Posts

GIGI BERKARAT? KUNING? CELUP CELUP & BERUS JE DENGAN CARBONMINT TERUS PUTIH

Image
GIGI BERKARAT? KUNING? CELUP CELUP & BERUS JE DENGAN CARBONMINT TERUS PUTIH . Assalamualaikum.. Kat sini sesapa ada masalah dengan gigi tak? Orang muka cantik, makeup tebal 3 inci sekalipun kalau gigi tak cantik pun tak guna jugak kan? Nak2 lagi gigi berkarat, kuning bagai.. Alllahu.. Rasa macam tak berapa nak murah senyuman sangat la kan. Kalau senyum pun sedaya upaya cover gigi dari orang nampak. Senyum pun nampak tak ikhlas je kalau cover cover ni Ok.. Bila kurang senyum ni kurang la pahala sebab senyum tu kan satu sedekah. Sedekah ni dapat pahala. hehehehe. Jadi memang penting sangat la penjagaan gigi agar kita mampu melemparkan senyuman paling manis yang menyenangkan semua orang. Masalah gigi kuning ni ramai orang hadapi.. Ia berpunca dari faktor pemakanan juga selain sebab merokok. Antara makanan & minuman yang menyebabkan gigi kuning macam kari, minum minuman berkafien semua tu. Faktor lain gigi kuning ni adalah sebab cara penjagaan gigi yang tak betul atau malas go...

AKU BUKAN SRIKANDI, CUMA HAMBA YANG DI UJI

Image
AKU BUKAN SRIKANDI, CUMA HAMBA YANG DI UJI .  Macam satu mimpi ngeri apa yang berlaku.. Sebenarnya tak pernah pun terlintas di hati saya benda ni akan berlaku dalam hidup saya. Rasanya mimpi seram tu lagi indah dari realiti yang perlu saya hadap sekarang. Orang nampak saya macam kuat.. terus berusaha, berjuang mencari jalan penyelesaian. Macam tak pernah mengalah atau putus asa.. Semua orang nampak saya seolah2 seorang srikandi, seorang yang sangat kuat hadapi Ujian besar bila di saman RM3 juta.. Padahal.. Saya manusia biasa. Wanita biasa.. Saya pernah rasa down, rasa putus asa, rasa penat, rasa nak mengalah.. Semua rasa tu memang ada saya rasa. Saya menangis.. saya kemurungan.. Sampai terpaksa di tenangkan suami saya. Semua tu berlaku pada saya tapi tak siapa yang nampak. Tapi bila saya meletakkan pergantungan pada Allah sebab saya rasa semua yang berlaku ni di luar kemampuan saya walau saya cuba berusaha. Akhirnya Allah bagi jalan.. Allah bantu saya melalui orang lain. Satu p...

MAAF.. TERPAKSA DEDAHKAN JUGA RASA SEBENAR SAMBAL HITAM PAMAH KULAT

Image
MAAF.. TERPAKSA DEDAHKAN JUGA RASA SEBENAR SAMBAL HITAM PAMAH KULAT . Dulu tak pernah tahu kewujudan sambal hitam. Tak terbayang rupa & rasa dia macam mana.. Tapi tertengok ada kot blogger yang tunjuk benda ni macam best ja kami rasa. Pertama kali try makan sambal hitam ni kat satu restoran depan wangsa walk tak silap.. Terus jatuh cinta baq hang! Sedap rupanya sambal hitam ni. Sampai teringat ingat lepas kali pertama cuba. Soto di makan dengan sambal hitam pamah kulat Sambal hitam ni tak silap asal dari pahang.. Ni kira makanan tradisi orang pahang la kan. Tapi apa salahnya orang kedah nak makan kan? Kita kan satu malaysia.. hehehehe.  Nak buat bukan mudah walau nampak macam mudah. Bahan di gunakan pun nampak simple tapi selalu dok dengar orang cerita nak membuatnya agak lama. Dan di sebabkan tu la aku tak pernah pun nak try buat sendiri sambal hitam ni. Dasar malas kan? hahahaha Kalau yang jenis dasar malas macam cheq ni.. Setakat nak makan sambal hitam takde hal la ...

