Posts

JANDA TERPAKSA BERKHALWAT KERANA SERING DI GANGGU SAKA IBU

Image
JANDA TERPAKSA BERKHALWAT KERANA SERING DI GANGGU SAKA IBU . Malam ni kita ada segmen baru iatu segmen berita seram lekatlekit. hahahaha.. Sebab yang aku nak share ni bukan cerita seram tapi berita seram. Macam mana pulak berita seram ni.. Nak tau kena la baca entri bukan baca tajuk entri je ok! Alkisahnya sepasang teman tapi mesra berstatus duda & janda ni berkenalan di media sosial & katanya depa declare hanya sebagai kawan.. Tapi kalau kawan sampai tiap2 tengah malam datang rumah pun pelik jugak kan.. Orang2 sekeliling dok perati jer.. Yelah, nak ambil apa2 tindakkan kena pastikan dulu sesuatu perkara tu. Tak boleh main serbu tak pakai helmet katanya. Satgi tak pepasal kepala bertelur pulak kan.. Nak di jadikan kisah misteri satu malam katanya.. Pasangan teman tapi mesra di serbu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, kira-kira jam 3.20 pagi. Baca betu...

JADILAH ARTIS KAU BOLEH JUAL APA SAJA TERMASUK SAMPAH

Image
JADILAH ARTIS KAU BOLEH JUAL APA SAJA TERMASUK SAMPAH . Baca tajuk entri pun dah mengambarkan lekatlekit akan melahar dalam entri ni. Selain kat blog, aku rajin jugak melazer kat facebook sebab tu ramai orang yang selalu benci tapi rindu dengan aku. Bukan apa melihat trend sekarang.. Kau rajin post kat media sosial caption bodoh2 pun kau boleh buat kompilasi kemudian cetak dalam bentuk buku & jual.. aku pun nak cuba nasib jugak compile semua kritikkan aku yang penuh news feed kat FB tu kemudian bukukan.. Mana tau boleh cari rezeki halal dengan jual buku macam tu pulak.hehehehe Kau fikir kau siapa lekatlekit? Pelakon? Penyanyi? macam Fattah Amin tu.. op's!! hahahaha Lepas Apis Amidon.. Kini giliran patah amin pulak keluarkan photobook yang konon2 buku motivasi la sangat. Dalam buku tu cuma koleksi post2 termasuk gambar2 selfie dia kemudian di terbitkan & di jual kepada semua kipas susah mampus Patah Amin. Bila orang kecam.. Katanya salah satu cara dia nak cari re...

APA YANG MISTERINYA WAN PEAH?

Image
APA YANG MISTERINYA WAN PEAH? . Akhirnya TV3 prihatin kepada peminat drama & filem seram macam aku ni kan..Asyik dok adaptasi novel cinta jadi drama je padahal melambak kot novel seram di pasaran takde ke mana2 pengarah & penerbit berminat nak adaptasi jadi drama seram berepisod. Last aku rasa ada drama seram ni drama sarakit kot kat TV3. Tapi drama seram paling best waris la..  lepas tu dah mula sepi tanpa berita drama2 seram ni. Misteri Wan Peah Terbaru di TV3 sedang di tayangkan drama yang di klasifikasikan sebagai seram komedi katanya. Tapi ok drama tu.. Tak komedi sangat. Elemen seram & suspend tu ada juga la walau setakat ni rasanya baru 2 episod di tayangkan.. Takde menggugat keseraman aku sangat pun. Biasa la taste seram aku memang 'high demand'. Takat seramedi ni celah ketiak pun tak gigil hahahaha. Tapi sebab starting nampak macam boleh follow so aku rasa macam best jugak nak follow drama ni walau aku tahu memang akan ada banyak episod aku skip na...

TAK PANDAI MAIN SEBAB TU TAK DAPAT ANAK

Image
TAK PANDAI MAIN SEBAB TU TAK DAPAT ANAK . Tu dia sentap orang baca tajuk entri. Kemain kau lekatlekit.. Tak sayang jari ka menaip statement kojaq (kurang ajar) macam tu. Hang nak kena kecam secara berjemaah ka? Hang tu anak ramai sangat ka? Setakat baru sorang anak tak payah bajet hang terer sangat la buat anak.. Tu dia... marah betul hangpa na.. Tak dan kami nak explain terus kena sembur bertubi tubi. Bukan kami yang kata lagu tu tapi itulah ayat gurauan paling kojaq (kurang ajar) sesetengah dari kita bila berdepan dengan golongan yang dah berkahwin tapi belum di kurniakan anak. Bukan apa.. tadi kami tertengok rancangan wanita hari ni.. Topik hari ni pasal pasangan yang tak ada anak. Tengok pun dah dekat2 hujung topik. Sempat terdengar salah seorang panel jemputan yang sebut pasal perkara ni. Katanya antara paling melukakan.. memalukan & mengaibkan bagi dia yang tak ada anak adalah bila di usik atau di sindir dengan ayat.. 'Tak pandai main sebab tu tak ada anak'. Na...

