Posts

TROLL RAMADHAN.. 'FENOMENA 'DONE'

Image
TROLL RAMADHAN.. 'FENOMENA 'DONE' . Sejak dua tiga hari ni dah muncul troll2 ramadhan terutama fenomena 'Done'. Masing2 dok post sindiran pasal golongan 'Done' yang bakal muncul esok hari. Sebab bermula 1 Ramadhan ni.. Maka bermula juga episod 'Done' di media sosial. Bagi yang blur blur lagi tak tau pekebendanya fenomena 'Done' ni.. Mungkin hangpa baru ada account media sosial tahun ni so terlepas la menyaksikan fenomena 'Done' yang tahun tahun lepas punya. hehehehe Fenomena 'Done' yang di maksudkan adalah.. Setiap kali menjelang ramadhan akan ramai buat post 'Done' selepas melakukan apa2 task atau aktiviti sepanjang ramadhan. Contohnya.. 1. Selesai sahur - post caption 'Done sahur' 2. Selesai solat tarawih - post caption 'Done Tarawih' 3. Selesai solat 5 waktu - post caption 'Done Solat' begitulah yang di gambarkan dengan fenomena Done yang sedang jadi troll sekarang ni kat media sos...

JADUAL WAKTU IMSAK & WAKTU BERBUKA PUASA SELURUH MALAYSIA

Image
JADUAL WAKTU IMSAK & WAKTU BERBUKA PUASA SELURUH MALAYSIA . Hari ini hari Jumaat, Insya Allah esok seluruh umat Islam akan menyambut 1 Ramadhan 1438H bersamaan 26 Mei 2017. Hari ni ramai dah sampai ke kampung halaman & mungkin ada yang baru gerak nak balik kampung untuk sambut puasa dengan keluarga. Aku macam biasa la sambut puasa kat sini je bersama suami & anak. Simpan cuti nak balik raya nanti. Lagipun baru baru ni kan dah balik kampung.. Kami bukan orang kaya raya.. So tak boleh cuti kerap kerap sangat. Tak apa.. family kat kampung paham. Jangan raya tak balik sudah satgi memasing menangis basah telekung nak solat sunat hari raya. Bagi persediaan kita nak sambut puasa ni selain print 30 menu untuk di masak sepanjang ramadhan yang ni pun penting jugak supaya tak terbabas sahur & tak terbuka puasa awal. Manatau time2 puasa ni la dia nak jadi pelupa la.. Hilang ingatan bagai. Time puasa juga la dia nak jadi terlatah makan bila dengar azan asar bagai kan. So, untuk...

ORANG MISKIN MAMPU KE BELI KUOTA INTERNET & ONLINE?

Image
ORANG MISKIN MAMPU KE BELI KUOTA INTERNET & ONLINE? Tu dia.. pagi2 khamis hang dah tulis isu hangat ni awat lekatlekit. Malam semalam mimpi apa? Tak dak mimpi apa la.. Mimpi biasa biasa ja yang pasti memang ada mimpi la setiap kali aku tidur. Tapi mimpi tu tak penting.. Yang penting tajuk entri tu yang nak di kupas kupis & kopek denga rakusnya.. Mohon bersabar para pembaca budiman. Satgi perenggan demi perenggan kami ulas berkenaan isu tu, ok! Hangpa rilex je sambil membaca sehingga ke noktah terakhir. Dulu.. Aku ni antara manusia yang berbaik sangka juga dalam certain keadaan. Kadang2 aku jadi lurus percaya bulat2 apa yang orang sampaikan. Lupa nak siasat sebab tak timbul langsung rasa syak wasangka tu. Tapi bila sampai masa Allah nak bagi hint.. time tu la mula nak jadi SpyDerBlogger kekdahnya. Dari sekecik kecik perkara aku mula nak pertikaikan logik atau tak? Tu padah bila aku mula hilang kepercayaan pada seseorang. Aku ni bukan spesis mudah percaya tapi bila percaya ...

PENGALAMAN SERAM PRAMUGARI BAS PUAKA KETIKA MELALUI LEBUHRAYA SEGAMAT

Image
PENGALAMAN SERAM PRAMUGARI BAS PUAKA KETIKA MELALUI LEBUHRAYA SEGAMAT . Hangpa rindu kami dak? Maksud kami rindu cerita seram kat blog kami ni.. Alah, minggu lepas ada ja kan kami share kisah seram. Baru ja berapa hari tak dak kisah seram baru hangpa dah rindu rinduan. Yalah.. tak lama lagi ramadon bakal tiba. Time tu orang tak sibuk nak memburu kisah seram dah orang sibuk kejar nak pi terawih & nak buru malam lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir ramadhan kan.. Jadi di kesempatan yang ada tinggal tak berapa hari lagi ni nak ke bulan ramadhan meh la kami momokkan hangpa dengan cerita seram. Gambar sekadar hiasan Malam ni segmen seram serik lekatlekit akan berkongsi sebuah cerita dari pengalaman seorang pramugari bas ekspress.. Apa tak pernah dengaq bas ada pramugari. Takpa la ni hang dah tau kan bas pun ada pramugari juga. Untuk bas bas eksekutif la. Normally bas yang ada pramugari ni untuk perjalanan jauh macam bas dari KL terus ke singapore. Bas double decker. Tug...

