Posts

GAMBAR ANAK LELAKI SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN

Image
GAMBAR ANAK LELAKI SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN . Semua orang tahu Pelakon terkenal Shaheizy Sam & Syatilla Melvin baru jer menimang cahaya mata lebih kurang 3 bulan lepas la. Kira ni dah lepas pantang la kan... Sebelum ni memang tak nampak depa upload gambar anak depa.. Maybe nak tunggu lepas pantang kot. Almaklum la tunjuk gambar baby yang belum habis pantang ni macam2 risiko terutama berkaitan dengan penyakit Ain ni kan.. Tapi selepas 46 hari umur baby boy depa akhirnya pasangan selebriti terkenal ini memberi peluang para peminat untuk melihat rupa paras baby boy mereka yang di beri nama Syeriv Samheizy bin Shaheizy Sam. Tu dia.. bunyi keju ja nama dia. Tak kisah la bunyi keju ka.. bunyi belacan ka.. bunyi tempe ka.. asalkan membawa maksud yang baik ye dak. Aku sendiri pun tak tau apa makna nama anak depa.. Moga2 yang baik baik saja la kan. Menurut post Syatilla Melvin baby boy depa ni di lahirkan melalui kaedah c-section. Pembedahan la tu. Dia tak keluar ikut pi...

BLOGGER HAMPIR KENA TIPU KETIKA MENCARI BANTUAN GUAMAN

Image
BLOGGER HAMPIR KENA TIPU KETIKA MENCARI BANTUAN GUAMAN . Lagi 2 hari kita akan menyambut ketibaan hari raya.. Tak terasa sungguh ramadhan dah nak berlalu. Rasa sekejab je. Rasa baru macam semalam aku bangun sahur hari pertama puasa.. Tup tup dah penghujung puasa dah. Time ni ramai dah berdesup balik kampung masing masing la kan.. Tapi aku Almaklum la.. Musibah datang sehari sebelum puasa, Jadi raya kali ni di korbankan la. Malas la nak berkias kias dah.. Rasa ramai blogger tahu kes aku kena saman dengan pihak **tetetttetetttt*** tu.. Ni sebut **tetttetettt** boleh ke tidak? Siapa dia jangan tanya siapa.. Yang tahu maka tahu la. Surat saman tu sampai sehari sebelum puasa.. Tarikh sebutan kes sepatutnya  20 Jun lepas tapi di sebabkan aku buat rayuan untuk tangguhkan kes.. Alhamdulillah mahkamah yang baik hati luluskan rayuan tu. Pengurusan Kes akan berlangsung pada 20 july nanti pulak. Yelah.. dekat2 nak raya nak meronggeng ke kota bahru kelantan sana.. Banyak kekangan terutama ...

BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG

Image
BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG . Sebagaimana yang aku tulis pada tajuk entri itulah yang berlaku pada diri aku. Disebabkan seseorang yang pernah ambil review di blog aku.. Aku terima musibah yang bagi aku agak hebat sepanjang aku berblog. Kira cipta sejarah baru aku sepanjang 8 tahun menulis blog lekatlekit ni.. Boleh jugak aku buat novel ni.. Manatau dari penulis blog jadi penulis novel lepas tu novel aku di adaptasi jadi drama atau filem.. Box Office.. dapat banyak royalti.. jadi kaya.. hahahahhaa. Tu dia. Dia punya berangan sampai langit ke tujuh. Tinggi sangat satgi tak tau nak nak turun lagu mana pulak. Berbalik pada kisah tajuk entri tu.. Even dengan sipolan yang ambil review tu memang aku tak pernah ada masalah, tak pernah kacau hidup dia & tak pernah jentik walau hujung kuku pun pasal dia. Tapi aku tak faham kenapa dia mesti aniaya aku. Tapi mungkin apa dia buat atas dasar 'Tolong kawan' dia kot.. Tapi tetap niat tu tidak membetulkan perbuat...

