Posts

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP

Image
DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP . Dah sampai ke penghujung ramadhan.. Rasa macam cepat sangat masa tu berlalu. Sepantas watson nyambek berlari kekdahnya. Punya laju la sampai tak sempat nak shopping raya lagi ni.. Tahun ni memang tak persiapan raya apa - apa. Bagi yang tahu kenapa.. Maka tahu tahu. Dari mak, bapak hinggalah ke anak sampai hari ni takde langsung apa2 yang berkaitan raya kami siapkan. Hari berlalu macam tu jer Puasa pun tak terasa dah nikmat puasa. Rasa macam baru bangun sahur tup tup dah nak berbuka. Dalam keadaan sekarang segala rasa lapar dahaga tu memang tak berapa terasa sangat la. Tak tau la nak kategorikan benda ni nikmat atau ujian jugak. Mesti ada yang kata.. Ok la tu.. Puasa tak di uji dengan rasa lapar & dahaga tapi tu la.. Nikmat berpuasa tu macam tak ada. Macam hilang deria rasa jer. Sejak dari hari pertama puasa.. Rasa tak berapa berehat lagi aku ni. Bukan saja fizikal malah mental pu...

YANG RAMAI TIDAK TAHU WATAK AIRIL DALAM DRAMA ANDAINYA TAKDIR ADALAH KISAH BENAR PESAKIT MENTAL OTHELLO SYNDROME

Image
YANG RAMAI TIDAK TAHU WATAK AIRIL DALAM DRAMA ANDAINYA TAKDIR ADALAH KISAH BENAR PESAKIT MENTAL OTHELLO SYNDROME . Malam2 kalau scroll news feed kat FB tu boleh nampak macam macam luahan perasaan kaum wanita terutamanya pasal perangai Airil watak hero dalam drama tu. Aku follow jugak drama ni dari awal.. Cuma kadang2 terskip. Nak kata marah sangat dengan watak Airil tu tak la.. Sebab aku tahu orang macam watak Aril ni bukan sengaja dia buat macam tu even aku sendiri pun tak sure apa penyakit orang macam ni. Orang takde masalah mustahil perangai dia jadi abnormal macam tu. Sekejab baik sangat sekejab macam syaiton nirrojim. Tapi tak saman yang pretend baik, muka baik tapi hati iblis yer. Yang tu bukan sebab sindrom apa2.. Yang tu memang dah hatinya bangkai secara semulajadi hehehehe Tapi watak Airil tu memang berkaitan dengan penyakit jiwa juga la.. Sebab manusia normal ni masih mampu kawal emosi & tindakkan dia ye dak. Aku pernah kenal orang macam ni.. Sebab tu aku tahu orang ...

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK

Image
TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK . Dah masuk 18 Ramadhan katanya.. Awal - awal puasa tu memang berkobar kobar, bangun masak sahur bagai. Tapi masuk pertengahan & hujung puasa.. Ramai dah mula mengelat. Sebab malas nak bangun masak sanggup skip sahur. Tak elok tau.. Bersahur ada keberkatannya.. Jangan skip sahur macam aku ni. Apapun berlaku still bangun & bersahur even hanya makan kurma & air kosong katanya. Tu kes awal awal puasa hari tu la. Mood down to the earth sangat sampai hilang deria rasa nak makan kekdanya.. Tapi sekarang, Alhamdulillah dah ok! Bila kita redha & letakkan pergantungan kita pada Allah, Insya Allah.. Allah bantu kita lebih kuat untuk hadapi Ujian hidup nak2 lagi Ujian tu datang di bulan ramadhan yang mulia. Banyak hikmahnya... Insya Allah. Kalau aku la.. beranak pinak ni memang la nak keluar bersahur kat luar memang jadi satu perkara yang menyusahkan balik. Memang tidak la.. Apalah sangat nak makan dua mulut dalam rumah...

SAPS MEMUDAHKAN GURU & IBU BAPA MEMASUKKAN & MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR

Image
SAPS MEMUDAHKAN GURU & IBU BAPA MEMASUKKAN & MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR . Zaman sekarang semua operasi di lakukan secara atas talian. Demi memudahkan & menjimatkan masa & tenaga. Dan kerana itu SAPS di cipta untuk memudahkan semua pihak termasuk golongan guru & ibu bapa. Sedikit pengenalan tentang SAPS ni.. dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Disini, Sistem Guru Online ingin berkongsi sedikit info tentang sistem analisis peperiksaan sekolah. Boleh dicapai oleh semua pihak termasuk KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Data yang di simpan boleh di gunakan pakai oleh semua pihak sekiranya ingin membuat sebarang analisis. Untuk para guru.. Sistem ni memudahkan guru untuk memasukkan keputusan peperiksaan pelajar secara online. Untuk golongan ibu bapa pula SAPS memudahkan anda menyemak keputusan peperiksaan anak anak. Senang kan? Nak nak lagi zaman sekarang ibu bapa memang s...