RESEPI KARI IKAN SARDIN TIN PALING MUDAH

Image
RESEPI KARI IKAN SARDIN TIN PALING MUDAH . Baru baru ni aku ada beli sekor ikan kembong size besar.. Bila timbang.. Harga dekat RM4 sekor beb! Telan setiap titik air liur ok. Tu baru sekor boleh la makan berdua dengan asben.. Membayangkan orang anak ramai.. Paling2 kena jugak 3 - 4 ekor.. Ikan je pun menangis tepi mesin penimbang tu ok! Tak campur lain - lain lagi. Ikan pun bukan fresh sanga.. Dah bermalam dalam ais. Dah kategori mangsa Titanic dah ikan ttu tapi tetap Mahal yarabbi. Nak makan ikan segar sekarang pun ada orang tak tau nak bajet macam mana kalau yang jenis keluarga besar alih2 sardin jugak jadi pilihan. Yer sardin pun dah mahal sekarang. Tin besar pun cecah RM8 tapi still masih ada pilihan yang murah katanya. Tak payah la beli cap chicken atau cap crown tu.. Tu memang level2 orang kaya je makan sardin tu sekarang. Beli la brand2 tak berapa popular.. ada je yang murah. Sebab ikan sardin ni pun masih boleh di pelbagaikan masakannya selain dok buat sambal sardin jer.. ...

ANTARA TAJUK DRAMA PALING BOSAN.. SUAMIKU PALING SWEET

Image
ANTARA TAJUK DRAMA PALING BOSAN.. SUAMIKU PALING SWEET . Selepas drama Biar aku jadi penunggu kat slot akasia TV3 berakhir di gantikan dengan drama adaptasi novel suami ku paling sweet. Masa drama Biar aku jadi penunggu tu.. Aku tertarik nak menonton pertama sebab tajuk dia. Bagi aku tajuk2 drama macam tu masih menarik & buat aku rasa nak menonton ceritanya.. Yang kedua sebab Ashraff Muslim.. Hahaha aku suka dengan Ashraff muslim walau watak dalam Drama Biar aku jadi penunggu tu aku rasa kurang sesuai dengan dia. Imej & cara dia terlalu lembut (bukan pondan ok) untuk pegang watak lelaki macam tu hahahaha. Minat pun tak semestinya kita kena suka & puji je ok! Aku sebenarnya tak tengok pun drama Suami ku paling sweet tu sebabnya tajuk lahai.. Bosan sungguh. Tajuk2 drama hipster macam tu memang bukan taste aku sangat. Aku tetap juga suka tajuk2 drama yang berat sebab selalunya drama2 macam tu sangat menarik jalan cerita & banyak pengisian dalam cerita tu. Babak2 berma...

AURA USOP MENJADI PELARIS MENTOR MILENIA 2017

Image
AURA USOP MENJADI PELARIS MENTOR MILENIA 2017 . Sebelum tu aku nak ucapkan Tahniah kepada Mentor Milenia 2017 kerana tiada lagi babak2 annoying dalam rancangan realiti tv tersebut dengan ketiadaan Dato Vida.. Qu puteh barulah putih. Rasa tenang biji mata nak tengok mentor Milenia 2017 ni. Kalau tak semak sungguh dengan muka & suara dia kat apa2 rancangan realiti TV yang dia taja. Tertengok 5 minit pun rasa derita macam 5 tahun. hahahaha. Bagus dia taja rancangan2 berbentuk dakwah & islamik so dia tak boleh over sangat walau tetap muka dia nak enterframe macam dalam rancangan pamoga kopi bersama ustaz kazim tu. Usop Mentor Milenia 2017 Dah lama sebenarnya aku tak follow apa2 rancangan realiti TV ni.. Sebelum ni memang rasa membosankan. Tapi untuk mentor Milenia 2017 nampak aku tertarik nak ikuti sebab yang menarik perhatian aku ada protege Hazama iatu Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Bin Muhd Nor, berusia 20 tahun yang berasal dari kedah. Normally kala...