BUKAN MINTA DI TAJA, CUKUP LA SEKADAR BOLEH BELA DIRI

Image
BUKAN MINTA DI TAJA, CUKUP LA SEKADAR BOLEH BELA DIRI . Assalamualaikum.. Dengan rendah diri saya ingin memohon semua membaca & menyebarkan entri ini untuk membantu saya insan yang tiada kemampuan kewangan & memerlukan bantuan kewangan di saat ini. Seperti ramai yang dah tahu, saya telah di saman oleh pengasas produk kecantikkan kerana menulis artikel berkaitan mereka di blog saya. Cukup la setakat tu penjelasan saya.. Bagi yang tahu jalan ceritanya, maka tahu la. Sebab saya tidak boleh mengulas lebih detail tentang perkara tu. Ada yang salah faham.. Bila saya minta tolong untuk mencari bantuan mencari dana bagi menampung kos guaman untuk saman yang di kenakan kepada saya.. Ingat den ni nak minta orang sponsor semua kos guaman tu..Sebenarnya saya masih lagi sedar diri.. Siapalah aku ini kan sampai ada yang sanggup nak taja semua kos guaman tu.. Hangpa tau dak.. Saya di saman sebanyak RM3 juta.. Di Ulangi 3 juta kerana penulisan kami berkaitan dengan satu produk tu. Blo...

VIRAL! BONTOT ANAK HAMPIR JATUH KETIKA IBU BAWA MOTOR ATAS HIGHWAY

Image
VIRAL! BONTOT ANAK HAMPIR JATUH KETIKA IBU BAWA MOTOR ATAS HIGHWAY . Membesar dengan hanya ada motor sebagai kenderaan utama.. Sapa pernah rasa. Of course la kami antara mereka yang sempat merasai kesusahan hidup macam tu. Ayah saya jenis fokus pada anak anak dahulu dari fikir nak menambah hutang. Yelah.. masa tu kami adik beradik semua kecik kecik & masih bersekolah. Dia lebih fokus untuk bagi kami pelajaran.. Jadi kereta bukan sesuatu yang dalam kemampuan dia masa tu sebab dia tak suka di bebani hutang. Anak ramai di tambah pulak rapat rapat.. Nak berangkut naik motor semua memang la tak mampu. Setakat nak balik rumah tokwan yang kampung kita macam berjiran jugak la tu boleh la kan. Di sebabkan tu jarang kami adik beradik nak di bawa bertandang rumah sedara mara yang jauh tapi ada jugak sedara mara yang tak faham.. Tapi berkat motor buruk tu la.. Arwah ayah berjaya bagi pelajaran kat semua anak anak dia.. termasuk la aku walau masuk U-Turn jer hehehe.. Yang lain tu Alhamduli...

KISAH BILLA ANAK AUTISME YANG TERPAKSA DI KURUNG

Image
KISAH BILLA ANAK AUTISME YANG TERPAKSA DI KURUNG . Autisme.. Di Malaysia masih ramai kurang kesedaran. Autisme ni takkan nampak dari fizikal kerana fizikal anak anak autisme tiada beza dengan anak anak normal. Yang membezakan anak autisme & anak normal adalah tingkahlaku (behavior). Autisme ni sangat unik sebab tak semua anak anak autisme tu mempunyai ciri ciri yang sama dengan anak anak autisme lain. Autisme ni pulak ada level dia.. Jadi tahap seriusnya Autisme tu bergantung pada level seseorang anak autisme tu. Ada yang several, Moderate & Mild. Dalam setiap kategori tu pun ada lagi level.. level 1, level 2 & level 3. Ada yang high functioning. Susah untuk di jelaskan.. Kalau yang ingin tahu & anak anak autisme je mungkin berminat untuk mencari pengetahuan tentang Autisme. Sebab tu Autisme sangat unik sebab mereka walau dalam 1 Nama Autisme tapi berbeza beza. Terbaca satu kisah di group Autisme Malaysia kisah seorang anak Autisme yang di kongsikan oleh paren...

AKTIVIS PPIM YUSOF AZMI BAKAL DI KENAKAN TINDAKKAN UNDANG UNDANG

Image
AKTIVIS PPIM YUSOF AZMI AKAN DI TAHAN UNTUK SIASATAN KERANA MELAKUKAN PENCEROBOHAN . Kalau ada yang mengikuti kes  Yusof Azmi Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mengetuai serbuan sebuah premis pajak kenderaan untuk merampas balik kereta pengguna yang di dakwa di tipu oleh syarikat tu.. Hangpa tau la kes apa. Actually Encik Yusof Azmi ni aku pernah jumpa masa cuba mohon bantuan di PPIM untuk kes saman aku ni. Aktivitis PPIM ni normally semua yang kita boleh bersembang. Takde rasa janggal untuk kita berbincang dengan mereka. Pendek kata jenis2 kekwat bagai memang tak ada dalam tu. Dia pernah minta tolong aku untuk share satu video di media sosial masa tu. Masa aku ke PPIM haritu selain jumpa Yusof Azmi ni kebetulan dia ada kat situ, dapat jumpa Dato Nadzim ketua aktivis PPIM. Berbalik pada isu aktivis PPIM Yusof Azmi ni.. Aku respect juga dengan keberanian dia. Kalau tengok dari segi fizikal orangnya kecik & kurus jer tapi keberanian dia menegakkan k...