PENIAGA ONLINE KENA ROGOL DENGAN PEMANDU GRABCAR

Image
PENIAGA ONLINE KENA ROGOL DENGAN PEMANDU GRABCAR . Sekarang ni ramai yang pilih GrabCar sebab katanya lebih murah berbanding teksi. Guna kemudahan GrabCar ni katanya lebih secure.. Kalau ada apa - apa yang berlaku at least detail tentang pemandu tu di simpan oleh company GrabCar tersebut berbanding teksi.. dia tidak terikat bawah mana2 syarikat. Lebih kepada individu.. Gambar sekadar hiasan Tapi tu la.. berurusan dengan manusia ni mana ada jaminan 100% selamat ye dak? Manusia ni antara hidupan yang bernafsu. Tu dia.. hidupan katanya. marah manusia lain kat kami satgi. Habis pakat dok serbu blog kami. Mampuih kena kecam, jadi viral seterusnya popular & david teo offer berlakon filem seram watak toyol pulak. Yelah.. nak jadi pontianak tak cukup tinggi katanya.. Jadi toyol je mampu. Tapi dok buang masa baca berita2 kat akhbar online ni terbaca satu kes di mana seorang peniaga online katanya membuat laporan polis di rogol oleh seorang pemandu GrabCar. Masih dalam siasatan so t...

BLOGGER & PENGACARA SHEA RASOL MENINGGAL DUNIA

Image
BLOGGER & PENGACARA SHEA RASOL MENINGGAL DUNIA . Innalillahhiwainnalillahhirojium.. Salah takziah kepada seluruh ahli keluarga Arwah Shea Rasol merupakan seorang blogger juga seorang pengacara rancangan TV. Di khabar telah meninggal dunia pada bulan mulia di hari Jumaat ini.. Allah.. antara orang2 yang bertuah terpilih untuk pergi meninggalkan dunia fana di hari yang mulia ni. Moga Allah mengampuni dosa dosanya & menempatkan arwah di kalangan orang orang yang beriman. Apa yang aku sempat baca di blog Arwah.. katanya Arwah mengidap cancer. Mungkin itulah asbab arwah meninggal dunia. Apapun asbabnya sesungguhnya sampai masa tidak akan terlewat atau tercepat walau sesaat. Hidup kita dah tertulis sejak azali. Actually aku tak berapa kenal Shea Rasol ni sebgai blogger cuma kenal semasa beliau mengacarakan rancangan SIS kat tv3 dulu bersama Heliza Helmi & sorang lagi sapa ntah lupa pulak nama dia. Tapi dia agak di kenali di kalangan blogger2 terkenal la. Aku ni walau blo...

ARGAN SCAR SERUM PENYELESAIAN SEMUA MASALAH PARUT KECUALI PARUT LUKA PUTUS CINTA

Image
ARGAN SCAR SERUM PENYELESAIAN  SEMUA  MASALAH PARUT KECUALI PARUT LUKA PUTUS CINTA . Parut.. sapa suka parut. Confirm ramai tak suka even parut kat tempat tertutup pun. Aku pun jenis berparut jugak.. Parut jerawat, parut bekas garu.. Kira parut & aku umpama aur & tebing la. Tapi sekarang ni tak payah sedih, rasa down & confident level terus merudum sehingga ke paras bawah. Hidup belum musnah hanya kerana parut.. sebab macam macam cara boleh buat untuk menyelesaikan masalah parut ni. Antaranya menggunakan produk Argan Scar Serum.. Kau cakap parut apa dia tak boleh sental.. Parut kelapa jer tak boleh tapi yang lain lain parut semua boleh. Satu lagi parut di hati sebab putus cinta pun tak boleh hilangkan dengan Argan Scar Serum tapi kalau putus cinta sebab muka atau badan berparut boleh la guna. hehehehe. Satgi ada cakap.. Kalau parut lama yang dah sebati dengan kulit ni boleh ke hilang dengan guna Argan Scar Serum ni? Awat pulak tak boleh tapi kalau kau sapu ...