Posts

MAYBELLINE SUPPER BB CUSHION ANTARA BARANG YANG AKU SUKA DALAM LAZADA 5TH BIRTHDAY SURPRISE BOX

Image
MAYBELLINE SUPPER BB CUSHION ANTARA BARANG YANG AKU SUKA DALAM LAZADA 5TH BIRTHDAY SURPRISE BOX . Masa dapat Lazada surprise Box bagai nak gila aku tengok sebab ada beberapa barang kosmetik. Aku ni memang la sejenis perempuan yang sukakan kosmetik jadi bila Lazada macam tau tau je apa aku suka bertambah suka la aku. Salah satu barang kosmetik dalam Lazada Surprise Box tu adalah Maybelline Super BB Cushion Fresh Mate.. Serius aku tak pernah guna apa2 jenis atau jenama BB cushion ni. Memang tak pernah ada dalam koleksi beg makeup aku. Sebab tak pernah beli atau pernah cuba bila dapat memang la excited nak merasai pengalaman guna Maybelline Super BB Cushion Fresh Mate ni. Benda baru katanya.. cempeqa tu lebih sikit dari barang lain yang ada dalam surprise box tu. hahahaha Memang dah beberapa kali aku guna.. Memang best ok. Sebab Maybelline BB cushion ni senang nak apply & senang nak blend sekata dengan kulit. Aku guna yang natural so sesuai la dengan kulit aku ...

AKIBAT TAKSUB DENGAN BOMOH IBU NYANYUK DI TUDUH ADA SAKA

Image
AKIBAT TAKSUB DENGAN BOMOH IBU NYANYUK DI TUDUH ADA SAKA . Jangan tak tahu ada tau spesis macam ni di kalangan orang melayu Islam.. Sebab dari muda memang selalu guna khidmat bomoh sampai satu tahap dia tak percaya & yakin dengan rawatan cara Islam menggunakan ayat ayat Al Quran ni. Kisah yang aku nak share ni adalah kisah benar cuma identiti tu di rahsiakan la.. Alkisahnya.. sipolan ni mula terjebak dengan bomoh ni masa dia masih muda kerana terkena buatan seseorang yang sukakan dia. Time tu dia tengah dating dengan someone la.. Ada perancangan untuk kahwin. Bila terkena sihir sipolan yang sukakan dia & cuba pisahkan dia dengan kekasih dia tu so dia cuba mendapatkan rawatan untuk buang sihir tu dari seorang bomoh kampung. Katanya.. Bomoh tu pun syok kat dia jugak.. Konon nak tolong buang sihir yang orang hantar pada dia tapi dia pulak sihirkan sipolan ni supaya sukakan dia. Lawa sangat gamaknya kan.. semua orang berebut2 nak kan dia... Bermula dari kisah tu la.. dia mul...

MISTERI WAN PEAH SEMAKIN TERBONGKAR

Image
MISTERI WAN PEAH SEMAKIN TERBONGKAR . Sapa yang follow drama Misteri Wan Peah kat tv3 setiap isnin hingga Rabu pukul 10 malam? Kalaukat news feed FB aku tu ramai jugak la follower drama ni termasuk aku cuma aku banyak jugak skip episod drama misteri wan peah ni. Pun macam tu aku masih faham perjalanan cerita dia.. Episod mula2 tu mungkin ramai yang anggap Wan Peah ni watak hantu atau wanita yang mengamalkan ilmu hitam & saka dia menganggu penduduk kampung kuala pari hilir tu kan.. Padahal drama Misteri Wan Peah ni bukan cerita pasal hantu ke hapa.. Cerita pasal misteri seorang wanita tua bernama Wan Peah je.. Yang jadi misteri sebab orang kampung ingat dia dah mati padahal Wan Peah selama ni belum lagi mati cuma dia tak keluar rumah waktu siang. Sebab dah lama orang kampung tak pernah nampak Wan Peah.. depa buat spekulasi mengatakan wan peah dah mati. Tetiba cikgu siti pindah duduk rumah yang berjiran dengan rumah Wan Peah.. Cerita pasal hantu Wan Peah kembali jadi sensasi. ...