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP

Image
DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP . Dah sampai ke penghujung ramadhan.. Rasa macam cepat sangat masa tu berlalu. Sepantas watson nyambek berlari kekdahnya. Punya laju la sampai tak sempat nak shopping raya lagi ni.. Tahun ni memang tak persiapan raya apa - apa. Bagi yang tahu kenapa.. Maka tahu tahu. Dari mak, bapak hinggalah ke anak sampai hari ni takde langsung apa2 yang berkaitan raya kami siapkan. Hari berlalu macam tu jer Puasa pun tak terasa dah nikmat puasa. Rasa macam baru bangun sahur tup tup dah nak berbuka. Dalam keadaan sekarang segala rasa lapar dahaga tu memang tak berapa terasa sangat la. Tak tau la nak kategorikan benda ni nikmat atau ujian jugak. Mesti ada yang kata.. Ok la tu.. Puasa tak di uji dengan rasa lapar & dahaga tapi tu la.. Nikmat berpuasa tu macam tak ada. Macam hilang deria rasa jer. Sejak dari hari pertama puasa.. Rasa tak berapa berehat lagi aku ni. Bukan saja fizikal malah mental pu...

YANG RAMAI TIDAK TAHU WATAK AIRIL DALAM DRAMA ANDAINYA TAKDIR ADALAH KISAH BENAR PESAKIT MENTAL OTHELLO SYNDROME

Image
YANG RAMAI TIDAK TAHU WATAK AIRIL DALAM DRAMA ANDAINYA TAKDIR ADALAH KISAH BENAR PESAKIT MENTAL OTHELLO SYNDROME . Malam2 kalau scroll news feed kat FB tu boleh nampak macam macam luahan perasaan kaum wanita terutamanya pasal perangai Airil watak hero dalam drama tu. Aku follow jugak drama ni dari awal.. Cuma kadang2 terskip. Nak kata marah sangat dengan watak Airil tu tak la.. Sebab aku tahu orang macam watak Aril ni bukan sengaja dia buat macam tu even aku sendiri pun tak sure apa penyakit orang macam ni. Orang takde masalah mustahil perangai dia jadi abnormal macam tu. Sekejab baik sangat sekejab macam syaiton nirrojim. Tapi tak saman yang pretend baik, muka baik tapi hati iblis yer. Yang tu bukan sebab sindrom apa2.. Yang tu memang dah hatinya bangkai secara semulajadi hehehehe Tapi watak Airil tu memang berkaitan dengan penyakit jiwa juga la.. Sebab manusia normal ni masih mampu kawal emosi & tindakkan dia ye dak. Aku pernah kenal orang macam ni.. Sebab tu aku tahu orang ...

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK

Image
TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK . Dah masuk 18 Ramadhan katanya.. Awal - awal puasa tu memang berkobar kobar, bangun masak sahur bagai. Tapi masuk pertengahan & hujung puasa.. Ramai dah mula mengelat. Sebab malas nak bangun masak sanggup skip sahur. Tak elok tau.. Bersahur ada keberkatannya.. Jangan skip sahur macam aku ni. Apapun berlaku still bangun & bersahur even hanya makan kurma & air kosong katanya. Tu kes awal awal puasa hari tu la. Mood down to the earth sangat sampai hilang deria rasa nak makan kekdanya.. Tapi sekarang, Alhamdulillah dah ok! Bila kita redha & letakkan pergantungan kita pada Allah, Insya Allah.. Allah bantu kita lebih kuat untuk hadapi Ujian hidup nak2 lagi Ujian tu datang di bulan ramadhan yang mulia. Banyak hikmahnya... Insya Allah. Kalau aku la.. beranak pinak ni memang la nak keluar bersahur kat luar memang jadi satu perkara yang menyusahkan balik. Memang tidak la.. Apalah sangat nak makan dua mulut dalam rumah...

SAPS MEMUDAHKAN GURU & IBU BAPA MEMASUKKAN & MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR

Image
SAPS MEMUDAHKAN GURU & IBU BAPA MEMASUKKAN & MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR . Zaman sekarang semua operasi di lakukan secara atas talian. Demi memudahkan & menjimatkan masa & tenaga. Dan kerana itu SAPS di cipta untuk memudahkan semua pihak termasuk golongan guru & ibu bapa. Sedikit pengenalan tentang SAPS ni.. dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Disini, Sistem Guru Online ingin berkongsi sedikit info tentang sistem analisis peperiksaan sekolah. Boleh dicapai oleh semua pihak termasuk KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Data yang di simpan boleh di gunakan pakai oleh semua pihak sekiranya ingin membuat sebarang analisis. Untuk para guru.. Sistem ni memudahkan guru untuk memasukkan keputusan peperiksaan pelajar secara online. Untuk golongan ibu bapa pula SAPS memudahkan anda menyemak keputusan peperiksaan anak anak. Senang kan? Nak nak lagi zaman sekarang ibu bapa memang s...