AWAS! JANGAN SAMPAI ANAK ANDA TERPAKSA HADAPI 5 PERKARA NI DI SEKOLAH

Image
AWAS! JANGAN SAMPAI ANAK ANDA TERPAKSA HADAPI 5 PERKARA NI DI SEKOLAH . Hari pertama menghantar anak ke sekolah itulah hari paling merisaukan para ibu bapa tapi benda tu akan berlalu bila kita nampak anak kita dah mula serasi & boleh bawa diri dengan suasana sekolah. Kita pun rasa.. Boleh hantar & balik rumah atau pergi kerja dengan senang hati tanpa perlu terlalu fikirkan keadaan anak kita kat sekolah. Kita dah boleh buat kerja, makan & minum macam biasa sementara anak kita berada di bawa jagaan guru di sekolah. Bila kita ambil anak dari sekolah kita nampak dia happy macam tak ada masalah so kita pun rasa dia tak pernah ada apa apa masalah kat sekolah. Kita pun tak pernah nak bersoal jawab pasal keadaan anak kita kat sekolah lagi kecuali bertanyakan tentang pelajaran & kerja - kerja rumah. Cukup semester kita cuma nak tengok keputusan peperiksaan mereka yang cemerlang, gemilang terbilang supaya boleh la upload kat media sosial nanti hehehehe... Baru si Zakiah tu t...

RESEPI KARI IKAN SALMON MENU IFTAR MUDAH & SEDAP (Lazada Blogger Contest)

Image
RESEPI KARI IKAN SALMON MENU IFTAR MUDAH & SEDAP (Lazada Blogger Contest) . Minggu ni minggu menghitung hari detik demi detik.. Masa ku nanti apa kan ada. Tu dia tetiba lagu kriss Modenas dah keluar hahahaha. Tak berapa hari lagi kita akan menyambut bulan ramadhan Al Mubarak katanya. Bulan penuh keberkatan & makanan jugak. Tapi harus di ingat dalam mencari keberkatan ramadhan ni jangan sampai kita melakukan pembaziran takut hilang keberkatan dosa pula kita dapat. Memang la bulan puasa ni kita terpaksa menahan lapar & dahaga dari terbit matahari sehingga terbenam matahari so bila nampak makanan macam singa nampak kijang. Semua kita rasa nak makan & semua kita rasa boleh makan. Walhal kadang2 masa berbuka kita cuma minum air & makan sepinggan nasi berlauk je. Lepas tu kenyang, betul tak? Jadi untuk elakkan pembaziran kena juga mengelak mengunjungi bazar ramadhan. Yang lebih Afdal adalah memasak sendiri kat rumah. Bukan banyak pun nak makan. Tak sampai sekawah pun...

REMAJA 19 TAHUN DI DENDA RM40 RIBU JUAL & PASANG BRACES TIRUAN TANPA TAULIAH

Image
REMAJA 19 TAHUN DI DENDA RM40 RIBU JUAL & PASANG BRACES TIRUAN TANPA TAULIAH . Sekarang tengok ramai dok jual braces @ pendakap gigi tiruan. Murah je sampai tak masuk akal. Yelah la nama pun tiruan. pakai sekadar untuk berfesyen jer katanya. Tapi tak tau la apa yang lawa sangat pakai braces ni kan.. Pada pandangan mata remaja lanjut usia macam aku ni memang rasa tak cantik pun. Aku sendiri tengok rimas besi dok tersangkut kat gigi tu. Tak lekat daging ka celah2 besi tu kalau makan hahahaha. Kemunculan Braces tiruan ni menyebabkan lahirnya ramai doktor - doktor gigi tiruan jugak. Depa jual siap dengan pemasangan lagi. Umur 19 pun dah jadi doktor pasang braces ni ok! Menangis bawah bantal ahkak ok melihat hangpa yang muda2 lagi dah jadi doktor braces. Orang lain nak dapat tauliah untuk pasang braces ni bertahun tahun belajar kat yunibesiti sana nu.. Hangpa termenung depan youtube je dah graduate sebagai doktor braces. Sungguh.. tak sia sia topup kuota internet katanya. heheh...