DAPAT HADIAH SURPRISE BOX SEMPENA LAZADA 5TH BIRTHDAY

Image
DAPAT HADIAH SURPRISE BOX SEMPENA LAZADA 5TH BIRTHDAY . Sapa tak seronok ok dapat sekotak hadiah penuh dengan barang barang yang kau suka.. ye dak? masa terima tu rasa nak pergi ketuk setiap pintu rumah jiran bagitau dapat surprise box dari lazada.. Tu dia.. punya seronok. Almaklum kali pertama merasa dapat benda2 macam ni dari lazada. Mesti ramai yang nak tahu apa yang aku dapat dalam surprise box tu kan.. Sampai nak ketuk pintu rumah jiran & bagitau. Mesti barang2 dalam tu gempak giler.. Mesti la gempak. Macam tau - tau je Lazada ni apa yang aku suka ok! Aku pun suka juga dok cuci mata & Wallet kat lazada tu.. Rambang mata Woo.. kalau buka website lazada. Segala mak nenek ada. Korang boleh tengok sendiri kat website lazada nanti Antara barang2 yang aku dalam dalam Lazada Surprise Box adalah... NYX Bright Idea IllumanatingStick L'Orel Paris Brow Artis Genius Kit                             ...

RESEPI PAJERI TERUNG PALING MUDAH DI MUKA BUMI

Image
RESEPI PAJERI TERUNG PALING MUDAH DI MUKA BUMI . Tu dia.. paling mudah di muka bumi katanya. Kalau ada yang rasa susah jugak mohon kau pergi makan kat restoran mamak line clear sudah. Memang kau spesis tak berbakat nak pegang senduk & kuali.. Kau cuma berbakat sendukkan nasik & lauk dalam pinggan sendiri je.. hehehehe Tapi bagi yang nak mencabar & belajar memasak boleh la mencuba resepi mudah lekat lekit ni... Bukan apa bila merantau kat tempat orang teringin nak makan boleh masak sendiri macam aku ni. Sekarang ni tak susah google je resepi apa kau nak semua ada.. Sampai resepi nasi kangkang pun ada orang google ok! tak tau la sapa la yang dok mencari resepi nasi kangkang tu yer.. Yang pelik2 tu tak payah la nak belajar.. Belajar je resepi yang tak payah nak kangkang macam resepi Pajeri terung ni.. Bahan2 yang di gunakan jugak terjamin bersih halal.. Berbanding nasi kangkang yang ramuan dia guna benda2 kotor. Jadi tanpa membuang masa hangpa yang memang sentiasa busy ...

SILA PERIKSA BAG ANAK ANDA SEKARANG SUPAYA TAK ADA 5 BENDA NI

Image
SILA PERIKSA BAG ANAK ANDA SEKARANG SUPAYA TAK ADA 5 BENDA NI . Bagpack ni memang comel dengan budak2 galas kan. Nampak cute je sebab tu aku pun biasakan anak aku bawa bagpack dia sendiri kalau nak kemana mana. Selain aku rasa nampak cute.. senang dia boleh bawa sendiri barang - barang dia dalam bagpack tu. Biasanya memang aku akan bawa sepasang baju dia & sapu tangan. Untuk emergency case. Almaklum la budak2. Tak payah semak sangat beg mak katanya... Kalau kat sekolah tu memang perlu la bawa even cuma kadang2 tadika ada cikgu tak suggest bawa beg macam tadika anak aku tahun lepas.. tabika kemas. Cikgu mention tak perlu bawa beg tapi ramai je bawa beg. Macam2 benda la nak isi... bekal la.. bekas minuman la.. Kadang2 cikgu bagi kerja rumah nak isi buku jugak. Tahun ni tadika anak aku memang ada beg sendiri. Beg yang tadika dah sediakan.. Tapi bukan free la. Memang kena bayar dalam yuran pendaftaran. Biasa la private kindergarten ni kan... Dalam beg anak aku ni selain baju dia...

FYNN JAMAL DI KECAM ISU JANGAN SOLAT SEPERTI ANJING

Image
FYNN JAMAL DI KECAM ISU JANGAN SOLAT SEPERTI ANJING . Tertarik pulak aku dengan kontroversi yang semakin viral tentang Fynn Jamal ni.. Actually bukan la aku nak komen pasal kenyataan berani dia tentang solat tu.. Cuma tertarik dengan teguran seorang ilmuan alim dan faqih terhadap Fynn Jamal & juga nitezen yang mengecamnya.. Satgi orang tak paham pulak kes apa solat macam anjing bagai ni.. Bagi yang tak ikuti kontroversi tu aku story sikit la yer.. Bukan nak mengaibkan Fynn Jamal ke sesapa.. Sekadar nak bagi jelas apa yang berlaku. Fynn Jamal memuat turun 1 video menerangkan cara solat yang betul. Dalam video tu dia dengan yakin cakap.. Solat lelaki & wanita adalah sama. Cara kita solat selama ni adalah salah.. Sebab masa nak sujud tu kita kepitkan ketiak kan.. Sebab terlalu yakin keluarkan fatwa konon cara tu salah maka Fynn Jamal di kecam. Yang pasal Solat macam anjing tu.. Dia mengaitkan dengan hadis Rasullullah katanya.. mengumpamakan solat macam tu solat macam anji...