Posts

GAMBAR PERNIKAHAN NORA DANISH & NEDIM

Image
GAMBAR PERNIKAHAN NORA DANISH & NEDIM . Setelah sekian lama bercinta katanya.. pasangan kekasih hot & spicy ni akhirnya di ijabkabulkan sebentar tadi katanya dalam sebuah majlis tertutup & sederhana je katanya. Sederhana cara retis ni.. Tak berapa sederhana la kan bagi kita orang semekin ni.. Majlis ni cuma sedara mara & rakan terdekat Nora & Nedim jer.. Tu yang depa kata sederhana.. sebab jemputan tak ramai. hehehehe Alhamdulillah.. Dah sah ijab & kabul.. Tahniah pada pasangan pengantin baru yang masing2 dah kali kedua berkahwin. Hope perkahwinan kedua ni berkekalan hingga akhir hayat lah yer.. Semua pasangan berkahwin mengimpikan hidup bersama sepanjang hayat. Takde orang berkahwin semata mata untuk bercerai je.. melainkan dalam drama TV je. Kahwin kontrak apa bagai.. hehehehe Tengok gambar2 kahwin Nora & Nedim.. Sederhana pun lawa kemain. Majlis je sederhana katanya.. Pengantin baru melaram tak berapa sederhana. Retis... Kang pakai tak cantik pu...

IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU

Image
IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU . Sesungguhnya sememangnya zaman telah berubah & mengubah segalanya. Dulu kalau orang nak buat kerja2 syirik & khurafat atau kerja nak menyihir orang ni terpaksa bertapak pergi rumah mana2 pawang atau bomoh.. Paling terkenal untuk service macam ni yang jenis bomoh siam la. Bomoh siam tak semestinya orang siam.. Ada orang melayu yang mengamalkan ilmu sihir cara orang siam pun ada. Pun di panggil bomoh siam. Orang cina pun ada bomoh siam jugak.. Bomoh siam ni kira antara bomoh2 yang kira boleh tahan la ilmu batin yang penuh syirik & khurafatnya.. terbaca perkongsian dari fb page beautifulnara tadi.. Dia share screenshot pasal conversation seorang yang menyediakan khidmat menyantau. Tu dia.. dia iklankan service dia kat whatsapp pulak.. Lepas tu siap ugut sapa block dia, dia akan santau. Macam hampeh dia punya marketing tau.. Yang best lagi siap bagitau harga mengikut jenis hantu.. Ni kalau ikut size hantu...

MUNGKIN INI KAITAN MALIKA DENGAN WAN PEAH DALAM MISTERI WAN PEAH EPISOD AKHIR

Image
MUNGKIN INI KAITAN MALIKA DENGAN WAN PEAH DALAM MISTERI WAN PEAH EPISOD AKHIR . Semalam adalah episod terakhir drama slot seramedi TV3 Misteri wan peah.. Penuh la news feed FB aku. Masing2 terpinga pinga sebab ending drama Misteri Wan Peah tu agak tergantung & masih ada misteri yang belum terbongkar. Masing2 meluahkan perasaan tak puas hati dengan ending macam tu.. Sabaq cheq. Ada sebab kenapa drama tu ending dia tergantung macam tu.. Sebab katanya ada sekuel kedua... Mungkin akan di rungkai misteri tu dalam sekuel kedua nanti la kot. Ramai yang tak berapa faham lagi tentang wan peah.. Dalam episod akhir semalam.. Tetiba muncul watak hantu yang sama macam Hantu Malika watak dalam drama anak buluh betong dulu. Kalau hangpa tak pernah tengok drama Anak buloh betong tu.. Hangpa google nanti na... Cheq nak cerita pasal Misteri Wan Peah ja. Masing2 tertanya apa kaitan Malika tu dengan wan peah? Kenapa Malika cakap Wan Peah langgar perjanjian.. Meh sini aku nak buat spekulasi sikit ...

KISAH SUKA DUKA BELI BEG SEMPENA LAZADA 5TH BIRTHDAY SALE

Image
KISAH SUKA DUKA BELI BEG SEMPENA LAZADA 5TH BIRTHDAY SALE . Baru je habis sale sempena lazada 5th birthday haritu.. Selain aku dapat surprise box dari lazada yang ada 10 barang berjenama dalam tu termasuk 1 handbag berjenama carlo rino, aku tak lepaskan peluang juga bershopping sempena lazada 5th birthday sale ni. Tapi tak ada la bershopping sakan kan.. Cuma beli barang2 yang perlu sahaja.. Trolley Travel Mate Antara barang yang aku beli masa lazada 5th birthday sale tu.. satu bagpack untuk anak aku.. Macam hampeh beg tu. Siap ada stapler kemudian cover dengan pekat hitam.. Aku call seller dia tanya. Dia cakap beg dia semua memang ada stapler. Macam hampeh.. konon harga selepas diskaun RM35 padahal kualiti barang dia memang jenis barang murah punya. Siap seller GTE shop tu cakap.. Beg RM35 include postage memang kualiti dia macam tu.. lain la beg harga RM350.. Boleh la dapat handmade yang mata cantik katanya. Yang kau letak harga konon beg tu macam mahal sangat sebelum diskaun ...

