Posts

KISAH SERAM DI SEBALIK KEJADIAN BENCANA TSUNAMI

Image
KISAH SERAM DI SEBALIK KEJADIAN BENCANA TSUNAMI . Kejadian Tsunami adalah bencana alam yang paling banyak mengorbankan nyawa manusia.. Haiwan tak pasti la banyak ke tidak tapi kuasa Allah jika Dia nak turunkan bencana ni kat manusia.. Tak mustahil yang terkorban lebih banyak manusia berbanding haiwan. Tapi Tsunami yang berlaku dulu memang trajedi paling menyayat hati.. Masa kejadian tu setiap kali tengok update - update terkini.. Menusuk kalbu beb! Ada juga saudara sebelah mak aku yang terlibat dalam trajedi tsunami & ada yang terkorban juga. Semua tu walau dah bertahun lamanya berlalu masih memberi kesan di hati. Bencana Tsunami selain berlaku banyak kemusnahan ada macam - macam kejadian mistik & misteri selepas kejadian tu.. Biasa la kita berkongsi hidup dengan makhluk lain di dunia ni.. Apa ingat makhluk lain yang kita tak nampak ada bumi lain ke nak bermastautin. Depa cuma berbeza alam tapi masih berkongsi bumi Allah dengan kita. Jadi hidup baik baik yer sebagai insan ...

DJ SURIAFM BACA CERITA SERAM DI BLOG LEKATLEKIT, BIAR BETUL

Image
DJ SURIAFM BACA CERITA SERAM DI BLOG LEKATLEKIT, BIAR BETUL . Walaupun blog aku bukan semata mata share cerita seram tak tau la niche tu lebih menyerlah. Asal suria lekatlekit je orang ingat cerita seram.. Asal ada cerita seram je orang mention atau tag aku. Itulah kesan bila kita menulis sesuatu yang sememangnya kita suka & kita minat bukan sekadar ikut je apa orang buat. Dalam penulisan blog ni.. Kau akan lebih selesa menulis apa kau suka & tahu. Kalau kau sekadar ikut & tiru apa orang buat tu yang membuatkan kau selalu tak ada idea menulis.. Akhirnya blog kau layu di pusara jer.. hehehe Tu dia mukadimah kan.. Mesti ada segmen mari mengecam sambil menegur katanya. hahaha.. Well.. lekatlekit kan. Ok berbalik cerita pasal yang tertulis kat tajuk tu.. Amboi retisnya blog lekatlekit.com ni sampai ada di kalangan DJ radio pun baca katanya. Harus la retis ok... Ok sila kecam tepi - tepi dulu yer berkenaan pengakuan 'Retis' tu. Aku nak tulis lagi ni.. hahaha Tadi ...

AWAS! JANGAN BURUK SANGKA YANG NAMPAK NORMAL & NAKAL ITU MUNGKIN AUTISME

Image
AWAS! JANGAN BURUK SANGKA YANG NAMPAK NORMAL & NAKAL ITU MUNGKIN AUTISME . Selalu cakap pasal isu semasa jer kan.. sekali sekala kita jadi parenting blogger sekejab yer. Almaklum la blog lekatlekit ni macam2 niche dia boleh tulis. Kira blogger serba boleh jugak la kan.. hahahaha. Ok jangan marah. Kita kena bagitau orang kelebihan kita kalau tak macam mana orang nak tahu apa skill kita ada, ye dak? Bukan isu puji diri sendiri ke hapa.. Isunya sebagai blogger orang kena tahu apa kepakaran kau kalau orang nak guna khidmat kau menulis sesuatu, betul tak?? Ramai yang dah tahu kalau selalu follow aktiviti aku kat facebook. Aku memang agak aktif di support group Austime. Tapi korang jangan ingat group Autisme tu untuk parents yang ada anak2 Autisme jer.. Kat situ ramai je followers di kalangan guru, therapist, parents yang ada anak untuk macam2 masalah perkembangan terutam speech delay, hyperactive, low attention (kurang fokus/Fokus Pendek) & ada jugak di kalangan ibu bapa ...

