 9B.. ke 9 mana tak tahu tapi berhad...