PELAKON VETERAN NORLIA GHANI TIMANG CICIT, RUSDI RAMLI TIMANG CUCU

Image
PELAKON VETERAN NORLIA GHANI TIMANG CICIT, RUSDI RAMLI TIMANG CUCU . Tahniah di ucapkan buat pelakon veteran yang rasanya semua orang kenal, Mama Norlia Ghani yang memberitahu di laman facebook beliau dah timan cicit pertama dari cucu lelakinya anak kepada pelakon Rusdi Ramli.. Wah dah jadi datuk la Rusdi Ramli kan.. Betapa nampak vouge lagi memasing tak kira yang timang cicit & timang cucu. Nenek pun masih nampak sihat.. Si Ayah yang jadi datuk dok nampak ensem lagi.. Tu yang untung mereka yang kawen muda atau mengamalkan hidup secara sihat. Insya Allah jika umur panjang masih nampak muda & masih kuat untuk meneruskan kerjaya mereka. Cucu kepada Mama Norlia Ghani & anak kepada Rusdi Ramli ni tak silap melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas.. Alhamdulillah awal rezeki depa menimang cahayamata awal kan. Dapat baby boy lagi tu. Tak payah nak hadap soalan2 cepuk emas dari para mulut kak nam & abang keypo tanya bila nak ada anak. Tunggu lepas pantang esok.. ha...

WAN PEAH BUAT PENDUDUK KAMPUNG KUALA PARI HILIR DI SELUBUNGI MISTERI

Image
WAN PEAH BUAT PENDUDUK KAMPUNG KUALA PARI HILIR DI SELUBUNGI MISTERI . Ni entri ketiga pasal drama misteri wan peah katanya.. Semakin nak habis episod semakin syok pulak layan drama Misteri Wan Peah ni.. Bukan apa semakin lama semakin banyak pulak misteri wan peah yang sukar untuk penonton meneka apa sebenarnya yang berlaku pada wan peah & wan peah ni sebenarnya bela saka ke bela kucing ke bela hapa? Memang setakat ni followers drama misteri Wan peah kat news feed FB aku tak ada seorang pun dapat ramal misteri di sebalik seorang tua bernama wan peah.. Aku sendiri pun mula rasa.. Wan peah bukan hantu. Yer betul.. Lepas tu aku syak dia ada saka yang di wariskan oleh mak dia untuk jaga dia sebab mak dia tahu orang kampung kuala pari hilir nak menganiaya dia.. Yang tu tak pasti betul ke tidak cuma aku agak je la. Episod semalam.. Anak wan peah dah explain kat ketua kampung & 3 serangkai yang cukup takut dengan wan peah tu.. Yeh Kumbang, Ghani Gagap & Wan kelubi ke hapa...

SEKARANG DAH BOLEH BELI BARANG BASAH SECARA ONLINE DARI PASAR YANG ANDA SUKA

Image
SEKARANG DAH BOLEH BELI BARANG BASAH SECARA ONLINE DARI PASAR YANG ANDA SUKA .  Tak lama lagi aku rasa semua orang bertapa dalam rumah je la.. Memang jadi betul - betul anti sosial.. Sebabnya sekarang nak apa.. semua boleh dapat semudah clik2 guna hujung jari je. Semuanya boleh beli secara online & tunggu je nanti ada orang hantar depan pintu. Tak payah berdepan dengan risiko kena ragut ke hapa kat luar sana bila bawa cash money banyak2 sebab nak membeli belah. Boleh bayar guna online banking jer.. Setakat Mall & supermarket online tu dah bukan benda baru la.. Setakat nak beli belah kat website yang jual barang keperluan harian yang kering2 tu pun bukan sesuatu yang rare tapi kalau yang jual barang basah macam kat pasar tu kira baru nak meluas la melalui pasaran online. Tu dia lepas ni tinggal kucing jer kat pasar basah kalau dah ramai pilih beli barang basah secara online kan? Benda - benda ni memang sangat sesuai untuk orang orang yang macam aku jenis malas sangat ...