PENTING UNTUK ANDA TAHU KENAPA UNTUNG PERGI JEPUN PADA BULAN MAC

Image
PENTING UNTUK ANDA TAHU KENAPA UNTUNG PERGI JEPUN PADA BULAN MAC . Sapa kat sini yang teringin sangat nak pergi melancong ke Jepun dengan budget yang tak besar? Ramai kot termasuk aku.. Dok baca orang review tempat - tempat yang best kat Jepun.. Boleh terbawa bawa dalam mimpi ok sebab Jepun antara negara yang cantik & bersih. Bukan je ada Ju On Ok hahahaha.. Jadi yang mana tengah merancang percutian di Jepun Elok sangat la korang baca entri ni sehingga ke titik terakhir kalau tak mungkin anda akan menyesal di kemudian hari sebabnya korang kena tahu bila masa yang terbaik untuk melawat jepun. Dan kenapa aku cakap lebih untung korang pergi jepun pada bulan mac? Nak tahu ke tidak?? Nak tahu teruskan membaca jangkan skip walau satu huruf pun ok! hehehehe Kalau korang merancang nak melancong ke Jepun harus tengok pakej2 yang di sediakan oleh Japan Budget Trip (JBT). Bulan Mac ni. JBT menawarkan Trip ke Tokyo Jepun di mana dalam satu trip ni korang berpeluang merasai pengalaman du...

PELAWAK SHAH TAPAW CUMA BERGURAU ISU NAMA ANAK PUTRA NARUTO

Image
PELAWAK SHAH TAPAW CUMA BERGURAU ISU NAMA ANAK PUTRA NARUTO . Ada jugak aku nampak sejak semalam jadi viral satu gambar baby bersama salinan surat beranak dia. Kat situ tertera nama Muhammad Putra Naruto Bin Mohd Shah Rizal. Hari ni baru aku tau rupanya dia anak seorang pelawak yang terlahir dari satu rancangan realiti tv iatu Shah Tapaw. Kalau sebut nama shah Tapaw serius aku pun tak tau yang mana satu tapi tengok gambar baru tau.. Oo.. dia ni rupanya shah tapaw. Ada la nampak keluar TV cuma tak ambil kisah sangat nama dia hahahaha Katanya salinan surat beranak tu dia edit je dengan nama tu.. Tapi dia mengaku memang mula2 dia nak bagi nama anak dia Naruto di sebabkan keluarga semua tak setuju so tak jadi dia nak menamakan anak dia macam tu. Apa ke pelik bapak budak ni nak bagi anak nama Naruto hahahaha.. Kalau pun minat sangat dengan watak kartun Naruto tu jangan la obses sangat yer. Bagi la nama elok sikit kat anak. Nasib baik keluarga dia tak setuju.. Buatnya family dia tak ...

DRAMA NAMAKU BEDAH TAK LAWAK TAPI TERHEGEH HEGEH

Image
DRAMA NAMAKU BEDAH TAK LAWAK TAPI TERHEGEH HEGEH . Sejak dua menjak ni rajin pulak lekatlekit ni dok tengok drama melayu kan.. Sejak siaran TV percuma kat rumah aku ni bagi kerjasama dengan baik boleh la tengok. Kalau siaran dia hilang dari radar sebab tak mampu nak lawan kuali astro punya tarikkan.. Aku tengok TV je la bukan rancangan dalam TV tu hahaha Tiap2 hari memang aku on je TV.. 8.30 malam tu kadang layan juga drama terbaru Namaku bedah di slot kelakarama TV9 ni. Dok tengok dua tiga kali drama tu serius aku tak rasa ada benda yang lawak walau watak2 dalam drama tu cuba buat komedi. Kebanyakkan yang aku tengok.. adegan adengan terhegeh hegeh.. tergedik gedik.. atau tiga suku yang tak kena pada tempat. Pendek kata.. adegan komedi dalam drama tu serius tak menjadi langsung nak2 lagi dari pelakon2 muda yang memang tak ada bakat semulajadi untuk berlakon komedi ni. Apa ingat semua orang mampu bawa watak2 komedi macam Bell Ngasri tu ke? hahahaha... tetiba Bell Ngasri pulak. Sa...

JANDA TERPAKSA BERKHALWAT KERANA SERING DI GANGGU SAKA IBU

Image
JANDA TERPAKSA BERKHALWAT KERANA SERING DI GANGGU SAKA IBU . Malam ni kita ada segmen baru iatu segmen berita seram lekatlekit. hahahaha.. Sebab yang aku nak share ni bukan cerita seram tapi berita seram. Macam mana pulak berita seram ni.. Nak tau kena la baca entri bukan baca tajuk entri je ok! Alkisahnya sepasang teman tapi mesra berstatus duda & janda ni berkenalan di media sosial & katanya depa declare hanya sebagai kawan.. Tapi kalau kawan sampai tiap2 tengah malam datang rumah pun pelik jugak kan.. Orang2 sekeliling dok perati jer.. Yelah, nak ambil apa2 tindakkan kena pastikan dulu sesuatu perkara tu. Tak boleh main serbu tak pakai helmet katanya. Satgi tak pepasal kepala bertelur pulak kan.. Nak di jadikan kisah misteri satu malam katanya.. Pasangan teman tapi mesra di serbu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, kira-kira jam 3.20 pagi. Baca betu...